Thursday, November 18, 2010

terkena!

Dia suka aku? Ye ker? Ish, betul ke? Tapi dari gaya dia macam... ah, tak mungkinlah! Tapi...

"Woit! Apa yang kau membebel sesorang tu hah?" Sergahan Min membuatkan aku terkezut badak.

"Eh, kau ni tak boleh ke ayu sikit ah! Kau kenan ingat kau tu pompuan!" Min tersengih macam beruk.

"Alah... dengan kau tak payahlah nak ayu... lagipun sejak bila yang kau tahu nak ayu ni? Selama ni nukan kau tu metal ke?" sindir Min. Maklumlah, sejak aku kenal dia memang kami tak mengikut jalan ‘gadis ayu’.

"Eh pleaze ye, aku sememangnya ayu sejak dari azali lagi tau!" Min buat gaya muntah, meluat dengan kata-kata aku. Aku hanya tersengih.

"Rina, dari tadi aku tengok kau sesorang macam pompuan tak betul ni apsal? Ni mesti pikir pasal pakwe... siapa ah? Cubalah citer siket, aku kan best fren kau!" aku tergelak. Memang kawan baik aku, paham je perasaan aku tapi takkan aku nak mengaku kan? Aku ni dah memang terkenal dengan gaya brutal, tetiba je nak layan jiwang plak, mampus pompuan ni gelakkan aku.

"Takdelah! Pleaze ah, aku tak mainlah jiwang-jiwang ni..." ceh, konon! Padahal terperuk kat rumah dok dengar lagu Ziana Zain lah, Erra Fazira lah...

"Yelah tu... tapi kan Rina, kau perasan tak, baru-baru ni mamat karat tu layan kita baik je..." alamak, minah ni pun dah perasan ke? Habislah aku!

"Eh, ye ke? Aku tak perasan pun. Ada ke? Kenapa eh?" cis, kurak-kurak dalam perahu. Pandai betul aku berlakon.

"Tulah yang aku pelik tuh! Dulu, pantang je jumpa mesti ada benda yang tak kena. Sekarang ni siap nak bagi pinjam nota plak... dah buang tebiat agaknya!" aku terdiam. Betul juga, memang besar perubahan sikap si Syahrul tu pada kitorang. Kalau terus macam ni, lambat laun mesti heboh satu kampus! Dahlah sebelum ni heboh yang kitorang ni macam anjing dengan kucing, tiba-tiba berlaku perubahan mendadak macam ni, mesti diorang akan jadikan peristiwa ni satu misteri alam yang mana ramai akan beriya-iya benar nak bongkarkan. Ceh, perasan! Ingat Artis?

"Aku ingat nak siasatlah. Misteri sungguh perkara ni!" bersungguh je nampak budak Min ni.

"Kau nak join aku tak?" aku terkedu... perlukah aku menyiasatnya?

"Alah... kau ingat aku ni takde keje lain ke? Lagipun, baguslah dia nak buat baik itu pun salah ke?" aku cuba berdalih.

"Masalahnya, takut ada udang sebalik mi." Betul juga cakap Min tapi...

"Ish kau ni, tak baik tau buruk sangka ngan orang. Kot dia memang dah bertaubat ke... atau mungkin dah insaf ke, sebab tu dia buat baik dengan kiter!" iyolah tu! Aku pun tak percaya cakap aku sendiri, bolehkah si Min ni percaya?

"Eh, yang kau backing sangat mamat karat tu naper ah? Kau ader apa-apa ke dengan dia?" Alamak, Min dah curiga nampaknya!

"Takdelah... aku ni pahala kurang, dosa dah banyak, so saja nak kurang dosa dan tambah pahala. Tak baik bermusuh-musuhan! Dahlah, malas nak layan kau lagi!" ceh, pandai betul aku ni bermadah. Sebelum pompuan ni banyak tanya baik aku blah dulu. Lalu dengan selmaba Min aku tinggalkan terkebil-kebil sendirian.

* * * *

"Hello..." mak aih, lembutnya suara! Tapi jangan ingat aku tak kenal suara ini! Suara musuh ketat aku!

"Assalamualaikum!" kena gertak sikit.

"Waalaikumsalam! Beri salam pun garang!" perli suara di hujung talian.

"Hah, ni sape? Nak cakap dengan sape?" dah terang masih bersuluh.

"Boleh saya bercakap dengan Cik Masyarina binti Sulaiman?" alamak aih, siap nama penuh lagi.

"Ye saya, ni siapa ni?" kontrol ayu beb...

"Akulah... Syahrul! Kau tak kenal ke? Kau busy ke?" Apesal tetiba call aku ni, tak penah pun!

"Takde, naper?"

"Saja je... nak tanya kabor..." ceh, nak bermanja plak!

"Aku masih hidup dan masih sihat. Tu je kau nak tanya?" kenalah jual mahal.

"Alah kau ni, cubalah kalau dengan aku ni kau cakap sopan sikit tak boleh ke? Kalau dengan Izwan tu, boleh plak kau cakap bebaik. Kalau dengan aku, memanjang je nak marah-marah." Haik, jeles ke?

"Suka ati akulah nak cakap macam mana, mulut aku! Kau ni apehal plak call aku memalam buta ni? Nak start perang dalam telefon pulak ke? Tak cukup perang kat sekolah?"

"Ish, takdelah. Kau ni asyik marah jelah. Kau ada keje lain ke?"

"Apa kau ingat aku takde keje lain? Aku bukan macam kau, ramai ‘pembantu’ tolong buat keje kau!" macam aku tak tahu, konon study bagus, padehal main ‘hantu’!

"Alah kau ni, aku nak buat baik kau tak nak terima, sekarang nak menyindir aku plak! Kalau kau nak, aku sanggup lakukan apa sajalah, kau cakap je!" Ceh, konon! Buang tebiat apa agaknya mamat ni malam ni!

"Dah, tak payah! Anyway, kau belum bagitau lagi, kau call aku ni apehal?"

"Alah, nak cakap dengan kau sekejap pun tak boleh ke? Kau sibuk sangat ke? Kau tunggu panggilan pakwe eh?" berapa banyak soalan da...

"Eh, yang kau sibuk sangat ni apsal? Sukati akulah! Yang kau banyak soal ni apehal?"

"Alah, aku cuma nak ambil berat je tapi takpelah... orang tak sudi, takkan aku nak paksa kan? Aku sedar siapa diriku ini, aku hanya gagak di rimba sedangkan kau merak di kayangan. Masakan enggang hendak melayan si pipit." bermadah le pulak!

"Saudara Syahrul Irman bin Syahrul Ilham, kalau ada apa-apa sila cakap dengan segera sebab kalau tak ada apa-apa yang penting saya akan meletakkan gagang telefon ini dengan segera agar tidak membazirkan masa saya!" cun plak suara aku ni.... perasan!

"Alah Rina... come onlah, jangan memarah. Cuba berlembut sikit..." ish, meremang bulu roma aku.

"Gila!" Tut! Tut! Tut! Apsallah mamat ni. Jangan-jangan betul tekaan aku tapi... macam mana boleh jadi macam ni? Ah, tak mungkinlah!

"Akak ni, kalau cakap dalam telefon tu tak bolehlah cakap bebaik, asyik nak marah je!" bila pulaklah minah ni tercegat kat belakang aku ni.

"Eh Tina, akak nak marah ke, nak tengking ke nak apa ke, sukatilah! Yang kau sibuk dengar perbualan akak ni apesal?"

"Tina cakap je. Akak tu cakap kuat sangat, satu rumah boleh dengar."

"Ish, tolonglah. Nak suruh akak cakap lemah lembut dengan mamat karat tu? Please lah!" tanpa menunggu lama aku terus naik ke tingkat atas menuju ke bilik dan meninggalkan Tina sendirian. Nak bergayut lagi le tu! Sejak akhir-akhir ni selalu nampak dia bergayut, jangan-jangan dah ade pakwe! Wah, baru 15 tahun dah pandia nak bercintan-cintun! At least, dia ader juga pakwe... yang aku ni 2 tahun lebih tua dari dia tapi... sampai laaa ni pun masih single mingle lagi!

Betul ke dia suka aku? Takkanlah... sebelum ni kitorang ni memang tak boleh jumpa langsung.... kenapa tetiba je pulak dia suka kat aku? Dia ni kira ok gaklah, walau tak masuk kategori tampan giler tapi kira boleh tahan jugalah sebenarnya. Kenapa ye aku mula berperang dengan dia dulu? Masa Form 3 ke? Hah, pasal kami rebutkan jawatan dalam persatuan! Mulanya aku presiden Persatuan Bahasa dan Sastera, tapi bila datang je sesedap hati merebut jawatan aku. Bukan itu aje, jawatan aku sebagai Setiausaha dalam Kelab Olahraga dilucutkan pasal dia gak! Dah tu, asyik nak ban cadangan aku! Mujur dengan bantuan Min, aku sapu jawatan sebagai Presiden Seni dan Budaya yang hampir disandang oleh mamat karat tu. Sejak tu, memang pantang jumpa, masing-masing muncung sedepa!

Yang buat aku terkejut, tetiba saja sejak kebelakangan ni dia baik dengan aku. Bila jumpa aku siap senyum pulak. Dah tu, bila dia tahu nota atau kerja sekolah aku tak siap, baik pulak dia nak pinjamkan nota dia. Walaupun aku tahu nota dan kerja sekolah dia bukan hasil kerja tangan dia sendiri. Yang lebih pelik tu, ada sekali tu siap offer nak hantar aku balik naik kereta BMW dia, walaupun tu kereta bapa dia sebenarnya dan yang penat pun bukan dia sebab driver dia yang drive! Malah, siap baik hati bagi aku buah tangan yang parents dia bawak balik dari luar negara. Sebenarnya, dia bukanlah jahat sangat pun, cuma suka berlagak je. Walaupun dia tu tak hensem sangat dan dia saja yang perasan tapi tak le buruk pulak! Bila difikir balik, it’s quite sweet memikirkan saat-saat itu semua... Eh, apa aku buat ni? Aku dah gila bayang ke? Alamak, tak boleh jadi ni, mata tak nak lelap sebab memikrikan pasal mamat karat tu, habislah aku!

"Rina.... ni untuk awak." terbelalak mata aku, terketar juga tangan aku nak terima jambangan bunga ros merah tu... ada dekat sedozen ni.

"Kau ni kenapa Syah? Tetiba je baik ngan aku, lepas tu tetiba je bagi aku bunga. Kau buang tebiat ke apa?"

"Hish, kau ni Rina, tak baik cakap macam tu tau. Aku tahulah aku ni hanya pacal yang hina tapi janganlah kau menghina aku!" mak aih!

"Dah, jangan nak madah berhelah pulak kat sini... tak lakunya! Baik kau citer betul-betul, apa sebenarnya yang kau nak kat aku?"

"Rina... tidak ke kau perasan yang segalanya aku lakukan kerana kau! Tidak ke kau faham perasaan aku pada kau?" aih mamat ni.

"Rina..." alamak, tetiba je jantung aku berdegup kencang. Macam kena letrik je bila si Syahrul ni pegang tangan aku.

"Rina... actually..." ish mana pula datangnya bunyi latar ni?

"Rina... have you listen to me?"

"Hah apa dia?" alamak, apsal makin kuat pulak bunyi ni. Eh, macam penah dengar je lagu ni.

"Rina... I..."

"Apa kau cakap? Bisinglah!" Ya Allah makin kuat bunyi ni, macam nak pekak telinga aku. Apa pulalah yang mamat ni bebelkan. Ya Allah! Bisingnya!

"Aah!" Aku memandang sekeliling... gelap! Astagfirullah, aku mimpi rupanya! Tapi... bunyi tadi tu masih ada lagi. Laaa, handphone aku rupanya... dah pukul 2 pagi, saper pula yang call aku ni? Syahrul? Memang dah buang tebiatlah budak ni!

"Hello... kau nak apa Syah? Giler ke apa, telefon aku sebelum subuh ni? Tak reti ke orang nak tido ke apa ke? Kau tak reti nak tido ke?" geram betullah, ngacau je aku nak mimpi.

"Sorilah Rina, tadi aku lupalah nak cakap ngan engkau! Kalau aku tak cakap malam ni juga, nanti aku tak bleh tido pulak!"
"Oh, kau pikir yang kau jelah tak bleh tido? Habis, aku ni tak payah tidolah!" aku dapat bayangkan yang dia tersengih macam kerang busuk kat sana.

"Sorilah... ni, aku nak cakap yang esok aku nak jumpa kau boleh tak?"

"Eh, kau gila ke? Cakap esok pagi tak boleh ke?"

"Kan aku dah cakap, kalau aku tak cakap sekarang nanti aku tak boleh tido..."

"Gila apa kau ni? Sukati kaulah, malas aku nak layan kau... baik aku tido!" gila betul mamat sekor ni. Kalau Min tahu mesti dia gelak gila. Betullah dia ni dah gila...

* * * *

"Hah, kau nak jumpa aku ni apsal sampai tak nyempat nak tunggu siang nak call aku!" terus aku menyergah Syahrul sebaik saja aku sampai di tempat yang dijanjikan. Tersedak dia bila disergah begitu.

"Apalah kau ni Rina, cubalah ayu sikit, ni brutal semacam je!" ceh macam ayat aku je. Tanpa dijemput aku terus duduk menghadap Syahrul.

"Ni, makan ni dulu. Aku tahu ni feveret kau, awal-awal aku pesan. Makanlah dulu!" nak bodeklah tu.

"Mana kau tahu ni feveret aku hah! Sejak bila kau pasang spy ni?" Syahrul tersengih, memang sebijik macam yang aku bayangkan.

"Biasaklah tu!" ceh! Tapi rezeki tak baik ditolak, lagipun perut aku memang berkeroncong sedari tadi minta diisi, lalu tanpa segan silu aku terus melantak burger big mac yang telah tersedia di depan aku!

"Hah! Kau cari aku ni pehal!" sambil makan sambil borak, takdelah segan aku!

"Kau ni ganas betullah bahasa kau! Ni, aku ada hal nak tanya kau, apa pendapat kau tentang aku!" terus aku berhenti mengunyah burger big mac kegemaran aku.

"Naper plak tetiba kau tanya aku macam tu? Lagipun apa kena mengena dengan aku?"

"Yelah... orang cakap, selalunya orang yang paling mengenali kita ialah musuh kita sendiri, jadi aku rasa mesti kau paham tentang aku kan?" berfalsafah le pulak.

"Ye ke? Tapi aku tak rasa plak yang aku paham tentang kau! Aku pun takde masa nak kenal kau! Kalau kau nak tahu, kau tanya awek kaulah!" Syahrul tertunduk sepi. Laa, takkan sensitif kot!

"Inilah masalahnya... aku... aku... sebenarnyakan Rina, aku..." alamak, kacau betullah telefon ni... Min? Ape plaklah yang dia nak ngan aku ni.

"Hello... hah pompuan, kau nak apa?"

"Woit, kau dating eh!" alamak, mana dia tahu ni? Walaupun aku bukan sebenarnya berdating pun.

"Apa kau mengarutlah... aku tak mainlah!" cover beb!

"Kau jangan nak tipulah, aku tahu kau dating ngan Syahrul... kat McD kan?" mana pulak minah ni tahu ni? Habislah aku!

"Eh, kau kat mana hah! Camner kau tahu..."

"Mestilah aku tahu... aku nampak dengan biji mata aku sendiri tau! Kalau tak caya cuba kau pusing kat belakang!" Ya Allah! Apsallah boleh terserempak dengan minah ni kat sini! Min dengan tersengih-sengih datang kat aku, rasa muka aku ni dah naik merah agaknya... habislah aku!

"Hai..." ceh, dengan gaya ayu dia. Syahrul tersengih selamba... apsal aku rasa macam aku pula yang lebih-lebih ni.

"Boleh kacau daun?" ujar Min sambil menyiku aku.

"Kacau ler... kitorang bukan buat apa-apa pun." aku cuba kontrol malu.

"Haah! Join lah?" pelawa Syahrul.

"Sejak bila pula korang dah jadi baik ni? Setahu aku korang masih belum buat perisytiharan apa-apa pun lagi kan?" tanya Min tak puas hati.

"Nilah yang kitorang buat mesyuarat perdamaian ni... bagus gak kau ada kat sini, boleh jadi saksi kitorang!" terbeliak mata Min dengar kata Syahrul. Aku pun terkezut gak, sejak bila plak aku setuju nak buat perjanjian damai nih.

"So camner Rina, setuju ke dengan syarat-syarat tadi?" terkedu aku... pandai betul mamat ni berlakon. Aku hanya mampu mengangguk perlahan. Min pula pandang aku dengan perasaan was-was, nampak sangat dia tak caya!

* * * *

"Laa... yang kau sibuk ni apsal, aku yang buat penjanjian damai dengan dia, takde kena mengena dengan yang hidup atau yang mati, so apa pun syarat-syarat dia... yang kau ambil kesah sangat apesal!" rimas aku dibuatnya si budak Min ni. Selagi aku tak beritahu dia syarat damai tu, selagi tu dia tak puas hati. Masalahnya, aku pun tak tahu apa syaratnya, macam mana aku nak cakap! Syahrul tu pun satu, lepas hari tu, dia tak call langsung pun! Aku nak call segan plak! Hari ni, bila jumpa dalam kelas, dia cuma senyum kat aku. Yang si Min pula, dok memerhatikan aku. Pantang kalau aku menoleh, mesti dia cakap aku ngan Syahrul main mata! Sakit jiwa aku dibuat budak dua ekor ni!

Rina, nanti jumpa kat belakang cafe kul 3! Syahrul...

Tergamam juga aku bila Syahrul tiba-tiba je campakkan kertas kat aku bila dia nak keluar tadi, ingatkan dia nak start perang balik tapi nasib baik aku bijak dan teliti, tahu nak tengok kertas tu betul-betul. Apsal pulak dia nak jumpa aku ni? Jangan-jangan dia nak cakap pasal hari tu tak? Ya Allah, tetiba je jantung aku ni laju semacam je. Rileks, rileks... alamak, tetiba je aku malu sendirian.

"Hoi, apa yang sengih sesorang ni?" aku hanya tersenyum malu.

"Wei, citerlah sikit..." Min tak puas hati.

"Alah... takde apa-apalah! Kau ni kecohlah!"

"Oh... kau sejak dah baik ngan mamat karat tu, aku pun kau tak layan eh!"

"Alah... merajuklah pulak!"

"Rina, cuba kau cakap betul-betul dengan aku... kau dengan Syahrul ada apa-apa ke!" rasa macam tetiba je muka aku jadi merah padam.

"Apalah kau ni, tanya soalan brutal betul!" aku cuba cover malu.

"Haik, bukan selama ni kau memang brutal ke? Sejak bila pula tukar jiwang ni? Syahrul suka kau eh? Atau... kau suka dia?" cis, macam penyiasat plak.

"Berapa banyak soalan daa... aku nak cepat ni, nantilah aku citer ngan kau, ok! Bye!" terus aku tinggalkan Min terpinga-pinga. Sorilah Min, soalan kau tu susah sangatlah aku nak jawap, sebab aku sendiri pun tak ada jawapan...

Sampai je kat tempat yang dijanjikan, Syahrul dah sedia menunggu. Muka macam serius je, takut gak aku dibuatnya.

"Hah, apa hal kau nak jumpa aku kat sini." Terus aku bertanya dengan gaya brutal aku. Dia hanya tersenyum tawar.

"Sebenarnya aku nak bagitau kau satu hal..." perlahan saja suaranya.

"Hal apa yang rahsia sangat tu!" terus aku potong cakap dia.

"Sebenarnya... aku dah jatuh cinta!" aku terdiam. Jangan-jangan betul sangkaan aku.

"Habis tu... apa... kena-mengena dengan aku?" Bila masa pula aku jadi gagap ni.

"Mestilah ada... kalau tak, takkan aku cakap dengan kau!" aku tertunduk malu. Terasa muka aku panas menahan malu.

"Apesal ada kena dnegan aku plak!" ceh, tetiba je jadi ayu pulak.

"Yelah! Aku takut kau salah anggap dengan aku... aku tak naklah nanti timbul salah paham kan, nanti aku juga yang frust! So, skang ni aku nak berterus teranglah dengan kau..." Ya Allah, jantung aku terasa berdegup kencang, rasa macam nak tercabut dah. Aku menarik nafas panjang cuba bertenang tapi aku masih tak berani lagi nak menatap muka dia. Aku hanya menunduk menatap bumi.

"Sebenarnya... aku dah lama bercouple dengan Tina, adik kau!"

"Hah!" terkejut gorila aku! Sebaik saja dia semburkan ayat itu, terasa bagai bom meletus di tepi telinga aku, berdesing bunyinya!

"Aku pun tak tahu dia tu adik kau... kalau aku tahu awal-awal taklah aku gaduh dengan kau!" terasa satu dunia ni berpusing. Dengar macam satu dunia gelakkan aku! Alamak! Aku terperasan ler!!

1 comment:

Miss Butterfly said...

orang tak brape paham cite ni... syahrul baek ngn rina sebab dye kapel ngn adek rina? camtu?