Melepasi pagar besi yang terbuka secara automatik itu, mataku cepat menangkap susuk tubuh Pak Hamid, driver
Datin Zahirah. Setelah bertegur-sapa, bertanya khabar, aku terus masuk ke dalam banglo mewah itu. Tahap
kedinginan penghawa dingin rumah benar-benar melegakan kulit tubuhku yang dah beberapa jam di'panas'kan oleh
terik sang mentari di luar. Muse masih berlagu di telinga dengan Time Is Running Out. Anak tangga ke tingkat
atas segera kuburu.
Aku berpampasan dengan seseorang di tangga. Dia menuruni tangga. Aku pula mendaki anak-anak tangga untuk ke
bilik Mira. Dan tatkala aku mengabaikan kehadirannya…
Bukk!!
Baru dua anak tangga kudaki, bahuku dilanggar kuat dari arah hadapan. Punyalah luas tangga kat rumah ni,
kenapa la si mangkuk ni nak turun ikut side aku?? Aku, dengan MP3 aku sekali jatuh tergelimpang kat lantai
jubin tu. Buku-buku yang aku pegang tadi pun dah bertaburan sana-sini. 'Malaun' tu tegak berdiri di sisiku.
Tiada ucapan maaf darinya. Aku tunduk. Mengutip semula 'harta'ku yang bertaburan.
"Ala…! Rabun tahap kronik ke buta? Orang besar bagak macam ni pun nak langgar ke… Pergi optical centre la,
check!" Rungutku dengan nada kuat. Sedikit pun tiada rasa bersalah berkata demikian. Kerana dari cara
pemakaiannya, aku seakan boleh mengagak gerangan manusia yang ada di hadapanku ini. Tak Pa'e, si Zach kawan si
Iskandar yang tua beberapa tahun dariku itu. tak mungkin Iskandar sebab dia lebih senang memakai seluar pendek
ketika berada di rumah.
Dah lebih dua bulan aku bekerja di rumah ni. Orang-orang dalam rumah ni pun dah naik 'kamceng' dengan aku.
Malah jadual harian mereka pun sudah kuhafal benar. Pagi-pagi Sabtu yang berbahagia ni, sapa sangat la yang
ada di rumah. Dato' Latif dah tentu dok mengukur luas padang golf dengan business associatesnya. Datin Zahirah
dengan kerja amalnya yang tak pernah habis atau paling tidak 'melepak' dengan kawan-kawan. Yang ada kat rumah,
yang pastinya orang gaji rumah, Mira, anak bongsu Datin Zahirah, serta Iskandar yang dah bertekad nak
'menggempa-bumi'kan banglo ni dengan member-member jammingnya di bilik 'khas' di hujung tingkat dua.
So, dengan muka yang dibuat-buat comel, aku mendongak memandang si pesalah a.k.a orang yang langgar aku sampai
berdebuk jatuh atas lantai cantik Datin Zahirah ni. Bersedia untuk memerli orang itu dan memulakan perbualan
ceria kami pada pagi itu.
Anak mataku menangkap imej seorang lelaki. Dengan ketinggian 5 kaki 8 inci, rambut lurus yang agak panjang dan
tak terurus, mata kuyu, muka 'malas dan mengantuk' ala-ala Doug Robb Hoobastank versi Melayu, t-shirt hitam
yang penuh corak dan tulisan entah apa-apa, dan jeans fesyen koyak-rabak sana-sini, lelaki itu tunduk
memandangku dengan wajah pelik. Ape? Dia ingat aku ni endangered species ke hape?
Tapi… Yang dia ni sapa? Tak pernah tengok pun! Member baru Iskandar ke?
"Instead of giving 'that' silly advice, you yourself should go to the nearest optical centre! Also, don't
forget to train your tongue to say 'I'm sorry'… It's the magic words you know, especially in this kind of
situation!" Dengan muka angkuh dia berkata begitu.
Aku juih bibir ke depan. Weih! Mamat baru bangun tidur ni sedar ke tak sedar nih? Dia yang langgar aku,
sedap-sedap aje dia maki aku dengan bahasa penjajah tu! Sengal ubi keledek betul! Dah la badan bau lori sampah
majlis perbandaran, sekali-sekali dengan perkataan dari mulut dia pun bau macam longkang…
"Kalau betul mata awak terang lagi jelas, kalau betul awak jenis orang beretika penuh adab, kenapa awak tak
mengelak dari bertembung dengan saya tadi?" Tempelakku. Muka lelaki itu mula merah.
"Suka hati saya la nak jalan kat mana sekali pun! Awak tu, lain kali bila berjalan pandang depan. Bukannya
menunduk. Faham?!" Ooo… boleh cakap bahasa Melayu rupanya. Ingatkan omputeh berkulit sawo matang tadi.
First impression; aku meluat tengok lelaki berlagak tak tentu arah ni! Is, kat mana kau kutip kawan kau yang
sorang ni? Entah dari lubang cacing mana dia datang, tup-tup nak tunjuk lagak kat rumah orang!
"Peduli apa awak kalau saya nak jalan tunduk ke, merangkak ke… jalan dengan tangan ke… Awak… Saya… Kita ni
sama-sama datang rumah orang. So, tak payah berlagak bagus la… Sedar-sedar la diri tu sikit!" Aku menujah-
nujah dadanya. Cuba menyedarkan dirinya dan diriku sendiri berkenaan 'kedudukan' kami di rumah itu.
"Woi, Johan! Kata nak tengok kita orang jamming!" Suara jeritan Isakndar 'berperang' dengan bunyi gitar dan
drum yang tengah di'sound-check' yang membingitkan deria pendengaran, sekaligus mematikan perbalahan kami.
"Kejap! Aku jumpa spesis pelik la kat bawah ni!" Giliran lelaki tak siap ni pulak menjerit.
Aku dikatakannya spesis pelik? Dia yang macam spesis ungka cabuk, dia tak sedar…
"Spesis pelik?" Ada nada hairan dalam suara Iskandar.
Kepala Iskandar dah tercengul dari tingkat atas. Bila dilihatnya aku la yang dimaksudkan 'spesis pelik' tu, Is
terus ketawa.
"Ooo… Itu Ann la! Tutor si Mira… Hai Ann!" Iskandar mengangat tangan sambil tersengih. Dengan muka pahit-pahit
payau tengah dalam anger management, aku senyum dan membalas sapaan Iskandar.
"Budak kelam-kabut tak ada budi-bahasa ni jadi tutor? Biar betul?" Perli lelaki yang dipanggil Johan oleh
Iskandar tadi. Muka aku dah tak tahu dah tukar kaler apa. Yang pasti, kaler yang boleh menunjukkan rasa marah
dan geram la! Berani dia mempersoalkan kelayakan aku untuk mengajar sedangkan Datin Zahirah sendiri dah
approve aku dalam siri ujian kelayakan yang dia buat.
"Ala… Kira okey la tu! Mira tu nak ambil UPSR aje tahun depan. Rilek la!"
Iskandar menuruni anak tangga. Berdiri di antara aku dan Johan. Silih berganti dia memandang kami. Mata Johan
masih menjilat wajahku. Macam ada benda aje dia tak puas hati dengan aku.
Satu saat. Dua saat. Tiga saat. Entah sampai saat ke berapa, kami bertiga masih diam tanpa suara. Aku pandang
anak mata Johan yang dah macam nak keluar api. Johan membalas pandanganku. Tajam. Sorry, aku tak nak kalah
dalam 'perang mata' ni! Iskandar pulak pandang aku dan Johan silih berganti. Tak tahu macam mana nak damaikan
kami berdua.
"Bang Jo! Aik, napa semua tegak je ni?! Kak Ann! Napa ni? Main robot-robot, ek?" Mira turun menyoal dengan
muka polos. Baju Johan ditarik-tariknya minta perhatian. In case kalo korang tak tau la kan, dalam permainan
'robot-robot' ni pemain boleh 'dibekukan' dari melakukan sebarang aktiviti oleh pemain dari pasukan lawan
sehinggalah ahli pasukannya yang lain datang menyelamatkannya.
Aku mula tak senang hati bila mendengar Mira menyoal dan beraksi mesra mamat berperangai ungka tak mandi ni.
Mamat ni ada kena-mengena dengan famili ni ke? Tak kan la kot? Snobbish semacam aje. Langsung tak sama macam
famili Datin Zahirah yang mesra satu alam semesta tu. Muka pun lain giler! Rupa mamat ni macam ada kacuk Cina
aje aku tengok.
"Mira, bagitau 'cikgu' Mira ni… Lain kali berjalan guna mata. Mata lawa-lawa jangan letak kat kepala lutut!"
Perli mulut 'busuk' mengalahkan makan sepapan petai hidup tu.
Arghh…! Mamat mata kecik yang serabai dan sengal!
"Is, Ann rasa kawan-kawan Is semua tip-top. Apsal yang ni peragai macam hampeh? Langgar bahu sket pun dah
berkudis hati. Mira, sapa mamat busuk tahap ungka ni?" Balasku sinis.
"Awak gelar saya ape?" Terjengil mata Johan. Tangannya yang dah bersedia nak mengoyakkan mulutku segera
ditahan oleh Iskandar.
"Ungka! Ungka serabai yang busuk!" Ulangku lantang. Iskandar tahan gelak dari pecah.
"Ungka? Haha!" Mira tergelak besar. Perutnya ditekan-tekan.
Iskandar menepuk-nepuk bahu Johan dan segera menariknya ke dapur.
"Aaa… Dah! Dah! Dah…! Ko kata ko haus tadi kan? Jom aku amikkan air sejuk!" Kata Is. Langsung tak bagi peluang
pada Johan untuk berkata atau berbuat apa-apa.
"Ko… Sesuka hati ati nak gelar orang…!" Amarannya aku pandang sepi sebaik sahaja dia hilang dari pandangan.
"Sapa tu, Mira? Kerek semacam!"
"Tu la abang Mira. Baru sampai dari Australia malam tadi."
HA?! M.U.S.T.A.H.I.L… Muka dia tak iras sesiapa pun dalam rumah ni? Sedangkan muka Iskandar dan Mira macam
salinan fotostat aje dari muka Datin Zahirah dan suaminya.
"Lainkan muka Abang Jo? Mama kata dia tu 'kenan' dengan muka orang Cina." Rasanya setakat tu aje la penerangan
Mira yang sempat aku tangkap. Yang lain keluar masuk kat telinga macma angin lalu aje.
Abang? Ala…mak…! Rasa nak pitam kat sini juga!
@~~@~~@~~@~~
"Saya minta maaf! Saya tak ada niat pun nak kutuk awak macam tu. Sebenarnya, saya tak tahu sapa awak masa tu…"
Rayuku dengan nada mendayu-dayu. Kaki yang dah naik lenguh melutut, aku perkemaskan.
Johan yang dah smart dan wangi lepas mandi entah berapa gelen air, masih tetap begitu. Selesa duduk di sofa
buatan luar negara. Lebih senang menatap dan menyebak majalah hiburan berbanding memberi tumpuan kepadaku.
Entah-entah dia tak sedar pun aku wujud kat sini tak? Dasar ungka tak sekolah! Tapi… ada ke ungka hensem macam
ni? Muka ala-ala Doug Robb lagi… Aku ketuk kepala yang dah jauh berangan ke langit. Mengembalikannya ke dunia
realiti.
"Saya sanggup buat apa aje asalkan awak tak bagitau datin fasal kejadian pagi tadi. Saya memang betul-betul
perlukan keje ni..." Sambungku. Kalau aku tak keje, tentu susah aku nak cari duit pendahuluan untuk masuk ke
universiti atau mana-mana kolej lepas result STPM keluar nanti. Aku tak nak bebankan mak. Along lagi la banyak
tanggungan.
"How bad do you need this job?" Soalnya mendatar. Seketika, matanya melirik pandang ke arahku.
"So badly! Apapun 'hukuman'nya saya terima asalkan awak sanggup rahsiakan kejadian pagi tadi dan saya tetap
dibenarkan bekerja di sini." Aku buat macam ni pun, sebab aku tak nak dikatakan tak tau hormatkan keluarga
majikan. Lagipun, mengikut firasat aku, aku akan sentiasa bertemu dengan mamat ni selagi aku bekerja di sini.
Kalo dua-dua muka masam sentiasa, tentu tak syok!
Dua perempuan berpakaian ala-ala minah rock melangkah masuk tanpa salam. Cuma memakai baby-t dan jeans fesyen
warna luntur bercorak. Mata sengaja dicelak tebal untuk nampak garang. Rambut…err… Aku tak tahu la fesyen apa
diorang buat. Yang pasti warna rambut diorang dah tak warna hitam. Meluru sahaja ke arah Johan dan duduk di
sisinya. Lynn dan Jessie, kawan kepada Iskandar dan geng-geng jammingnya yang lain. Tak tahu pulak diorang ni
kenal Johan juga.
"What's up, Jo?" Lynn bertanya dengan mulut yang masih mengunyah chewing gums, sebaik sahaja ternampak aku
melutut di situ.
"She's asking for my forgiveness."
"Ha? Apa dia dah buat?" Dengan muka tak percaya Lynn bertanya.
"Harrass…"
"Harrassing?" Melengking suara Lynn menuturkan perkataan itu. Terjengil matanya memandangku. Aku kecut perut.
"I mean she harassed me with her words! She called me 'ungka', you know!"
Lynn tergelak kuat versi pompuan mengada-ngada. Jessie sekadar menjeling dan senyum segaris.
"Auww… hehe… Then, apa lagi? Buli la dia balik!"
"Well, mula-mula I fikir nak forgive and forget. Tapi bila dia dah datang menyerah macam ni, rasa rugi pulak
kalo tak amik peluang, kan! Lynn, kita memang sehati sejiwa!"
Mereka ber'duet' mengeluarkan tawa. High-5 Johan dan Lynn bertemu dan menghasilkan bunyi yang menyakitkan jiwa
ragaku.
Johan memandangku.
"You'll be my and my friends' slave for one week. Lepas tu semuanya akan 0-0 antara kita. Okey?"
Aku nak kata apa lagi. Dia bertanya macam la aku boleh membantah. Dia bos kat sini.
"Okey…" Kataku lemah.
@~~@~~@~~@~~
Dah tiga hari berlalu sejak Johan, selaku hakim tak bertauliah, menjatuhkan hukuman buli ke atasku. Dah tiga
hari juga la aku dikerah buat benda yang langsung tak masuk dalam job description aku sebagai tutor si Amira
anak Datin Zahirah tu. Dek kerana sayangkan kerja bergaji lumayan ni, dek kerana aku yang memerlukan wang
untuk keperluan hidup, dek kerana aku sudah mula serasi dan sayangkan Amira yang nakal tu, aku langsaikan juga
la segala arahan yang diberikan oleh Johan dan kawan-kawannya. Sebenarnya Johan dan Lynn aje yang lebih-lebih
'buli' aku. Yang lain tak berapa nak amik port. Iskandar memang secara terang-terangan tak setuju dengan
perbuatan Johan tapi dia tak buat apa-apa pun untuk bergelar 'penyelamat' aku. Johan pulak awal-awal lagi dah
berpakat dengan Mira untuk merahsiakan pembulian aku ini dari pengetahuan Datin Zahirah. Budak 11 tahun tu tak
banyak bunyi lagi bila dia diberi 'cuti' dari belajar denganku selama seminggu.
Hari pertama, aku dikerah membasuh semua pakaian Johan yang dibawa balik dari Australia. Kalo sket tak pe la
juga. Ni sampai dua beg besar gedabak. Tak masuk beg besar tahap 'anak-anak'nya lagi. Naik lenguh kaki tangan
dan pinggang menunggu tepi mesin basuh, menyidai satu persatu pakaiannya. Nasib baik tak disuruhnya aku basuh
sekali seluar 'kecik'nya. Kalo tak, aku memang dah set dalam kepala dah; aku akan sidai seluar 'kecik' dia tu
kat luar tembok pagar rumah. Siap banner tulis nama dia kat situ. Biar dia malu nak keluar rumah. Padan muka!
Tapi plan tinggal plan aje la…
Hari kedua, dia suruh aku kemas satu banglo mewah tu. Dari tangga ke lantai, ke siling rumah, ke segala
perhiasan yang ada dalam almari. Pendek kata, dia tak nak secalit habuk pun melekat kat mana-mana. Goyang kaki
bibik Indon tu satu hari bila semua kerja-kerjanya dah diambilalih olehku. Taubat! Lepas ni tak nak cakap
lepas lagi… huhu…
Hari ketiga, Johan bawa aku keluar pulak. Kali ni diangkutnya sekali Lynn. Dari pemahaman aku dan gaya Lynn
melayani Johan, aku membuat kesimpulan sendiri bahawa Lynn ni dah lama syok dan dok tackle Johan. Tapi Johan
ni suka 'playing hard to catch' la pulak. Kadang-kadang aku rasa Johan pun ada hati dekat Lynn, kadang-kadang
aku rasa Johan anggap Lynn macam kawan biasa aje. Entah, aku pun tak tahu nak komen...
Menurutkan nafsu shopping Lynn sampai naik haus tapak sandal aku, sampai melecet kaki aku, sampai lenguh satu
badan mengandar beg-beg plastik yang diberikan oleh cashier dari setiap satu kedai yang dimasuki. Johan pulak
tak kata apa. Hulur aje kad kredit kat cashier, sekaligus menambah bilangan kredit mak bapaknya. Anak teladan
sungguh!
Entah apa yang merasuknya, tiba-tiba Johan menahan aku di muka pintu sebelum aku sempat untuk melangkah balik.
"Nah!" Dua keping not biru hijau itu disuakan padaku sebelum aku pulang.
"Untuk ape?" Soalku kasar.
"Untuk ko beli sandal baru. Beli plaster kaki. Upah angkut barang Lynn!" Jawabnya bersahaja. Sekelumit pun tak
ada perasaan belas. Hati batu betul! Duitnya aku ambil dengan kasar sebelum aku menapak balik ke rumah. Aku
ambil duit dia bukan aku materialistik atau aku mengharapkan balasan atas keringat yang aku habiskan pada hari
tu, tapi sebab aku geram sangat tengok muka Johan yang berlagak tak ingat dunia tu! Ingat semua benda boleh
beli dengan duit ke?
Dan Johan aku perhatikan memang dingin walau dengan sesiapa sekalipun. Lebih banyak mendengar dari bercakap.
Menyimpan segala rahsia hatinya dalam diri. Dengan aku lagi la dia berat mulut. Memang kira bertuah la kalo
tiba-tiba dia bercakap lebih dari lima patah perkataan dalam satu-satu masa. Kadang-kadang dia mengabaikan
terus kehadiran aku di situ. Dan aku tak pernah berpeluang untuk membuat konklusi sendiri tentang perwatakan
Johan kerana Johan tak pernah setia dengan watak yang dimainkannya. Dia boleh jadi kawan yang mesra, anak yang
patuh, tuan rumah yang bengis, lelaki yang pendiam, kekasih yang 'dekat tapi jauh' dalam masa yang sama…
Sungguh aku tak faham dengan dia. Ketidakfahaman aku terhadap dirinya menimbulkan satu keinginan untuk
mengenali dirinya dengan lebih dekat dan mendalam.
Cukup seminggu, dendaku tamat sepenuhnya. Johan tak lagi mengarahkan membuat itu-ini. Aku kembali kepada rutin
asalku; menjadi tutor Mira. Dia dengan mudahnya menjadikan aku halimunan ketika aku berada di rumahnya. Cuma
sesekali, aku dapat 'menangkap' renungan matanya padaku tatkala aku melintasinya.
@~~@~~@~~@~~
Belum sempat aku pulas tombol pintu, pintu kayu bervarnis cantik tu dah terbuka. Wajah Johan tersembul di muka
pintu. Lengkap berbaju Melayu berwarna kuning air. Siap songkok dan samping lagi. Macam nak pergi nikah aje
gayanya. Terpegun aku seketika. Antara cute, hensem, kacak, macho, aku buntu memikirkan perkataan apa yang
boleh menerangkan tentang dirinya pada saat itu… Tak sangka mamat rock dan kaki jamming macam dia pakai baju
Melayu. Rock alim nih! Sebiji macam lelaki Melayu terakhir. Ngeh ngeh ngeh…
Entah macam mana, kami boleh ter'menari' pulak kat depan pintu tu.
"Okey, stop!" Arahnya dengan nada yang tak lepas dari nada serius. Aku berhenti dari ber'tango'.
"Step back!" Perintah Johan dengan nada pemerintah berkuku besi.
"Hah?" Aku yang blur membuka luas mulut. Pelik dengan permintaannya. Arahan tahap poyo apa pulak dia buat ni?
"You heard me… Step back! Undur ke belakang dan berdiri kat situ!" Tanpa rasa bersalah dia mengeluarkan
perintah. Telunjuknya pula lurus menunjukkan tempat di mana aku harus berdiri; di tepi tanaman hiasan mamanya.
Dengan rasa sebal menggunung di dada, aku berundur beberapa tapak ke belakang. Berdiri di sebelah pokok hijau
yang entah apa namanya itu dengan bibir muncung ke depan. Badan sekeping macam papan lapis, tapi berlagak
besar macam badak sumbu. Padahal pintu masuk rumah tu punya la besar gajah.
Tanpa mempedulikan aku lagi, Johan mengenakan seliparnya dan berlalu pergi. Aku mencemik ke arah belakang
badannya sebelum melangkah masuk ke dalam rumah.
"Mamat poyo, sombong, berlagak macho! Entah pompuan tak bertuah mana la yang dapat laki macam tu! Sengal aje…"
Kutukku dalam nada terendah yang ada pada kotak suara.
Sekali lagi aku hampir terlanggar seseorang di muka pintu. Kali ni dengan adiknya, Iskandar pula.
"Ops…!" Iskandar angkat tangan macam orang bersalah diacukan pistol oleh 'pak polisi'. Aku berhenti dari terus
melangkah. Iskandar angkat kening. Mengisyaratkan sesuatu. Aku kurang mengerti. Lalu aku gerakkan muka,
bertanyanya dalam bahasa isyarat tubuh.
"Undur ke belakang sikit!"
Ni arahan sejagat keluarga Dato' Latif ke? Seperti abangnya, Iskandar juga menuturkan perintah yang sama.
Bezanya, Iskandar menuturkannya dalam senyuman dan nada yang boleh diterima pakai oleh manusia pada hari
Jumaat pukul 1 petang yang panas terik ni!
"Is dah ada wudhu'…" Sambung Iskandar bila dilihatnya aku masih tidak berganjak dari situ.
Oo… Dah siap-siap berwudhu' rupanya. Patutlah… Tanpa banyak soal, aku menuruti perintahnya.
"TQ…!" Ucapnya sebelum berlalu mendapatkan Johan yang dah siap bertenggek atas motor.
Seketika kemudian, motorsikal mereka menderum keluar dari perkarangan banglo. Namun pandangan mata Johan yang
tajam tertinggal dalam kotak memoriku. Dan perlahan-lahan memasuki hatiku lalu meninggalkan rasa hangat di
situ.
Johan… Lelaki itu boleh meng'hangat'kan dan men'dingin'kan sekeping hatiku dalam masa yang singkat.
@~~@~~@~~@~~
Aku letak kembali majalah hiburan remaja ke tempatnya. Langsung tak ada mood nak membaca. Aku perhatikan Mira
dengan buku-bukunya. Rasa mengantuk cepat aje menyerang kelopak mata bila tiada sebarang aktiviti yang
dilakukan. Aku bangun dari kerusi.
"Mira haus tak? Nak air?" Soalku sambil meregangkan tubuh yang lenguh akibat terlalu lama duduk.
"Boleh gak!" Jawab Mira pantas. Seketika kemudian, dia kembali meneruskan kerja kira-kiranya yang tergendala.
Melintasi bilik jamming Iskandar dan kawan-kawannya, tanpa sedar, aku melangkah ke bilik yang dah diubahsuai
oleh Datin Zahirah gara-gara nak 'menambat' kaki anaknya di rumah. Sunyi tanpa ada bunyi yang menyakitkan
gegendang telinga. Aku menjengah ke dalam. Cuma ada Johan di situ bersama gitarnya. Jemarinya memetik gitar
akustik itu. Mulutnya mengeluarkan bunyi namun tiada sebarang perkataan tertentu yang dapat ditangkap oleh
telingaku.
Petikan gitar Johan terhenti. Dia segera angkat muka bila terasa dirinya diperhatikan. Dan aku sudah terlambat
untuk menyorok. Johan sudah dapat menangkap kelibatku.
"Sekodeng ke?" Tegurnya dengan wajah masam.
"Sorry! Saya tak ada maksud nak ganggu awak… Aaa…" Kepala aku blur nak fikir alasan untuk menjustifikasi
tindakanku ini. Aku menundukkan kepala dan berpaling untuk turun ke tingkat bawah.
"Ann!"
Aku tersentak. Dia panggil nama aku? For the first time… Tanpa nada dan gaya nak ajak aku ber'amuk'.
"Come… Sit here!" Dia menepuk lantai pentas di sisinya. Terlopong mulut aku mendengar permintaannya. Akalku
melarang dari mengikut permintaan Johan. Mungkin kerana akalku bimbang akan 'kesihatan' jantungku yang
pastinya akan berdegup dua kali ganda lebih pantas dari biasa ketika berada dekat dengan Johan. Hatiku pula
mendesak aku untuk duduk di sebelahnya demi mengenali sekeping hatinya yang dingin. Lalu keinginan hati
mengarahkan kakiku menghampirinya. Aku duduk di sebelahnya akhirnya.
Kami diam. Dia masih leka bermain dengan nada muzik yang terlahir dari gitar. Seperti sedang mencari ilham
mencipta lagu.
"Mana yang lain?" Aku yang dah tak berapa selesa membisu, mula melontarkan soalan.
"Entah!" Ringkas jawapannya.
Jemari Johan terus memetik string gitarnya secara rawak.
"Pelik… Kalau nak main gitar kena guna benda tu ke?"
Menyedari aku merujuk pada benda sebesar duit syiling 20 sen di tangannya, Johan berhenti dari memetik gitar.
Benda tu diunjukkan kepadaku supaya jelas di pandangan mata.
"Maksud awak pick gitar ni?"
Aku mengangguk. Oo…Pick ke nama dia… Baru tau…
"Tak juga! Actually, gitar boleh dimainkan dengan atau tanpa pick."
Aku garu kepala. Aku memang tak ada langsung ilmu tentang gitar dalam kepala.
"Macam mana tu?" Laju aku menyoalnya kembali.
"Finger picking atau picking. Masing-masing ada pros and cons. Fingers picking allow you to create much more
varied textures in sound from the strings. Plucking the string with the side of your finger, the pad of your
finger, your thumb, or your nail will all give you rich variations, as will each and every part of your
finger. Tapi kalo guna gitar elektrik, susah sket la nak guna jari sebab strings dia dekat-dekat."
Aku diam mendengar dan mengangguk beberapa kali walaupun aku tak berapa faham dengan penerangannya.
"Picking allows you to pluck selected strings that may be separated from each other. For example, you can pick
only the 2nd and 5th strings at one time. A pick means that if you want to hit only the 2nd and 5th string,
you will have to mute the rest and you will get a percussive sound from the other strings. By using pick, you
can blend picking with strumming. You can use your pick to pick out individual notes, and mix that with chords
strummed intermittently."
Aku angguk lagi. Padahal entah berapa peratus aje yang aku faham.
"So, terpulang la nak pilih picking atau fingers picking." Sambung Johan.
"Awak selesa dengan yang mana?" Tanyaku.
"Hmm… I can do both; hybrid picking. Tapi saya lagi suka guna pick. Sebab bunyinya harmoni. Tak complicated.
Sesuai untuk saya yang malas berlatih ni." Johan tergelak di hujung katanya. Kami berpandangan seketika
sebelum berbalas senyuman.
Dan kami terus berbual. Dari satu perkara ke satu perkara yang lain. Dari pick ke gitar, dari perkara di
Malaysia ke pengalamannya di Australia dan terus bercerita dan bercerita. Dari benda sekecil-kecil hama ke
perkara sebesar-besar dunia. Ternyata dia bukanlah sombong cuma lambat untuk mesra dengan orang yang baru
dikenali. Hari itu juga aku mengetahui sesuatu yang tidak diketahui oleh Mira. Johan bukanlah anak sulung
Dato' Latif dan Datin Zahirah. Johan sebenarnya adalah sepupu kepada Mira dan Iskandar. Dia dibela oleh Datin
Zahirah semenjak ibu bapa Johan, iaitu kakak dan abang ipar Datin Zahirah meninggal dunia dalam kebakaran di
rumah mereka. Johan yang ketika itu berusia lima tahun, terselamat dari menjadi korban api namun mengalami
trauma untuk beberapa ketika memandangkan dia melihat sendiri bagaimana ibu bapanya mati terbakar. Petang itu
juga, entah mengapa Johan jadi ringan mulut bercerita tentang kisahnya dikhianati oleh orang yang dicintai
suatu ketika dahulu.
Dan kami terus berbual dan berbual sehingga melepasi waktu bekerjaku. Untuk pertama kalinya aku pulang lewat
malam dari rumah Datin Zahirah. Ditemani oleh Johan yang sudah mulai mesra denganku. Hari itu menjadi pembuka
kepada perhubungan kami. Pintu hatinya terbuka luas untukku. Dia seolah-olah memberi kebenaran kepadaku untuk
memasuki dan menyelami isi hatinya. Apa… Bermimpikah aku?
@~~@~~@~~@~~
Mira dah tidur terlangkup dengan buku Sainsnya. Tak sampai hati pulak aku nak kejut. Lagipun pun aku dah ajar
apa yang sepatutnya aku ajar untuk hari itu. Pandang kiri, pandang kanan. Oleh sebab tak ada benda yang boleh
aku buat dalam bilik Mira ni, aku ambik keputusan untuk turun ke bawah. Borak-borak dengan Mak Jah, orang gaji
rumah Datin Zahirah, best juga ni. Paling tidak, dapat mendengar cerita dan pengalamannya sewaktu muda.
Melangkah keluar dari bilik Mira, telinga aku terus dapat menangkap bunyi bising dari bilik jamming. Mula-mula
aku kaku berdiri kerana tertarik untuk mendengar intro lagu Bencinta Faizal Tahir yang dimainkan.
Benarkan ku 'tuk berbicara…
Bicara terus ke hatimu…
Hatimu…
Tapi bila sang penyanyi mula menyanyikan bait-bait lirik lagu, satu pertanyaan timbul dalam benak.
Hati yang penuh rasa ragu
Jangan terus pergi
Tanpa mendengarku
Suara siapa sebenarnya ni? Kalau suara Iskandar, aku kenal benar. Bukan begini suaranya. Suara Iskandar garau
dan lantang. Adakalanya aku merasakan yang Iskandar menjerit dalam menyampaikan lagunya. Bukan menyanyi.
Mungkin mudah
Untuk kau terus berlalu
Nanti dulu
Berikanlah waktu
Untuk aku…
Untuk kamu…
Tapi suara yang ni, agak mellow, lantang dan lebih sedap didengar. Tak mungkin Iskandar punya dua suara? Dan
suaranya berubah-ubah dalam masa yang singkat? Mustahil benar!
Keinginan untuk tahu mendorong kaki melangkah ke bilik itu. Tanda 'No Entry' di pintu sedikit pun tidak
kuhiraukan. Dari daun pintu yang sedia terbuka, aku intai ke dalam. Pa'e masih setia mengetuk drumnya. Zach
tengah syok layan kepala dengan gitar elektrik warna putih merahnya. Kepala aku condongkan ke kiri, mencari
Iskandar. Iskandar berada di sudut paling kiri bilik. Khusyuk memetik gitarnya. Dia langsung tak membuka mulut
untuk menyanyi. Malah tiada microphone di hadapannya. Jadi siapa yang menyanyi?
Aku scan sekali lagi bilik itu. Pa'e, Zach, Is… Opp! Jap-jap… Terlepas pandang pulak mamat muka macam Doug
Robb tu. Johan yang berdiri di sebalik speaker gedabak itu, aku pandang lama. Kedua-dua tangan Johan 'sibuk'
dengan gitarnya. Jemari tangan kiri di fret, iaitu di batang leher gitar manakala tangan kanannya pula memetik
tali-tali gitar dengan pick atau plektrum. Dan satu persatu bait lirik Bencinta bergema lagi.
Ingatkah lagi waktu kau bersama ku
Kaku aku melihat mu
Lidah kelu sedangkan aku
Gosh!
Mulut yang melopong segera aku tekup dengan tapak tangan. Rupanya itu suara Johan! Sapa sangka Johan second
vocalist kumpulan mereka. Kiranya, suara yang kudengar tempoh hari, bukan suara Iskandar. Sebaliknya suara
Johan. Sangkaku, Johan cuma sekadar bermain gitar. Tak sangka dia boleh menyanyi. Patut la suara nyanyian yang
aku dengar tak konsisten. Kejap sedap, kejap sumbang. Rupanya mereka ada dua penyanyi…
Dan hari itu aku menyedari sesuatu; sebenanya suara Johan tak la seteruk seperti yang aku katakan tempoh hari.
Dah banyak improvement dari ketika dia mula-mula menyanyi dulu. Jika aku tak pernah ambil tahu tentang
penyanyi asal lagu ini, sudah pasti aku akan mengatakan bahawa Johan la penyanyi sebenarnya. Kerana dia punya
gaya penyampaiannya yang tersendiri. Langsung tak dibayangi oleh Faizal Tahir. Dalam diam, aku mula mengagumi
bakat dan suaranya.
Dan ketika itu, aku mula sedar mengapa Johan marah benar saat aku mengutuk suara orang yang menyanyikan lagu
Stop and Stare, The Reason, If I Were You, Here Without You tempoh hari.
"Ei! Suara macam katak ada hati nak nyanyi! Nanti hujan, aku juga yang susah nak balik rumah! Buat rosak lagu
aje!" Rungutku ketika nak membasahkan tekak di dapur. Dengan tak disangka-sangka, Johan 'keluar' dari sebalik
peti sejuk yang terbuka. Aku buat muka selamba. Walhal perut dah kecut dek ketakutan.
Pintu peti sejuk dihempaskannya sekuat hati. Botol mineral di tangan dihempaskan ke meja.
"Suara katak awak kata?"
"Ha'ah! Suara katak. Awak ada masalah dengan komen saya ke?"
"Ada! Kalau awak rasa suara awak bagus, sedap giler, jom la sumbang suara! Jamming dengan kita orang! Tengok
suara sapa yang lagi sumbang! Ada berani?" Cabar Johan dengan wajah bengis. Huduh!
"Sorry la! Bukan saya tak minat menyanyi cuma takut awak terus tergamam tak bergerak aje nanti!"
"Kalau takut, cakap aje takut. Senang! Habis cerita!"
Saat aku menyedari bahawasanya aku tak sepatutnya berada di situ, mata Johan sudah pun melekat di wajahku.
Gerakan kakiku seolah-olah dirantai oleh pandangannya yang tajam. Berkilo-kilo rasanya berat kakiku.
Mahu kau tahu
Aku cinta pada mu
Benci pada mu
Cinta pada mu
"Tak pernah tengok orang jamming ke?" Teguran di belakangku membuatkan aku hampir terlompat dek kerana
terkejut. Aku kalih ke belakang. Lynn lempar senyuman dengan bibirnya yang berlipstick tebal. Jessie di
belakang Lynn malas nak ambil port. Terus aje dia melangkah masuk ke bilik jamming.
"Teringin nak tengok?"
Ke tepi lihat ku berlalu
Pasti itu yang terbaik untuk ku
Tiada lagi mahu ku tahu
Tentang hidup kamu
Tentang mati kamu
"Aaa…" Aku garu kepala. Masih ragu-ragu untuk memberi jawapan kerana separuh dari jasadku sudah pun berada di
dalam sana. Separuh lagi ingin melarikan diri sejauh mungkin dari tempat itu.
"I'll take that as 'no' for the first question and 'yes' for the second question. Come! Masuk! Tengok Johan
menyanyi. Dua tiga minggu ni dia agak bersungguh-sunguh berlatih. Katanya, ada orang kutuk suara dia macam
katak!"
Terasa Lynn menyindir diriku ketika ini. Pipi mula terasa tebal bila merasakan berpuluh-puluh jari telunjuk
menunding ke arahku saat itu kerana memang aku lah orangnya yang berkata demikian.
Aku tahu
Engkau tahu apa yang mata ku tahu
Apa yang kau tunggu
Mahu aku buka pintu?
Tanpa mengendahkan bahasa tubuhku yang menolak pelawaan Lynn tadi, Lynn menarik kuat dan mendorong aku masuk
ke bilik tersebut. Lalu didudukkan aku di kerusi betul-betul berhadapan dengan Johan yang masih menjiwai
nyanyiannya.
Ingatkah lagi waktu kau bersama ku
Kaku aku melihat mu
Sedang aku mahu kau tahu
Dengar kata ku
Aku cinta pada mu
Benci pada mu
Cinta pada mu
Lynn dan Jessie aku lihat begitu seronok dengan lagu yang berkumandang. Mereka turut menyanyikan lagu tersebut
bersama-sama Johan. Johan pula tak lepas-lepas dari memandang ke arahku. Tajam. Tajam dan dingin. Atau dia
sebenarnya memandang Lynn yang duduk di sebelahku ini?
Sakitnya aku
Membenci kamu
Sakit lagi mencintai mu
Dan aku pergi
Tapi kembali
Benci aku mencintai diri mu
Ku benci... Kamu
Ku cinta... Kamu
Jelingan maut tahap awek-cemburu-buta dari mata Lynn yang dah extra triple besarnya hasil bantuan eyeliner
entah jenama apa, sangat-sangat la menakutkan aku. Lagi takut dari tengok filem hantu Korea kat panggung
wayang. Silap-silap boleh buat aku mengigau tidur malam nanti… Huhu… Aku nak keluar dari sini. Tapi… Kaki aku
ni macam dah kematu semacam nak berdiri apatah lagi nak berjalan.
Benci pada mu
Okey… Itu memang aku sedia maklum kesahihannya. Johan memang benci aku tahap gila baban. Asal jumpa aku, ada
aje la idea dia nak mengenakan aku. Orang buta mata hati boleh baca mesej 'ketidaksukaan' dari tingkah-laku
Johan terhadapku. Walhal baru dua minggu lepas aku berbual mesra dengannya. Johan memang susah untuk dijangka.
Sekejap mesra. Sekejap dingin.
Cinta pada mu
Aaa… Yang ni memang tak betul 1 000% la! Memang obviously tak betul! Sudah terang, tak payah disuluh-suluh
lagi… wat mengabiskan bateri AA aje nanti!
Tamat Bencinta, mereka berempat bersorak kegembiraan. Bertepuk tangan dan berpelukan sesama sendiri. Lynn dan
Jessie mendapatkan mereka berempat. Mengucapkan tahniah serta berbual-bual tentang sesuatu yang aku tak berapa
nak faham buah butirnya. Menyedari kehadiran aku tak diperlukan di situ, maka aku dengan sukarelanya bangkit
dari tempatku.
Niatku untuk beredar lumpuh seketika tatkala kedua-dua belah tangan Lynn mendakap kemas Johan. Memang tadi
Lynn turut mendakap Iskandar, Pa'e dan Zach tapi dakapannya pada Johan ni lain macam aje aku tengok. Macam
penuh dengan rasa cinta yang membuak-buak yang sengaja dizahirkan di hadapanku. Ada mesej yang cuba
disampaikan dari perlakuannya.
Johan milik aku!
Ya, itu yang cuba disampaikan oleh Lynn. Kini aku mengerti mengapa tiba-tiba Lynn berubah menjadi 'baik'
denganku tadi. Rupa-rupanya… Dan Johan langsung tidak membantah perbuatan Lynn itu. Sekadar membiarkan dia
diperlakukan sebegitu dengan mata yang tak lepas-lepas dari merenungku. Sukakah dia diperlakukan begitu? Yang
nyata, aku tidak tahu riak wajah apa yang harus aku pamerkan saat ini. Riak bersahaja? Mana mungkin aku
sebegitu tenang sedangkan jantung di dadaku serasa mahu pecah. Riak cemburu? Apa hakku?
Aku bergegas keluar dari situ dengan tangan kanan melekap kemas di dada kiri. Di situ, ada rasa sakit yang
menyucuk-nyucuk tangkai hati.
@~~@~~@~~@~~
"Kamu dah nekad ke, Ann?"
Aku tunduk lalu mengangguk. Keputusanku sudah bulat. Nasib menyebelahiku. Surat tawaran dan hasrat ibu untuk
berpindah datang serentak. Pucuk dicita, ulam mendatang. Pepatah itu sahaja yang terlintas di fikiranku kini.
Datin Zahirah mengeluh berat. Wajahnya redup seredup-redupnya sebaik sahaja aku menyatakan hasrat hatiku
sebentar tadi. Aku seakan terlihat air mata bertakung di birai matanya tatkala dia melempar pandang ke luar
tingkap ruang tamu.
"Kalau itu keputusan kamu, makcik tak boleh buat apa-apa apatah lagi melarang kamu. Senang-senang, datang la
ke rumah ni... Pintu rumah ni sentiasa terbuka untuk Ann…"
"Keluarga saya akan berpindah ke Johor!" Jujur aku menerangkan keadaan sebenar.
"Ohh…!" Ada nada kesal di situ.
"Pasti kami akan rindukan Ann nanti…" Aku tunduk kembali. Menyembunyikan air mata.
Datin Zahirah memelukku erat. Ditepuk-tepuknya bahuku beberapa kali.
"Terima kasih sebab sudi mengajar dan meluangkan masa untuk Mira. Bukan senang nak cari tutor yang sanggup
bersabar dengan kerenah Mira…" Ujar Datin Zahirah seraya meleraikan pelukan di tubuhku. Dan dia terus berlalu
dengan air mata yang masih basah di pipi.
Aku melempar pandang ke sekeliling rumah. Menyimpan kemas setiap momen indah di sini dalam peti memori. Ada
rasa sedih bertamu di hati. Petang itu, hanya Your Call nyanyian Secondhand Serenade di telinga yang
mengiringi pemergianku.
@~~@~~@~~@~~
Abang dan ibu masih bertelagah dalam menentukan kedudukan perabot di ruang rumah di luar bilikku. Surat
tawaran ke IPTA di tepi meja aku pandang sepi.
"Kak Ann jangan lupakan Mira tau! Ingat, mesti emel atau tepon Mira hari-hari!"
Aku tersenyum sendirian bila pesanan Mira masih terngiang-ngiang di telingaku. Aku langsung tak berani untuk
mengatakan secara pasti yang aku akan mengotakan segala permintaannya. Aku rebahkan tubuh di atas tilam tanpa
cadar itu. Bilik yang masih bersepah minta dikemaskan, tidak kuhiraukan. Mata kutala ke siling putih.
Tergambar setiap satu kenangan yang kubawa dari sana.
Pengalaman mendewasakan seseorang… Setiap satu peristiwa yang terjadi dalam hidup akan mematangkanku…
Ya! Itu sesuatu yang aku sedari dan akui sejak dari dulu. Namun apa yang terjadi beberapa bulan kebelakangan
ini… adalah sesuatu yang paling indah dan pahit yang perlu aku lupakan… walaupun aku tak pasti sama ada boleh
atau tidak aku melupakannya…
Kotak baldu sebesar kotak cincin aku keluarkan dari dalam beg.
"Apa ni?"
Kotak yang dihulurkan oleh Mira, tetap kusambut. Namun dengan kerutan di dahi. Tak kan Mira nak bagi aku
cincin kot?
"Hadiah untuk Kak Ann!"
"Huh? Buat susah-susah aje!"
"Tak susah la!"
Mira segera menahan aku dari membuka kotak baldu tersebut.
"Buka nanti-nanti aje, okey!" Pintanya. Aku akur lalu memberi pelukan terakhir buatnya.
Kotak baldu itu aku buka perlahan-lahan. Ha?? Aku sedikit terkejut dengan isi kotak tersebut. Mungkin sedikit
kecewa kerana sangkaku cincin yang berada di situ. Tapi… Kenapa bagi benda ni pada aku?
Dan aku mula sedar sesuatu. Itu bukan pemberian Mira. Aku pasti benar akan kenyataan yang satu ini!
@~~@~~@~~@~~
Jiha menarik kedua-dua belah tanganku yang menutupi wajah.
"Ann, tak payah la sampai macam tu sekali! Rileks la…" Jerit Jiha kuat. Melawan bunyi bising di situ.
Aku naikkan semula kedua-dua belah tapak tangan. Menutupi bahagian muka kecuali mata. Kali ini, rambut yang
melepasi bahu aku bawa di sisi wajah untuk menyembunyikan muka dari pandangan sesiapapun yang memandang. Mata
menala semula empat orang anak muda di atas pentas. Semuanya nampak samar-samar sahaja dengan lampu yang
sengaja dimalapkan.
"Entah ko ni, Ann! Wat selamba aje sudah la." Atie pulak menambah. Kepalanya meliang-liuk mengikut rentak
muzik yang bergema dari atas pentas. Sebentar tadi, dia turut terjerit-jerit bersama para peminat yang lain
tatkala kumpulan BIDADARA melangkah masuk buat pertama kalinya.
"Kalo diorang tau aku tak ada pas masuk, mati la aku…!" Kataku lantang.
"Hussh…!" Serentak Jiha dan Atie berpaling ke arahku dengan telunjuk di bibir mulut masing-masing.
"Tak payah la cakap kuat-kuat! Ko nak wat announcement ke hape?" Terjengil mata Atie menuturkannya.
"Sori la, Ann! Aku dah janji dengan mak ko yang aku akan jaga ko baik-baik. Kalo aku tak heret ko ke sini,
tentu aku tak dapat tengok live show ni dengan aman gara-gara risaukan ko tinggal sorang-sorang kat rumah!"
Terang Atie. Matanya redup seperti menagih simpatiku.
Aku mengeluh tanpa sedar. Yang nyata, aku tak boleh menyalahkan Atie seratus peratus. Atie hanya mahu
melaksanakan perkara yang telah diamanahkan oleh ibuku. Dalam masa yang sama, dia enggan melepaskan peluang
untuk melihat live show kumpulan BIDADARA yang tengah hot macam pisang panas ni. Nak-nak lagi lepas dia
separuh nyawa berusaha untuk mendapatkan dua pas masuk ke live show mereka ni. Disebabkan Jiha bergabung
tenaga bersama-samanya, maka agak mustahil bagi Atie untuk 'menafikan' hak Jiha terhadap salah satu pas masuk
yang diperolehinya itu. Lantaran itu, dia nekad 'menyeludup' aku yang langsung tak amik port tentang BIDADARA,
masuk ke tempat ni.
"This song goes to you, Bidadari Hati!" Kata sang penyanyi sebelum mengalih microphone kepada rakannya di
sebelah kanan.
"Group ni ada dua vocalist!" Terang Jiha tanpa kutanya.
Irama muzik bergema lagi. Namun tiada sebarang lirik dinyanyikan. Ni instrumental ke hape?
"Weih, apasal lagu ni tak ada lirik?" Selamba aje aku bertanya.
"Lagu ni cuma berlirik kat bahagian chorus aje!" Jawab Jiha.
"Kenapa pulak jadi macam tu?" Soalku lagi.
"Adoi! Leceh betul la bawa die-hard fan 'celup' ni! Balik nanti ko 'hadap' la kaset BIDADARA. Nanti ko tau la
sebabnya!" Rungut Jiha. Dan dia enggan melayani soalan-soalan dariku lagi.
Di tengah lagu, vokalis kedua BIDADARA mula munyumbangkan suara.
Sesungguhnya aku
Mencintai dirimu
Harus bagaimana usahaku
'Tuk kau yakini cintaku
Hadirkanlah dirimu
Hangatkanlah jiwaku
Bidadari hatiku…
Suara itu!
Seorang perempuan seusia dengan kami, menghampiriku. Mula-mula aku buat tak tahu aje. Maklumlah tengah syok
melayan lagu BIDADARA yang 'masyuk' kat cuping telinga aku ni. Tapi bila dia dah cuit bahuku, nak tak nak, aku
kalih juga badan mengadapnya.
"Boleh saya tengok pas masuk awak?" Tanyanya serius. Mukanya cerah dan cantik tapi masam mencuka. Aku pandang
gadis tu atas bawah. Tak macam badan security guard pun. Maybe somebody yang in-charge live show ni? Tapi
dalam ramai-ramai orang, apasal dia nak check pas masuk aku je? Ni, si Jiha dengan Atie, dia tak check pun!
Kuat betul instinct perempuan ni. Macam tau-tau aje aku 'menyeludup' masuk ke tempat ni.
"Aaa…" Aku buat-buat meraba kocek seluar jeans. Cuba mencari sesuatu yang sememangnya tiada di situ. Jiha dan
Atie mula panik sebaik sahaja dapat mengetahui situasi aku itu. Keajaiban, hadirlah…!
"Tadi ada. Dah tercicir kat mana-mana kot, cik!" Jawabku dengan suara terketar-ketar.
Mata perempuan tu memandang tajam ke wajahku. Langsung tak senyum.
"Ikut saya!"
Aku hanya mampu memandang sayu ke arah Jiha, Atie dan kemudiannya ke arah perempuan itu, minta belas supaya
dilepaskan dari dibawa ke pihak pengurusan.
Sungguh! Inilah kali pertama dan terakhir aku akan tengok live show sebegini!
@~~@~~@~~@~~
Aku dipaksa untuk duduk di salah sebuah kerusi dalam bilik persalinan itu. Perempuan kerek tadi entah ke mana.
Pintu bilik dibiarkan terbuka. Aku keseorangan di situ. Tapi entah apa yang merantai kakiku ke lantai sehingga
membuatkan aku hanya mampu duduk di situ.
Di luar, para peminat bagai diserang histeria sebaik sahaja vokalis BIDADARA mengumumkan untuk menamatkan
persembahan mereka. Derap-derap kaki beserta suara-suara lelaki yang semakin hampir membuatkan dadaku
berdebar-debar. Bukan kerana takut. Bukan kerana panik. Tetapi kerana sesuatu yang lain… Sesuatu yang tak
dapat dijelaskan secara lisan…
"Terbaik la, guys! Ni la kepuasan sebenar-benarnya!" Kata salah seorang dari mereka sebaik sahaja berada di
bilik persalinan itu. Mereka leka berbual sesama sendiri. Berkongsi kegembiraan dan keterujaan dengan
persembahan mereka tadi serta reaksi peminat-peminat. Langsung tak sedar kehadiran aku di situ sehinggalah
perempuan kerek tadi masuk semula.
"Congrats, guys! Aku memang tak nak spoil korang punya moments tapi there's something of someone that we need
to settle up!" Masing-masing menuruti ekor mata perempuan kerek itu.
Berpasang-pasang mata memandangku. Secara automatik aku berdiri. Kaku. Beku. Suasana hening seketika. Cuma
berpandangan mata.
"Mula-mula aku tangkap dia sebab dia tak ada pas masuk show ni. Tapi bila aku amati betul-betul, I think she's
got something from one of us! Betul tak Ann?" Sambung perempuan itu lagi. Ceh, siap sebut nama aku kuat-kuat
lagi! Kerek betul perempuan kerek ni!
Dalam takut dan berani, aku teliti satu-persatu raut wajah mereka yang berada di hadapanku. Serasanya, wajah-
wajah ini biasa kulihat dahulu. Pa'e… Iskandar… Zach… Ya, tak salah lagi!
"Isn't that your pick, Jo?" Zach dah maju setapak ke depan untuk melihat dengan jelas.
Jo? Johan?
"Ha'ah la! Macam mana boleh jadi pick necklace si Ann pulak ni?" Pa'e pulak melangkah menghampiriku. Iskandar
dan minah kerek tadi tu sekadar berpandangan sesama sendiri.
Dan lelaki yang dari tadi tersorok wajahnya dari pandanganku, berjalan melepasi rakan-rakannya yang lain
sekaligus membuka ruang untuk aku melihat wajahnya. Dia melangkah perlahan-lahan ke arahku tanpa sedikitpun
mengalih pandangannya dari seraut wajahku. Setiap langkah yang diambil menggetarkan dinding hatiku.
"Ann…" Panggilnya sebaik sahaja tiba di hadapanku.
"Johan…" Masih tidak percaya dengan apa yang kulihat.
"Akhirnya…" Ujar Johan sambil mengukir senyuman. Riak wajahnya yang tadinya tegang perlahan-lahan berubah
menjadi tenang.
Kami berpandangan beberapa ketika. Mereka yang lain mula mengabaikan kehadiran aku dan Johan di bilik itu.
Seakan memberi sedikit privasi kepada kami.
"A few months ago… Saya keliru. Saya khilaf. Then, I make a big mistake. Lynn and I… Saya… Kami…" Dia
kehilangan kata-katanya di situ. Aku tetap menatap wajahnya. Menunggu penjelasan daripadanya. Selama mana pun
masa yang harus diambil oleh Johan, aku akan tetap menunggu. Kerana aku mahukan kepastian. Sebuah kepastian.
Kerana aku bosan dengan tanda soal-tanda soal yang berlegar di kepalaku. Aku mahu tahu mengapa dia bersikap
dingin denganku sebaik sahaja melihat aku berbual mesra dengan Iskandar pada suatu petang, ketika aku masih
bekerja di rumah Datin Zahirah.
"Saya salah faham dengan hubungan awak dan Is. Saya cuba lukakan hati awak dengan berpura-pura mencintai Lynn.
Hakikatnya, saya tak pernah sukakan Lynn. Tak pernah dan tak akan…" Johan tunduk seraya memasukkan kedua-dua
belah tangannya ke dalam kocek seluar.
Aku mengangguk. Mula faham dengan tentang apa yang terjadi beberapa bulan lepas.
"Saya dengan Is pun… Kami tak ada apa-apa…"
"Saya tau! Saya yang salah faham! Saya minta maaf…" Pintas Johan. Matanya kembali memandang anak mataku hingga
jauh ke dasarnya. Menghangatkan kembali sekeping hati yang selama ini dingin tanpa dirinya.
"Saya dah maafkan!"
"Bila?"
"Dua saat yang lepas!"
Kami berbalas senyuman. Mula menikmati keindahan sebuah pertemuan yang tak dirancang ini.
"That pick…" Kata Johan sambil menunjukkan pick necklace yang tergantung di leherku.
"Saya pakai sejak saya buka kotak tu…" Jelasku.
Johan tersenyum senang hati. Mungkin dengan memakai pick necklace pemberiannya, aku sudah menunjukkan secara
simbolik bahawa aku juga mempunyai perasaan sepertinya. Perasaan mencintai dan ingin dicintai.
"Tapi kenapa pick?" Giliran aku pula bertanya.
"Simple. Sebab awak suka giler kat love-shaped tortoise shell pick saya tu. Dan untuk mengingatkan awak masa-
masa yang kita bersama. Lagipun, pick dengan gitar saya ni satu set!" Ringkas tapi dalam maksud penerangannya.
Mana mungkin aku melupakan masa-masa kami bersama. Dan kebanyakan masa itu, dia bersama gitarnya. Berlatih dan
terus berlatih sehingga dia mampu ke tahap ini.
"Awak pegang pick, saya pegang gitarnya. Kan sepasang?" Johan menunjukkan gitarnya yang turut mempunyai corak
seakan-akan pick kulit kura-kura yang aku pakai. Gitar yang dikatakannya ditempah khas bersama picknya sekali.
Pelik-pelik betul gaya orang kaya ni menghabiskan duit. Hehe…
"Lagu Bidadari Hati tu..."
"Saya cipta!" Akui Johan.
"Tapi lagu tu tak lengkap… Maksud saya tak abis!" Kataku. Johan mengangguk.
"… sebab awak pergi dari hidup saya hari tu. A writer cannot write without inspiration…" Lunak pandangan mata
Johan saat menuturkan ayat-ayatnya itu.
Aku sumber inspirasi Johan? Badan dah rasa melayang di udara. Mamat ni memang pandai main dengan kata-kata.
"Sori sebab 'curi-curi' masuk kat live show awak ni!" Ujarku lagi. Johan tersenyum dengan sepasang matanya.
"Sedangkan hati saya pun saya benarkan awak curi, apa la sangat setakat curi masuk tengok live show kami ni!"
Seloroh Johan.
Aku tertunduk. Dah tak mampu nak tampung rasa bahagia yang dah melimpah-ruah dalam hati dan terzahir di
pandangan mata.
"BIDADARA! BIDADARA! We want our BIDADARA!"
Di luar sana, para peminat masih melaungkan sebaris nama band kesayangan mereka. Masih mengharap akan
kedatangan BIDADARA untuk mewarnai kehidupan mereka. Di sini, di bilik persalinan ini, aku sudah hampir pasti
memiliki bidadaraku sendiri. Bidadara yang akan menemaniku pada hari-hari mendatang sehinggalah nafas kami
terhenti.
"Sudi tak awak jadi bidadari hati saya?" Lembut Johan menyoal. Jemariku digenggamnya.
Anak mata Johan terus-menerus menikam ke dalam anak mataku. Darah menyerbu ke muka. Aku tunduk memandang
lantai. Malu! Apatah lagi tindak-tanduk kami yang masih berada dalam ruang lingkup pandangan anggota BIDADARA
yang lain. Johan melepaskan genggaman jemarinya. Menaikkan daguku dengan hujung jarinya, memaksa aku untuk
memandang ke arahnya semula.
Perlahan-lahan aku menganggukkan kepala. "Sejak dulu lagi…"
Johan tersenyum. Senang hati mendengar jawapan yang keluar dari mulutku. Serentak dengan itu, dia menggenggam
kedua-dua belah tangannya.
"Yes! Yes!!" Jeritnya.
Penonton wayang tak bertiket, bertepuk tangan dari sudut bilik sebelah sana. Dan aku sudah gagal
menyembunyikan kegembiraanku kini yang sudah terpancar di wajah.
"Guys! Aku rasa aku dah dapat idea untuk baki lirik lagu Bidadari Hati!" Jerit Johan riang.
Mendengar jeritan Johan, Pa'e menarik nafas lega.
"Thank God! Kau tau tak, lagu kau tu la satu-satunya lagu yang cuma ada lirik kat bahagian chorus aje!"
Aku dan Johan berbalas senyuman dan akhirnya tertawa bahagia.
Ini kisah aku dan Johan. Ini kisah pick dan gitar. Johan dengan gitarnya. Aku dengan pick gitar Johan. Gitar
dan pick. Bukankah pick dicipta untuk melengkapi gitar?
No comments:
Post a Comment