Saturday, July 31, 2010

milik awan

Aku dilahirkan ke dunia pada 20 ogos 1989. Lalu kedua ibu bapaku dengan bangganya memberikan aku nama yang telah 8 bulan mereka sediakan , Nur Mawaddah. Aku merupakan anak yg ketiga daripada 3 adik beradik (anak yang bongsu la ni. Manja sikit la, tak banyak ).

Kakakku yang sulung, Nur Wardina berumur 30 tahun dan sudah bergelar doctor juga sudah mempunyai suami dan sepasang anak. Kakakku yang kedua pula, Nur Saffiyah berumur 25 tahun, juga merupakan seorang doctor yang baru menceburi bidang yang mencabar itu. Masih belum berkahwin tapi sudah berpunya. Tak lama lagi la tu bakal melangsungkan perkahwinan. Dan yang ‘ter’akhir, aku. Aku satu2 nya puteri mama yang telah ‘ter’lencong dari memasuki bidang kedoktoran. Aku telah memilih untuk mencapai cita2 ku sebagai guru tadika. Kenapa aku nak jadi guru tadika? Sebab aku suka budak yang berumur bawah 7 tahun. Mereka kiut, macam aku la. Hehe.

Mama aku cerita, Aku nie ‘ter’ salah di anggap sebagai lelaki ketika berada di dalam kandungan mama disebabkan oleh doctor yang mengesahkan jantina aku. Alih-alih, aku keluar sebagai seorang bayi perempuan. Hancur harapan mama dan papa untuk dapat anak lelaki. Tapi mama kata, "setiap yang berlaku, ada hikmahnya " . Itulah apa yang dia asyik kata kat aku. Tambah mama, walaupun semua anaknya puteri-puteri, bukan senang nak jaga. Lagi senang jaga 3 kandang lembu daripada jaga 3 anak perempuan katanya. Erm, aku pun tak tahu nak cakap apa bila mama kata macam tu sebab aku pun tak ada anak lagi untuk di jaga.

***********


"Assalamualaikum ! Mama n papa, Wadah da balik," jeritku sebaik sahaja aku sampai di rumah. Keriau sebentar untuk berjumpa dengan mama dan papa. Padahal, bukan lama aku pergi ke kampusku. Lagipun, aku ulang alik dari rumah mama ke kampus. Mungkin kerana aku anak yang bongsu, jadi mudah rindu dengan kedua orang tua ku.

"Ye Wadah uii.. Mama n papa kat sini ni hah. Kat kolam ikan ni." Mama pula yang menjerit kepadaku. Wah, boleh jadi juara nie kalau ada pertandingan jerit menjerit anak beranak.

"I’m coming baby !! Apa yang mama tengah buat ni?" tanyaku kepada mamaku. Papa pula tengah tekun memberi ikan kesayangannya makan.

"Tengah gubah bunga ni sayang ui. Nak di jadikan hantaran untuk kakak kamu kahwin," terang mama selamba. Aik, kakak aku nak kahwin? Kakak mana pula nie? Eyh, aku Tanya macam aku ada banyak kakak yang tak kahwin lagi pula.

"Wow, kakak nak kahwin, sampai hati tak bagitau Wadah. Tahu2, da siap gubah bunga nak di jadikan hantaran. Nie yang hati lara ni," aku memanjangkan muncungku 2 depa. Huh, panjang sungguh.

"Alah, bukan mama tak nak bagitau la Wadah. Tengahari tadi baru keluarga teman lelaki kak piya kamu datang. Nak bertunang dan bernikah lepas 1 bulan ni. 2 yang mama terus buat apa yang patut tuh, gubah2 apa2 yang boleh di jadikan hantaran," mamaku menerangkan dengan panjang lebar dengan nada yang memujuk. Aku hanya tersenyum.

"Wow, cepat gila kak piya nak kahwin kan ma ! tak sangka lagi 1 bulan je. Lepas kak piya kahwin, Wadah la pula kan??" aku memeluk lengan mamaku yang sedang giat menggubah bunga sambil menahan ketawa.

"Amboi amboi amboi (ala2 azwan ali gitu), gatal la pula anak mama ni. Hah, dah ada calon ke? Boleh mama kahwinkan sekali dengan kak piya," seloroh mama. Ke situ pula mama ni!!! terkulat-kulat aku tau, ‘ter’malu sendiri.


*************


Lagi 1 hari menjelang hari pernikahan kak piya..

Actually, aku mempunyai hobby untuk pergi makan sorang2. And aku suka pergi kat restoran yang berlainan. Nak ambil fresh air. Nak dijadikan cerita, 1 malam tu lepas aku balik dari kampusku, aku punya perut lapar. Then, aku pun pergi la makan kat Restoran Natasha. suddenly lepas habis makan dan lepas habis bayar dan lepas melangkah keluar beberapa langkah dari restoran tu dan baru hendak melintasi satu lorong yang gelapla juga, handbeg ku tiba2 ditarik seorang mamat dengan sangat kuat.

"Weyh, apa ni main tarik2 beg orang !!! Kau kepala dongga, JANGAN LARI !!!!! Bagi balik beg aku, ic aq berharga tu. Hilang nanti, orang kata aku PATI plak," bebelku sambil mengejar mamat itu ke dalam lorong yang agak gelap tu.

Entah jin apa la yang merasuk aku sampai aku berani pula kejar mamat kepala dongga peragut beg aku tu. Dan ada pula aku ternampak adegan yang menjijikkan beberapa pasangan yang sedang ghairah melayan nafsu syaitan mereka sedang aku yang kepenatan dan menjerit meminta tolong itu tidak langsung di endahkan mereka. Arh, aku terus mengejar lelaki itu. Tapi, kelibatnya semakin lama semakin hilang. Alamatnya, tak dapat la aku dapatkan ic aku nie. Akhirnya, aku menemui jalan buntu saat aku menemui lorong mati. Hish, ic tak dapat, yang dikejar pula menghilang, nak balik terasa takut pula. Tanpa diduga, ada seorang lelaki menyusul di belakang aku.

"Mama !! Encik, jangan buat apa2 kat saya. Jangan rogol saya, jangan buat benda2 jahat kat saya. Tolong la !!! saya merayu. Saya ni pun baru kena ragut. Tolonglah encik," pintaku dengan muka kasihan sambil berkira-kira untuk mencari jalan untuk melarikan diri dari lelaki yang bermuka takde la jahat sangat.

"Cik, jangan risau. Jangan takut, saya tak berniat nak buat perkara jahat dekat awak. Saya masih waras. Saya ada kat sini pun kerana saya terdengar ada orang menjerit meminta tolong," penjelasan lelaki itu sedikit melegakan aku.

"Oh, yeke? Terima kasih. Takut betul saya kalau encik ni orang jahat. Tadi saya menjerit pun, sebab saya kena ragut," aku memulakan perbicaraan dengan lelaki ini.

"owh, tak dapat la ni kejar peragut tu? Anyway, nama saya Muhd Awan Daniel. U can call me Awan or wan. Nama awak apa?" lelaki ini bertanyakan soalan kepadaku. Wah, nama dia Awan. Weird lorh. Kenapa tak letak nama pelangi ke, bulan ke. Huhu. Papepun, Manis dan putih lelaki ini. Tinggi juga orangnya. Wajah yang sejuk mata memandang. Dan kami berjalan beriringan perlahan-lahan di dalam lorong yang gelap itu.

" Erm, tak dapat la. Nama saya Nur Mawaddah. Boleh panggil saya wadah" aku memaniskan mukaku. Tapi tiba2, aku punya kaki tersadung pula kat 1 benda. Rupanya, aku tersadung dekat 1 benda yang memang sangat aku kenal, beg tangan aku. Lalu berlaku la adegan yang memalukan. Aku ‘ter’jatuh la, apa lagi. Aiyo amma. Aku terasa kakiku macam ‘ter’seliuh. Aku tengok dalam beg aku, ada beg dompet, ic ade, Cuma duit hilang. Tu memang da di jangka. Tapi nasib baik aku dapat ic aku. Lalu dia mencangkung untuk melihat keadaanku. Agak rapat juga kami saat itu.

" ni beg awak ke? Awak ok tak? Kaki sakit ke? Mari saya tengok," dia bertanya dengan reaksi yang cool tapi prihatin, walaupun kami baru kenal. Saat ini, ada muncul perasaan yang misteri. Perasaan yang aku cuba elak selama ini. Tapi cepat2 aku cuba usirkan.

"Ha’ah,beg saya. Awak boleh tengok.. silakan.. Tapi, pegang tak boleh. Haram," selorohku. Dia aku lihat tersenyum.

"haha.. Betul2. Haram, terlupa pula. 2 la, risau sangat bila tengok orang terjatuh macam nangka busuk," dia pula yang selamba mengata aku. Tak patut betul.

"hahaha.. Jahat betul eh. Sedap2 asam pedas je mengutuk orang yang jatuh eh. Kena nanti baru tahu," kami berdua ketawa. Tiba-tiba, muncul kelibat-kelibat orang berpakaian putih. Wah, hantu ??!!!

"Assalamualaikum, kami dari Jabatan Agama Islam, sila tunjukkan ic anda berdua," pinta salah seorang dari kumpulan lelaki. Ow ow… ujian apa la pula nie? Banyak betul benda berlaku dekat aku hari ni.

"Encik, kami bukan lakukan apa2. Saya di ragut tadi,lalu…" aku cuba menerangkan, tapi di sampuk oleh seorang lagi lelaki dari kumpulan tersebut.

"Arh, tiada alasan lagi cik. Sekarang nie, orang tak boleh di percayai. Banyak sangat da alasan kami dengar dari orang yang kami tangkap basah tadi termasuk cik. Walaupun cik bertudung, cik juga tak terkecuali untuk melakukan perkara yang tak senonoh ini," tegas lelaki itu. Haish, nak salahkan dia pun tak boleh, mungkin kerjanya memerlukan dia untuk tidak mempercayai orang. Tapi, TANGKAP BASAH??? Mati aku !!!!!!!!!!!!!

***************

"Mama,papa, please percayakan apa yang Wadah bagitau. Mama n papa tahu kan, Wadah tak suka buat masalah. Mama kenal Wadah kan?" aku cuba menerangkan apa yang berlaku sebenarnya kepada kedua orang tuaku. Aku benar2 berharap yang mereka mempercayai kata2 ku. Aku bukan menconteng arang ke muka mereka. Awan pula dilihat sedang menjelaskan sesuatu dengan tenang kepada satu pasangan, mungkin kedua ibu bapanya.

"Yelah, mama percaya anak mama ni tak berani buat masalah. Lagipun mama tengok, lelaki itu tak Nampak macam jahat, Nampak baik je." Kata2 mama melegakan aku.

"Apapun puan, anak puan akan di denda dan di harap mereka dinikahkan segera," ujar seorang lelaki di jabatan itu.

"sudahlah, mama tak nak fikir panjang2. Setiap yang berlaku, ada hikmahnya. Lagipun, benda ni tak boleh nak di buat main2. Mungkin da jodoh kamu dengan dia. Kamu bernikah je esok sama dengan kakak kamu. Apa yang jadi ni, akan di rahsiakan dari orang selain keluarga kita," selepas mama mengucapkan ayat ‘keramat’ itu, mama dan papa di lihat menuju ke arah Awan dan pasangan itu lalu berbincang. Aku pula, tak boleh nak kata apa2. Aku terkedu. Kahwin?

**************

"Aku terima nikahnya Nur Mawaddah binti Syed Nizar dengan mas kahwin rm 100 tunai," saat itu aku memaksakan diriku tersenyum bahagia. Bukan apa, takut orang mengesyaki sesuatu. Bila di Tanya oleh orang kenapa kahwin tiba2, soalan itu mama yang jawabkan. Entah apa yang mama cakap, aku malas nak ambil tahu. Yang tahu hal sebenar, hanyalah keluarga kami. Kawan2 pun, yang rapat sahaja aku jemput. Dalam banyak2 kawan yang aku jemput, hanya Anisa yang tahu hal sebenar kerana aku da kawan baik lama dengan dia. Da la kena kahwin tak tentu pasal, nie semua pasal peragut tu.

Dalam bilik,selepas aku mandi, aku berada di hadapan cermin untuk menyisir rambutku. Dan saat itu, Awan masuk ke dalam bilik kami. Satu getaran yang sangat kuat berlaku di dalam tubuhku.

"Assalamualaikum !! Hai, my unexpected wife, si nangka busuk," Awan member salam. Boleh buat lawak pula suami aku nie. Suami? Awkward lorh.

"Wassalam. Haha. Ish, dia ni. Jahat betul lorh," aku tertawa. Malu betul bila teringat kejadian aku jatuh tu. Geram pun ada, dengan si peragut kepala dongga tu. Tapi takpe, bak kata mama, setiap yang berlaku, ada hikmahnya. Awan duduk di atas katil. Lalu merenungku melalui cermin. Aiyo amma. Dup dap, dup dap, dup dap dap dap. Makin lama makin laju pula degupan jantung aku ni. Naya aku.

"erm, takpe. Tu, saya je yang tahu. Hehe. Erm, tak sangka kan kita kena kahwin pula," Awan berbicara.

"Tu la. Ni semua pasal peragut tu. Dan kesian awak, kalau saya tak menjerit meminta tolong, mesti awak tak kena kahwin dengan saya," aku meluahkan rasa hatiku.

"Takde la. Takpe, mungkin ada hikmah di sebaliknya," eh, da macam mama aku da dia ni bercakap. Mana tak tumpah kuah kalau tak ke menantunya. Ups, ‘ter’buat pepatah salah pula.

"erm…awak…ermm," aku tak dapat meneruskan kata2ku. susah betul nak cakap. Dosa juga apa yang aku nak lakukan ni.

"Kenapa? Risau saya tuntut hak saya? Takpe, saya faham. Awak belum bersedia. Lain la saya, da umur 30 tahun, dah tentu dah bersedia nak kahwin. Cuma tak jumpa calon yang sesuai. Hehe. Habis, awak nak saya tidur mana malam ni?"ujarnya tenang. Aih, suami aku ni memang pandai menilik hatiku.

"err, terima kasih sebab faham saya. Tidur atas lantai boleh?" aku mengujinya. Dia masih lagi kelihatan tenang. Cuma keningnya terangkat sedikit. Ala2 Ziana Zain gitu.

"Hah, no prob !!" jawabnya. Aik, sanggup tidur atas lantai? Ish3.

"takdela, saya gurau je. Awak tidur je atas katil dengan saya, nanti kita letak la bantal peluk kat tengah-tengah," aku memberi green light kepadanya untuk tidur di katil bersamaku. Kesian pula dia, kalau aku suruh dia tidur di atas lantai. Sakit badan dia nanti. Dia kelihatan tersenyum.

"Ei, baguslah. Tak ada sakit badan saya. Nie yang saya sayang kat awak ni. Hehe. Tapi awak tak takut ke kalau saya ambil hak saya?" dia main tarik tali pula ngan aku. Da la kata sayang dekat aku, buat aku tak keruan je. Dia tersenyum nakal. Menawan pula senyuman dia. Alamak Mawaddah, godaan tu. Usir jauh2.

"Saya tak boleh nak kata apa2 la kalau awak nak hak awak sebagai suami. Harapan saya, awak boleh faham keadaan saya dan umur saya yang masih muda. Bila saya dah bersedia, awak akan dapat hak awak dengan hati saya yang rela," kata ku dengan berlagak tenang. Padahal, takut juga aku.

"herm, yela. Saya gurau je. Awak jangan la serius sangat. Ok la, saya nak mandi dan sembahyang Isya’. Awak dah sembahyang ke?" dia mencapai tualanya di dalam beg dan menunggu jawapanku.

"Saya tak boleh sembahyang. saya uzur. Saya tidur dulu la yep," aku tersenyum kambing.

"Ala, melepas saya malam nie. Awak uzur pula," dia mengenyitkan matanya sebelum terus beredar ke toilet yang sedia ada dalam bilik kami. Mengancam punya ayat. Ups, ‘ter’pesona pula dengan kenyitan mata dia. Aiyo, aku macam dah angau pula. Lebih baik aku tidur.

****************

"Wow, lain macam pula bantal aku hari ni. Sedap pula di pegang," ngomelku dalam hati. Lalu, aku pun buka mata.

"Hai awak !! Sedap tidur sambil peluk ‘bantal peluk’?" suara Awan kedengaran. Aku terkezutt.. Lorh, rupanya dia yang aku peluk. Aku ingat dia yang akan buat perkara yang tak di jangka, tak sangka aku pula yang buat dulu. Sedap2 je tangan aku landing atas badan dia. Dia hanya tersenyum memandangku. Cepat2 aku tarik tangan aku.

"Alamak, ‘ter’peluk pulak. Sorry sorry. Errr, saya bangun dulu yep. Nak mandi, takut bocor pula," cepat2 aku mencari alasan untuk menutup malu ku.

"Takpe, buat selalu pun boleh. Saya rela je. Pelukan kamu di alu-alukan puan Mawaddah. Peluklah diriku dan jangan kau lepaskan ku dan jangan kau lepaskan ku darimu (dia nyanyi lagu alexa la plak) Tapi, bocor 2 apa pula? Nak terkencing ke?" dia mengusikku. Haish, malu lagi la aku.

"Ish, ke situ pula. Erm, takla. Hal perempuan tu," aku menerangkan kepadanya secara kiasan. Lalu aku berlalu. Cakap banyak2 nanti, pengsan pula dia dengan bau mulut baru bangun tidur aku. Wakakaka.

"Owh, I got it. K sayang, mandi elok2 ok. Nanti kita turun sarapan, lagipun dah lambat nie. Da pukul 9. Hurry up ok," dia mengingatkan aku. Wow, lambatnya aku bangun. Penat sangat la kot.

Seusai aku siap memakai tudung, kami turun ke tingkat bawah untuk sarapan,kedengaran suara2 sumbing kakak-kakakku. Ni yang lemah ni

"Hui pengantin baru, lambat bangun. Kerja keras sangat ke semalam?" kak dina memulakan sesi mengenakan kami. Lalu disambung pula dengan kak piya.sebenarnya kami sekeluarga duduk serumah coz rumah banglo mama yang tak seberapa ni, agak besar."Sangat hebat kerja kamu. Tu la yang di katakan kerja orang muda. Kak piya pun baru kahwin gak, tapi cepat pula bangun," habis sahaja ayat kak piya, kedengaran gelak ketawa semua orang bergema dalam rumah ini. Hish,nak kena ni. Awan ni pula, mengikut saja mereka gelak. Bukan nak back up.

"Haha, ‘lawak’ gila. Nak pecah perut ketawa," aku menyindir. " Alah kak piya, siapa yang tergesa-gesa masuk awal ye semalam? Awal gila pula tu. Tak sempat2 nak tolong apa-apa, nasib baik ada makcik siti (orang gaji) tolong basuh pinggan. Suami wadah dan suami kak dina juga la yang basuh periuk2 belanga. Haish, kak piya, kak piya. Nampak sangat gelojoh tu," selorohku mengenakannya pula. Ha, amek kau. Tu la, suka sangat kenakan orang. Aku tersenyum kambheng..

"Mana ada la, kita penat sangat la, kan sayang?"kak piya memberi alasan yang entah apa-apa entah dan meminta bantuan kecemasan daripada suaminya. "Betul betul betul (macam upin ipin). Penat sangat, tu yang cepat2 masuk tidur tu," abang irfan mem-back up bininya.

"ooww, macam tu la pula. Orang lain pun kahwin juga kak piya. Tak la penat sangat. Alasan, nak meletup," Awan pula yang mengenakan kak piya. Wah, boleh jadi geng aku ni.

"Entah, Macam orang tak tahu pula dia buat apa nak cepat2 sangat tu. Gelojoh, gelojoh," aku belum puas mengenakan kak piya lagi. Dia menyeringai.

"Wadahhhh!!!!!!!!!!!!!! Daniel !!!!!!!!!!!!!!!!! komplot suami isteri, mana aci," kak piya menjerit. Baru tahu malu kau. Hahha.. "sudah sudah tu. Dah kahwin pun, perangai macam budak2 lagi. Asyik nak bergaduh je," papa cuba mengawal keadaan. "Dah, Wadah n Daniel, pergi sarapan dulu, nanti kita borak2,"

"Ok pa," cakap kami serentak.

*****************

"Wadah, malam ni bos saya adakan majlis special untuk staff yang ada suami / isteri je. Kita pergi ya?" Awan mengajakku. Nak tahu apa dah jadi dengan kami? Macam biasa, dalam 2 minggu nie, masih belum terjadi apa-apa lagi. Aku belum bersedia.

"Wah, ada pula majlis macam tu? Erm, ok gak. Pukul berapa saya nak kena siap ni?" giliran aku pula yang bertanya.

"Erm, pukul 8, siaplah. Pakai baju yang biasa-biasa je, tapi kalau boleh, formal la," Awan mengingatkanku. "ok boss !!" ujarku.

Ketika baru sampai ke majlis itu,

"Wah, Daniel. Cantik bini kau, ayu gitu. Mana kenal?" tegur seorang lelaki. Ku sangka, mungkin rakan sepejabatnya.

"Well, biasa lah. Dah rezeki. Oi, mana boleh bagi tahu. Dekat Port rahsia tu aku kenal dengan dia," Awan memberi jawapan kepada soalan kawannya. Aku pula hanya menjadi pendengar. Yelah, tak tahu dan tak kenal sesiapa kat situ.

"Ceh, kedekut. Eyh, kenapa kau kahwin suddenly ye? Pelik aku, tak pernah pula aku tengok kau keluar atau dengar pasal bini kau masa kau bujang," Kawannya meneruskan pertanyaan. Alamak, soalan panas ni. Aku memandang Awan dan dia memandang aku. Aku diam.

"Love at the first sight," ujarnya sambil tersengih dan mengenyit mata ke arah aku. Ish, asyik2 kenyit mata. Pergi pakai eye mo la kalau sakit mata.

"WOoooooowwwwwww," kawannya menepuk-nepuk bahu Awan. Tidak berapa lama kemudian, majlis pun bermula. Awan best la, jumpa kawan-kawan dia(Ashraf, Khalid, Hamdan, Jeffry dan beberapa lelaki lain yang mungkin suami staff perempuan), boleh borak-borak. Aku pula, kena duduk sebelah dia je. Nasib baik isteri-isteri kawan Awan dan staff perempuan peramah juga. Kami pun berborak-borak lah until,

"Perhatian !! kita akan mengadakan permainan ‘TRUE OR DARE". Semua dikehendaki menyertai. Dalam permainan ini, jika muncung botol menghadap ke arahnya, dia dan pasangannya harus memilih samada nak ‘True or dare’. Dua2 kena jawab. Sportingkan diri anda semua. Harap, semua enjoy," Khalid memberi pengumuman. Owh, game nie. Pernah juga aku tengok dalam tv. Tapi, rules nya ditukar sedikit. Aih, apa-apa la. Janji aku tak boring. Permainan bermula dan botol dipusingkan. Setelah botol itu berhenti berpusing, muncungnya menghala ke arah Awan. Alamak. Bencana. Semua bersorak.

"Ok, true or dare?" Tanya Hamdan.
"True la," awan masih kelihatan tenang.
"Erm, ni soalan tangkap cintan ringan2. Ok, berapa banyak kau sayang pasangan kau dan apa yang kau sanggup buat untuk dia? Ingat, jujur," soalan di berikan. Apa punya soalan da. Macam mana pula nak jawab?
"Ok, aku sayang bini aku sangat2 ibarat bintang yang tak terkira dan aku sanggup berenang dalam loji untuk dia," setelah Awan menjawab, semua bersorak,(Wooooh, Eiiiiii). Kini, giliran aku pula kena jawab.
"Saya pula, err, saya sayang suami saya tahap gaban till saya sanggup buat apa saja yang dia nak, kecuali berenang dalam loji. Kalau terminum, kes niaya tu," kini jawapanku pula disambut sorakan. Memang la, siapa yang sanggup. Dalam loji, ada t*h*. err, kerja gila tu beb. Awan memandang aku dengan pandangan yang tajam meminta pengertian. Pengertian? Pengertian ayat yang pertama tu, tak boleh aku nak jelaskan. Dah ayat tu laju je keluar.

"Ok, pusing lagi. Semangat game Dah membara ni," ujar Ahsraf pula. Habis sahaja Ashraf berbicara, botol itu pun dipusingkan. Dan sekali lagi, muncung botol itu terarah ke arah kami. Haish, saja je jin dalam botol ni kenakan kami. Gamaknya, aku la yang kena buat keputusan untuk kali ni, sebab tadi Awan yang buat keputusan.

"ok Daniel’s wife, now its your turn to choose. True or dare?" Jeffry pula yang mengemukakan soalan. Tapi suara2 sumbang kedengaran "dare!! Dare !! Dare !!. baru best sikit, boring la kalau pilih true." " Beranikan diri anda untuk memilih Dare !!", memeningkan kepala aku betul la mereka ni. Dare ke true ye??

"saya yakin betul, saya kunci jawapan saya. Saya pilih Dare," aku memberanikan diri. Pantang di cabar weyh. Haha.

" ini cabaran anda. Anda diminta mencium pasangan anda di khalayak ramai iaitu kami. Walaupun kitorang tahu, korang dah selalu buat. Tapi takpe, kitorang bagi kesempatan kepada kamu untuk menunjukkan kemesraan kamu," cabaran telah di berikan. Aiyo, kalau orang lain, mungkin lah senang. Tapi aku kena cium Awan?? Kerja susah tu. Tak pernah buat lagi.

Aku pandang Awan yang sedang tersenyum dan mengangkatkan keningnya. nak buat ke taknak?? Buat? Taknak? Tapi dah kena cabar, pantang nie. Ermmm.. Dengan pantas, cupppppsss. Aku cium pipi Awan. Alamak, malu nie. Macam mana la nak berdepan dengan dia. Ups, lepas ni, bukan dia pula ke yang kena buat dekat aku? Dupdap, dupdap, dupdap. Muuaahxx.. sesuatu yang lembut hinggap di pipiku. Blushing la pula aku. Yang lain-lain, semestinya dengan kerja part time mereka, bersorak. Takde kerja lain betul. Dan permainan itu diteruskan sampai la pukul 11 malam.

Rupa-rupanya, ada lagi 1 rancangan iaitu menari bersama pasangan. Atoiyai, aku da la tak tahu menari. Gerak2 badan aku tahu la. Aku pandang Awan lagi. Lalu, dia pegang tangan dan merapatkan badanku ke arah badannya saat lagu mula mendayu-dayu. Aku tergamam. Hatiku berdebar-debar, kuat. Aku tak boleh larikan mata aku dari terus merenung matanya yang bersinar-sinar itu. Cinta !! ya, aku yakin ini adalah cinta. Terbukti sudah cinta wujud untuk suamiku ini.

"Wadah,my beloved wife. Awak cantik sangat malam ni," Awan terus memandangku sambil badan kami bergoyang ke kiri dan kanan mengikut lagu. Aku terpesona dengan kata-katanya. Beberapa lama kemudian, party itu habis dan kami pulang ke rumah.

**********

Selesai aku mandi, Awan ku lihat sudah terbaring di atas katil. Penat barangkali. Balik-balik tadi, dia yang mendahului aku untuk mandi. Dia banyak mendiamkan diri dan asyik memandangku. Aku pun tak tahu kenapa. Seusai aku sembahyang isya’, aku terus menuju ke katil. Aku terus merenung mukanya dan aku yakin bahawa aku sudah jatuh cinta padanya. Aku menarik selimutku dan tidur membelakanginya. Tak sanggup nak tidur menghadap dia, tak boleh tidur nanti. Haha. Tapi,ada 1 benda melingkar di bahagian pinggangku. Erk…….

"Wanginya. Erm,lama saya tunggu awak," Awan mendekatkan dirinya denganku. Wowow, ini bahaya. Aku punya jantung da nak tercabut ni.

"Erk, kenapa pula awak tunggu saya. Awak penat kan, tidur jela," aku menahan gugup di hati. Lingkaran tangannya itu semakin kemas dan rapat sehingga aku dapat merasakan hembusan nafasnya.

"Takpe la. Wadah, I need u to answer my question. Betul ke yang awak kata awak sayang saya tahap gaban sampai awak sanggup lakukan apa-apa yang saya nak?" dia mengemukakan soalan. Wah, ingat lagi dia dengan apa yang aku cakap masa game tu.

"err… bet… tak… Entahlah," aku mengelak untuk terus menjawab.

"Please Wadah. Saya rasa saya dah tak boleh tahan lagi perasaan saya dekat awak. I love u so damn much, sayang.Too much till I couldn’t bear 2 hold my feeling anymore," dia meluahkan perasaannya. "Kita da beberapa minggu jadi suami isteri, tapi kita tak jadi suami isteri yang betul. Tolong bagi saya peluang, saya janji tak akan sia-siakan hidup awak. Awak isteri saya selama-lamanya. Saya cintakan awak sangat-sangat," sambungnya lagi sambil memusingkan badanku untuk menghadapnya. Mukanya semakin lama semakin dekat denganku. Lalu aku dapat rasa satu ciuman singgah di dahiku, agak lama. Aku Cuma membiarkan. Lalu bibirnya berubah tempat, hinggap di pipiku.

"Saya sayangkan awak juga muhd Awan Daniel," aku membisikkan ayat itu. Dia kelihatan tersenyum dan, "terima kasih" terdengar bisikannya pula di telingaku… saat itu, Tuhan saksi penyatuan antara 2 hambanya ni.

****************

"ma, engok papa ie. Papa tak aci. Papa tak nak geng ngan imie," Muhd Amirul Hakimi, anak lelakiku terkedek-kedek merengek mengadu dekatku. Awan pula hanya tersengih memandangku.

"Takpe sayang, meh sini. Biar mama geng dengan kimie ye," aku cuba memujuk anakku yang berumur 3 tahun itu.

"Sayang, nak ke geng dengan orang yang main kasar, pukul2 adik dia?" Awan bersuara. Aku memandangnya meminta penjelasan.

"Tadi dia pukul Alisya dengan kereta mainan tu. Nasib baik tak cedera," Awan menjelaskan lagi. Hakimi hanya menunduk ke bawah, menunjukkan muka kasihannya selepas memukul adik perempuan kembarnya, Nur Alisya.

"yeke? Kimie, tak boleh macam tu ok? Kimie kan abang, so abang kena la protect adik, bukan pukul adik. Got it?" ujarku tegas. Sebagai ibu, aku harus tegas dalam mendidik anakku yang kembar seiras ini. Awan ku lihat sedang memangku anak perempuanku.

"ye, imie aham. Imie anji tak uat agi.," heroku menunjukkan kesalnya.

"Hah, macam tu la. Meh sini, mama peluk sikit. Sayang dia," aku mendepakan kedua-dua tanganku.

"Arh, tak boleh. Mama sayang papa je. Tak sayang Kimie dengan Alisya pun. Yang mama nak peluk pun, papa sorang je," Awan mengenyitkan matanya ka arahku. Eyh eyh dia ni… ku lihat, dua2 anakku sudah mencebikkan muka. Lalu terdengarlah rengekan dari dua kembar itu. Sudah ku jangka. Awan ni memang suka mengusik anak-anak dan termasuklah mamanya ini.

"Mamaaaaa !!!! sob sob sob. Mama sayang ite an? Mama sayang imie nan Isya an?" kedua-dua anakku serentak datang mengadu kepadaku. Suamiku ni, menggedik-gedik betul. Dua-dua sekali pula dia kacau. Dekat siapa yang mereka mengadu?? Kat aku juga. Haish…nak kena ni.

"Abanggggg!! Muhd Awan Daniel, isterimu Nur Mawaddah tengah geram dengan abang ni," aku memandangnya tajam. Dia hanya terkekeh-kekeh ketawa. Nakal betullah.

"Geram dengan abang ke sayang?? Takpe2. Nanti kita suruh mama dan papa sayang kat dalam rumah tu jaga anak-anak kita kejap, pastu kita masuk bilik ok? Then, bolehlah sayang lepaskan geram sayang dekat abang. Plus, abang pun tengah ‘geram’ tengok sayang yang semakin marah, semakin cun ni," jawabnya lagi mengenakan aku. Merah padam muka aku. Owh, kenakan aku ye. Meh aku kenakan kau pula. Haha

"Abang, make sure abang ambil bantal tidur abang. Dan lagi 1, jangan lupa bawa selimut. Takut-takut demam menggigil pula kena tidur dekat sofa ruang tamu untuk seminggu. I mean it, abang," Awan seperti sedang menafsirkan kata-kataku. Aku pula, sedang menahan gelak dan memperkukuhkan lagi lakonan aku dengan muka aku yang serius ala-ala muka Acapan(serius ke dia?? Haha). Senjata sang isteri, asyik asyik tidur luar…hhuhuuhuhu
"Dah Kimie, Alisya. Jom kita masuk dalam. Main-main dengan nenek dengan atuk lagi best. Jangan kawan dengan papa," aku memimpin tangan anak kembarku yang jalan terkedek-kedek itu sambil berganjak dari kolam ikan ke dalam rumah. Reaksi Awan?

"Sayang, jangan la macam tu. Sakit la abang kena tahan seminggu. Ada yang mengigau nanti. Ala, abang gurau je tadi. Macam tak biasa pula sayang ni. Kimie n alisya anak papa yang papa sayang, papa gurau jela tadi," Awan merayu kepada kami. Kah kah kah.. padan muka abang. Tu la, kenakan orang lagi. Kan dah terkena.

"anak, imie ngan Alisya anak kawan ngan papa," kata-kata anakku yang serentak itu membuatkan Awan kelihatan sedikit kelam kabut walaupun mukanya kelihatan cool.

"Sayang, please. Jangan la buat abang macam ni," Awan buat muka seposen. Semakin galak aku nak gelak.

Apapun, kini aku sangat bahagia. Terbukti Ada cinta untuk Awan. Dan kini, selamanya aku milik Awan , yang lebih tepat, Muhd Awan Daniel. Jika langit setia menjadi teman setia sang awan, samalah denganku. Aku setia menjadi teman kepada Awan. Ikatan cinta kami makin kukuh setelah dikurniakan rezeki, sepasang kembar yang comel la juga. Yang ku harapkan, hubungan kami kekal dunia dan akhirat. Moga Tuhan makbulkan doaku. Tapi yang aku masih tak pasti, kenapa ye nama dia Awan? Tu aku pun tak tahu. Sebab aku malas nak Tanya. Nanti ada yang kecil hati atau salah anggap aku mempersendakan nama dia. Writer ni pun 1,bukannya nak bagi tahu. So, korang fikir-fikirkanlah sendiri kenapa nama dia Awan.hahahahahahaha =3

**************

No comments: