Saturday, July 31, 2010

nian nurani

AKU dan Fareed dah lama kenal, masa kami sekolah menengah lagi. Dulu, kami cuma macam kawan-kawan biasa ajer, pastu jadi kawan baik. Aku panggil dia Ed ajer coz mak ayah dia pun panggil dia macam tue jugak so, tak kisahlah, kan?!
Hurm... nak dijadikan citer, disebabkan 'keintiman' kami nie, ramai yang salah anggap aku ngan Ed 'ada apa-apa' tambah-tambah lak bila one day tue (masa kitorang form 6), aku keluar ngan Ed dan ada sorang budak sekolah kami nampak. Korang mesti cakap, "Alaa, takkan kuar sekali pun dah kena gossip," kan? Betul larr, kalau takat keluar sekali. Tapi ari tu mmg ada 'adegan' yang tak disengajakan larr...
Alaa, kitorang makan kat foodcourt yang best gak arr lepas habis shopping buku-buku terbaru. Maklumlah, aku ngan Ed ni hantu buku sket, pasal tu aku ngan dia leh jadi sekepala. Masa kat foodcourt tu, kitorang borak-borak pasal future... Ed cakap dia nak jadi kekasih yang paling setia, husband yang paling mithali, ayah yang paling penyayang dan datuk yang paling sporting! Huh, semua yang paling-paling tu dialah! Hahaha...yang tak tahan tu sampai ke tahap datuk tue... pastu, aku cakap kat Ed, kalo setakat yang aku kenal dia, nak jadi kekasih yang paling setia pun susah apatah lagi suami mithali! Perrghh... perasan! Pastu tanpa aku sangka, Ed capai bunga penghias meja dan melutut depan aku! Babak seterusnya of course larr dia bagi bunga tu kat aku...
Aku terkejut gak tapi disebabkan ke'poyo'an kepala aku pun sama ngan Ed, aku 'layan' gak mamat nie... aku capai bunga tue dan pura-pura cium baunya. Tetiba lak aku terbersin pasal bunga tu bukan bau wangi tapi berdebu!! Ed gelak besar... Hehehe.... aku suka dengar dia gelak, cam kartun sket! Nasib larr ari tu tak ramai sangat couples yang datang...
Time makan lak, Ed 'buat hal'lagi…Ewaah, makan bersuap! Katanya, nak praktislah jadi kekasih yang paling bagus so, dia mintak aku pun praktis jugaklah jadi pasangan yang sepadan! Hantu ko Ed.... urrm, mungkin pasal tu kot diorang kata aku ngan Ed ada apa-apa.... lantaklah, yang penting aku ngan Ed memang tak ada apa-apa...hak elaa, pelik ke lelaki ngan perempuan berkawan baik? Entah larr....

Lama punya berkawan, lepas habis sekolah menengah, kitorang dapat tawaran U. Ed teruskan ngan cita-citanya mahu jadi arkitek manakala aku of course nak jadi jurutera. So, kami berpisah jap. Ed kat UKM manakala aku kat UTM. Jarak memisahkan kami.. Sob sob sob!!! Tapi, Ed memang gila! Dia sanggup datang ke Johor ni semata-mata nak makan malam ngan aku. Siot punya kawan baik! Apa-apa pun, aku hepi gak pasal kalo nak harapkan aku yang turun Bangi, lambat lagi larr...lagipun, aku perempuan.... nak buat kerja gila macam Ed, malu larr...tapi Ed memang poyo! Jangka masa empat tahun kitorang wat degree tu kejap ajer rasa... dan sekarang kami masing-masing dah masuk alam tua, dah masuk 24 tapi aku muda sket dari Ed! Dia tua empat bulan dari aku... hohoho... pasal tu Ed selalu panggil aku Baby! Macam larr aku kecik sangat...
Masa aku konvo, Ed tak dapat hadirkan diri. Entah ke mana perginya si Ed tu. Nak kata dia konvo sama tarikh ngan aku, tak pulak! Tapi aku tak kisah sangat (walaupun terkilan gak) pasal malam sebelum aku konvo tue, dia ada call aku dan ucapkan tahniah. Dia ada gak cakap yang dia minta maaf, tak dapat datang, ada hal penting! Hurrm, tak apalah Ed, aku 'terpaksa' faham walaupun kalo bleh aku nak kau ada disisi aku time grade! Aku ambik satu gambar yang aku kira paling cun punyer untuk aku pass kat Ed. Hehehe...biar dia tatap puas-puas gambar aku pakai jubah nie time nak tido!
Tiga minggu lepas aku grade, dia plak grade. Aku nak pergi tapi katanya Ed, dia pun tak dapat pergi pasal ada hal kat luar negara! Aiik, bila masa lak ayah si Ed tu ada bisnes kat luar negara? Dah tu kat Australia lagi. Setahu aku, kalo ada kat luar negara sekalipun kat Indonesia, pasal ayah dia berniaga perabot Jati. Oohh...ni mesti gi makan angin! Urmm, sampai hati ko Ed! Dah lah time aku konvo ko tak datang, ni aku nak pergi ko punyer konvo pun tak dapat! Tak apalah, aku tak kisah.... tapi, kaulah yang rugi pasal tak dapat bunga sejambak besar dari aku. Kua kah kah....


Skang nie, kami masing-masing dah kerja. Ed kat Selangor dan aku lak kat Gombak ajer... Dan aku pula, mula dahhhh nak kenal-kenal ngan cinta nie. Mamat ni aku kenal pasal dia uruskan syarikat ayah dia pastu syarikat aku (yang aku bukak bersama abang aku) lak jadi konsultan dia. So, kami rapatlah jugak. Aku namakan dia Daniel ajer larr, pasal nama dia lawa sangat. Megat Daniel Arif. Muka dia tak yah citer larr pasal takkan larr aku nak carik yang kurang hensem, kan? Lagipun, selain kacak, dia nie mature dan has sense of humor! Tapi, meskipun aku ngan Daniel dah declare as a couple, si Ed nie still single mingle… aku kesian gak. Takkanlah tak ada minah-minah yang minat kat dia? Nak kata tak hensem, peerghh...hensem gak besfren aku nie. Wajah mix lagi tu... mak dia Kemboja, ayah dia lak Indonesia! Hidung mancung, kulit cerah, mata bundar... dan kalo nak kata antara dia ngan Daniel, mmg Ed lagi hensem! Kalau aku tanya Ed naper still solo, katanya dia nak tunggu puteri dia turun dari kayangan. Hurm, lantak ko lah Ed, aku serius kau main-main lak! Tapi, sekali sekala best gak si Ed nie solo (hehehe), pasal aku leh mengadu kat dia time aku gaduh-gaduh ngan Daniel. Alah, biasalah kalau dah bersama, mesti ada yang tak puas hati gak, kan? Tak pun, aku sajer carik pasal, nak tengok kesabaran pakwe aku tue, ahaks ahaks.....

Satu hari, Ed ajak aku kuar makan. Hah, tambah lak aku tengah gaduh sket ngan Daniel so, aku kuar arr ngan Ed. Bleh release tension sket dengar lawak dia. Kami makan kat restoran yang agak eksklusif gak larr. Amboi Ed... Mentang-mentang kau dah banyak duit.... arkitek larr katakan.... hhehe.... Ed sengih jer time aku usik dia macam tue. Tengah-tengah aku makan ngan Ed, siap bergelak ketawa lagi (pasal dia asyik wat lawak; aku tahu Ed nak hilangkan kesedihan aku – dia tahu aku gaduh), Daniel datang sergah Ed. Wah, main cekup-cekup kolar baju larr plak! Tanpa aku sangka, Daniel hadiahkan penumbuk padu kat muka Ed. Ed jatuh. Habis semua orang tengok, waduhh...malunya aku! Aku tahan Daniel dan tahu, dia salah faham. Aku terangkan kat Daniel yang aku ngan Ed hanya kawan baik tapi Daniel tak mahu dengar. Ada ke patut dia cakap aku curang ngan dia? Ee... rasa macam nak sekeh-sekeh ajer kepala dia, dah larr dekat seminggu gaduh ngan aku dan tak pujuk-pujuk. Ni nak tambah isu la tue. Ed bangun dan hampiri kami. Aku berada kat tengah-tengah, nak elak dorang dari bergaduhlah. Wat malu ajer... Ed bela aku, cakap dia just kawan ngan aku tapi Daniel wat muka toya. Daniel ugut aku, "Kau jangan main-main. Siaplah kau nanti!," Aku terkejut. Tak pernah-pernah dia cakap mcm tue ngan aku. Serta merta air mata aku mengalir. Time Daniel nak blah, Ed tahan. Dia bagi amaran kat Daniel, jangan berani apa-apakan aku. Daniel tepis tangan Ed dan kat situ, diorang gaduh lagi. Aku tak tahan lalu, fresh orang kat atas meja tu aku ambil dan curahkan kat diorang. Biar dua-dua kena...

Lepas peristiwa tue, hubungan aku ngan Daniel jadi renggang. Aku tak call dia dan dia pun tak call aku. Aku ingatkan biasa ajer bagi pasangan kekasih tapi, akhirnya baru aku tahu, Daniel permainkan cinta aku. Huhuhu.... sampai hati ko Daniel! Seminggu aku menangis. Pastu, Ed sedarkan aku yang aku tak patut wat diri aku tersiksa macam tu. Just be happy with life, yang dah lepas tu biarkan. Kau apa tahu Ed, sakit tau dikhianati nie…. Tapi, aku pun tak lama gak sedihnya. Aku kan ada Ed lagi, leh wat kerja gila lagiiii.... yok! Seminggu aku enjoy ngan Ed kat Genting. Selamat tinggal Daniel... balik dari Genting, aku memang lupa terus ngan Daniel. Tapi sekali sekala, terganggu jugak ngan kehadiran dia. Yelah, kontrak kami belum tamat lagi. So, nak tak nak, dalam dua minggu, ada sekali meeting bersama. Tu yang buat aku menyampah sikit. Tapi, kami profesional...depan orang kami wat selamba badak ajer. Tak per, muka dia memang macam badak pun! Huh, sakit hati aku bila ingat balik perangai mamat tu larr! Ah, sesenang...aku call Ed... Hello Ed, kau tengah buat apa tu?...dan selalunya, Ed akan layan aku. Kalau dia busy ngan kerja dia, at least nanti malam dia call aku pulak. Wah...ni yang wat aku sayang sangat ngan ko Ed, muah muah muah!

Satu hari, aku kira hari yang agak menggembirakan Ed... (pasal dia dapat tender lukis sebuah bangunan, yang mana semuanya dari kaca. Mak ai, first time aku dengar, kalahlah pulak si Cinderella tu. Tapi bak kata Ed, manusia sekarang ni dah gila, macam-macam nak buat...dah dia pun jadilah mangsa kegilaan tu jugak..) dia ajak aku keluar makan. Candle light dinner you... so, aku pun pergilah. Entah kenapa, aku rasa mahu bergaya untuk Ed malam itu. Mungkin aura berita gembira dari Ed yang buat aku pun teruja sama. Aku pakai skirt labuh paras buku lali warna biru laut, pastu aku tambah sket aksesori mutiara dari Habib Jewel, hadiah dari papa. Rasa janggal jugak pasal aku jarang kenakan anting-anting ngan rantai ni tapi kata papa, dia nak aku jadi anak gadis dia. Cukuplah abang aku ajer anak terunanya... hihihi, papa perli aku siot! Yelah, tahulah aku ni macam jantan! Tapi malam itu, demi Ed...aku jadi wanita. Entah kenapa....

Ed sambut aku kat depan pintu hotel. Gentleman tahap mangkuk hayun time dia bukak pintu kete aku. Fuih, pastu dia bayar pulak jokey tu minta hantarkan kereta aku. Ah, aku tak kisah..janji guna duit dia! Kuang, kuang, kuang.... yang aku tambah terharu, Ed tak ada pun perli-perli aku (sedangkan sebelum ni aku dah bersedia ngan peluru-peluru dia). Malah, Ed puji aku cakap cantik! Huhu... Syahdunya... rasa macam nak peluk aje Ed tu. Heee, aku tersengih-sengih sahaja sepanjang langkah ke meja kami. Hish, susah betul nak sembunyi rasa geli hati ni! Makan malam kami berlangsung ngan baik sekali. Malam itu, Ed cukup gentleman... dan ke'gentleman'an dia makin menjadi-jadi bila dia hulurkan sebuah kotak baldu kecil. Alah, kalau dalam cerita Melayu, mesti tanya dalam nada terharu campur pelik yang dibuat-buat, "Apa ni?..." so, aku tak tanyalah si Ed tu. Aku dah tahu, takkanlah kotak kecik tu nak sumbat kete atau lori, of courselah cincinkan? Aku ambik kotak tu dan bukak. Wah, memang cantik cincinnya... aku pandang Ed yang dah sedia pandang aku.
"Nak bagi siapa?," aku tanya. Ed lantas ambik cincin tu dari aku dan sarungkan kat jari manis aku. Aku tergelak. Ed, Ed..ko ni apa hal? Aku tayang-tayangkan cincin tu, hurm... not bad jugak kalau kat jari aku. Nampak sweet jer... hehehe, nak bagi aku ke Ed? Ed angguk. Aku ternganga... nak melompat pun ada sedikit. "Apa hal?," tanyaku. Cincin semahal ni kau bagi aku? Biar betul Ed... lawa bangat sih... Ed tunduk... lama pastu dia angkat balik muka dia. "Min, please...be my girl..." Auww, auww, auww....biar betul! Heh, aku tahu si Ed cuma acah aku. So, aku wat tak layan. Aku bukak cincin tu dan masukkan dalam kotaknya kembali. Dan aku sambung makan. Ed masih diam. Dia tak makan. Aku pandang Ed. Lama kami saling memandang... Aku hela nafas. Kutleriku letakkan ke pinggan. Kemudian, perlahan-lahan cincin tu aku sarungkan kembali ke jari manisku. Dan senyuman Ed kembali mekar...

Kini, dah dekat setahun aku jadi awek Ed. Bahagia! Kalaulah aku tahu kau seistimewa ni Ed, dah lama aku jadi awek kau. Tak payah tunggu kaulah yang mengurat aku, aku yang akan start dulu. Jadi seseorang disisi Ed memang tak sia-sia. Ed pandai melayan kerenah aku yang kadang-kadang macam jantan dan kadang-kadang lak bak kata Ed, cam baby... well, nak wat macam mana, dah memang sifat aku. Tapi, kau still sayang aku, kan? Jantan ke, baby ke...janji akulah gadismu Ed...kan, kan, kan? Hahaha... (ketawa orang bahagia)
Suatu hari, sedang kami berjalan di sekitar Bangsar, Ed tarik aku ke dalam kedai pakaian pengantin. Aku tertanya-tanya jugaklah, aii Ed... kau dah nak kahwin ngan aku ke? Hehehe... kalaulah jadi kenyataan, akulah wanita yang paling bahagia. Ed suruh aku cuba salah satu pakaian yang dipilihnya. Wah, gaun kembang warna putih gading...macam Cinderella larr pulak! Aii, baju dah lawa, orang pulak dah pelawa kita cuba, apa lagi... lantas aku capai gaun itu dan masuk ke bilik persalinan. Ed tunggu kat luar. Sepuluh minit kemudian, aku keluar. (Kat dalam tu, bukan main terkial-kial aku nak pakai baju tu. Bukan apa, tak biasalah nak bergaun-gaun ni. Aku lebih pantas kalau bab pakai jeans and t-shirt je) Saat aku bukak bilik persalinan tu, Ed sedia menanti kat depan pintu. Ehem! Aku petik jari depan muka Ed. Apa pulak nak tenung-tenung aku ni... Janganlah pandang macam tu sekali, malu larr... Ed jadi terkebil-kebil. Lama lepas tu, dia tergelak besar. Aku pelik. Aku silap pakai ke? Aku pandang salesgirl kat sebelah. Dia pun turut sama tersenyum-senyum... aku mula malu. Aku pandang diriku atas dan bawah. Rasanya tak ada yang tak kena. Aku pukul bahu Ed bila nampak dia tak henti-henti gelak. Dahlah, aku dah malu besar ni. Walau pun Ed dah kurang sket gelak tapi dia masih senyum-senyum. Aku dah tak tahan. Air mata aku mula nak melimpah. Aku meluru masuk ke dalam fitting room semula dan cepat-cepat tukar pakaian. Waktu tu, entah dah berapa cupak air mata aku mengalir. Aku kecik hati, rasa malu dan geram ngan perangai Ed tadi. Siap mengemaskan tocang rambutku, aku keluar. Ed nampak sedang bercakap-cakap ngan salegirl tadi. Aku tak pedulikan diorang. Lagipun, mata aku dah merah dan hidung aku pun dah meleleh hingus cair. Aku berlalu keluar dari kedai tu dan buat Ed terpinga-pinga kat dalam tu. Aku tak peduli. Aku terus jalan. Niat hati aku cuma satu, aku nak ke stesen LRT dan balik. Saat aku nak melintas jalan, Ed sentap tangan aku. Saat tu, air mata aku makin menjadi-jadi keluar. Kalau boleh, buat masa ni aku tak nak berdepan ngan Ed. Aku betul-betul kecil hati ngan perangai dia tadi. Aku meronta-ronta minta pegangan tanganku dilepaskan tapi Ed pegang makin kuat. Eee, rasanya nak ajer aku bukak buah silat Cekak Hanafi aku ni. Nak ajer aku terajang-terajang, tapi takkanlah... aku sayang Ed. Walaupun aku terasa ngan dia, tapi tak adalah sampai tahap tu. Orang yang lalu lalang pandang ajer kami. Mungkin malu ngan sekeliling, Ed tarik aku ke kereta. Aku pun menonong ikut ajer. Aku biarkan sebelah tanganku ditarik Ed.
Dalam kereta, Ed pujuk aku berkali-kali... dia minta maaf ngan perangai dia tadi. Katanya, dia tak sangka aku boleh jadi secantik itu kalau pakai gaun. Nampak eksklusif... eleh, aku mencebik! Makin Ed memuji, makin panjang muncungku, tanda tak percaya. Mungkin geram ngan ulahku, Ed tarik muncung bibirku. Adoiiii!! Aku tampar bahu Ed sambil usap bibirku. Siot punya pakwe..... dan Ed kembali tergelak!

Rupa-rupanya, Ed betul-betul serius ngan pakaian tempoh hari. Lepas seminggu kami keluar, dia hantar rombongan meminang. Papa dan mummy yang memang sedia maklum ngan hubungan kami (tambah pulak si Ed tu memang 'bakal menantu kesayangan') terus terima lamarannya. Aku? Ahak ahak ahak.. lagi mahu ditanya ke? Of courselah sukaaaaa sangat! Maka, dengan rasminya, hari itu aku jadi tunangan Fareed Qushairi bin Amirul Zaman. Tempoh pertunangan kami disingkatkan dari enam bulan ke tiga bulan. Kata papa, tak payah lama-lama, dah kenal dari zaman sekolah lagi. Dah masak sangat dah ngan perangai masing-masing. Yup, aku setuju! Lagipun, kata Ed... yang wajibnya, nikah! Hehehe, gatal! Dalam mengisi tempoh tiga bulan ni, aku ngan Ed sama-sama sibuk menyediakan keperluan pernikahan kami. Masing-masing dah ada duit so, kebanyakan wang membeli-belah, guna duit kami. Family Ed just handle bahagian dekorasi dan majlis makan untuk majlis di rumah Ed manakala sebelah aku pulak, papa dan mummy uruskan bahagian makan-makan sahaja. Untuk persiapan pelamin dan sebagainya, abang sulungku dan isterinya yang mahu uruskan. Segala perbelanjaan ditanggung beres. Alhamdulillah, jimat duit poket aku. Tapi, bab hantaran...aku yang urus. Yelah, nak bagi kat bakal suami kita, mestilah kita yang lebih tahu barang apa yang dia nak. So, sama ada aku atau Ed, kami sama-sama sediakan barang hantaran.

Tak lama lepas settle hari bersejarah kami yang sangat indah dan teramat istimewa itu, aku disahkan mengandung. Ed bukan main gembira lagi. Yelah, aku pun gembira jugak tapi tak adalah sampai macam Ed yang asyik nak membeli barangan bayi ajer, mengalahkan aku! Pantang gi kedai, ada-ada ajer yang nak dibelinya. Kasutlah, baju, permainan and bla, bla, bla.... Alhamdulillah, berita gembira ini disambut dengan majlis kesyukuran oleh papa dan mummyku. Keluarga mentuaku pula mahu mengadakan majlis selepas kelahiran baby sulung ni. Majlis bercukur dan sebagainyalah. Aku dan Ed hanya membiarkan sahaja. Layanan Ed terhadap aku pun makin sempurna. Pantang terkeluar keinginan dari mulutku, pasti akan ditunaikannya. Ah Ed, aku bahagia sangat disisimu. Opps, lupa lak nak bagitahu, sejak aku dah jadi isteri Ed nie, aku tak panggil dah lerr dia Ed, panggil Bi. Dia plak panggil aku Honey. Tapi ngan tak tahan dengan panggilan kami ini, aku selalu jadi mangsa cubitan dia. Bila aku tanya kenapa, Ed jawab, "Sebab ni kan Bee, so dia ada sengat! Honey tak ada sengat so, Honey disengat!". Pastu, dia akan ketawa macam orang jahat. Hahaha, berdekah-dekah! Tapi, pastu yang syoknya Ed akan pujuk aku balik. Dia kata, "Tapi Honey kan rasanya manis, sebab tu you ni manis, sweet, nice and lovely!". Hehehe, bab ni aku paling suka! Sekali sekala,Ed masih panggil aku Baby gak. Tapi, kata Ed, jangan bagitahu panggilan tu depan anak kami nanti. Takut dia pelik, apsal dah tua ganyut pun still panggil baby lagi? Dia takut budak tu cepat beruban coz pikir perkara nie. hantu kau Ed! Suka sangat perli-perli aku....

Suatu hari, ketika kandunganku dah hampir mencecah 7 bulan, aku teringin sangat nak makan tiram bakar. Aku call Ed kat pejabat dia minta dia belikan nanti balik. Ed janji nak belikan. Tunggu punya tunggu, Ed tak balik-balik lagi. Dah jam sembilan malam. Biasanya, Ed akan pulang paling lewat pun jam tujuh. Aku mula gelisah dan tak sedap hati. Takkanlah cari tiram bakar sampai lewat macam ni? Nak call Ed bagitahu tak payah? Tak boleh... aku dah mengidam sangat... Lalu, aku tunggu lagi setengah jam. Kalau Ed tak balik jugak, aku call ajerlah suruh cancelkan. Kesian suamiku cari sampai macam tu sekali. Kata orang, kalau orang mengidam tak dapat apa yang nak, anak akan meleleh air liur. Ntah betul atau tak... cukup setengah jam, aku bangun ngan susah payah capai telefon bimbitku di meja. Baru sahaja aku nak call, Ed dah call. Dengan ceria, aku sambut panggilan Ed dengan salam sejahtera. Namun, suara yang menjawab bukan suara Ed. Suara itu memberitahu Fareed Qushairi ditimpa kemalangan dan sekarang berada di unit rawatan rapi... perkataan lepas tu, aku tak dengar. Yang aku tahu, aku dah terjelepok di sisi meja kaca itu. Aku bertangisan disitu... lama, barulah aku call papa minta dia datang jemputku. Kalau ikutkan, aku nak pergi sendiri tapi aku tak tahu dimana Ed sorokkan kunci kereta. Katanya, kalau aku tahu, mesti aku guna sedangkan dia begitu bimbang ngan keselamatanku Tak sampai lima belas minit, papa tiba...

Halaman rumah penuh dengan kenderaan. Ramai yang datang ke rumah daddy malam itu. Aku yang duduk bersimpuh di sisi susuk itu membuka kain yang menutupinya perlahan-lahan. Itulah wajah kekasihku. Dia terbujur disitu. Entah untuk keberapa kalinya, aku menangis lagi. Sedih dan pilu hanya Tuhan yang tahu. Suara ahli keluarga membacakan Yaasin mendayu-dayu ditelingaku. Tadi, aku pun turut sama membacakan Yaasin. Sudah empat kali khatam namun aku masih disini, disisi Ed... aku kucup dahi Ed lagi. Mummy disebelah menarik badanku, ingin bawa aku pergi tapi cepat-cepat aku dakap badan Ed. Aku tak mahu berpisah dengannya. Aku meraung disitu. Mummy peluk aku, cuba menenangkan. Aku teresak-esak disitu. Mummy dan ummi pujuk aku lagi, katanya tak elok untuk kandungan. Mengingatkan itu, aku usap perlahan perutku yang kian memboyot. Lagi sebulan aku akan melahirkan. Lagi sebulan benih cinta kami akan tumbuh segar. Lagi sebulan pewaris Ed akan keluar. Lagi sebulan aku akan bertarung nyawa. Dan lagi sebulan anak ini akan dinamakan Faris Aiman (nama yang dipilih Ed)... abang, kenapa begini?... Aku tersedu lagi. Rasanya, tidak mahu aku melahirkan anak ini. Ya, aku tidak mahu! Untuk apa lagi? Anak ini tidak akan punya ayah, dan aku tidak akan punya lagi suami yang akan memanjakanku... ya, Honey ini tidak lagi dimesrai Beenya... aku pukul perutku semahunya. Mummy terkejut. Lantas, tanganku dipegang erat. Abang longku pun turut sama membantu... akhirnya, aku pengsan disitu, dalam derita menahan sendu.

Seperti tarikh yang dijangka, akhirnya aku selamat melahirkan seorang bayi lelaki yang putih gebu dan sihat. Sebagaimana janji mentuaku, majlis bercukur dan belah mulut diadakan di rumahnya. Namun, serasanya majlis itu seperti majlis sebulan yang lalu. Majlis tahlil untuk suamiku. Aku langsung tidak melibatkan diri dalam majlis itu. Aku hanya berkurung dalam bilik sahaja. Sekali sekala sahaja aku keluar. Mujurlah mentuaku memahami. Badanku telah susut. Mukaku terasa cengkung dan kering. Aku benar-benar kematian jiwa. Aku dijaga dengan penuh perhatian oleh mummy dan ummi. Mereka bimbang aku akan meroyan sedangkan aku ketika ini, tidak langsung merasa kehidupan. Aku bagai terlupa bahawa aku punya seorang anak kecil. Boleh dihitung berapa kali sahaja aku menyusuinya dan selepas itu aku akan menangis dan menangis. Wajah anak itu, seiras dengan Edku. Kening dan matanya, sebijik macam Ed.
Saat ahli keluargaku yang lain sibuk di bawah, aku naik ke tingkat atas. Dalam bilik arwah suamiku, aku cuba membelek-belek album perkahwinan kami. Sendu mula bertamu lagi.... aku belek album gambar itu. Dari depan, hanya dipenuhi gambar kami berdua. Gambar sewaktu kami berkelah, sewaktu mendaki gunung Tahan, sewaktu kami di Genting Highland... aku tertawa kecil... gambar aku yang comot tatkala makan aiskrim. Kat situ, ada satu nota...aku buka perlahan. Sang puteriku yang paling jelita... biar apa keadaanmu, kau tetap yang tercantik di mataku-14 Feb '04). Aku menangis lagi. Tarikh itulah aku dipujuk oleh Ed tatkala aku berpisah dengan Daniel... rupa-rupanya, Ed puja aku dari dulu lagi. Bermula dengan gambar di Genting, setiap gambar ada nota. Ku belek lagi, setiap satu gambar yang ada gambarku, pasti terselit satu nota dan nota-nota itu mengaturkan ayat-ayat yang indah sahaja. Hinggalah gambar perkahwinan kami... ku baca nota yang ada. Kaulah ratu hatiku, takkan ku persiakanmu... aku menangis makin rancak. Nota itu tatkala majlis akad nikah. Dan, gambar terbaru... saat usia kandunganku 6 bulan. Gambar sewaktu aku memakai baju mengandung; Terima kasih, Honey... abang sayangkan Honey selama-lamanya..lepas ni abang nak anak lagiiii. Aku tak dapat menahan lagi tangisku. Aku mengongoi disitu... abangggg.... aku memanggil Fareed Qushairi, kekasih hati, suami, sahabat dan segalanya bagiku...

Lapan tahun berlalu, aku masih sendiri. Di hatiku, hanya ada Fareed Qushairi bin Amirul Zaman. Biarlah aku bersendiri, takkan mungkin ku cari pengganti. Selama hayatku masih ada, akanku jaga benih cinta kami yang kini berusia lapan tahun ini dengan sebaiknya. Sedikit sebanyak, kerinduanku terhadapmu terubat... kerana Faris Aiman, seiras denganmu. Ketahuilah Bee, cinta Honey hanya untuk Bee. Mungkin di dunia, jodoh kita sebentar cuma. Namun Honey yakin, kita pasti akan bertemu kembali di kehidupan yang kekal abadi. Doaku buatmu yang tersayang, semoga kau berada dalam rahmat kasih sayangNYA. Semoga, cinta kita satu dan semoga kita bertemu dan berkasih lagi di alam syurga...


Terbang merpati terbanglah tinggi,
Terbang menuju ke alam sakti,
Tinggal kasih tinggalku disini,
Cinta sejati kan kekal abadi...

No comments: