Thursday, November 18, 2010

terkena!

Dia suka aku? Ye ker? Ish, betul ke? Tapi dari gaya dia macam... ah, tak mungkinlah! Tapi...

"Woit! Apa yang kau membebel sesorang tu hah?" Sergahan Min membuatkan aku terkezut badak.

"Eh, kau ni tak boleh ke ayu sikit ah! Kau kenan ingat kau tu pompuan!" Min tersengih macam beruk.

"Alah... dengan kau tak payahlah nak ayu... lagipun sejak bila yang kau tahu nak ayu ni? Selama ni nukan kau tu metal ke?" sindir Min. Maklumlah, sejak aku kenal dia memang kami tak mengikut jalan ‘gadis ayu’.

"Eh pleaze ye, aku sememangnya ayu sejak dari azali lagi tau!" Min buat gaya muntah, meluat dengan kata-kata aku. Aku hanya tersengih.

"Rina, dari tadi aku tengok kau sesorang macam pompuan tak betul ni apsal? Ni mesti pikir pasal pakwe... siapa ah? Cubalah citer siket, aku kan best fren kau!" aku tergelak. Memang kawan baik aku, paham je perasaan aku tapi takkan aku nak mengaku kan? Aku ni dah memang terkenal dengan gaya brutal, tetiba je nak layan jiwang plak, mampus pompuan ni gelakkan aku.

"Takdelah! Pleaze ah, aku tak mainlah jiwang-jiwang ni..." ceh, konon! Padahal terperuk kat rumah dok dengar lagu Ziana Zain lah, Erra Fazira lah...

"Yelah tu... tapi kan Rina, kau perasan tak, baru-baru ni mamat karat tu layan kita baik je..." alamak, minah ni pun dah perasan ke? Habislah aku!

"Eh, ye ke? Aku tak perasan pun. Ada ke? Kenapa eh?" cis, kurak-kurak dalam perahu. Pandai betul aku berlakon.

"Tulah yang aku pelik tuh! Dulu, pantang je jumpa mesti ada benda yang tak kena. Sekarang ni siap nak bagi pinjam nota plak... dah buang tebiat agaknya!" aku terdiam. Betul juga, memang besar perubahan sikap si Syahrul tu pada kitorang. Kalau terus macam ni, lambat laun mesti heboh satu kampus! Dahlah sebelum ni heboh yang kitorang ni macam anjing dengan kucing, tiba-tiba berlaku perubahan mendadak macam ni, mesti diorang akan jadikan peristiwa ni satu misteri alam yang mana ramai akan beriya-iya benar nak bongkarkan. Ceh, perasan! Ingat Artis?

"Aku ingat nak siasatlah. Misteri sungguh perkara ni!" bersungguh je nampak budak Min ni.

"Kau nak join aku tak?" aku terkedu... perlukah aku menyiasatnya?

"Alah... kau ingat aku ni takde keje lain ke? Lagipun, baguslah dia nak buat baik itu pun salah ke?" aku cuba berdalih.

"Masalahnya, takut ada udang sebalik mi." Betul juga cakap Min tapi...

"Ish kau ni, tak baik tau buruk sangka ngan orang. Kot dia memang dah bertaubat ke... atau mungkin dah insaf ke, sebab tu dia buat baik dengan kiter!" iyolah tu! Aku pun tak percaya cakap aku sendiri, bolehkah si Min ni percaya?

"Eh, yang kau backing sangat mamat karat tu naper ah? Kau ader apa-apa ke dengan dia?" Alamak, Min dah curiga nampaknya!

"Takdelah... aku ni pahala kurang, dosa dah banyak, so saja nak kurang dosa dan tambah pahala. Tak baik bermusuh-musuhan! Dahlah, malas nak layan kau lagi!" ceh, pandai betul aku ni bermadah. Sebelum pompuan ni banyak tanya baik aku blah dulu. Lalu dengan selmaba Min aku tinggalkan terkebil-kebil sendirian.

* * * *

"Hello..." mak aih, lembutnya suara! Tapi jangan ingat aku tak kenal suara ini! Suara musuh ketat aku!

"Assalamualaikum!" kena gertak sikit.

"Waalaikumsalam! Beri salam pun garang!" perli suara di hujung talian.

"Hah, ni sape? Nak cakap dengan sape?" dah terang masih bersuluh.

"Boleh saya bercakap dengan Cik Masyarina binti Sulaiman?" alamak aih, siap nama penuh lagi.

"Ye saya, ni siapa ni?" kontrol ayu beb...

"Akulah... Syahrul! Kau tak kenal ke? Kau busy ke?" Apesal tetiba call aku ni, tak penah pun!

"Takde, naper?"

"Saja je... nak tanya kabor..." ceh, nak bermanja plak!

"Aku masih hidup dan masih sihat. Tu je kau nak tanya?" kenalah jual mahal.

"Alah kau ni, cubalah kalau dengan aku ni kau cakap sopan sikit tak boleh ke? Kalau dengan Izwan tu, boleh plak kau cakap bebaik. Kalau dengan aku, memanjang je nak marah-marah." Haik, jeles ke?

"Suka ati akulah nak cakap macam mana, mulut aku! Kau ni apehal plak call aku memalam buta ni? Nak start perang dalam telefon pulak ke? Tak cukup perang kat sekolah?"

"Ish, takdelah. Kau ni asyik marah jelah. Kau ada keje lain ke?"

"Apa kau ingat aku takde keje lain? Aku bukan macam kau, ramai ‘pembantu’ tolong buat keje kau!" macam aku tak tahu, konon study bagus, padehal main ‘hantu’!

"Alah kau ni, aku nak buat baik kau tak nak terima, sekarang nak menyindir aku plak! Kalau kau nak, aku sanggup lakukan apa sajalah, kau cakap je!" Ceh, konon! Buang tebiat apa agaknya mamat ni malam ni!

"Dah, tak payah! Anyway, kau belum bagitau lagi, kau call aku ni apehal?"

"Alah, nak cakap dengan kau sekejap pun tak boleh ke? Kau sibuk sangat ke? Kau tunggu panggilan pakwe eh?" berapa banyak soalan da...

"Eh, yang kau sibuk sangat ni apsal? Sukati akulah! Yang kau banyak soal ni apehal?"

"Alah, aku cuma nak ambil berat je tapi takpelah... orang tak sudi, takkan aku nak paksa kan? Aku sedar siapa diriku ini, aku hanya gagak di rimba sedangkan kau merak di kayangan. Masakan enggang hendak melayan si pipit." bermadah le pulak!

"Saudara Syahrul Irman bin Syahrul Ilham, kalau ada apa-apa sila cakap dengan segera sebab kalau tak ada apa-apa yang penting saya akan meletakkan gagang telefon ini dengan segera agar tidak membazirkan masa saya!" cun plak suara aku ni.... perasan!

"Alah Rina... come onlah, jangan memarah. Cuba berlembut sikit..." ish, meremang bulu roma aku.

"Gila!" Tut! Tut! Tut! Apsallah mamat ni. Jangan-jangan betul tekaan aku tapi... macam mana boleh jadi macam ni? Ah, tak mungkinlah!

"Akak ni, kalau cakap dalam telefon tu tak bolehlah cakap bebaik, asyik nak marah je!" bila pulaklah minah ni tercegat kat belakang aku ni.

"Eh Tina, akak nak marah ke, nak tengking ke nak apa ke, sukatilah! Yang kau sibuk dengar perbualan akak ni apesal?"

"Tina cakap je. Akak tu cakap kuat sangat, satu rumah boleh dengar."

"Ish, tolonglah. Nak suruh akak cakap lemah lembut dengan mamat karat tu? Please lah!" tanpa menunggu lama aku terus naik ke tingkat atas menuju ke bilik dan meninggalkan Tina sendirian. Nak bergayut lagi le tu! Sejak akhir-akhir ni selalu nampak dia bergayut, jangan-jangan dah ade pakwe! Wah, baru 15 tahun dah pandia nak bercintan-cintun! At least, dia ader juga pakwe... yang aku ni 2 tahun lebih tua dari dia tapi... sampai laaa ni pun masih single mingle lagi!

Betul ke dia suka aku? Takkanlah... sebelum ni kitorang ni memang tak boleh jumpa langsung.... kenapa tetiba je pulak dia suka kat aku? Dia ni kira ok gaklah, walau tak masuk kategori tampan giler tapi kira boleh tahan jugalah sebenarnya. Kenapa ye aku mula berperang dengan dia dulu? Masa Form 3 ke? Hah, pasal kami rebutkan jawatan dalam persatuan! Mulanya aku presiden Persatuan Bahasa dan Sastera, tapi bila datang je sesedap hati merebut jawatan aku. Bukan itu aje, jawatan aku sebagai Setiausaha dalam Kelab Olahraga dilucutkan pasal dia gak! Dah tu, asyik nak ban cadangan aku! Mujur dengan bantuan Min, aku sapu jawatan sebagai Presiden Seni dan Budaya yang hampir disandang oleh mamat karat tu. Sejak tu, memang pantang jumpa, masing-masing muncung sedepa!

Yang buat aku terkejut, tetiba saja sejak kebelakangan ni dia baik dengan aku. Bila jumpa aku siap senyum pulak. Dah tu, bila dia tahu nota atau kerja sekolah aku tak siap, baik pulak dia nak pinjamkan nota dia. Walaupun aku tahu nota dan kerja sekolah dia bukan hasil kerja tangan dia sendiri. Yang lebih pelik tu, ada sekali tu siap offer nak hantar aku balik naik kereta BMW dia, walaupun tu kereta bapa dia sebenarnya dan yang penat pun bukan dia sebab driver dia yang drive! Malah, siap baik hati bagi aku buah tangan yang parents dia bawak balik dari luar negara. Sebenarnya, dia bukanlah jahat sangat pun, cuma suka berlagak je. Walaupun dia tu tak hensem sangat dan dia saja yang perasan tapi tak le buruk pulak! Bila difikir balik, it’s quite sweet memikirkan saat-saat itu semua... Eh, apa aku buat ni? Aku dah gila bayang ke? Alamak, tak boleh jadi ni, mata tak nak lelap sebab memikrikan pasal mamat karat tu, habislah aku!

"Rina.... ni untuk awak." terbelalak mata aku, terketar juga tangan aku nak terima jambangan bunga ros merah tu... ada dekat sedozen ni.

"Kau ni kenapa Syah? Tetiba je baik ngan aku, lepas tu tetiba je bagi aku bunga. Kau buang tebiat ke apa?"

"Hish, kau ni Rina, tak baik cakap macam tu tau. Aku tahulah aku ni hanya pacal yang hina tapi janganlah kau menghina aku!" mak aih!

"Dah, jangan nak madah berhelah pulak kat sini... tak lakunya! Baik kau citer betul-betul, apa sebenarnya yang kau nak kat aku?"

"Rina... tidak ke kau perasan yang segalanya aku lakukan kerana kau! Tidak ke kau faham perasaan aku pada kau?" aih mamat ni.

"Rina..." alamak, tetiba je jantung aku berdegup kencang. Macam kena letrik je bila si Syahrul ni pegang tangan aku.

"Rina... actually..." ish mana pula datangnya bunyi latar ni?

"Rina... have you listen to me?"

"Hah apa dia?" alamak, apsal makin kuat pulak bunyi ni. Eh, macam penah dengar je lagu ni.

"Rina... I..."

"Apa kau cakap? Bisinglah!" Ya Allah makin kuat bunyi ni, macam nak pekak telinga aku. Apa pulalah yang mamat ni bebelkan. Ya Allah! Bisingnya!

"Aah!" Aku memandang sekeliling... gelap! Astagfirullah, aku mimpi rupanya! Tapi... bunyi tadi tu masih ada lagi. Laaa, handphone aku rupanya... dah pukul 2 pagi, saper pula yang call aku ni? Syahrul? Memang dah buang tebiatlah budak ni!

"Hello... kau nak apa Syah? Giler ke apa, telefon aku sebelum subuh ni? Tak reti ke orang nak tido ke apa ke? Kau tak reti nak tido ke?" geram betullah, ngacau je aku nak mimpi.

"Sorilah Rina, tadi aku lupalah nak cakap ngan engkau! Kalau aku tak cakap malam ni juga, nanti aku tak bleh tido pulak!"
"Oh, kau pikir yang kau jelah tak bleh tido? Habis, aku ni tak payah tidolah!" aku dapat bayangkan yang dia tersengih macam kerang busuk kat sana.

"Sorilah... ni, aku nak cakap yang esok aku nak jumpa kau boleh tak?"

"Eh, kau gila ke? Cakap esok pagi tak boleh ke?"

"Kan aku dah cakap, kalau aku tak cakap sekarang nanti aku tak boleh tido..."

"Gila apa kau ni? Sukati kaulah, malas aku nak layan kau... baik aku tido!" gila betul mamat sekor ni. Kalau Min tahu mesti dia gelak gila. Betullah dia ni dah gila...

* * * *

"Hah, kau nak jumpa aku ni apsal sampai tak nyempat nak tunggu siang nak call aku!" terus aku menyergah Syahrul sebaik saja aku sampai di tempat yang dijanjikan. Tersedak dia bila disergah begitu.

"Apalah kau ni Rina, cubalah ayu sikit, ni brutal semacam je!" ceh macam ayat aku je. Tanpa dijemput aku terus duduk menghadap Syahrul.

"Ni, makan ni dulu. Aku tahu ni feveret kau, awal-awal aku pesan. Makanlah dulu!" nak bodeklah tu.

"Mana kau tahu ni feveret aku hah! Sejak bila kau pasang spy ni?" Syahrul tersengih, memang sebijik macam yang aku bayangkan.

"Biasaklah tu!" ceh! Tapi rezeki tak baik ditolak, lagipun perut aku memang berkeroncong sedari tadi minta diisi, lalu tanpa segan silu aku terus melantak burger big mac yang telah tersedia di depan aku!

"Hah! Kau cari aku ni pehal!" sambil makan sambil borak, takdelah segan aku!

"Kau ni ganas betullah bahasa kau! Ni, aku ada hal nak tanya kau, apa pendapat kau tentang aku!" terus aku berhenti mengunyah burger big mac kegemaran aku.

"Naper plak tetiba kau tanya aku macam tu? Lagipun apa kena mengena dengan aku?"

"Yelah... orang cakap, selalunya orang yang paling mengenali kita ialah musuh kita sendiri, jadi aku rasa mesti kau paham tentang aku kan?" berfalsafah le pulak.

"Ye ke? Tapi aku tak rasa plak yang aku paham tentang kau! Aku pun takde masa nak kenal kau! Kalau kau nak tahu, kau tanya awek kaulah!" Syahrul tertunduk sepi. Laa, takkan sensitif kot!

"Inilah masalahnya... aku... aku... sebenarnyakan Rina, aku..." alamak, kacau betullah telefon ni... Min? Ape plaklah yang dia nak ngan aku ni.

"Hello... hah pompuan, kau nak apa?"

"Woit, kau dating eh!" alamak, mana dia tahu ni? Walaupun aku bukan sebenarnya berdating pun.

"Apa kau mengarutlah... aku tak mainlah!" cover beb!

"Kau jangan nak tipulah, aku tahu kau dating ngan Syahrul... kat McD kan?" mana pulak minah ni tahu ni? Habislah aku!

"Eh, kau kat mana hah! Camner kau tahu..."

"Mestilah aku tahu... aku nampak dengan biji mata aku sendiri tau! Kalau tak caya cuba kau pusing kat belakang!" Ya Allah! Apsallah boleh terserempak dengan minah ni kat sini! Min dengan tersengih-sengih datang kat aku, rasa muka aku ni dah naik merah agaknya... habislah aku!

"Hai..." ceh, dengan gaya ayu dia. Syahrul tersengih selamba... apsal aku rasa macam aku pula yang lebih-lebih ni.

"Boleh kacau daun?" ujar Min sambil menyiku aku.

"Kacau ler... kitorang bukan buat apa-apa pun." aku cuba kontrol malu.

"Haah! Join lah?" pelawa Syahrul.

"Sejak bila pula korang dah jadi baik ni? Setahu aku korang masih belum buat perisytiharan apa-apa pun lagi kan?" tanya Min tak puas hati.

"Nilah yang kitorang buat mesyuarat perdamaian ni... bagus gak kau ada kat sini, boleh jadi saksi kitorang!" terbeliak mata Min dengar kata Syahrul. Aku pun terkezut gak, sejak bila plak aku setuju nak buat perjanjian damai nih.

"So camner Rina, setuju ke dengan syarat-syarat tadi?" terkedu aku... pandai betul mamat ni berlakon. Aku hanya mampu mengangguk perlahan. Min pula pandang aku dengan perasaan was-was, nampak sangat dia tak caya!

* * * *

"Laa... yang kau sibuk ni apsal, aku yang buat penjanjian damai dengan dia, takde kena mengena dengan yang hidup atau yang mati, so apa pun syarat-syarat dia... yang kau ambil kesah sangat apesal!" rimas aku dibuatnya si budak Min ni. Selagi aku tak beritahu dia syarat damai tu, selagi tu dia tak puas hati. Masalahnya, aku pun tak tahu apa syaratnya, macam mana aku nak cakap! Syahrul tu pun satu, lepas hari tu, dia tak call langsung pun! Aku nak call segan plak! Hari ni, bila jumpa dalam kelas, dia cuma senyum kat aku. Yang si Min pula, dok memerhatikan aku. Pantang kalau aku menoleh, mesti dia cakap aku ngan Syahrul main mata! Sakit jiwa aku dibuat budak dua ekor ni!

Rina, nanti jumpa kat belakang cafe kul 3! Syahrul...

Tergamam juga aku bila Syahrul tiba-tiba je campakkan kertas kat aku bila dia nak keluar tadi, ingatkan dia nak start perang balik tapi nasib baik aku bijak dan teliti, tahu nak tengok kertas tu betul-betul. Apsal pulak dia nak jumpa aku ni? Jangan-jangan dia nak cakap pasal hari tu tak? Ya Allah, tetiba je jantung aku ni laju semacam je. Rileks, rileks... alamak, tetiba je aku malu sendirian.

"Hoi, apa yang sengih sesorang ni?" aku hanya tersenyum malu.

"Wei, citerlah sikit..." Min tak puas hati.

"Alah... takde apa-apalah! Kau ni kecohlah!"

"Oh... kau sejak dah baik ngan mamat karat tu, aku pun kau tak layan eh!"

"Alah... merajuklah pulak!"

"Rina, cuba kau cakap betul-betul dengan aku... kau dengan Syahrul ada apa-apa ke!" rasa macam tetiba je muka aku jadi merah padam.

"Apalah kau ni, tanya soalan brutal betul!" aku cuba cover malu.

"Haik, bukan selama ni kau memang brutal ke? Sejak bila pula tukar jiwang ni? Syahrul suka kau eh? Atau... kau suka dia?" cis, macam penyiasat plak.

"Berapa banyak soalan daa... aku nak cepat ni, nantilah aku citer ngan kau, ok! Bye!" terus aku tinggalkan Min terpinga-pinga. Sorilah Min, soalan kau tu susah sangatlah aku nak jawap, sebab aku sendiri pun tak ada jawapan...

Sampai je kat tempat yang dijanjikan, Syahrul dah sedia menunggu. Muka macam serius je, takut gak aku dibuatnya.

"Hah, apa hal kau nak jumpa aku kat sini." Terus aku bertanya dengan gaya brutal aku. Dia hanya tersenyum tawar.

"Sebenarnya aku nak bagitau kau satu hal..." perlahan saja suaranya.

"Hal apa yang rahsia sangat tu!" terus aku potong cakap dia.

"Sebenarnya... aku dah jatuh cinta!" aku terdiam. Jangan-jangan betul sangkaan aku.

"Habis tu... apa... kena-mengena dengan aku?" Bila masa pula aku jadi gagap ni.

"Mestilah ada... kalau tak, takkan aku cakap dengan kau!" aku tertunduk malu. Terasa muka aku panas menahan malu.

"Apesal ada kena dnegan aku plak!" ceh, tetiba je jadi ayu pulak.

"Yelah! Aku takut kau salah anggap dengan aku... aku tak naklah nanti timbul salah paham kan, nanti aku juga yang frust! So, skang ni aku nak berterus teranglah dengan kau..." Ya Allah, jantung aku terasa berdegup kencang, rasa macam nak tercabut dah. Aku menarik nafas panjang cuba bertenang tapi aku masih tak berani lagi nak menatap muka dia. Aku hanya menunduk menatap bumi.

"Sebenarnya... aku dah lama bercouple dengan Tina, adik kau!"

"Hah!" terkejut gorila aku! Sebaik saja dia semburkan ayat itu, terasa bagai bom meletus di tepi telinga aku, berdesing bunyinya!

"Aku pun tak tahu dia tu adik kau... kalau aku tahu awal-awal taklah aku gaduh dengan kau!" terasa satu dunia ni berpusing. Dengar macam satu dunia gelakkan aku! Alamak! Aku terperasan ler!!

kau!

Usai solat subuh pagi itu aku terus ke bilik air untuk mandi. Ah, satu perkara yang amat aku benci sepanjang pengajian adalah LDK (Latihan Dalam Kumpulan), yang diadakan pada setiap semester dan pada hari itu sesi kedua LDK bakal berjalan di mana sepanjang hari bermula dari pukul 8 pagi sehingga 6 petang hariku bakal di isi dengan modul-modul yang membosankan. Kalaulah aku boleh 'skip' LDK ni. Tapi tak ke naya nak kena repeat sem depan. Repeat LDK pulak tu, apa kejadahnya. Silap hari bulan tak dapat grad. Tangisan berlagu pilu pula aku nanti. Akhirnya aku gagahkan jua kaki ini untuk ke tingkat 5 Fakulti Undang-undang, UiTM. Sesi pagi itu dimulakan dengan ceramah dari Professor Madya Abdul Hadi Ahmad dari Fakulti Pengurusan Perniagaan membincangkan perihal 'Ekonomi Bumiputra' yang sikit pun tidak membangkitkan minatku melainkan mendengar lawak sampingan darinya untuk mengelakkan kami dari tertidur.


Dua jam selepas sesi ceramah berjalan, aku dan Siti terus ke Kolej Cempaka untuk melihat senarai nama pelajar dan kelas yang bakal kami duduki sepanjang sesi LDK itu nanti. Seperti yang aku jangka, aku dan Siti akan berpisah kelas. Ah, bosannya. Sudahlah aku benci LDK bagai nak rak, seorang kawan aku pun tak ada bersama-sama di kelas yang bakal aku huni pada sepanjang siang itu. Tiba-tiba rasa macam nak balik ke bilik sahaja. Ah, tensionnya.


Hendak tak hendak terpaksalah jua aku merajinkan diri memanjat tangga ke bilik kuliah bernombor 209. Sampai di kelas aku memencilkan diri di sudut yang paling hujung sambil memandang handphone. Berharap ada sesiapa yang rajin untuk meng 'sms' ku tapi hampa. Beberapa minit kemudian fasilitator kami muncul dan mengarahkan kami untuk duduk di dalam bulatan. Dengan malasnya aku menuruti. Ketika sesi bersuai kenal berjalan, telah masuk dua orang pelajar lelaki yang paling 'popular' di kelas aku lalu menarik kerusi dan duduk di sebelahku. Aku hanya buat-buat tak nampak mereka yang seronok berborak dengan wanita cantik di sebelahku ini. Yalah, tak mungkin aku nak menyampuk. Lagipun siapalah aku ni nak di bandingkan dengan mereka yang 'loaded' dan 'up to date' tu. Dari ekor mataku aku dapat melihat dia sedang memandangku dengan pandangan yang sukar untuk aku mengertikan. Mungkin dia sedang memperkecilkanku melihatkan cara pemakaianku yang sedikit kolot ini. Macam mak cik mak cik pun ada. Ah, lantaklah. Ada aku kisah dengan pandangannya itu?.


Selepas sesi suai kenal, fasilitator mengaturkan kami untuk membentuk satu kumpulan kecil. Aku rasa sungguh bernasib baik kerana tidak berada di dalam satu kumpulan dengan lelaki tersebut. Mungkin kerana tidak berapa gemar dengan perangainya yang agak 'menonjol' itu. Maklumlah dia antara budak cerdik pandai di dalam 'batch' ku. Lagi pula seorang debator jadi tidak hairanlah dia antara budak lelaki yang selalu menjadi bualan di antara pelajar perempuan. Pada pandanganku dia tidaklah terlalu kacak tetapi mungkin kerana pembawakannya yang kelihatan sentiasa yakin dan bersedia itu menjadikan dia idaman pelajar-pelajar wanita. Tambahan pula dia merupakan anak peguam yang terkemuka di Kuala Lumpur. Namun, aku tetap tidak menyukainya. Sudahlah sombong, berlagak pulak tu dan dia hanya bercampur dengan rakan-rakan debatornya selain wanita-wanita cantik. Perempuan sepertiku ini? Layak dipandang sebelah mata sahaja.


Ketika rakan-rakan sekelasku yang lain sedang sibuk membentuk kumpulan kecil masing-masing, aku masih termenung di kerusiku. Terasa berat sungguh kaki ku ini untuk bergerak. Tiba-tiba lelaki di sebelahku ini memandangku dengan riak tidak puas hati kemudian berkata,


"Tunggu apa lagi?. Blahlah. I reserved this seat for group two." Masya Allah, sakitnya hati aku mendengarkan ayat itu. Rasa seperti tersiat-siat hatiku ini. Di luar kawalanku aku memandang tajam wajahnya dan terhamburlah satu perkataan yang tidak pernah aku ucapkan dengan beraninya kepada sesiapa pun. Maklumlah dikalangan rakan-rakan aku yang paling penyabar orangnya. Akan tetapi demi mendengarkan kata-kata lelaki yang tidak pernah walau sekalipun aku bercakap dengannya dan pandangan rakan-rakan yang lain, cukup untuk membuatku rasa terhina. Lalu aku meluahkan,


"Kurang ajar." Dia kelihatan terkejut. Mungkin tidak menyangka yang aku akan melawan.


"Apa kau ingat aku nak sangat ke duduk kat sebelah kau ni?". Dia kelihatan kehilangan kata-kata. Rakan-rakan yang lain tergamam termasuk fasilitator kami.


"Siapa yang duduk kat sebelah aku dulu hah? Ada aku jemput kau duduk kat sebelah aku?". Nampak gayanya aku tidak dapat mengawal diriku. Rasa marah makin berapi- api. Berani sungguh dia berkata biadap denganku. Blah? Memang sangat kurang ajar.


"He just asks you to go to your group". Rakannya, Fakrie membela.


"You shut up. I'm not talking to you." Wah, tiba-tiba aku turut bercakap orang putih sambil jari telunjukku memberi amaran padanya. Mata lelaki tersebut masih tidak berganjak memandangku. Dia menenangkan rakannya yang kelihatan tidak berpuas hati denganku.


" I was just joking, ok,"jawabnya tenang. Ah, tak habis habis dengan speaking mat salehnya itu. Naik meluat aku.


"What joking? I'm not assuming it as a joke. You told me to 'blah' and you said it was a joke?."


"Hey, can you be tolerant for a while? Don't yell like a fool!." Wah wah wah, sekarang dia nak arahkan aku supaya diam pulak malah cakap aku bodoh lagi. Ni dah lebih ni.


"No. I can't and don't you dare to say to me that I'm fool." Lelaki itu mencebik.


"Kenapa kau kurang ajar sangat ha?. Dah buat salah bukannya nak mintak maaf tapi boleh pulak buat muka macam tu."


"Emm, adik adik semua. Boleh tolong hentikan tak pergaduhan ni?," tergagap-gagap kakak fasilitator kami berkata-kata untuk meleraikan pertengkaran tersebut.


"Tak akak. Melainkan dia mintak maaf pada saya dulu,"putusku.


"What? It is not my fault. You are the one who is too sensitive. I am not going to apologize. What for?," ucapnya dengan penuh angkuh. Ya Allah, rasa macam nak tumbuk-tumbuk buat sambal belacan je mamat nih.


"Hey guys. Just apologize to her. If not she will be 'menggila' pula kat sini." Terdengar suara Azura, minah gedik kat kelas aku. Tajam pandanganku menghala ke arahnya.


"Even I'm not apologize to her, dia dah 'menggila' pun,"balasnya diiringi tawa rakan-rakan yang membelanya. Aku lihat hampir separuh pelajar di kelas tersebut menggelakkanku. Kemudian, barulah aku sedar rupanya hampir kesemua pelajar kelas tersebut adalah rakan-rakan seangkatan dengannya dari Asasi KPTM. Hanya beberapa pelajar sahaja dari kursus Prelaw sepertiku. Alangkah malunya aku ketika itu. Tanpa menghiraukan tawa orang ramai aku menolak badan lelaki tersebut sehingga dia terduduk di atas kerusi lalu aku berlari keluar dari kelas. Nampak gayanya aku kena repeat LDK semester hadapan. Arghh..


************************************************************************************


"Mia, aku dengar kau gaduh dengan Zayrel, budak debator tu tadi eh?. Wah beraninya kau,"soal Siti sejurus tiba dibilikku di tingkat 4 ni. Wah, sebab nak tahu cerita tu rajin pula dia mendaki tangga ke bilik aku ni ya. Sebelum ni jangan haraplah, asyik aku je yang nak kena turun pergi ke biliknya. Aku hanya mengangguk dengan pertanyaan Siti itu. Malas hendak bercakap panjang, takut nanti makin banyak pulak marahku terhambur keluar.


"Aku dengar si Zayrel tu pun blah selepas kau pergi tu. Kau pergi mana hah? Akak fasi tu suruh cari kau kat bilik tapi kau tak ada pun." Aku sedikit terkejut tetapi sengaja tidak di tunjukkan di depan Siti. Ingin sahaja aku bertanya kenapa tetapi kelu pula lidahku ini.


"Mana kau pergi?,"soalnya lagi


"Aku keluar dari UiTM,"jawabku pendek

.

"Kau pergi mana?"


"Pergi tasik,"balasku memaksudkan tasik itu adalah Taman Tasik Shah Alam. Lama aku termenung di situ. Sudah menjadi tabiatku untuk meredakan sebarang perasaan di tasik. Dengan melihat air yang mengalir hatiku akan menjadi tenang. Selepas 2 jam duduk di situ tanpa berbuat apa-apa aku membuat keputusan untuk berlegar-legar di dalam PKNS sebelum pulang kemudiannya. Sedikit-sebanyak perasaan marah tadi berkurang apabila mencuci mata melihat pameran buku yang kebetulan berlangsung di situ. Sempat pula aku membeli 2 buah novel karya Ramlee Awang Murshid. Sedang aku enak membaca novel di bilik aku di datangi oleh minah ini pula. Pembacaanku sedikit terganggu.


"Kenapa kau boleh gaduh dengan mamat tu? Apa yang dia dah buat kat kau?".


Aku menarik nafas panjang sebelum mengenang kembali peristiwa siang tadi.


"Macam mana aku tak marah. Kau tahu tak dia cakap apa kat aku?,"bersungguh-sungguh Siti menggeleng. "Dia suruh aku blah! Ya Allah sakitnya hati."


"What? Dia cakap gitu kat kau?." Aku hanya mengangguk dengan riak wajah yang tidak puas hati. Kalau dia ada kat depan aku sekarang ni dah lama dah kena lanyak.


"Amboi beraninya dia."


"Kau tahu tak apa si minah gedik Azura tu jaja cerita kau kat orang?"


"Apa dia?"


"Dia cakap kau tak puas hati sebab tak dapat satu group dengan Zayrel. Zayrel dah cakap baik-baik kat kau supaya masuk group lain tapi lepas tu kau tolak Zayrel sampai dia jatuh terlentang."


"What?!,"jeritku lantang.


"Eh, minah cicak kubing tu memang pandai buat cerita betullah. Kurang ajar punya pompuan. Dia pun sama je macam mamat papan lapis tu. Dua- dua tu memang nak kena makan penampor aku la." Ucapku dengan marahnya. Siti sudah terkekek ketawa. Aku memandangnya pelik.


"Kau ni pulak apasal?"


"Tak ada la. Aku kelakar dengar kau cakap si Azura tu cicak kubing dengan si Zayrel tu papan lapis.Hahaha." Melepas lagi tawa Siti. Aku hanya menjelingnya geram. Aku cakap betul-betul dia boleh gelak pulak.


************************************************************************************


Pagi itu aku rasa tidak sedap badan, rupa-rupanya aku didatangi 'penyakit perempuan'. Alamak, dah la hari ni ada presentation law of contract. Macam mana hendak concentrate di hadapan nanti kalau tiba-tiba aku di serang senggugut. Baru sahaja aku menyebut perkataan senggugut tiba-tiba terasa cucukan yang sangat menyakitkan di bawah perutku. Arghh, kan aku dah cakap tapi takkanlah hendak ditangguhkan presentation itu, nanti apa pula kata ahli kumpulanku yang lain. Mahu tidak mahu aku gagahkan jua kaki untuk ke kelas.


Sesampai di kelas, Siti, Hani dan Diya sudah siap memasang LCD untuk kegunaan semasa pembentangan nanti. Aku hanya duduk di kerusi sambil menekan perutku untuk menahan rasa sakit. Sengaja aku tidak meletak minyak angin kerana tidak mahu seisi kelas terganggu dengan bau minyak panas. Siti dan Hani mendekatiku.

"Kau kenapa ni? Pucat semacam je aku tengok?," soal Hani.


"Sakit perempuan la,"jawabku acuh tak acuh. Rasa sakit di ari-ari semakin mengganggu.


"Kau ok tak ni? Nak minyak angin?,"soal Siti pula. Aku hanya menggeleng menolak tawarannya tadi.


"Aku okey kot. Mintak-mintaklah kelas ni cepat habis. Ingat nak balik teruslah lepas ni. Kau tolong cakap kat ustaz aku cuti hari ni,"pintaku pada mereka berdua supaya memberitahu ustaz kelas Bahasa Arabku bahawa aku tidak sihat semasa kelas petang nanti. Mereka hanya mengangguk. Tiba-tiba aku melihat Siti menolak badan Hani dengan bahunya mengisyaratkan bahawa seseorang telah masuk ke kelas. Aku berpaling dan melihat Zayrel Ridzuan sedang masuk ke kelas dan duduk di kerusi belakang. Wajahnya tidak menunjukkan sebarang perasaan. Tetap dengan selambanya itu. Aku naik meluat dan terus memandang ke hadapan. Tiba-tiba rasa sakit hati menyerang. Kejadian kelmarin masih tidak dapat aku lupa. Aku sudah tetap dengan keputusanku. Selagi dia tidak memohon maaf kepadaku, selagi itulah aku akan melancarkan mogok 'benci' kepadanya. Tidak sekali-kali dengan rendah hati aku akan memaafkannya. Never.


"Arghh…". Senggugut aku menyerang lagi. Kali ini lebih menyakitkan dan menyebabkan aku rasa seperti hendak muntah. Untuk menghilangkan rasa loya aku meminum air. Terasa lega sedikit.


Beberapa minit kemudian Madam Alia masuk dan mengarahkan kami memulakan pembentangan. Pembentangan dimulakan dengan aku memperkenalkan ahli kumpulan dan seterusnya isi-isi penting yang harus kami sampaikan. Sepanjang mempersembahkan kerja kami, mataku turut sekali-sekala menyorot pada Zayrel yang seperti tidak memberikan perhatian pada pembentangan kami. Berlagak sungguh dia ni. Kalaulah aku dah hilang sabar dah lama aku 'sound' dia. Tidak semena-mena dia turut memandang ke arahku. Takkan dia dengar apa yang aku cakap tadi kot. Perasaanku sedikit kalut lalu aku cepat-cepat menjelingnya. Wah, puasnya hati.


Sesi pembentangan selesai sudah. Kini tiba sesi soal jawab antara presentor dengan members of the floor. Kali ini sakit di ari-ari semakin menggila. Aku menggigit bibir untuk menahan kesakitan. Aku tidak akan membiarkan diriku nampak lemah di hadapan ini terutama sekali di hadapan Zayrel.


Ikhwan yang juga rakan baik Zayrel mengangkat tangan untuk bertanya soalan. Aku sempat menjeling Zayrel yang sedang tersenyum sinis disebelah Ikhwan. Mungkin sedang mempersendakanku lagi. Aduh, sakit hati dengan sakit senggugut bercampur baur menjadi satu. Madam Alia mempersilakan Ikhwan untuk bertanya soalan.


"In your presentation just now. You had said that there are three tests to determine whether the statement given by the defendant is a term or representation which are verification, importance of the statement and knowledge. So, do we need to fulfill all those tests?,"tanyanya penuh berhemah. Rakan- rakanku yang lain diam mencari jawapan. Sakit hati melihat tingkah Zayrel dan rakan-rakannya yang memandangku dengan senyuman sinis, tiba-tiba aku meninggikan suara tanpa sedar.


"No, you don't need to fulfill all. Just choose the relevant one!" Sengaja aku menekan ayat itu sambil membalas sorotan tajam milik Zayrel. Kau ingat aku bodoh ke?. Tiba-tiba terdengar suara ketawa dari rakan-rakan sekelasku. Aku segera tersedar yang aku sudah melebih-lebih. Aku lihat wajah Ikhwan yang tertunduk. Mungkin malu dengan jerkahan aku tadi. Serta- merta aku jadi kesian kepadanya.


Selepas kelas bersurai aku rasa tekakku loya secara tiba-tiba. Rasa mual dan ingin muntah menyebabkan aku berlari keluar dari kelas dan melanggar seseorang yang turut ingin keluar melalui pintu yang sama. Aku menolak badannya sehingga menyebabkan dia sedikit terdorong ke belakang.


"Hey, what the….," hanya ayat itu yang sempat aku dengar sebelum aku terus keluar dari kelas dan berlari ke tandas. Di dalam tandas, aku memuntahkan segala isi perut yang ada. Senggugutku semakin kronik. Terasa lemah seluruh badan. Siti dan Hani masih menungguku diluar tandas. Mereka risau dengan keadaanku yang agak teruk itu.


"Mia kau ok ke? Nak aku teman kau balik bilik tak,?" soal Siti diluar tandas. Ketika itu aku sedang bersandar di dinding kerana kepenatan. Rasa mual beransur hilang.


"Aku dah ok sikit. Kau orang pergilah kelas. Nanti masuk lambat ustaz marah pulak,"


"Habis tu kau?,"soal Hani pula.


"Aku dah tak apa-apa. Kejap lagi aku keluar. Kau orang pergilah kelas. Tak payah risaukan aku."


"Are you sure?."


"Yes…"balasku sambil mengangguk-angguk.


"Kalau macam tu kita orang pergi dulu ya. Kau balik bilik baik-baik tau,"pesan Siti.


"Yalah,"jawabku lemah.


Setelah aku berasa reda sedikit, aku pun keluar dari tandas. Aku menarik nafas panjang dan melepaskannya perlahan-lahan. Selepas ini aku akan berjalan kaki pulang ke bilik, khuatir berasa loya jika berhimpit-himpit di dalam bas nanti. Buat naya je kalau termuntah di dalam bas. Aku keluar dari tandas dan duduk di kerusi rehat yang terletak diluar bilik kuliah sebelum memulakan perjalanan. Aku sedikit tersentak apabila tangan seseorang menghulurkan sekeping tisu di hadapanku. Aku memanggung kepala dan melihat Ikhwan sedang tersenyum sambil tangannya masih menghulurkan tisu tersebut kepadaku. Dia mengunjukkan tisu tadi apabila melihat aku masih teragak-agak untuk mengambilnya.


"Thanks,"ucapku kepadanya sambil menyambut huluran itu. Tisu itu ku lapkan ke mulut. Dia duduk di sebelahku.


"Minyak angin untuk awak," diunjukkannya lagi sebotol kecil minyak cap kapak kepadaku. Aku terkesima.


"Sapu kat kepala untuk hilangkan pening dan loya." Aku tergelak kecil. Prihatinnya dia.


"Terima kasih sekali lagi." Sambutku sambil mencalit sedikit minyak itu ke kepala. Lega sedikit rasanya. Dia hanya tersenyum. Mengingatkan kejadian tadi aku jadi segan dengannya.


"Emm..Saya nak mintak maaf pasal perkara tadi..Saya dah tertinggikan suara pada awak."


"It's ok. I don't mind about it. Saya tahu awak tak bermaksud nak marahkan saya pun kan?." Aku hanya tersengih sambil mempamerkan riak wajah bersalah.


"Awak sakit apa?,"tanyanya tiba-tiba.


"Hah?," aku tergamam. Tak kan nak bagitahu 'penyakit' aku ni. Malulah.


"Tak sakit apa-apa. Perut masuk angin je," bohong sunat. Dia hanya mengangguk sambil tersenyum. Kenapa? Tak percaya? Ah, lantaklah.


"Eh, tak apalah. Saya nak balik dah ni. Terima kasih banyak bagi minyak angin awak," aku menghulurkan kembali botol minyak angin tersebut.


"Tak apa, awak ambil jelah. Saya ikhlas bagi. Pakai kalau pening tau." Dia mengingatkan membuat aku jadi bertambah segan dengannya. Baiknya dia ni. Aku kemudiannya mengangguk dan mengucapkan terima kasih. Sempat lagi aku menunjukkan padanya minyak itu sebelum memasukkan ke dalam beg. Dia ketawa kecil.


"Saya balik dulu. Bye," lambaiku sebelum berpaling.


"Emm, Mia." Tiba-tiba dia memanggilku. Aku segera berpaling sambil mengangkat kening kepadanya.


"Emm, saya hantar awak balik?." Aku tergamam.


"Awak tak ada kelas ke?,"soalku menutup gemuruh.


"Sensei saya cuti hari ni," jawabnya merujuk kepada pensyarah Bahasa Jepunnya.


Aku berkira-kira sama ada untuk menerima pelawaannya itu ataupun tidak. Akhirnya, aku mengangguk sambil tersenyum. Dia senang hati dengan penerimaanku itu dan menjemput aku ke keretanya.


*************************************************************************************


Selepas membeli makanan di Dataran Cendekia, aku, Siti dan Hani berjalan ke bilik Siti. Kami sudah terbiasa untuk membeli makanan di DC kemudian makan di billik. Ada sedikit privacy kononnya. Lagi pun kami tak suka dengan keadaan yang bersesak-sesak di dataran tersebut. Berserabut kepala rasanya. Semasa sedang menjamu selera, Siti tiba-tiba bertanyakan sesuatu kepadaku. Nasib baik aku tidak tersedak. Ish, Siti ni, kalau ya pun agak-agaklah. Tanyalah time aku dah habis makan nanti. Dan soalan dia tu, ish, apa punya soalan ntah.


"Kau ada skandal dengan Ikhwan ke?." Mak aih, pedas giler ayat tu. Nasib tak bersembur nasi ke muka dia.


"Apa kau ni?. Soalan tak agak-agak," marahku untuk menutup rasa malu.


"Betul apa. Lepas peristiwa kau jerkah dia kat kelas hari tu aku tengok korang makin rapat. Ada apa-apa ke?"


"Pembetulan ok. Tertinggi suara ya, bukannya jerkah,"


"Alah, lebih kurang la tu. Takkan la kau nak sembunyikan daripada kawan baik kau ni. Apa-apa pun cerita je. Kita orang ni boleh dipercayai tau," Hani pula menyampuk. Boleh dipercayai konon. Piirah. Aku menyambung suapan.


"Korang ni couple ke?"


"Apa kau ni. Pandai-pandai je. Kita orang kawan jelah. Mulalah tu nak buat gossip hangat. Tak ada kerja lain,"


"Elele..ngaku je la. Nak main sorok sorok pulak,"


"Masya Allah, korang ni. Betullah, tak ada apa-apa. Kita orang kawan je."


"Hmmm.." kedua-duanya mencebik. Suka hati korang lah. Memang betul pun aku dengan Ikhwan hanya kawan. Lagipun dia tak cakap pun yang dia suka kat aku,apatah lagi nak ajak couple. Aku?. Hmm, ntah.


"Hah, ni apa ni sengih tiba-tiba. Teringat kat Ikhwan la tu,"sergah Hani secara tiba-tiba. Nasib baik aku tak terlompat masa tu. Aku hanya tunduk untuk mengelakkan dia orang nampak muka aku yang tengah membahang ni. Malu beb.


"Eh, apa cerita dengan Zayrel ah?," soal Siti tiba-tiba. Apa pulak tiba-tiba sebut nama malaun tu. Malaslah nak dengar. Sakit hati tak hilang lagi tau tak. Dah la hari tu dia boleh menjeling bila tengok aku. Hiish, aku cakar muka tu baru tahu. Dah tak hensem langsung dah lepas ni. Tapi, hensem ke dia tu? Ah, tak hensemlah. Macam papan lapis je aku tengok. Entah-entah papan lapis pun lagi ok kot.


"Aku dengar hari tu dia masuk mooting. Jadi juara lagi." Aku buat muka. Non of my business.


"Kadang-kadang kan. Aku tengok si Zayrel tu macam perfect kan. Bijak, hensem, kaya. Yelah, anak lawyerlah katakan.,"sambung Siti.


"Oii!,"tiba-tiba aku menjerit. Kedua-duanya tersentak.


"Apahal kau ni nyah," Hani buat-buat suara bapuk.


"Kau orang ni memang sengajakan."


"A…pa?," soal Siti sedikit tergagap-gagap.


"Dah tahu aku benci dengan si Zayrel tu. Yang korang duk sibuk-sibuk cerita depan aku ni apa hal?. Hensem?. Huh, atuk aku lagi hensem tau tak!."


"Eh, nak ngamuk pulak minah ni. Kau jangan cakap macam tu Mia. Sekarang kau benci. Mana tahu akan datang ni kau tiba-tiba jatuh cinta dekat dia macam mana?"


"Hah? Hahaha," aku gelak buat-buat. "Kelakarnya. Jatuh cinta dengan malaun tu? Mintak simpang malaikat 44 ok. Tak teringin aku"


"Kau jangan berlagak Mia. Kerja Tuhan kita tak tahu tau. Kau mana nak tahu entah-entah dia tu jodoh kau."


"Hoi.. Amboi amboi amboi", Wah, kedengaran macam program Azwan Ali la pulek. "Sesedap perasa kari je mulut kau ye cakap gitu. Dah tak sayang mulut?"


"Tak adalah. Kita orang cuma cakap je."


"Ni. Korang dengar sini ye. Walaupun hanya tinggal si malaun tu sorang je kat atas muka bumi ni, aku tetap tak akan pilih dia. Ni janji aku tau,"tegasku tanpa memikirkan akibatnya.


"Hmm..yalah Mia oii. Jangan kau termakan sumpah sendiri sudaaa" Siti meniru tagline Stacy AF. Aku menjeling Siti sambil menelan air liur. Khuatir jika kata-kata Siti itu menjadi benar.


*************************************************************************************


Sudah masuk sebulan aku bersahabat baik dengan Ikhwan. Dia tetap seperti biasa, tidak pernah menyakitkan hati aku. Aku pun tak nampak tanda-tanda yang dia ingin menjalinkan hubungan yang lebih serius denganku. Yalah, baru sebulan kan. Cuma hanya sekali dia pernah merisik samada aku sudah berpunya atau belum. Itu jelah, tak lebih tak kurang. Hmm, mungkin kami ni hanya layak menjadi kawan sahaja kot. Ah, melebih-lebih pula aku ni.


Hmm, Zayrel?. Huh, tak payah cakaplah. Makin menjengkelkan. Rasa nak ketuk-ketuk je kepala dia. Kita orang masih lagi melancarkan perang dingin. Aku masih ingat lagi, satu hari tu, lecturer menyuruh kami menyiapkan past year semasa tutorial. Tiba-tiba lecturer aku tu memanggil nama aku dan menyuruh aku 'present' di depan. Aku yang tak prepare apa-apa ni pun tergagap-gagaplah. Aku nampak dia tersenyum sinis sambil berpeluk tubuh memandang aku. Berpeluh aku masa tu. Aku balas lagi pandangannya dengan riak marah dan dia dengan selambanya mengangkat kening kemudiannya mengenyit mata padaku. Nak matilah dia ni. Aku cucuk mata tu baru tahu. Tapi aku tahan je sebab Madam Rasyika dah asyik memanggil-manggil nama aku. Madam ni pun satu. Bawak-bawaklah bersabar. Dia ingat aku menari ke kat depan ni. Aku tengah berusaha mencari jawapanlah ni.


Akhirnya, Zayrel mengangkat tangan dan dia sukarela untuk menjawab soalan itu bagi pihakku. Semasa dia berjalan ke hadapan, sempat lagi dia berbisik ke telingaku.


"Balik bilik, study bukan tidur." Arghh, pedihnya ayat tu. Aku hanya mampu mengetap bibir. Sabarlah hati. Kau bernasib baik sebab Madam Rasyika ada kat depan, kalau tidak…


Semasa dia present aku hanya menundukkan muka. Langsung tak tengok wajahnya itu apatah lagi nak menumpukan perhatian. Ayat yang terakhir aku dengar hanyalah, "That's all. Thank you."


Sekali lagi aku terkejut bila Madam Rasyika memanggil namaku dan bertanyakan sama ada aku faham atau tidak. Tergagap-gagap aku menjawab ya. Tiba-tiba dia menyampuk.


"Its ok mam. Maybe she needs more exercise."disusuli ketawa rakan sekelas. Cis, berani kau memperkecilkan aku. Aku lihat Ikhwan turut ketawa tapi tak lama apabila aku mencerlun ke arahnya.


Tamat kelas itu aku segera keluar dari kelas bila Ikhwan tiba-tiba memanggil namaku. Aku berpaling dan melihat Zayrel sedang mengemaskan mejanya untuk pulang. Dia memandang ke arahku yang sedang berhadapan dengan Ikhwan.


"Ada apa,"soalku masih tersinggung dengan sikapnya tadi.


"Sorry. I didn't mean to laugh at you."


"It's ok. You're not the one who supposes to apologize to me." Sengaja aku menekan perkataan apologize itu. Zayrel masih berbuat selamba.


"Senang cakap macam nilah. Ada orang yang sedar diri buat silap tapi tak reti bahasa nak mintak maaf. Apa yang dia buat? Jadi bangang yang buat-buat bodoh." Aku sedar yang aku berkata kasar tapi nak buat macam mana? Hati aku ni dah sakit sangat. Aku menjeling pada Zayrel dan melihat dia sedang memandang tajam ke arahku. Kenapa? Marah?.


"Jangan rasa diri tu dah bagus sangat. Kalau perangai macam setan, bijak manapun orang tak heran." Pang. Terdengar hentakan di meja. Tersentak aku dengan tindakan Zayrel itu. Dia memandang aku seperti hendak telan sahaja lagaknya. Aku membalas pandangannya berani. Dia kemudiannya, menyandang beg ke bahu dan keluar dari kelas dengan marah sekali. Aku menghembuskan nafas perlahan-lahan. Cuak juga tadi kalau dia tiba-tiba mengamuk. Mati aku. Aku hanya senyum membalas pandangan Ikhwan yang mengangkat bahu.


*************************************************************************************


Aku ke kelas pagi itu dengan perasaan tidak sedap hati. Seperti sesuatu akan berlaku rasanya. Tetapi aku tidak yakin apa yang bakal berlaku. Aku masuk ke kelas seperti biasa. Zayrel tidak masuk ke kelas. Aku menarik nafas lega. Sekurang-kurangnya aku tidak perlu menghadap wajahnya hari ini. Lagipun aku berasa sedikit bersalah kerana menghinanya semalam. Tapi? Kenapa aku nak rasa bersalah pula. Bukankah dia yang memulakan dahulu. Sepatutnya aku berasa gembira kerana dapat membalas balik perbuatannya itu. Aku cuba untuk menyedapkan perasaan sendiri.


Sudah 2 kelas tapi Zayrel tetap tidak muncul-muncul. Kemana dia pergi? Terasa hati sangatkah dengan kata-kata aku semalam tu?. Rasa-rasanya tak adalah pedih sangat kata-kata aku tu berbanding kata-katanya padaku pada hari LDK hari itu kan. Kejadian itu memang dah lama berlalu tapi aku tetap tidak dapat melupakannya. Tak akan sekali-kali. Aku pendendam ke? Memang, memang aku seorang pendendam. So what?. Tiba-tiba perasaan benci itu muncul. Blah? What the hell?. Satu penghinaan tahu tak.


Pada waktu tengahhari, aku diberitahu oleh Izzat bahawa Ikhwan ingin berjumpaku di fakulti. Aku terus menapak dari Cempaka ke fakulti. Ada apa pula Ikhwan ingin berjumpa denganku. Di fakulti pula tu. Kenapa tidak cakap sahaja di kelas tadi. Aku menaiki tangga ke tingkat 6 tetapi kelibat Ikhwan langsung tidak kelihatan. Aku berjalan-jalan dari satu bilik kuliah ke bilik kuliah yang lain. Aku tertanya-tanya, takkanlah pula dia hendak berjumpaku seorang sahaja di sini. Sekarang kan waktu makan tengah hari, sudah tentu tiada sesiapa di sini. Aku berasa diriku tertipu. Izzat ni memang nak kena. Dengan malasnya aku berpusing untuk pulang ke kolej.\'


Tiba-tiba aku terasa seseorang di belakangku. Baru sahaja aku ingin berpaling, tangannya telah menekup mulutku sambil tangannya yang sebelah lagi merangkul pinggangku dan menarikku ke dalam sebuah bilik kuliah. Di dalam bilik kuliah tersebut aku di tolak sehingga terduduk di lantai.


"Apa yang kau…" aku tergamam apabila melihat Zayrel di hadapan. Tangannya mengunci tombol pintu. Dia tersengih memandangku.


"A…apa yang k..au nak buat ni ha?,"marahku padanya dengan tergagap-gagap. Aku segera berdiri.


"Why? Are you afraid of me?," Dia ketawa kuat.


"Well…Mana perginya Mia Aleesha yang berani tu?,"soalnya angkuh.


"You…don't you dare to do something on me." Aku memberi amaran. Terketar-ketar bibirku menahan rasa takut yang semakin memuncak ini. Ya Allah, kau bantulah hambaMu ini. Aku berdoa memohon semoga ada seseorang yang akan datang menyelamatkanku.


"Really ? What if I dare?," soalnya sambil berjalan perlahan-lahan ke arahku.


"Don't!,"marahku sambil turut berjalan berundur-undur ke belakang. Dia masih tidak berhenti berjalan sambil tersenyum sinis. Tergambar ketakutan yang teramat di wajahku.


"Stop it Zayrel or I will scream,"ugutku.


"Well, silakan. This floor is in renovation. I don't think that they will hear your voice. Moreover, in lunch time? Huh." Dia gelak jahat lagi sambil terus mendekatiku. Kakiku turut tidak berhenti melangkah menjauh darinya.


"Kau tak boleh buat macam ni kat aku,"suaraku makin mengendur. Ketakutan itu membuatkan aku seperti ingin menangis. Tiba-tiba aku sudah melekat di dinding. Tiada ruang lagi untuk melarikan diri. Badan Zayrel hanya berada beberapa tapak sahaja dari badanku. Kedua-dua belah tangannya dilekapkan di dinding mengecilkan lagi ruang yang ada. Aku memeluk beg yang disandang sekuat-kuatnya. Air mata sudah berjuraian jatuh ke pipi. Di dalam hati masih berdoa supaya Zayrel tidak bertindak lebih ganas.


"I beg you. Lepaskan aku," rayuku sambil menangis teresak-esak memohon simpatinya. Dia senyum seperti meraikan kejayaannya. Aku tak kisah semua tu asalkan dia lepaskan aku. Aku nak balik. Aku tak mahu lagi bersengketa dengannya.


"Cik Mia. Are you begging to me.?" Aku mengangguk-angguk.


"Answer me," jerkahnya.


"Yes!, yes, yes," aku menjerit sambil menangis. Dia ketawa. Tiba-tiba, wajahnya makin mendekati wajahku. Aku lihat matanya sedang menjamah bibirku. Cepat-cepat aku menutup muka dengan kedua-dua telapak tangan.


"Cukuplah tu Zayrel,"tangisku lagi. Zayrel menarik kedua-dua tanganku perlahan-lahan.


"Dahlah tu. Jangan menangis lagi." Aku tidak menghiraukan arahannya itu. Wajahku di tundukkan. Air mataku belum ada sebarang tanda untuk berhenti.


"Mia…I…I love you,"ucapnya tanpa ku sangka. Aku terus tergamam. Benarkah apa yang aku dengar ni? Aku sedang bermimpikah? Tapi, air mata ini?. Aku memandang wajahnya, dan yang paling penting matanya. Mata kuyunya memandang aku redup. Ada sinar di situ. Ah, ini semua pembohongannya untuk mendapatkan kemaafan dariku. Sedarlah Mia. Bibirnya bergerak lagi. Kali ini matanya memandang ke bawah.


"I love you from the first time I met you," luahnya lagi. Aku memandang tidak percaya.


"I love you Mia. I love you." Aku menggeleng-gelengkan kepala. Aku tidak percaya. Sungguh, aku tak percaya dengan kata-katanya. Aku tak akan percaya pada kata-kata seorang lelaki yang bernama Zayrel Ridzuan. Dia kelihatan hampa.


"Saya cakap yang benar. Saya cintakan awak," luahnya sambil cuba menyentuh bahuku.


"Don't touch me. I'm not stupid. I know what kind of guy you are. I'm not going to be your next victim."


"Listen to me first Mia."


"No! I won't. And I will never listen to you!,"jeritku.


"Mia, please." Aku menolak tangannya yang cuba untuk meraih tanganku. Tanpa berlengah, aku terus menolak badannya dan berlari ke pintu bilik kuliah. Segera tombol pintu aku pulas dan berlari keluar dari bilik itu. Sebelum aku keluar dari bilik, aku sempat mendengar dia menjerit namaku untuk kesekian kalinya. Aku seka air mata yang masih menitis. Tidak, aku tak percaya. Semua itu hanya pembohongan dia semata-mata. Ya, dia bohong. Dan yang penting, aku tak akan memaafkan perbuatan dia tadi. Selama-lamanya aku tidak akan lupa. Zayrel sudah melampau. Walaupun dia tidak melakukan apa-apa pada aku namun, perbuatan dia tadi tetap tidak dapat aku sekali-kali memaafkannya.


Selepas kejadian itu, 3 hari aku tidak ke kelas. Aku takut untuk berjumpa dengan Zayrel. Aku takut jika terserempak dengannya lagi. Sudah puas Siti dan Hani memujukku untuk bercerita namun, aku hanya membatukan diri. Selepas 3 hari, aku ke kelas seperti biasa. Zayrel tidak hadir ke kelas. Daripada cerita yang aku dengar, dia sudah berangkat ke luar Negara, melanjutkan pelajaran di sana. Semenjak peristiwa hari itu, aku tidak berjumpa dengannya lagi atau lebih tepat, itulah kali terakhir aku menatap wajahnya.


*************************************************************************************


Selepas 7 tahun


Aku nekad untuk berhenti kerja di firma guaman di tanah kelahiranku, Pahang kerana mendapat tawaran kerja yang lagi bagus di Tetuan Mokhtar and Co. di Kuala Lumpur. Gajinya sangat lumayan. Lagi pula, firma tersebut adalah antara firma yang paling gah di Kuala Lumpur. Itu semua kerana kebanyakkan kes yang dikendalikan peguam-peguam di Tetuan Mokhtar and Co. selalu mendapat kemenangan di mahkamah. Peguam-peguamnya juga hebat-hebat belaka. Daripada cerita yang aku dengar, ada seorang peguam muda yang semakin meningkat namanya yang baru pulang dari luar Negara turut bekerja di firma tersebut. Dan khabarnya, dia dahulu adalah salah seorang pelajar undang-undang di UiTM yang mendapat tawaran untuk melanjutkan pelajaran di Harvard Law School. Serta merta aku teringat pada seseorang. Seseorang yang sudah lama aku tidak jumpa.


Seminggu aku bekerja di Tetuan Mokhtar and Co. dan aku semakin dapat membiasakan diri dengan situasi di sini. Walaupun masing-masing sangat sibuk dengan kes-kes yang bertimbun namun, hubungan antara pekerja tetap akrab dan kami saling boleh berjenaka antara satu sama lain. Seperti satu keluarga. Benarlah bahawa persekitaran yang kondusif membantu kita untuk melakukan kerja yang lebih berkualiti.


Petang itu, aku dikejutkan dengan satu perkara yang tidak terjangka oleh akalku ini. Aku nyaris-nyaris tumbang apabila diperkenalkan dengan lelaki yang sudah lebih 7 tahun aku tidak ketemu. Zayrel Ridzuan. Dia masih seperti dulu tetapi lebih bertambah kacak dengan sut hitamnya itu. Nampak lebih matang dan berkaliber. Patutlah aku tidak pernah berjumpa dengannya sepanjang seminggu itu. Rupa-rupanya dia sedang mengikuti satu convention di Singapura. Sudah banyak kali aku melalui biliknya itu tapi tidak pernah aku terlintas untuk tahu siapakah pemilik bilik tersebut.


Sudahlah belum habis lagi aku mendapat kejutan tersebut, aku dikejutkan lagi dengan arahan Tuan Mokhtar, ayah Zayrel Ridzuan supaya kami menjadi partner untuk satu kes kecuaian. Arghh bekerjasama dengan Zayrel? Boleh ke?. Zayrel menghulurkan tangannya mengalu-alukan kedatanganku sekaligus sebagai mengalu-alukan aku untuk menjadi partnernya. Aku menyambut huluran itu teragak-agak. Dia mengambil kesempatan dengan meramas lembut tanganku. Ah, nasiblah kau sebab kat depan ayah kau. Kalau tak dah lama aku rentap. Ucapku di dalam hati sambil tersenyum ke arah Tuan Mokhtar. Kenapalah aku boleh lupa yang ayah si Zayrel ni peguam terkemuka di Kuala Lumpur ni.


*************************************************************************************


Deringan handphone yang membingit mengejutkan aku dari lena. Siapa pulak yang call pagi-pagi ni? Nak tidur pun tak senang. Dahlah semalam tidur lewat. Hari-hari minggu macam ni memang aku isi dengan tidur. Maklumlah, hari-hari biasa aku tak cukup tidur. Mana nak tengok kes lagi. Tengok Zayrel lagi. Tengok Zayrel? Apa kes?. Segera ku gapai handphone yang terletak di meja kecil.


"Hello,"dengan suara serak-serak basah aku menjawab.


"Wow, seksinya suara,"suara di sana mengusik disusuli ketawa kecil. Eh, siapa pulak ni?. Aku menjarakkan handpone dari wajah dan melihat ke skrin yang tertera perkataan 'papan lapis'. What? Zayrel. Aku jadi kalut sendiri lalu batuk batuk kecil untuk melegakan tekak. Menarik nafas sebelum menekapkan kembali handphone ke telinga. Aku terdengar suaranya disana berkali-kali memanggil 'hello'.


"Hello,"aku menjawab untuk kali kedua.


"Oh, you are still there? I ingat you tidur balik tadi,"perlinya. Dia ni kan satu hari tak kenakan aku tak boleh.


"Emm…ada apa you call I ni?". Aku terus ke topic asal. Malas hendak melayan jenaka tidak lawaknya itu.


"You dah lupa ke?"


"Lupa apa?." Setahuku aku tidak diberitahu apa-apa semalam.


"Our meeting with the client today?"


"Hah? Ada ke?"


"Hmm,"jawabnya.


"Wait a minute. Today kan weekend?". Suara di sana kedengaran tergagap-gagap. Kemudian dia menjawab.


"Well…Datuk had called me just now and he insisted to meet us today." Aku masih syakwasangka dengan kata-katanya itu.


"Really?"


"Kalau you tak percaya,then you can call him by yourself," cadangnya.


"Okey,"balasku kemudian mematikan panggilan. Segera aku masuk ke 'phonebook' dan mencari nombor Datuk Wira tetapi tidak ada. Aku lupa pula yang aku belum memasukkan nombor tersebut di dalam handphoneku. Aku mencari kadnya pula tetapi kemudiannya menepuk dahi kerana kad itu tertinggal di pejabat. Tiba-tiba aku mendapat satu mesej.


' Don't forget our meeting at Hilton, 11 am'


Aku mengeluh kecil. Ah, pergi jelah. Mana tahu dia tak tipu. Karang aku pulak yang kena marah dengan Tuan Mokhtar sebab tak bagi komitmen. Segera aku membalas mesej dari Zayrel itu.


'Okey'


*************************************************************************************


Sesampai di tempat yang kami janjikan, aku melihat Zayrel melambai tangan ke arahku. Wah, santainya dia hari ini dengan t-shirt berkolar dengan seluar slack hitam. Tak macam nak adakan meeting pun. Aku pula siap pakai white and black lagi. Skema betul. Tapi, bila diamati lagi, segak juga dia berpakaian sebegini. Yalah, memanglah bila memakai sut kelihatan lagi segak tapi pada masa yang sama dia turut kelihatan serius. Macam tak friendly sangat dan susah untuk didekati. Ataupun sebenarnya aku yang tidak mahu mendekati? Hmm…


"Black and white ?," soalnya sedikit jengkel.


"Why? Cakap ada meeting," balasku untuk memenangkan diri.


"Hari minggu tak payahlah pakai 'skema' sangat,"


"Eh, suka hati I lah." Sibuk je. Dia mengangkat bahu.


"Where is he?" soalku merujuk kepada Datuk Wira. Zayrel kelihatan seperti baru tersedar dan terus menghalakan tangannya ke kafe yang terdapat di sebelah. Dengan gentlemannya dia membukakan pintu untukku.


Kami duduk di satu meja dan menunggu kedatangan Datuk Wira. Zayrel pulak siap memesan set sarapan lagi. Aku menolak pelawaannya untuk makan sama. Dia tolong memesankan fresh orange untukku.


"Are you sure tak nak makan?," Aku menggelengkan kepala sambil senyum malas. Nak makan, makanlah sorang-sorang, sibuk je nak ajak-ajak orang. Lagipun aku dah makan bihun goreng yang dimasak oleh Kak Rina sebelum ke sini tadi. Masih kenyang lagi perut ni.


Sudah habis nasi lemak dipinggan Zayrel di makannya namun kelibat Datuk Wira masih tidak kelihatan. Aku menilik wajahnya dengan tidak puas hati. Dia mengangkat kening tanda tidak faham.


"You kata ada meeting hari ni? Mana dia?". Dia angkat kening lagi kemudian barulah seperti teringat sesuatu.


"Owh…I don't know. Datuk ni mungkir janji ke?". Ish dia ni, orang tanya dia, dia tanya orang balik. Aku sudah mengeluh marah. Dia sedikit kalut.


"Wait a second. I need to go to toilet for a while." Aku hanya mengekori langkahnya dengan anak mata. Terasa seperti dipermainkan.


Beberapa minit kemudian dia hadir dihadapanku dengan tersengih-sengih. Setelah dia duduk, handphonenya berbunyi lagu ' Entah ' dari penyanyi Indonesia, Afghan. Ceh, jiwang jugak mamat ni dan rupa-rupanya layan lagu Melayu jugak dia ni. Ingatkan layan lagu Inggris je.


"Hello, Datuk. Ya, we were waiting for you Datuk. What? Cancel? What do you mean? Owh, you have another meeting?... No, it's ok Datuk. I know, I know. It's ok. I'll tell her. Ok, bye Datuk". Aku mengangkat kening isyarat bertanyakan isi percakapan mereka tadi. Dengan wajah selamba dia tersenyum.


"Datuk has another meeting today,"jawabnya.


"Ha?," perlahan sahaja perkataan itu keluar dari bibirku.


"Meeting today is postponed to another date."ulasnya lagi.


"What?" aku menjerit mengejutkannya dan yang lain. "So what am I doing here? Menunggu macam orang bodoh. Tengok you makan. That's it? Meeting postponed. Oh my God!," berapi-api marahku padanya.


Segera aku bangun dan membiarkannya terpinga-pinga di situ. Bibirku tidak habis-habis menyumpahnya dan terus keluar dari tempat tersebut. Sakit hati betul. Zayrel berlari mendapatkanku sambil memanggil-manggil namaku. Ah, bisingnya.


"What?," marahku lagi padanya apabila dia sempat meraih tanganku.


"I am sorry." Pertama kali aku mendengar perkataan maaf dari mulutnya. Bukankah ini yang aku nanti-nantikan dari dulu lagi. Tapi kenapa tak ada perasaan gembira pun?.


"Sorry," ucapnya lagi. Dia melihat tanganku yang masih berada di genggamannya. Serta-merta aku menarik tanganku. Pipi terasa hangat dan tangan terasa kebas semacam. Don't panic, ucapku pada diri sendiri.


"Sorry," ucapnya untuk kali ketiga.


"It's ok. It's not your fault,"jawabku.


"Hah?," dia terpinga-pinga.


"I mean, Datuk tu yang salah sebab tak inform awal-awal."


"Owh," dia tergelak-gelak. Apa yang kelakarnya.


"Okey then, I nak balik" putusku sebelum senyum kepadanya dan terus berpaling untuk menahan teksi.


"Mia, where's your car?"


"In the workshop."jawabku selamba.


"So, macam mana you datang ke sini tadi?"

"I took a cab," jawabku lagi selamba. Apa yang salahnya dengan naik teksi?.


"Why don't you tell me earlier so that I can pick you up at your home?"


"Ah, you don't need to do that," . Suka hati je nak datang ambil kat rumah aku? Apa kata Abang Iman dengan Kak Rina nanti. Kecoh pulak sekampung.


"I hantar you balik."


"No, it's ok. I can go back on my own." Aku menolak pertolongannya.


"I hantar you." Dia mencuba lagi.


"Tak apalah," tolakku lagi.


"You don't hesitate when Ikhwan ask to send you to your college. Why can't me?," soalnya tiba-tiba. Macam mana dia tahu tentang hal itu?.


*************************************************************************************


"How did you know?," soalku ketika berada di dalam kereta. Dia yang sedang memakai tali pinggang keledar terus menatapku.


"What?," soalnya pula masih terpinga-pinga.


"Macam mana you tahu. I cuma pernah sekali je naik kereta Ikhwan. Kawan-kawan I pun tak tahu. Macam mana you tahu?"


Zayrel terdiam. Dia seperti teragak-agak untuk memberitahu sesuatu kepadaku. Matanya menatap wajahku. Aku membalas pandangan itu dengan berani. Dia mengalihkan pandangan ke hadapan. Aku menggigit bibir. Susah sangat ke nak beritahu jawapannya?.


"I bawak you ke satu tempat," putusnya tiba-tiba.


"Hah? You nak bawak I ke mana?," soalku sedikit cuak. Nak bawak lari aku ke?


"Don't worry. I bukannya nak jual you pun," balasnya sambil ketawa kecil. Cih, aku membuat muka tidak puas hati.


Aku hanya diam sepanjang perjalanan. Dia pula masih concentrate dengan pemanduannya. Hanya sesekali dia berpaling ke sebelah sambil tersengih melihat aku yang tidak senang duduk. Aku bertambah cuak apabila kami sudah keluar dari Bandar Kuala Lumpur dan menuju ke Selangor. Aku rasa seperti sangat familiar dengan jalan ini. Ini adalah jalan untuk ke UiTM, tempat kami sama-sama belajar dulu. Setelah melepasi UiTM barulah kami sampai ke destinasi yang sebenar-benarnya. Dia mempersilakan aku turun dari keretanya dan berjalan beriringan bersamaku.


"Ingat tempat ni?," aku memandangnya tidak faham.


"Tempat you meluahkan perasaan, tempat you menenangkan fikiran?." Aku lagi tidak faham. Macam mana dia boleh tahu semua tu?


"Tempat you melepaskan geram selepas bergaduh dengan I masa LDK dulu?." Aku tergamam.


"Lepas tu you round satu PKNS dan beli 2 buah novel masa pesta buku hari tu." Dia tergelak apabila menceritakan itu semua. Aku jadi malu sendiri.


"You intip I?." Dia tersenyum.


"I cuma bimbangkan keselamatan you," jawabnya jujur. Aku teringat pada kata-kata Siti dahulu iaitu selepas aku berlari keluar dari kelas, Zayrel turut meninggalkan kelas tersebut. Rupa-rupanya dia mengekoriku. Zayrel membawaku ke satu tempat duduk. Bangku yang selalu aku duduk bila berada di sini. Taman Tasik Shah Alam. Imbauan silam terpampang di memoriku. Aku sedang duduk di situ sambil menyumpah-nyumpah Zayrel. Aku mengutuk-ngutuknya sambil melakar karikatur wajah Zayrel di tanah. Di sebelahnya aku tulis 'Zayrel papan lapis, playwood'dan akhir sekali aku letakkan tanduk di kepalanya. Puas hati aku.


"Still remember? Zayrel papan lapis?" Dia tergelak besar. Kelakar agaknya dengan perangai keanak-anakkanku itu. Wajahku sudah merah padam.


"I tak dapat lupa yang 'tanduk' tu." Aku menelan air liur. Terasa terlekat di kerongkong.


"I juga tak dapat lupa wajah you masa tu yang merah padam sebab marahkan I. But, it looks cute sometime." Gila mamat nih. Muka aku tengah marah dia cakap cute. Kawan-kawan aku semua cakap macam singa tau.


"I am sorry for making you upset that day." Tiba-tiba dia memegang bahuku dan menghadapkan badanku ke arahnya. Aku terdiam, terkesima juga dengan tindakan tiba-tibanya itu.


"Would you forgive me?" Aku memberanikan diri menatap wajahnya. Redup matanya mencengkam kalbuku. Ada kesungguhan di situ. Kesungguhan untuk mendapatkan kemaafan dariku. Kasihan melihatkan dia, aku mengangguk-angguk setuju untuk memaafkannya. Sedangkan Nabi pun ampunkan umat apatah lagi kita sesama manusia kan.


"Thanks," dia kelihatan girang sekali.


"Tapi…you tak cakap lagi yang macam mana you tahu I pernah naik kereta Ikhwan."


"Owh, sebab I pasang spy. Hehe… taklah. I saw both of you that day. I pun satu kelas Japan dengan Ikhwan." Oh, baru aku tahu. Aku ingatkan dia ambil bahasa Perancis. Nampaknya aku boleh berpuas hati dengan jawapannya itu.


"I was jealous," dia membuat pengakuan. Aku mengangkat kening.


"I was jealous because…because I love you," ucapnya penuh romantis. Aku tergamam kemudian ketawa.


"Stop kidding me." Tak mungkin.


"I am telling the truth. Apa yang I cakap semasa dekat fakulti dulu pun benar. I akan pergi jauh so I take the chance to confess to you. But, you did not accept me. It makes me sad."


"I…I…," aku cuba untuk berkata-kata tetapi lidahku kelu.


"I hope you can give me one more chance?" ucapnya lagi penuh pengharapan. Aku terkeliru. Benarkah ini?.


"Please?"


"I…I can give you…tempoh masa untuk tackle hati I. If you can do so. I will accept you." Wah, laju sahaja mulutku ini memberi tawaran kepadanya tanpa berfikir panjang.


"All right," dia memberi persetujuan.


"Hey guys." Tiba-tiba aku mendengar suara garau menegur kami. Aku berpaling dan melihat Datuk Wira bersama dengan seorang budak kecil sedang berjalan ke arah kami.


"Datuk. What are you doing here?,"soalku pelik melihat mereka. Kata tadi ada meeting kat tempat lain.


"I bawak cucu ke Wetworld. Alang-alang singgah sini kejap. What are you both doing here?,"soalnya pula. Aku pandang Zayrel dan dia dengan muka seposennya itu mengangkat bahu.


"Datuk tak ada meeting hari ni.?" Tanpa menjawab soalan Datuk Wira aku terus bertanya.


"Nope," jawabnya. Aku mengeluh sambil mengetap bibir memandang Zayrel. Aku betul-betul tertipu. Licik betul dia ni. Sesuai sangatlah jadi peguam. Rupa-rupanya panggilan 'Datuk' itu adalah panggilan kosong sahaja. Dia telah berpakat dengan pekerja hotel tersebut untuk mengenakanku. Kurang asam kau Zayrel.


Semenjak hari itu, saban hari dia akan menghadiahkan bunga untukku. Walaupun tidak menggemari bunga, aku tetap menerimanya dengan hati terbuka. Alah, balik rumah nanti letak sahaja di meja dan Kak Rina akan menggubahnya dan meletakkan di meja makan. Tak payah susah nak beli sendiri. Pernah juga aku memberitahunya supaya tidak membelikan aku bunga lagi tapi dia berkeras untuk membeli kerana aku belum memberikan apa-apa persetujuan lagi. Dalam tempoh itu juga, dia sangat baik terhadapku. Kadang-kadang aku berasa takut kalau-kalau aku tidak dapat membalas perbuatannya itu iaitu aku tidak dapat menerimanya.


Suatu hari ketika kami sedang makan tengahhari bersama-sama dia bertanyakan perihal Ikhwan kepadaku.


"I had never seen Ikhwan. Where is he right now?"


"Ikhwan dah kahwin."


"Really?," soalnya sambil teruja tiba-tiba.


"Fuh, thank God."


"Sorry?," aku bertanya kerana tidak jelas dengan kata-katanya tadi.


"Nothing," jawabnya sambil tersenyum-senyum padaku.


"Macam mana dia dah kahwin. Bukan you dengan dia…?"


"What? Couple? You're just like my friend. I tak ada apa-apalah dengan dia."nafiku sekeras-kerasnya.


Seminggu selepas Zayrel berangkat ke luar Negara, aku didatangi oleh seorang budak perempuan yang bernama Anessa. Dia mengaku bahawa dia adalah tunang kepada Ikhwan. Hati aku hancur ketika itu. Memanglah Ikhwan tidak pernah mengatakan apa-apa kepadaku tapi layanan mesranya itu telah membuatkan aku jatuh hati padanya dan menolak kehadiran Zayrel di hatiku. Tapi, akhirnya itu yang berlaku. Semenjak hari itu, aku tidak pernah melayan Ikhwan lagi dan dia pun semakin menjauh apabila mendapat tahu bahawa aku sudah tahu tentang berita pertunangannya itu.


"Mia, apa kata kalau I masuk meminang you?," tawaran tiba-tiba Zayrel itu mengundang kejutan di hatiku.


"You jangan main-main."


"No, I am serious. I want you to be my wife. A mother to my child and a bestfriend of mine. Would you?" ajunya sambil menggapai tanganku.


*************************************************************************************


Aku duduk berteleku di meja sambil memandang cincin pemberian Zayrel. Cincin itu sangat cantik dan tampak mewah. Aku tahu bahawa cincin itu sudah pasti mencecah ribuan ringgit. Sebenarnya aku masih teragak-agak. Patutkah aku menerima cincin tersebut sekaligus menerima lamarannya itu?. Fikiran aku agak berserabut ketika ini. Tuluskah cinta Zayrel terhadapku atau dia hanya ingin bermain-main dengan perasaanku? Hatiku berbelah bahagi kerana tidak tahu dari sudut mana diriku ini yang menjadi sebab Zayrel memilih aku. Aku bukannya cantik apatah lagi menawan. Ramai lagi rakan-rakannya yang lain, lebih baik dari diriku. Yang lagi cantik, lagi menawan. Sejak di universiti lagi dia menjadi rebutan wanita dan aku tidak rasa yang aku tersenarai dalam ciri-ciri wanita idamannya. Jadi aku masih keliru atas sebab apakah dia memilihku. Mungkinkah dia ingin membalas dendam atas tindakanku kepadanya dulu. Yalah, dulukan kami ni musuh. Ah, pening kepalaku memikirkannya.


'Mia, I love you'. Tiba-tiba ayat itu kedengaran di telingaku. Peristiwa 7 tahun yang lalu menjengah ke ingatan. Peristiwa di mana dia dengan liciknya menjeratku untuk ke fakulti. Mengheretku ke bilik kuliah dan cuba untuk berlaku tidak senonoh denganku. Aku masih ingat lagi yang aku beriya-iya menangis dihadapannya, berharap agar dia tidak mengapa-apakanku. Tetapi, pada akhirnya membawa kepada pengakuan bahawa dia menyintaiku.

'I was jealous because…because I love you'. Menyusul pula ayat itu di mindaku. Untuk kali kedua, dia meluahkan perasaannya kepadaku. Aku nampak kejujurannya dalam menuturkan ayat itu, namun, hatiku masih berbelah bahagi. Kenapa aku sukar untuk menerimanya? Kenapa aku berasa begitu takut sekarang ini? Aku belum memilikinya tetapi perasaan ini seperti aku berasa takut seandainya dia pergi dariku. Apa akan jadi sekiranya dia hanya ingin membalas dendam dengan mengahwiniku dan membiarkanku gantung tak bertali? Sungguh, aku sangat takut sekiranya itu terjadi. Benar, aku juga sebenarnya mencintai dia dan atas sebab itu jugalah aku takut untuk berharap. Aku takut dikecewakan kerana aku betul-betul cintakannya. Sebelum dia meluahkan perasaannya lagi aku sudah mencintainya. Namun, perasaan itu sedikit terhakis apabila dia bersikap kasar denganku. Aku kecewa kerana dia melayanku sedemikian rupa. Hati aku hancur sebenarnya.


Pengakuan cintanya membawa sinar bahagia dalam hidupku. Itu yang sebenarnya aku amat ingin-inginkan. Terasa seperti mimpi jadi kenyataan. Tapi, bila aku terus amati, barulah aku tersedar bahawa mimpi itu hanyalah angananku sahaja. Tidak mungkin Zayrel turut mencintaiku sepertimana aku mencintainya. Aku harus bangun dari mimpi ini. Aku harus sedar bahawa aku bukan untuknya. Tiba-tiba air mataku menitis dan aku menangis teresak-esak. Sukarnya untuk meneruskan cinta ini.


*************************************************************************************


"I takkan paksa you untuk buat keputusan sekarang," ucapnya tatkala melihatku teragak-agak untuk memberikan jawapan. Dia mengeluarkan kotak kecil dari poket seluarnya dan meletakkan kotak tersebut ke tanganku. Aku membuka kotak tersebut dan sinar gemerlapan menjengah ke mataku. Sebentuk cincin permata bersaiz sederhana menjadi santapan mata. Aku memandang wajahnya.


"I akan ke Dublin lusa untuk satu convention. I pergi selama seminggu. Kalau you terima lamaran I, I nak you pakai cincin ni pada hari I pulang nanti. Kalau you menolak, just simpan cincin tu…" dia mengeluh.kemudian menyambung, "and don't show your face to me again because I am afraid that I cannot let you go if I ever met you again."


*************************************************************************************


Penerbangan pulang Zayrel pada hari ini aku tunggu dengan penuh tidak sabar. Aku sudah membuat keputusan. Aku akan menerima lamarannya. Aku tidak kisah dengan anggapan-anggapanku itu kerana aku begitu mencintainya. Ya, aku cintakannya dan aku akan terima apa sahaja takdir yang telah ditetapkan untukku. Aku sudah tidak peduli dengan apa yang bakal berlaku. Aku rela hidup bersamanya walaupun seandainya aku tidak bahagia. Cukuplah perasaan cinta itu hadir dalam hidupku walaupun untuk seketika. Aku redha.


Cincin dijari manisku aku sentuh dengan lembut. Inilah bukti cintanya padaku dan aku juga mahu membuktikan cintaku padanya dengan menerima 'cinta'nya itu.


Aku melihat jam ditangan. Sudah pukul 3.20 petang. Bermakna sudah 1 jam 20 minit penerbangan Zayrel terlewat dari waktu yang dijadualkan. Tiba-tiba perasaanku jadi tidak enak. Adakah sesuatu telah terjadi pada Zayrel? Ya Allah, kau selamatkanlah Zayrel. Jauhkanlah dia dari sebarang bahaya. Lancarkanlah perjalanan pulangnya. Berkatilah dia, Ya Allah. Tidak putus-putus aku berdoa ke atas keselamatannya. Pulanglah Zayrel, pulanglah dengan selamat kerana aku sedang menantimu dengan penuh debaran. Aku mahu kau tahu bahawa aku mencintaimu. Aku mahu kau tahu bahawa aku menerima lamaranmu itu.


Tiba-tiba aku mendengar kekecohan berlaku di dalam 'airport'. Aku lihat beberapa orang sedang kalut berlari ke kaunter sambil menangis. Debaran di dadaku semakin kuat. Terasa seperti ingin pecah. Aku turut menghampiri kaunter tersebut perlahan-lahan. Esak tangis seorang mak cik sambil meraung-raung memanggil nama seseorang membuatkanku tertanya-tanya. Aku menarik seorang wanita dan bertanyakan sesuatu kepadanya.


"Ke…kenapa ni?," air mata sudah bergenang di mataku. Aku seperti dapat mengagak apa yang sudah berlaku.


"Adik ada ahli keluarga yang menaiki flight dari Dublin ke?" Aku mengangguk-angguk.


"Flight tu terhempas selepas di serang oleh pengganas tadi. Semua ahli keluarga penumpang sedang mendapatkan rekod samada ada ahli keluarga mereka yang menaiki flight itu," terang wanita tersebut. Aku menekup mulut dan menggeleng-geleng tidak percaya mendengarkan penerangannya itu. Tidak, tak mungkin. Tak mungkin Zayrel meninggalkanku. Ini semua tidak mungkin. Zayrel belum melihat aku memakai cincin ini lagi. Zayrel tak boleh mati. Tidak.


"No…no…" aku tidak dapat menerima kenyataan. Wanita itu cuba untuk menenteramkanku.


"Tak mungkin. Dia dah janji nak kahwin dengan saya, kak. Dia tak boleh hilangkan diri macam tu aje. Dia tak boleh mungkir janji," esakku makin menebal.


"Sabar dik," dia masih berusaha memujukku.


"Kenapa dia buat macam ni kat saya. Saya sayangkan dia." Aku sudah meraung.


"Saya sayangkan dia…saya sayangkan dia." Berkali-kali aku mengucapkan ayat tersebut sambil menangis teresak-esak. Aku sudah tidak dapat membendung kesedihan ini. Terasa sangat sakit di hati ini. Kata-katanya tempoh hari terngiang-ngiang di telingaku. Dia katakan bahawa jika aku tidak menerimanya, dia mahu aku hilang dari hidupnya kerana dia takut dia tak mampu untuk membiarkan aku pergi dari hidupnya sekiranya kami bertemu lagi. Tapi sekarang, dia yang pergi dari hidupku.


" Zayrel…" aku memanggil-manggil namanya.


"Why Zayrel? Why? Can't you wait for me for a while? You want me to be your wife, your child's mother, your bestfriend. I am going to give you that but can't you wait for me? Why must you leave me?,"


"Mia…"


"Zayrel, why did you leave me?"


"Mia…" suara Zayrel makin dekat menyapa telingaku. Aku berpaling dan melihat Zayrel sedang terpinga-pinga memandangku.


"Zayrel…" aku sangat terkejut lantas memeluknya.


"I love you Zayrel…I love you," ucapku berkali-kali yang masih dalam esak tangis di dalam dakapannya. Dia sedikit terkejut kemudian membalas pelukan itu dan mengusap-usap kepalaku.


"I love you too."


*************************************************************************************


"Hakim, main baik-baik. Jangan berebut-rebut," aku menjerit memanggil anak sulungku yang kini berusia 4 tahun. Aku mengusap perutku yang sudah memboyot. Sudah masuk usia ke 6 bulan kandunganku ini. Anak yang kedua hasil dari perkongsian hidup dengan Zayrel Ridzuan, suami tercintaku. Ingatanku melayang pada kejadian 5 tahun yang lepas. Zayrel begitu risau melihat aku yang sedang menangis teresak-esak. Sangkaku dia telah meninggalkanku pada hari tersebut. Alangkah bersyukurnya aku kerana dia tidak menaiki pesawat tersebut kerana dia terlewat ke lapangan terbang. Oleh kerana dia tidak sabar mahu pulang, dia telah membeli tiket yang lain pada hari itu juga kerana ingin tahu samada aku menerima lamarannya atau tidak. Sungguh aku begitu cintakannya dan tak ingin dia pergi dariku lagi.


Aku memandang Zayrel yang sedang membetulkan tali kasut Hakim dan mereka seperti bercakap-cakap sesuatu. Hakim kemudiannya mengangguk-angguk sambil memberikan 'hi five' kepada papanya. Aku tersenyum melihat keletah mereka. Ada-ada saja mereka berdua ni.


Zayrel memandangku sambil mengenyitkan mata. Aku hanya membalasnya dengan senyuman mesra. Zayrel berjalan ke arahku dan mengambil tempat di sebelah. Tangannya mengusap lembut perutku.


"Anak papa yang sorang ni baik-baik ke hari ni? Tak kacau mama lagi?," ucapnya dengan nada kelakar. Aku tergelak manja.


"Apalah papa ni kan. Takkan nak suruh baby kacau mama kan?," aku membalas usikannya itu. Zayrel pula tergelak sambil mencuit hidungku.


"Mia…," tiba-tiba Zayrel merengek manja. Aku memandangnya. Dia sedang menunjuk-nunjukkan pipinya. Nak suruh cium la tu.


"No…this is public you know." Aku menolak.


"So what?," dia buat muka tidak bersalah.


"Malulah orang tengok."


"Tak baik ingkar cakap suami." Tulah modalnya. Kalau aku menolak je mesti dia akan mengeluarkan ayat tersebut. Dah nasib badan bersuamikan peguam. Terima je lah.


Cupp…aku mengucup pipinya.


"Dah cukup…" ayat aku itu membuatkan dia tergelak besar.


"Well, that's not enough. Siaplah you kat rumah nanti." Aku mencerlun membuatkan dia tergelak lagi.


"Hey, this is my seat. You blah!," suara comel itu menarik perhatianku. Segera aku berpaling dan melihat Hakim sedang menyuruh seorang budak perempuan beredar dari buaian yang sedang dia naiki. Dan satu perkataan yang akhir itu betul-betul membuatku terkejut. Blah? Macam aku pernah dengar perkataan tu. Aku segera berpaling pada Zayrel.


"What have you done to my son?." Zayrel hanya tersengih sambil mengangkat bahu.


"I love you, Mia…,"ucapnya sebelum mengucup pipiku kemudian mendapatkan Hakim dan menyuruhnya bersalam dengan budak perempuan tersebut. Aku tergelak senang.


Dalam hatiku bunga-bunga bahagia sedang bersulam. Aku harap bahagia ini terus bersemi di dalam kehidupan kami sekeluarga. Hanya kerana perkataan 'blah' kami bersengketa dan kerana perkataan 'blah' itu jugalah kami bersatu. I love you forever Zayrel.

aku cinta

Arghhh... Mia seakan- akan mahu menjerit. Dengusan keras kedengaran sebelum Mia bangkit dari katil. Pintu lungsur ditolak kasar. Keindahan malam tidak menyejukkan hati Mia sekarang. Mia duduk bersandar di pintu lungsur sambil mendongak ke dada langit. Bintang- bintang bersinar gemerlapan cuba dihitung. Satu tabiat yang kini menjadi hobi. Mengira bintang- bintang di saat- saat hati kecewa. Air mata cuba ditahan. ‘Sampai hati mama buat macam ni. Ada ke patut dia suruh aku bertunang dengan anak kawan lama dia. Tapi, padan muka! Selamat je cincin tu dalam laci. Ada aku kisah. Tunang aku pun aku tak tau macam mana rupa dia. Hish!!’

*******************************
"Mia!" laung satu suara. Suara yang setiap hari didengarinya. Dia berpaling. Nabil tersengih. "Jom, temankan aku makan." Rengek Nabil. Mia hanya mencebik sebelum membalas. "Kau ni kat rumah tak makan ke?" sengihan bertukar menjadi senyuman. "Ala, prof kan tak datang lagi. Awal lagi kan..? Macamlah kau tak biasa dengan aku. Kau takut pakwe kau marah ke?"Soal Nabil lagi. Wajahnya diseriuskan. Mia mendengus geram. "Weh, kau ni! Kau yang dok berkepit dengan aku 24 jam, kau ada nampak aku dengan jantan lain ke?" marah Mia. "Alala, janganlah marah. Aku gurau je pun. Tu pun nak sentap. Jom, aku belanja minum Horlicks nak? Kau kan suka Horlicks!"pujuk Nabil. Mia tidak jadi marah. "Aku tak nak Horlicks saje. Aku nak makan mee goreng sekali." Sengaja Mia mengenakan Nabil. Tahu sahabatnya itu seorang yang tidak berkira. Namun, hanya dia yang menganggap Nabil lebih dari seorang sahabat. Dia melepaskan keluhan. ‘Kan best kalau tunang aku, orang yang aku cinta.’

Wajah Nabil di sebelah, diperhati sedalam- dalamnya. Celoteh Nabil yang tidak putus- putus keluar dari mulutnya langsung tidak masuk di dalam fikiran Mia. "Kau dah sampai ke angkasa lepas ke?"gurauan Nabil itu berjaya mengembalikan Mia yang sudah jauh dalam dunia khayalan. Khayalan di mana dia dan Nabil sedang mengecapi bahagia. Berdua. "Huh? Kau tanya apa tadi?" Dia memandang Nabil terkebil- kebil. Nabil sudah menggeleng. Kerusi ditarik. Dia duduk bertentangan dengan Mia. "Kau ada problem ke? Nak kongsi dengan aku?" Nabil bersuara prihatin. Mia terharu. Sahabatnya yang satu ini amat menyenangkannya. Sentiasa peka dengan segala perubahan yang ditonjolkannya. ‘Macam manalah aku tak jatuh hati dengan dia.’bisik hati Mia lagi.

"Ermm, aku mana ade problem. Kau je yang saje- saje buat cerita. Dah order belum?" Nabil masih merenungnya. Riaknya serius. Mia terasa bagai lehernya dijerut. "Bil, aku tak tipulah. Aku takde problem ni, jangan risau!" "Betul ni?" Nabil masih bertanya. Mia mengangguk sekali. Seketika, dia menunduk. Menyembunyikan air jernih yang mula memenuhi tubir mata. "Mia..."seru Nabil lagi. Nabil mengeluh perlahan. ‘Konon takde problem, tapi matanya berkaca. Nak tipu aku konon.’getus hati Nabil. Faham benar dengan sahabatnya itu. Rapat sehingga dapat dibaca segala tindak tanduk Mia. "Jom ikut aku. Sini tak sesuai." Pantas Mia mendongak. "Tangan kau dah cukup insurans ke? Nak aku potong?" Mia menjeling lengannya yang dipegang oleh Nabil. Nabil tersengih. "Opps, sorry." Dia melepaskan pegangannya. Langkah kaki mereka menuju ke arah taman mini yang disediakan di fakulti mereka.

*********************************
"Malam ni mama nak adakan parti. Mia kena pakai pakaian yang cantik- cantik sebab tunang Mia akan datang malam ni. Faham?" mama mengarahkan. Mia hanya mengangguk perlahan. "Ma, kalau Mia ajak Nabil, boleh tak?" "Ikut sukalah. Parti ni pun parti Mia jugak. Mama akan beritahu tentang pertunangan Mia dengan Amat." Mia terkedu. Dia berpaling ke arah mamanya. Mamanya sudah melangkah ke biliknya. Dia berpaling pula ke arah Uncle Nazim, bapa tirinya. "Sorry, dear. Uncle tak dapat bantu. Mama dah keluarkan arahannya." Mia mendengus. ‘Choop..choop..tunang aku nama Amat? Macam pernah dengar je?’ Deringan telefon bimbitnya mematikan lamunan. "Waalaikumussalam. Ermm. Asal?" Mia bingkas bangun dari duduknya. Dia keluar mencari privasi. Suara Nabil di hujung talian kedengaran ceria. Menceritakan gosip yang baru didengarinya. "Bil, aku nak jemput kau datang malam ni. Mama adakan parti. Ok, aku ada kerja ni. Jumpa kau malam ni." Slide ditarik. Dia berlari menaiki tangga. Dia menghempaskan dirinya ke atas katil. Laungan Mak Jah tidak dihiraukannya. Biarlah dia bersendiri seketika. ‘Papa, Mia rindukan papa.’

Baju kebaya yang disediakan mama, dipandang sebelah mata. ‘Mak oi, sendat gila!’ Dia mencari- cari pakaian yang sesuai di dalam almari pakaiannya pula. Sepasang baju kurung dicapai. Tudung warna senada juga ditarik. Dia segera menyerika pakaiannya. Tetamu mula hadir setelah dia siap menunaikan solat maghrib. Dia segera bersiap. ‘Aiyaak, make-up siapa ada atas meja ni? Mama, Mia tak suka make-up la...’ Dia mendengus perlahan. Tanpa amaran, pintu dikuak dari luar. "La...kenapa tak pakai kebaya yang mama belikan?" Mama bercekak pinggang. Wajah Mia yang telah siap bertudung, ditenung tajam. "Mama, baju tu sendat sangatlah. Mia kan tak suka pakai baju sendat- sendat. Rimas!" Mamanya masih mencerun marah. Mama mendengus marah sebelum dia melangkah keluar. "Ikut sukalah. Jangan turun lambat sangat. Amat dah sampai." Mia menempek bedak buat kali terakhir.

‘Siapalah Amat tu? Handsome macam Nabil ke tak?’ Dia tersenyum kecil sebelum melangkah turun untuk mendapatkan tetamu di luar rumah. Mama menarik Mia mendekatinya. "Amat ada di luar." Bisik mama sambil bibirnya menguntum senyuman manis. Uncle Nazim pula tersenyum penuh makna. Dada Mia tiba- tiba berdetak laju. Berdebar dalam keinginannya untuk melihat tunangnya. Perlahan dia mengorak langkah. Wajah seorang pemuda terlayar di pandangan. ‘Kacak!’ Pemuda itu memberikan senyuman kepadanya. Pemuda itu melangkah ke arahnya. "Hai." Mia terkaku apabila pemuda itu menegurnya. ‘Wahh, untungnya aku jadi tunangnya. Handsome siot! Macam Max kumpulan TVXQ dan iras macam Jerry kumpulan F4 pun ada jugak!’bisik hatinya. "Hai, Amat." Pemuda itu jelas terkejut. "Macam mana awak tahu nama saya Ahmad? Saya Ahmad Haikal." Giliran Mia pula terpana. ‘Pandai betul dia buat lawak!’

"Oh, saya Mia. Mia Irin." Dia hanya menunduk memberi penghormatan apabila Haikal menghulurkan tangan untuk bersalam. "Weh, puas aku dok melambai- lambai kau." Nabil yang entah dari mana muncul di hadapan Mia. "Eh, kau bila sampai? Kejap, Haikal." Mia segera berlalu. Dia menggamit Nabil mendekatinya. "Bil, handsome tak lelaki itu?" Nabil membuang pandang ke arah pemuda yang diunjukkan Mia. "Handsome lagi aku!" Nabil berseloroh. Mia menjeling. "Eleh, perasan! Dialah tunang aku." Mia memperkenalkan. Nabil terkedu. Dia melihat Mia dengan pandangan tidak percaya. "Kau pun dah naik angkasa lepas ke?" ejek Mia. Nabil tersengih. Dia mengerling jari manis sahabatnya. Sebentuk cincin terletak elok di situ. Matanya kembali menala ke wajah Mia yang masih mengusha lelaki yang dikatakan tunangnya itu. ‘Kenapa aku rasa semacam je ni? Jealous? Ngaa~~’ Dia menggeleng perlahan menidakkan apa yang difikirkannya.

"Mia, sudah- sudahlah kau usha dia. Aku ni lapar tahu tak?"ujar Nabil sambil mengusap- usap perutnya. Mia yang terlupa akan kehadiran Nabil di sebelahnya, menepuk dahi. Dia tersengih. "Jom. Kita pergi makan. Aku belanja." Nabil ketawa. "Kepala lutut kau! Dah parti kau, mestilah kau yang belanja. Tapi duit semua, mama kau yang bawa keluar. Bukan guna duit kau pun. Kalau kedekut, cakap je kedekut." Mia menjeling sedas. "Ha...jelinglah jeling. Kang, aku terjatuh hati kat kau, merana tunang kau yang handsome tu... padan muka!" ujar Nabil selamba. Wajah Mia di sebelahnya sudah memerah. Geram kerana dipermainkan. "Jomlah. Banyak songehlah kau ni!" Mia melampias rasa marahnya. Dengan Nabil, dia bebas melakukan apa sahaja. Dia tahu, Nabil tidak kisah semua itu.

********************************************

"Amboi, Mia. Sekarang ni susah aku nak tengok kau. Kau pergi mana lepas kelas? Dah tak nak lepak dengan aku dah ke?"ujar Nabil. Ada rasa kecewa terselit di dalam nadanya. Dia bertenggek di meja tempat duduk Mia. Mia hanya tersenyum. "Aku jumpa tunang aku lah. Dating! Jangan jealous!" Mia tersenyum bangga. "E’eleh...macam kau seorang yang ada tunang! Kau nak pergi mana lepas ni? Jom teman aku makan?"ajak Nabil. Mia menggeleng. "Aku tak bolehlah. Aku ada janji dengan Amat. Aku cau dulu. Bye." Mia berlalu meninggalkan Nabil yang terpinga- pinga.

Nabil mengeluh perlahan. Sejak parti Mia, Mia seakan- akan jauh darinya. "Assalamualaikum." Salam yang diberikan oleh satu suara dijawab perlahan. Nabil tersenyum hambar. Wajah Amir dipandangnya. "Boleh aku duduk?" Nabil hanya mengangguk. "Sure. Kau dah makan?"soalnya. "Nak makan lah ni. Jom."
"Kau makanlah. Aku minum je. Aku tak lapar." Straw di dalam gelas, diputar- putar. Fikirannya kosong. Seketika, dia menyedut horlicks. Teringat akan air kesukaan Mia. Mia akan sentiasa meminta horlicks sehinggakan dia terikut- ikut dengan gadis tersebut. "Bro, aku nak tanya sikit." Nabil kembali memandang wajah teman sebiliknya di kolej.

"Kau ada problem ke dengan Mia? Jarang dah aku nampak korang sama- sama lagi?" tanya Amir prihatin. "Entahlah aku. Aku okey je dengan dia. Dia dah ada lelaki lainlah. Dah tak pandang aku lagi dah." Nabil tersenyum hambar. Amir di hadapan memandang simpati. "Bunga bukan sekuntum, Bil. Aku sure ramai lagi perempuan yang nakkan kau. Cuba kau pergi ayat mana- mana minah dekat kolej ni, confirm mesti lekat punyalah!" nasihat Amir berunsur cabaran.

Nabil hanya mengangguk. Malas melayan idea sahabatnya. Hatinya hanya untuk Mia. ‘Eh, sejak bila aku jatuh cinta dengan sahabat sendiri ni?’ Hatinya gelisah memikirkan jawapan persoalannya itu.

******************************
Mia duduk setentang dengan Nabil. "Asal hari ni tak keluar?" Soalan pertama yang keluar dari mulut Nabil setelah mereka diam buat beberapa ketika. Mia hanya tersengih. "Kalau ikutkan aku, hari ni pun aku keluar jugak tau! Cuma Amat je sibuk. Orang dah bekerjalah katakan!!"Sengihannya masih belum cair. Sengaja menaikkan api cemburu rakannya itu. Nabil di hadapan hanya mencebik. "Ye la. Jom. Aku dah boring study ni. Kita jalan- jalan dekat Mid, amacam?"usul Nabil. Matanya sengaja dikedip- kedipkan beberapa kali. Terpana Mia melihat reaksi yang ditonjolkan oleh Nabil. Jarang benar Nabil bereaksi manja dengannya. Dadanya berdebar kuat. Spontan dia memegang dadanya dengan harapan agar debaran tidak menggila.

"Oih, kau ni tak habis- habis dengan berangan! Nak ikut jejak Mat Jenin ke?" Teguran Nabil memecahkan lamunan Mia. Mia tersengih. "Hehe...kenapa? Kau jealous ke kalau aku ikut jejak mat Jenin sekalipun? Aku tau lah kau tu teringin sangat nak ikut Pak Pandir!" Mia memerli. Lidahnya dijelir sedikit.

"Pandailah kau!" Tangannya dihayun ke udara. Lagaknya seperti ingin memukul bahu Mia. Akan tetapi terhenti di udara. "Opps, sorry. Terlupa pula, kau bukan adik aku. Jomlah. Banyak cakaplah kau ni!" Nabil menghayun langkah meninggalkan Mia yang masih terpinga- pinga. Mia merenung belakang Nabil yang makin jauh melangkah. ‘Kenapa dia tak macam Amat? Kenapa dia lebih buat hatiku tertarik kepadanya? Mia! Ingat Amat banyak- banyak! Dia tu tunang kau, bukan Nabil.’ Mia menggeleng perlahan. Dia segera mengejar Nabil yang sudah bercekak pinggang beberapa meter di hadapannya. Wajahnya diserikan dengan senyuman manisnya.

********************************
Pang! Langkahnya mati. Dia perlahan- lahan berpaling. "Kau ingat kau tu siapa hah? Perempuan tak tahu malu!"seusai kata- kata itu, tangan perempuan yang mungkin tua setahun atau dua tahun dari Mia kembali dihayun. Mia yang melihat cemas. Wajahnya pucat kerana tidak menyangka dia akan berhadapan dengan situasi ini. Nabil cepat- cepat menangkap lengan perempuan itu sebelum sempat mendarat buat kali kedua di pipi Mia.

"Kau ni siapa nak halang aku ganyang perempuan ni?"penuh kebencian dia mempamerkan wajahnya. Dia memandang jelik ke arah Mia. Mia masih menikus. Tidak tahu ingin berkata apa walaupun dia tahu dia tidak bersalah. Orang yang lalu lalang berbisik- bisik sesama sendiri. Nabil menarik nafas. Orang yang sedang marah, tidak seharusnya memakinya kembali. "Apa yang terjadi sebenarnya ni cik?"soal Nabil lembut. Dia tidak mahu menambah lagi kekecohan di kompleks beli belah itu. "Apa kata kita duduk dulu. Kita bincang baik- baik?" cadang Nabil lagi. Dia memandang Mia. Wajahnya seperti tadi. Sepatah perkataan pun belum keluar dari mulutnya.

"Tak usah! Perempuan perampas macam ni sepatutnya tak payah nak buat baik dengannya. Awak jangan terpedaya dengan perempuan macam dia ni!"marah perempuan itu lagi. Tangannya dipanjangkan ke kepala Mia. Dia mencubit kuat pipi Mia tanpa sempat dihalang. Nabil terlongo. ‘Perempuan ni kalau marah, dahsyat betul!’ "Cik...bertenang." Nabil menarik lengan perempuan agar menjauhi Mia yang wajahnya kini memerah. Ada takungan di tubir matanya. "Kita tak boleh berbincang dengan rasional kalau cik marah macam ni. Jom, kita ke situ." Nabil menghala langkahnya menuju ke restoran.

"Apa yang Mia dah buat sebenarnya?"soal Nabil. Entah kenapa dia tidak sanggup melihat wajah di sebelahnya muram sebegitu. Disebabkan inilah dia dengan secara tidak langsung menjadi jurucakap bagi pihak Mia. "Oh. Nama perempuan perampas ni Mia rupanya! Encik, perempuan ni telah merampas tunang saya. Siapa yang tak marah, kalau ada perempuan yang nak rampas tunang kita! Encik tahu tak, gara- gara perempuan ni, pertunangan kami putus! Majlis perkahwinan kami tak sampai sebulan lagi tahu! Mak bapak saya dah tak tahu nak sorok muka di mana. Kerana perempuan ni, keluarga saya dapat malu!"lancar perempuan yang belum memperkenalkan namanya itu bercakap. Nabil dan Mia mempamerkan wajah ‘blur’. "Siapa tunang cik?"soal Nabil lagi. Mia di sebelah juga bagaikan tidak sabar mendengar jawapan dari perempuan tersebut.

"Haikal. Ahmad Haikal." Mia tersandar sebaik sahaja telinganya menangkap sebaris nama yang terluncur keluar dari mulut perempuan tersebut. Nabil berpaling demi melihat wajah Mia. "Haikal tunang awak? Macam mana...macam mana dia boleh bertunang dengan dua orang dalam masa yang sama?" Mia menyoal. Barangkali dia sudah mempunyai kekuatan untuk berbicara. Kali ini, perempuan itu pula yang terpinga- pinga. "Dia tu tunang saya. Macam mana dia boleh bertunang dengan awak pula?" Mia menyedut air minuman di hadapannya. Meredakan ketegangan yang mula berbuah.

"Better kita tanya Haikal." Mia segera mencari telefon bimbitnya di dalam beg. Nabil segera menahan tangan Mia yang lincah mendail nombor telefon Haikal. Dia tersenyum. Mia kehairanan. ‘Kenapa Nabil ni? Aku tengah nak cepat ni!’ Mia merengus di dalam hati. "Kejap." Kemudian dia berpaling. "I think, cik ni dah salah faham sebenarnya. Actually, Mia tunang saya." Mia berpaling lipat maut. Matanya membuntang terkejut. "Apa maksud awak?" perempuan itu turut terkejut.

"Haikal sengaja nak menguji kesetiaan awak. Haikal cakap awak banyak sangat rakan lelaki. Kadang- kadang dia cakap, awak macam tak setia padanya. Sebab tu, dia buat macam ni. Majlis tu tak batal sebenarnya. Dia cuma minta ditangguhkan, right? Awak yang salah faham."panjang lebar Nabil menjelaskan andaian yang dibuatnya. "Tapi..." Nabil tersenyum. Perempuan itu kelihatan sedikit lega.
"Mia, maafkan saya atas tindakan terburu- buru saya. Okeylah. I’m so sorry for both of you. Saya gerak dulu." Perempuan itu bingkas berdiri. Sebuah senyuman dilemparkan sebelum dia meninggalkan mereka berdua. Nabil mengubah posisi. Dia duduk berhadapan dengan Mia. Wajah Mia yang tadinya muram kelihatan tegang.

"Aku rasa kau kena putus dengan Haikal." Mia mengangkat wajah. "Stop it, Nabil. Aku tak sangka, kau sanggup buat aku macam ni! Apasal kau cakap kat perempuan tu, aku ni tunang kau? Bukan tunang Haikal? Entah- entah perempuan tu yang syok sendiri dengan si Haikal tu!"terjah Mia disusuli dengan rengusan kasar. Nabil kelihatan tenang. ‘Mungkin ini masanya.’bisik hati kecil Nabil.
"Kau langsung tak beri peluang aku untuk bercakap dengan perempuan tu. Kenapa?"ujar Mia lagi. Wajah lelaki di hadapannya ditenung tajam. "Habis, kau nak aku buat apa? Beritahu dia yang kau tu tunang Haikal? Kalau betul..."ungkapannya sedikit meleret.

"Satu lagi. Apasal kau halang aku bila aku nak telefon Haikal?" Mia menerjah dengan satu lagi soalan. Tidak dibiarkan Nabil duduk senang tanpa soalan- soalan yang kini makin banyak di dalam mindanya. Geram pun ada dengan sikap main- main Nabil. "Aku tak nak kau terluka."hampir tak kedengaran jawapan yang diberikan. Mia tergelak sinis. "A lame excuse! Sudah! Aku nak balik. And, don’t you dare to appear in front of me again! Aku tak ada sahabat macam kau ni. Yang suka menjatuhkan kawannya sendiri!" Mia bangkit lalu pantas mengorak langkah meninggalkan Nabil yang kini terluka. Nabil melepaskan nafasnya perlahan. Bayangan Mia hilang di pandangan mata.

*********************************
Seminggu berlalu. Berganti dengan sebulan. Mia masih tidak berubah. Nabil mengeluh lemah. Sedaya upaya dia mendekati perempuan yang makin dekat dengan hatinya itu. Selagi itulah, Mia akan mengelakkan diri darinya. Sehinggalah suatu hari...

"Bil, kau tau tak, Mia nak pindah?"soalan yang terpacul di bibir Amir menyentakkan urat nadinya. Serasa degupan jantungnya kini terhenti. Dia bakal kehilangan Mia. Penyelesaian yang sepatutnya selesai suatu masa dahulu kini mula menghantui mindanya. Jika dia tidak bertindak sekarang, dia akan kehilangan Mia. Sahabatnya dan juga perempuan yang dia cintai.

"Bil, kau dengar tak ni?" Amir bertanya lagi. Nadanya kedengaran tidak puas hati. "Dengar. Dah la. Aku nak balik. Jumaat ni lepas solat, aku nak balik kampung." "Kenapa?" Amir kehairanan. ‘Apa kena mamat ni? Bawa diri dengan balik kampung ke? Ingatkan nak pujuk Mia.’ Amir berbisik di dalam hati. "Baliklah. Tenangkan fikiran dan hati kau tu. Aku doakan yang terbaik untuk kau." Ujar Amir penuh prihatin. Dia menepuk bahu rakannya perlahan. Nabil hanya tersenyum lemah. Senyumannya mati tatkala matanya bertembung dengan sepasang mata milik Mia. Dia kembali mengukir senyuman. Mia menjeling. Dia buntu dengan sikap Mia.

**************************************
"Kau dah give up ke dengan Mia?"soal lelaki itu. Wajah Nabil direnung sedalamnya. "Kau nak putus tunang dengan dia ke?" Nabil mengangkat wajah. Wajah sepupunya di hadapan, ditatap. Dia menggeleng kemudian dia mengangguk. "Jika itu yang terbaik dengannya. Aku dah tak tau nak buat apa untuk mendekati dia. Apatah lagi nak beritahu dia pasal ni."Nabil mengeluh buat kesekian kalinya. "Buntu Kal, buntu. Aku ingat dengan bantuan Zira, dia boleh terima aku. Sebelum aku buka cerita pasal pertunangan aku dengan dia. Rupa- rupanya aku salah buat perhitungan. Kau pun tahu kan, kalau aku tak halang dia telefon kau, aku tak tahu apa benda lagi yang akan jadi." Haikal tersenyum. Hambar. Mana mungkin dia tersenyum gembira jika sepupu rapatnya itu sedang bermuram durja.

"Fikir- fikir balik, macam mana boleh dia ingat aku ni tunang dia?" Haikal tersenyum lucu. Bibir Nabil perlahan- lahan mengoyak senyum. "Entah. Aku ingat dia akan kenal aku. Macam manalah minah tu tak perasan aku ni Amat. Teman sepermainan dia waktu kecil- kecil dulu? Sakit hati aku tau, bila dia selalu keluar dengan kau! Nasib baik Zira tu baik. Kalau tak, Zira pun serang kau tau. Pandai juga dia berlakon."puji Nabil kepada tunang sepupunya itu. Haikal menayang gigi.

"Apa kata kalau aku yang cuba cakap dengan Mia?" Nabil memandang Haikal dengan pandangan tidak percaya.

***********************************
"Kau dengan Nabil ada masalah ke? Selalu susah nak berenggang korang berdua. Sekarang korang macam tak kenal."soal Amy ketika mereka sedang leka mencari buku yang mahu dibuat rujukan. Memecahkan kesunyian yang mencengkam. Buku yang dikenal pasti sama seperti kod yang dicari di laman web perpustakaan, ditarik. Wajahnya dipaling ke arah Amy yang menunggu jawapannya. "Aku dah tak ada seorang rakan lelaki yang bernama Nabil lagi. Dia tu kau tahu, hipokrit. Penipu besar!"suara yang dilontarkan, dikawal sepenuh hati. Kecoh pula satu perpustakaan jika dia mengamuk nanti. "And, satu lagi. Kalau kau kawan dengan dia, hati- hati. Dia tu suka menjatuhkan rakannya sendiri!"Usai kata, Mia melangkah meninggalkan Amy. Amy menjongket bahu. Dia mengambil buku yang berada di rak setentang dengannya. Buku yang dipegang jatuh dari pegangan pabila wajah Nabil yang muram ditangkap oleh pandangannya. "Nabil." Dia hanya mengungkapkan nama lelaki itu tanpa suara. Nabil hanya tersenyum hambar. Amy terkedu. Kaku tanpa respon.

"Kau buat apa lagi ni, Amy?" Amy pantas menghala pandangannya di hadapan. Tindakan spontan dari Amy membuatkan Mia turut berpaling ke kanannya. Mia terpempan. Nabil melangkah pergi. Meninggalkan Mia yang merasakan dirinya dihimpit perasaan bersalah yang mula menggebu.

*****************************
Tangga didaki pantas. ‘Macam mana boleh tak perasan handset tertinggal? Janganlah ada orang yang panjang tangan di dalam tu!’ Nabil cemas memikirkan hal yang satu itu. Dia segera berlari ke meja yang didudukinya tadi. Dia menggaru kepalanya setelah melihat apa yang dicari tiada di atas meja. ‘Sah! Hangus duit aku! Bangsat mana pula yang ambil ni? Hish! Satu nombor pun aku tak ingat ni, macam mana aku nak call orang?’ Dia mengeluh. Dia tidak perasan seseorang yang sedang memerhatikannya. "Nah, telefon kau." Nabil mendongak. Wajah milik Mia terpampang di matanya.

"Kalau kau nak sabotaj aku pun, tak payahlah guna cara macam ni! Cukuplah kau kutuk aku depan orang lain!"Meledak perasaan marah yang terbuku di hati sejak tadi. Nabil merampas handset di tangan Mia. Terkaku Mia dengan amarah Nabil. Belum pernah lelaki itu meninggikan suaranya. Mia sekadar mengeluh lemah. ‘Salah aku jugak.’

****************************
Salam dilaung. Mia menjawab sambil berlari- lari menuju ke pintu hadapan. Kepulangan mama ditunggu sejak dia pulang dari kolej. Tidak sabar dia untuk bertanya tentang satu hal ini. "Ma, Mia ada benda nak tanya."terjahnya terus tanpa menunggu mama duduk. Uncle Nazim tersenyum melihat kerenah anak tirinya itu. "Ma belum duduk lagi, Mia dah terjah mama. Macam Melodi! Apa hal yang sampai tak sabar- sabar ni?"soal mama. Kepenatan jelas terlayar di wajah mama. Mia tersengih.

"Ma,tunang Mia siapa?" Mama berkerut dahi demi mendengar satu soalan yang terluncur di bibir anaknya itu. "Kan ma dah cakap hari tu. Amat!" Mia ternyata tidak puas hati. "Nama penuhlah ma." Mama mendengus.

"Ahmad Nabil bin Ahmad Zahid. Hai, takkan Mia tak dapat cam Amat? Bukan dia ke yang Mia tergila- gilakan masa kecik- kecik dulu? Sampaikan Amat nak pindah dulu bukan main lagi nak ikut dia pindah jugak. Anak mama ni cepat sangat lupa! Dahlah, mama penat. Nak naik, mandi." Mama tidak mempedulikan Mia yang tersandar lemah.

‘Amat tu Nabil? Kenapa...kenapa aku langsung tak kenal dia? Dan, betullah apa yang aku lihat tadi..’ Terimbas kembali detik di mana dia membuka flip telefon Nabil. Terpampang wajahnya sewaktu bertunang di layar skrin telefon bimbit rakannya itu. Atau lebih tepat, tunangnya sendiri. Tidak berpuas hati dengan itu, dia membuka folder gambar. Mia tergamam pabila dia melihat wajahnya sendiri di dalam folder gambar Nabil. Namun, dia tidak sempat membuka lebih banyak lagi kerana dia terlihat kelibat Nabil yang sedang tercari- cari telefonnya. ‘Nabil...’seru Mia. Kenangan di zaman kecil kembali menerjah di fikirannya. Di mana dia dan Amat sama- sama berjanji untuk hidup bersama ketika mereka sudah dewasa nanti.

**********************************
Langkah Nabil dihalang Mia. "Please, we need to talk."ujar Mia. Wajah Nabil direnung dalam. Nabil menghadiahkan sebuah senyuman sinis. "Talk? Aku ingat kau dah tak nak cakap dengan aku lagi. Ye lah, aku ni hipokrit, suka jatuhkan rakan sendiri..."ejek Nabil. Langkah dihayun lagi. "Amat!"laung Mia sekuat hati setelah Nabil jauh meninggalkannya. Kaki Nabil terpaku. Mia pantas mengejar Nabil di hadapannya.

"I’m sorry, Amat." Nabil berpaling perlahan. "Mia minta maaf banyak- banyak." Esakan halus mula kedengaran. Nabil hanya membiarkan Mia mengalirkan air matanya. "Mia tak patut kutuk awak. Mia tak..." "Mia tak patut sebab tak kenal tunang sendiri."Nabil memintas kata- kata Mia. Namun, nadanya kedengaran keras. Nabil melangkah pergi.

"Amat!" Mia berlari mendapatkan Nabil. Dia pantas menghalang langkah kaki Nabil. "Mia minta maaf sebab kutuk awak. Please, maafkan saya. Tapi, awak pun bersalah juga! Kalau awak berterus terang dari awal, mesti tak jadi macam ni!"nadanya yang tadinya lembut, kedengaran sedikit keras. Nabil hanya memandang. Dia membiarkan Mia memarahinya.

"Oh, macam tu ke? Dah habis cakap?" Nabil bercakap acuh tak acuh. Dia menapak kembali meninggalkan Mia. Mia terkedu dengan sikap Nabil. Belum pernah dia melihat Nabil merajuk. Dia mengeluh perlahan.

"Ahmad Nabil bin Ahmad Zahid!" Mia melaung. Nabil masih melangkah. "Kau nak suruh aku buat apa lagi untuk dapatkan kemaafan kau?" Tiada lagi perkataan ‘awak dan Mia’ yang disebut Mia menandakan dia tengah geram dengan sikap Nabil. Langkah Nabil terhenti. Dia mula memikir.

"Apa kata kalau kita putus je tunang?"ayat yang meluncur laju dari bibir Nabil membuatkan Mia terpana. "Lagipun, kau bukan cintakan aku."sambung Nabil lagi. Dia berpaling. Tidak sanggup melihat wajah Mia. Tidak juga dia sanggup mendengar pengakuan dari Mia yang mengatakan Mia tidak cintakan dia. Menitis air mata Mia. Perlahan- lahan menuruni pipi. "Siapa cakap aku tak cintakan kau?"suaranya hampir tidak kedengaran. Sayang, Nabil tidak mendengarnya. Mia terduduk melihat kelibat Nabil meninggalkannya. Dia memeluk lutut lalu menunduk.

"Aku cintakan kau, Nabil. Kau yang tak sedar. Aku cintakan kau sejak dari kecil lagi. Sejak kau memujuk aku tika aku jatuh dari basikal. Sejak kau berusaha menggembirakanku tika aku merajuk dengan mama. Sejak kau pinjamkan bahu kau untuk aku bila papa aku meninggalkan aku dan mama."Mia mengungkapnya perlahan. Mia tersedu-sedu menahan tangis.

Nabil menahan sebak. Dia berpatah balik pabila melihat Mia terduduk memeluk lutut. Rupa- rupanya dia tidak bertepuk sebelah tangan. Sengaja dia menguji hati Mia tadi. "Mia..."seru Nabil. Mia pantas mendongak. "Kau tak nampak ke aku sukakan kau?"tiba- tiba Mia memarahi Nabil. Nabil terkejut namun dia kembali tenang. Mia bangun lalu mengeluarkan cincin dari jari manisnya.

"Nah! Kau cakap nak putus tunang kan? Puas hati?" Mia menghulurkan cincin. Mia berpaling lalu beredar. "Kau pun tak nampak ke yang aku juga cintakan kau?"soal Nabil. Mia terkedu. Itulah pengakuan yang ditunggu- tunggunya. Air mata yang kering kembali menuruni pipi. Nabil mendapatkan Mia.

"Mia, please don’t cry. I’m sorry and I’m here with you. But, Amat tak boleh peluk lagi. Haram!"ada usikan terselit dalam kata- katanya. Mia tersenyum. Tahu, Nabil sudah memaafkannya. Dan, dia juga sudah memaafkan Nabil."Dah, kesat air mata tu. Nanti diorang ingat Amat buli Mia pulak!" Mia mengesat air matanya. "Mia.."seru Nabil lembut. "Sorry, sebab rahsiakan semua ni. And susahkan Mia time perempuan tu serang Mia. Tapi semua tu untuk kebaikan kita. Even, caranya tak betul."panjang lebar Nabil memeberi penjelasan kepada Mia. Mia hanya mengangguk. "Lain kali, jangan buat macam ni. Mia tak cukup kuat nak hadapi semua ni. Tambah- tambah bila perempuan tu serang. Terkejut Mia."

"I’m promise that it won’t happen again. Sorry."ujar Nabil lagi.Mia sekadar mengangguk. Tiba- tiba Nabil melutut. Cincin tunang di genggaman disua. "Mia Irin, will you marry me? Sanggupkah Mia hadapi susah senang bersama Amat? Sentiasa mencintai Amat hingga akhir hayat?"Nabil bertutur dengan penuh kelembutan. Mia terkedu. Dia tidak tahu hendak menjawab. Hanya air mata yang mengalir menyatakan kesudiannya berkongsi hidup bersama Amat. Cincin diambil lalu disarungkan. Nabil tersenyum bahagia. ‘Akhirnya...alhamdulillah!’bisik hati Nabil. Tiada lagi ungkapan yang keluar cuma mata mereka yang meluahkan perasaan masing- masing.