Saturday, July 31, 2010

kebetulan

kebetulan
Share
Fikiranku kusut. Perasaan aku tak tenteram. Aku rindukan seseorang. Aku dah tak tahan. Arghhhhhhh..!!!
"Woi mimi." Serentak dengan itu bantal dibaling kepda mimi.
"Adoi..woit, sakit la. Ape baling-baling ni?"
"Kau la. kenapa tetiba menjerit hah? Kena histeria ke? Kau jangan, lagi esok lusa je nk exam ni. "Tika menegur kwan sebiliknya.
"Sorry ..hehe. rileks la Tika. Aku Cuma bosan la. Aku taktau nk buat apa. Nak study malas. Macam dah tepu otak aku ni Ape idea kau untuk mengatasi masalah aku ni?"
"Idea apa lagi. study je la cik kak oi. Kita nak exam ni. "
"Tapi aku takleh concentrate la. Makan tak lalu. Tido tak lena. Aku macam rindukan sseorang. Adakah ini namanya cinta?" Mimi bertanya disulami senyuman nakal.
Cewahh. Jiwang la plak.
"Kau cinta kat siapa? Bagitau aku? Boleh wat gossip ni. kau tak penah cerita apa pun kat aku pasal lelaki."
Cis, gossip no satu. Mimi mencebik dalam hati. Tiba-tiba die terfikir satu idea nakal.
"hmm.aku rase aku nk jumpa dia lah. Aku nak luahkan segala yang terpendam dalam hati ni pada dia." Mimi berkata kepada Tika
"Nak jumpa kat mana? bgatau la."
"Sekarang kul berapa ek? "Mimi berpura bertanya. Bukan dia tak ada jam pun nak tengok.
"Baru masuk asar.4.30. Nape?"Tika bertanya kembali.
Mimi membiarkan pertanyaan Tika itu. Dia bersiap-siap untuk menunaikan solat dan bersedia meneruskan perancangannya itu.

……

"Woit, kau bersiap nak pergi mane ni?"
"Kan aku cakap aku nak jumpa si dia tadi."
"Kot ye pun biar betol? Dia duduk mana? Dah petang ni? Kau betul ke nak jumpa dia ni?"
"Betul la. buat apa nak memain pula. Aku tak boleh study la macam ni kalu selalu teringat kat dia."
"Kau jangan wat aku takut. Kau kena guna-guna ke apa ni hah?" Tika menunjukkan riak muka penuh kerisauan. Kesian plak mimi tengok.
"bye bye Tika. Aku mungkin tak balik hari ni. Taktau bila nak balik. Tapi kita akan jumpa sebelum paper pertama.". Mimi berkata seraya tersenyum.
"Wei, mimi, kau jangan buat pasal. Aku repot kat mak kau karang. "
Nak repot? Repot la. Mimi menjawab dalam hati. Lantas memeluk kawannya untuk meminta diri.
Haha. Setahu aku,kau takde no family aku. Ah..tak sabar nk jumpa dia. Sayang I’m coming..




Aku berlari2 ank menuju ke bus stop. Alamak, nak dekat 5,30. sempat ke tak ni nak beli tiket? Argh.tidak. Bas baru je bertolak ketika mimi sampai ke bus stop..aduh, lama la pula nak tunggu bas lain ni.
Mimi yang tidak senang duduk kerana ketinggalan bas memandang kiri dan ke kanan. Dari jauh dia terlihat kelibat seorang lelaki menuju ke arahnya dengan sebuah beg pakaian.nak balik kampung la tu.
Eh, apa hal sengih-sengih kat aku pula ni? Kenal ke? Atau nak ngorat aku. Kirim salam la.
Woi mimi, yang kau pergi tengok dia apa hal? Malu la dia woi. Hati Mimi berbalah sesame sendiri.
Baru mimi tersedar yang dia asyik mengutuk lelaki yang tidak dikenalinya itu. Lantas mimi berpaling ke tempat lain apabila lelaki itu sudah duduk di bangku sebelahnya.
"assalamualaikum"
ceh, macam ayat biasa nak ngorat jer.
Mimi membiarkan sahaja salam tidak dijawab dan bersikap seperti tidak mendengar.
"tak jawb dosa". Lelaki itu berkata lagi.
Mimi mencebik dalam hati. Die memandang ke kiri dan ke kanan seolah-olah untuk memastikan salam itu ditujukan kepda dirinya.
"waalaikumsalam." Mimi menjawab perlahan namunmasih boleh didengari oleh lelaki itu.
"awak nak pergi mana?" Lelaki itu bertanya lagi.
"Changlun". Jawab Mimi endah tak endah. Sibuk nak tau sangat ni apasal?
"Seorang je ke?"
"Tak la, bertiga."
"Mane lagi dua?"
"Ade kat seblah kiri dan kanan saya."Mimi menjawab acuh tak acuh.
Lelaki itu memandang dengan penuh tanda tannyer? kemudian die tergelak sendiri. faham maksud gadis itu.

Yes, bas dah datang..malas aku nak menjawab soalan yang entah apa-apa lagi yang akan keluar dari mulut lelaki itu.
ala, penuh la pula bas ni..ah, tak apa..misi mesti diteruskan.

"Senyum la skit. Masam-masam ni nape? Gaduh ngan pakwe ker?"
suara sape lak tegur tu? Macam terkena kat batang hidung sendiri jer ni.
Berpandukan cermin dihadapan bas aku tau memang ayat itu untuk aku. Aku lihat encik drebar tu asik menjeling dan tersengih kearah aku jer. Aku cuba membelek muka aku. Memang masam pun. Mane tak masam, bas penuh. Kena berdiri.
"nak pergi mane ni?Alamak, nape la pakcik drebar bas ni terlampau peramah sangat? Konduktor bas belum pun sampai lagi nak bagi tket.
"Pakcik bawak je la bas tu leh tak?" tapi aku hanye bertanya dalam hati. huhu
Aku hanya menjawab soalan itu dengan memberikan senyuman yang paling manis aku rase. Tak baik sombong. Nak pula dia kata muka aku masam tadi. Amacam pakcik, tergoda tak tengok aku senyum? Haha.

Sampai di changlun ramai pelajar turun. Memang hamper 100% penumpang bas itu terdiri dari pelajar UUM.

Yes, dapat tempat duduk. Letih wo berdiri dengan keadaan bas sesak macam ikan sardin..

"Awak nak pergi mana?kata nk ke changlun? Changlun dah lepas."
eh, mamat tadi la pula duduk kat sebelah aku ni. Alamak. Apa aku nak kelentong ni ek.
"Nak balik umah."
"Awak ni orang sini ker?" Lelaki itu bertanye sedemikian kerana dia tak nampak pun beg untuk balik kampung seperti dia bawak.
"A’ah. Dalam nada nak tak nak aku jawab juga. Nanti dicop sombong pula.
"Owh, kat UUM amik kos apa?"
Adoi..nape banyak sangat tanya. Aku ni bukan peramah sangat dengan orang tak kenal. Lagi-lagi pula lelaki..
"Awk nk kemana? Shahab ker?" Mimi menjawab pesoalan dengan persoalan jugak.
"A’ah nape?"
"Er awak, saya pening kepala la. Maaf yer. Nanti boleh tolong kejut saya tak? Nak tidur kejap. Saya pun turun sana jugak nanti."
Huhu..alasan yang bagus. Walaupun tak bagus tidur sebelah lelaki. Peduli apa aku, aku dah biasa duduk dalam bas sebelah lelaki. Ape malang nasib aku selalu dapt partner seat lelaki..huhu. tapi nasib baik ini perjalanan dekat je. Orangnya pun ok la. Maksud aku tak ada lah besar sangat macam aku penah duduk dulu. Sempit wo nak duduk. Dia sorang conquer 2 seat. Mane aci. Aku bayar jugak la. Ada yang tidur jenis buas. Selambe badak dia je buat bahu aku jadi bantal. Bajet aku ni awek diorang pula? Boleh blah lah weyh. Seram aku nak mengingatkannya semula.
"Ok la…" lelaki itu menjawab.
Eleh, macam la aku nak ngorat dia. Tak hingin la orang sombong macam ni. Kalu tak bosan, aku tak tegur. Bisik hati Kimi. Teringat kembali peristiwa petang td..

………

"Dah lame kimi tak datang sini. Jom la balik. Leh mak masak kat kamu." Terdengar suara sayu di hujung talian.
"Maaf mak. kimi ade exam tak lame lg." Kimi menjawab.
"Elok la tu. Mak pun nak buat kenduri tunang farah. Leh buat doa selamat untuk kamu sekali."
Farah nak tunang?


"Wei,cam mana ek. Sian plak aku dengan orang tua tu." Kimi meminta pandangan roomate nya, Hadi.
"Balik je la. Kau kat sini bukan study jugak aku tengok. Lagi pun paper kau lagi seminggu kan? Ade masa lagi tu."
"Tapi aku tak selesa la ngan si farah tu."
"Sape farah?"
"Anak mak angkat aku la."
"Nape pula ngan dia?"
"Dia tu gedik semacam je. Siapa la lelaki malang yang dapat dia tu.
"Yang aku dengar nak tunang tu siapa?"
"Dia la."
"Hah, elok la tu. Nak kahwin dah. Mane tau dia dah ubah perangai. Tak baik kau cakap dia macam tu."
"Entah la. Budak tu bukan boleh jangka perangai dia."
"Ala, rileks la. Dah nak kahwin pun budak tu. Untung-untung kau jumpa jodoh ko kat sana.
Kau ni, bukan takde orang nak, tapi memilih sangat."
"Hello, aku nak cari perempuan untuk dibuat bini. Bukan betina ok. So terpaksa la memilih sket."
Uish, pedas statement tu.
"Macam kat sini takde perempuan. Banyak je aku tengok."
"Kau tengok luaran je. Kalau dah kenal, bukan semua same macam di luaran. Hancus.."
Kimi berani menjawab begitu kerana dia sudah ade pengalaman berkaitan pelajar perempuan di kolejnye itu.
Tapi bukan semua macam tu ok. Bajet dia bagus sangat ker?

……

"Awakk!!!" Kimi meninggikan lagi volume suaranya.
"Ye adik balik skang.."mimi melatah terkejut apabila tidurnya diganggu sseorang.
"haha.." Kimi menahan perut ketawa.
Mimi memandang pelik muka yang dilihatnya.
"Wei, kau ngigau aper hah?Adik? Dah bsr panggil adik?"
Muka mimi merah. "Suka hati aku la. Kau jerit kat aku pesal?"
"Apesal? Tadi kau jgk pesan kat aku suh kejut,.kita dah smpi ni. Turun la. Orang dah semua turun."
Mimi tersedar. Dia dalam bas nak balik jumpa sesorang yang begitu penting dalam hidupnya.
"Jam kul berapa sekarang?" Mimi lantas bertanya.
"5 mint kul 7." Jawab Kimi.
Alamak..aku terlepas bas kul 6.30.adui.
"Apasal lambat sangat kau kejut aku?" Mimi meninggikan suaranya.
"Wei, kita baru sampai la.".
"Iyer ker?" Mimi bertanya tak percaya.
"Jem tadi. Dah la aku nak turun. Aku nak beli tiket."
Mimi terpinga-pinga. aku nak naik bas apa ni? Bas aku biasa naik dah jalan.
Ahh perut pula memulas.pergi toilet dulu lah.



Nasib baik bas kul 7.30 malam ade.
Lagi 15 minit. Aduh, lapar la plak. Bas pun tak ada lagi. Cari roti dulu la..
Sedang membelek tarikh luput pada pembungkus roti, bas yang akan Mimi naik sudah sampai.
Mimi bergegas ke pintu bas. Mencari seat 31..eh ,macam kenal jer…alamak,dia.
Mane nk sorok muka ni..
"Eh awk, watper kat dalam bas ni?" Kimi bertanya.
Mimi hanye tersengih.
Lantas duduk
"Awk ikut sy ek?"
Mimi yg sedang meneguk air kerana dari tadi asik berlarian tersedak.
"Ape kes sy nk ikut awk?"
"Mane la tau. Awk dah jatuh hati kat sy ke? Kita ni nak blk Pahang. Saya tengok awk langsung tak bawk beg pakaian td. Awk ni betul ke tidak?"
"Hello, muka sy ni macam org tak betul ker?"
"Awk ni panas baran ek? Asyik nak marah orang je.tadi pn pakcik bas dah tegur muka awk masam je. Nanti cepat tua tau. Tak laku padan muka."
Amboi. Sedapnyer bahasa. Mana ko tau aku laku ke tak? Bajet ko hensem sangat ker?
"Muka saya. Suka hati saya la." Mimi menjawab tegas.
Huh, ape la nasib aku jumpa dia ni. Mimi membebel lagi di dalam hati.
Setelah bas berjalan Mimi mengambil peuang untuk tdo. Tapi..
"Asyik tido jer. Malang sungguh kalau dapat bini macam ni." Kata Kiki perlahan namun dapat didengari oleh Mimi.
Hati mimi dah panas, mahu jer dicekik orang di sebelahnya itu. Tapi die masih waras. Dia mendiamkn diri jer. Malas nak layan orang yang perasan bagus.

..

Alamak, sejuknyer..
Baru mimi ingat die langsung lupe membawa sweater kerana excited nak jumpa orang yang dikatakan dirinduinya itu..namun disebabkn keletihan dia membiarkan saja kesejukan yang mencekam..tp, dirasakan badannyer terasa sedkit hangat. Dicuba juga untuk membuka mata yang seperti di gam itu.
"Awak buat apa ni?"Dalam nada suara yang serak2 basah dia bertanya.
"Err,,sorry.saya nampak awak sejuk. Saya tolong selimutkan.Saya ada bawak towel. Awak pakai la sweater saya ni." Kimi menjawab dalam nada serba salah. Entah kenapa dia gatal sangat nak selimutkan perempuan garang itu.
Mimi terasa malu. Betapa dia kurang ajar ngan laki itu tadi tapi lelaki itu prihatin kepada dirinya.
"Hm..terima kasih.." hanya itu yang mampu Mimi jawab lantas mimi menyambung tidurnya semula.



"Awak..awak.."
Ish..siapa pula panggil aku ni..dirasakan bas berhenti..dh sampai ker?
"Err, kite berhenti makan sekarang ni. Saya nak turun. Awk taknak turun ker?" Kimi bertanye.
"Hmm tak apa lah. Ngantuk lagi ni." Mimi membalas.
"Kalau macam tu tak apa lah, tapi saya nak turun. Tolong bagi laluan ye."Kimi berkata penuh diplomasi namun penuh sindiran.
"Owh..sorry." Pantas Mimi bangun memberi laluan pada Kimi.
"Err apa kata awk tido sebelah tingkap. Tadi nampak awak macam nak jatuh je mase lalu selekoh tadi. Air liur awak pun laju je meleleh. Malu kalu orang sebelah awak tengok."
Alamak. Ye ke?..aku terus mengesat mulut yang dikatakan keluar air liur basi tapi tak ada pun.
Mimi lihat lelaki itu dah sakit perut menahan gelak. Mimi menghadiahkan satu jelingan maut.
Tipu ye..ah tapi tak apa lah. Ok juga duduk tepi tingkap ni. Tak ada la tergolek jatuh kalu tidur nanti. Aku ni dah la tidur mati.Tak ada lah terjatuh nanti kalau syok sangat tido. Huhu..

…….

"Terminal Jengka.."Kedengaran satu suara kuat menyebut nama terminal yang baru sahaja mereka sampai.
Lantas mimi terjaga. Dah sampai.
"Saya turun sini. Awk turun maner nanti?" Kimi di sebelah sudah bersedia nak turun apabila dilihat Mimi terjaga.
"Er..sini juga." Sambil tersengih ala-ala kerang busuk.
"Sini?awk betul-betul ikut saya ke?" Kimi bertanye dalam nada terkejut.
"Eh, tak ada lah, saya memang orang sini lah. Eh, turun cepat. Nanti bas jalan pula." Pantas Mimi menjawab. Dalam hati die hanya tuhan saja yang tau.

Mimi berehat sebentar di kerusi menunggu bas. Begitu jugak Kimi. Aku tenung dia, dia tenung aku.
"Awak nak balik mana ni?" Serentak mereka berdua bertanya.
Masing masing ketawa.
"Ok, ladies first."
Ceh, gentleman la konon.
"Aku balik .."Hmm..nk tipu ke cakap betul. Nanti kantoi lagi.
"Awak jangan tipu saya. Nanti kantoi lg." Kimi pantas menyambung.
Alamak, dia dapat baca hati aku ke? Ahli nujum pak belalang ke ape ni? Huhu.
"Aku naik bas ke maran." Jawapan yang aku rasa bernas walaupun tidak begitu menjawab pertanyaannya tadi.
"Awak?"tanye Mimi plak.
"Sama lah.Tak apa, kalu awk tak nak bagitahu yang betul. Eh, bas kita dah sampai. Jom." Balas Kimi.
Aku menurut dari belakang.Mustahil dia turun maran. Mesti dia turun dulu ni. Ape la malang nasib aku. Nak tipu asyik kantoi je.uhukk.
"Eh, awak nak pergi mana? Duduk aje lah sini." Kimi pantas memanggil Mimi yang terus menonong mencari seat di belakang.
entah kenapa Mimi menurut saje katanya.
Sepanjang perjalanan Mimi dan Kimi tak bercakap.
Aku dan dia saling memandang. Apabila aku nampak simpang ke kampungku aku menekan loceng. Die memandang aku pelik.
"Saya dah sampai." Mimi memberikan senyuman yang paling manis pada Kimi dan dirasakan sungguh ikhlas di hati Kimi. Mane tak nya, dia dah sampai ke tempat yang dituju. Semua kejadian dia dengan Kimi di sudah lupa.
Kimi hanya tersenyum.
"Akhirnya aku sudah hampir dengan seorang yang aku rindu selama ini. Ah, rindunya." Dr jauh Mimi sudah nampak kelibat ayahnya. Eh, pakcik Ali pun ada?

"Hah, kamu balik sama ke?" pak cik Ali bertanya Mimi.
"Hah?balik sama? Siapa?" Mimi terpinga-pinga.
Aku menoleh ke belakang.
"Awak?"
Dia tersengih. Kimi..
"Tak kenal ke? die belajar sama dengan kamu kat uum."
"Hah Kimi, tak jumpa dalam bas?Tak berkenalan ke?" Soalan dituju pada Kimi kini.
Kimi hanyer tersenyum
"Nak kenal macam mana, orang tu sombong sangat." Jawab Kimi.
Aku tersipu malu. Kantoi lagi. Adoi. Cop-cop. Aku tak penah nampak pun muka dia kt uum.
"Siapa ni?" Mimi bertanya.
"Owh, lupa. Ni anak aku Kimi."
"Anak?"
"Setahu mimi, Mimi kenal semua anak pakcik"
"Anak angkat aku.Hensem tak?Nak jadi menentu aku boleh tak?jodoh la ni balik skali. Name pun lebih kurang sama. Kimi. Mimi. Hah sedap orang dengar tu kalau letak dalam kad jemputan kahwin." Sakat pak cik Ali. Suka dilihatnya muka Mimi merah menahan marah atau malu. Cukup comel pada pandangannya.
Wei, apa ke situ pula.aku balik nak jumpa orang yang aku sayang. Bukan sebab dia..jawab Mimi dalam hati je lah. Ayat ni tak berapa sesuai untuk diluahkan kepada orang yang lebih tua darinya.
"Ye la tuh. Boleh je. Masuk je la meming." Mimi menjawab berani. Die tau orang tua itu hanya menyakatnya. Hajat aku nak cepat cepat balik umah.
"Mak buat apa ayah?" Aku cuba mengubah topic.
"Ada kat rumah tu. Jom la balik.." Yes, ayah aku dah menjawab.
"ye la ..pergi la balik. Macam aku tak kenal kamu ni anak mak." Balas pak cik ali.
Aku hanye tersengih.
Dia pun turut sengih. Sape lagi? Kimi la.Mesti ingat aku ngigau semalam. Uwaa,malu.
……..

Sesampai di rumah aku meluru ke arah mak aku. Orang yang paling aku sayang dan rindu yang telah membuat hidup aku bagai tak kena di sana.
"Mak, adik rindu kat mak. Mak tak rindu adik ke?" Mimi bertanya penuh nada manja dan mengada-ngada.
"rindu. Tapi nak wat macam mana. UUM tu bukan dekat." Mak menjawab.
"Yela. Mak, adik balik ni nak makan mak masak. Tak selera la nak makan kat sana. Adik nak makan puas-puas balik umah ni. Minggu dpn periksa."
"Alaa, kejap sangat balik. Mak ingat kamu dah habis periksa."
"Belum lagi la mak. Kalu dah periksa mesti mimi cakap."
"Ye la. Hari ni nak masak apa? Suruh ayah kamu beli. Nanti mak masak."
Yea-yea sayang mak.

..
"Adik..bangun. kawan adek nak jumpa ni." mak mengejutkan mimi yang masih tido di bilik.
Anak dara apa ni bangun lewat.
Kawan? Siapa? Su kot. Die pun rajin menjenguk aku kat umah tiap kali aku balik kampong.Yes, dah lama tak jumpa su.
Dengan muka tak berbasuh, mimi terus ke depan dengan hajat nak jumpa su.
Mak hanya mengeleng kepala.
Tapi..eh..
Kimi tersengih memandang mimi yang masih berbaju tido. Dengan muka serabainya.
Terus mimi masuk smula ke bilik. Mencapai tuala dan mebasuh muka.
Huh, kurang la saham aku dia dah nampak aku.uwaa mak ni pun nape tak cakap yang datang tu laki. Aduhai.

Usai bersiap ala kadar, mimi ke depan. Menghadap Kimi yang masih lagi tersengih memandang mimi. Hati lelakinya seakan terusik melihat gelagat mimi tadi.
"Kau datang pagi-pagi ni kenapa? Ganggu orang tido je."eh, jap..aku bahasakan diri dengan dia semalam aku ke saya? Ah, lantak la..
"Hello, ni dh tengahari cik kak oi." Kimi menjawab.
Mimi mnegerling jam di dinding.Wat muka tak bersalah dan bertanya.
"Tak kesah la. Ni nape datang rumah ni?"
"Amboi, tak boleh ke? Kimi bertanye kembali."
Mimi membuat muka
"Ye la. Aku datang ni pun ayah angkat aku suruh." Jawab Kimi lagi.
"Nape ko tak dtang mase farah tunang ari tu?" Kimi menyambung.
"Penting ker? Mmi menjawab balik."dalam nada yang kurang enak didengar.
Memang pak cik ali ade jemput tapi mengenangkan kimi ade di sana, terbantut hasrat itu. Dia bimbang takut disakatnya lagi oleh pak cik Ali. Huhu.
"Bangun-bangun nak marah ni kenapa?Ok lah, terus kepada tujuan aku. Ayah aku nak kita balik sekali. Ayah kau pun dah setuju. So, petang ni aku nak cari tiket. Nak ikut sekali tak?"
Hmm. ..
……….

"Hah, macam mana?best tak jumpa pakwe? Tanyer Tika. Tak nyempat aku nk hilangkan lelah naik tangga tadi.
"Siapa kata aku jumpa pakwe?" jawab Mimi bersahaja.
"Habis tu?" Tika mnejawab pelik. Hari tu bukan main lagi nak luahkan perasaan. Nak jumpa orang yang dirindui.
"Aku balik jmpa mak aku la." Jawab Mimi seraya tersengih.
"Wei, biar betol? buat letih je balik. Bukan dekat Pahang dengan kedah."Tika membulatkan biji matenya yang sedia bulat itu.
"Kenapa? Tak percaya?" mimi ketawa dan menjawab dalam nada sperti iklan bcb dalam tv beberapa tahun dahulu.
Letih..hmm. namun penuh kenangan. Haha. Betul ke tidak aku ni? Bayangan wajah Kimi bermain di fikiran.



"Wei kimi, aku tegok muka ko dari sampai tadi sampai skang senyum memanjang, dah jumpa calon ke macam yang aku cakap?" hadi bertanye.
"Hmm..ye kot." Balas Kimi pendek.
"Wei, cerita la." Tanya Hadi tak sabar.
"Malas aku nak cerita panjang. Yang pasti maybe ni jodoh aku. Macam kau kata tuh." Jawab Kimi.

No comments: