Monday, November 8, 2010

adam

"Abah bawa siapa balik tu?" tanya Ayuna Elaryna sambil menatap muka Encik Borhan menagih penjelasan.

"Tak tahu abah siapa dia tu. Abah jumpa dia pengsan tepi kereta abah. Jadi abah bawalah dia balik." Encik Borhan membalas pandangan Ayuna Elaryna. Wajah mulus itu kelihatan kemerah-merahan walaupun waktu malam.

"Abahnya ni suka-suka je bawa orang tak kenal balik rumah kita ni kenapa?" Satu lagi pertanyaan menerpa gegendang telinga Encik Borhan dari isterinya yang sedang melakukan sesuatu di dapur.

"Takkanlah abah nak tinggal dia dekat situ. Lagi pun kan dia pengsan." Sekilas wajah anak bujangnya yang baru turun dari tingkat atas dipandang. Tiada kata dari mulut itu.

"Abahnya ni. Kita baru pindah sini. Barang pun tak siap kemas lagi ni. Tambah lagi satu benda," keluh Puan Marisa sambil melangkah ke ruang tamu.

"Yuna. Bawa barang yang abah beli tu ke dapur," tambah Puan Marisa lagi apabila melihat plastik 7-eleven yang berisi barang yang dibeli suaminya masih lagi berada di sofa ruang tamu.

Ayuna Elaryna tidak membantah dan membawa plastik itu ke dapur.

"Azam. Bagi dia tumpang bilik kamu malam ni ye," pinta Encik Borhan kepada anak lelakinya yang dari tadi asyik diam sahaja.

"Suka hati abah lah. Takkan nak suruh dia tidur bilik Yuna pula," seloroh Azami Ehsani sambil tersenyum memandang adiknya yang memakai baju t-shirt besar dan seluar pendeknya.

"Ish Abang Azam ni. Tak senonoh." Ayuna Elaryna menepuk kuat peha abangnya yang terdedah kerana berseluar pendek. Disebabkan Azami Ehsani berkulit putih, merah serta-merta tempat ditampar tangan adiknya itu.

"Sakit tau Yuna. Ambik ni." Sekali tamparan tangannya yang besar itu mengena peha adiknya yang juga tededah kerana dia juga berseluar pendek setengah peha.

"Abah tengok Abang Azam. Sakit. Kena sekali." Sekali lagi tangan kecil itu menghinggap sebelum gadis itu lari mendapatkan abahnya.

"Dah. Budak-budak ni tau. Nanti dua-dua umi rotan baru tahu." Puan Marisa sudah lali dengan gurau senda kasar dua anaknya itu.

Sejak dari kecil, Azami Ehsani tidak pernah berhenti hendak menyakat adiknya itu jika ada masa lapangnya.
Ayuna Elaryna menjelirkan lidahnya sambil menjulingkan matanya. Mempermainkan abangnya itu.

"Sinilah Yuna. Takutlah tu dengan abang." Azami Ehsani gelak besar memandang adiknya yang mengambil tempat di sisi abahnya. Jauh dari dirinya.

Ayuna Elaryna menjelirkan lagi lidahnya.

"Pergi naik tidur sana," suruh Puan Marisa sambil melihat sepasang anaknya itu. Kedua-duanya tidak jauh rupa parasnya. Sama cetaklah katakan.

"Arahan diterima," sahut Ayuna Elaryna sambil memberi tabik kepada uminya sebelum mengangkat punggungnya.

Kakinya melangkah melalui belakang abangnya dan sempat tangannya menghinggap belakang kepala abangnya yang baru sahaja hendak bangun dari tempat duduknya.

"Yuna. Sempat lagi tu. Sini kau." Azami Ehsani sudah berlari mengejar adiknya.

"Sudah-sudahlah tu Azam." Puan Marisa sudah bangun dari tempat duduknya. Turut hendak berlalu ke bilik.

Encik Borhan hanya tersenyum melihat gelagat anaknya itu. Mereka hanya berdua. Jadi, memang rapat. Gembira dan menangis meraka kongsi bersama.

"Yuna. Kau tak buka pintu ni kena esok. Lebih baik buka," pinta Azami Ehsani sambil mengetuk pintu bilik adiknya dengan kuat.

"Tak dengar. Tak dengar." Ayuna Elaryna sudah menjerit-jerit di dalam bilik mengabaikan teriakan abangnya di luar bilik.

"Esok kenalah." Azami Ehsani geram. Kakinya mula melangkah untuk ke biliknya yang bersebelahan dengan bilik adiknya itu.

Ayuna Elaryna sempat mengendap abangnya itu di celah daun pintu yang dibukanya sedikit.

"Hah. Dapat kau," sergah Azami Ehsani sambil menerjah bilik adiknya dan menangkap tubuh kecil itu.
Mereka sudah bergelut di atas katil.

"Abah. Tengok Abang Azam ni. Sanalah. Ganaslah Abang Azam ni." Ayuna Elaryna sudah menjerit-jerit ketika abangnya itu mencubit-cubit pipinya. Merah-merah bekas cubitan tangan Azam.

"Padan muka kau. Kenakan abang lagi. Ambik ni." berkali-kali cubitan terus mengena pipi adiknya itu.

"Abang Azam. Nanti lebam pipi Yuna. Lepaskan Yuna," pinta Yuna sambil menutup kedua belah pipinya supaya jari-jemari abangnya itu tidak menghinggap pipinya.

"Azam. Sudahlah tu. Kan umi suruh tidur." Entah bila Puan Marisa berada di dalam bilik itu.

"Puas hati abang. Lain kali jangan fikir nak membuli abang." Azami Ehsani sudah melepaskan adiknya itu. Ketawanya pecah melihat kedua belah pipi putih gebu adiknya itu.

"Jahat betul." Ayuna Elaryna menggosok-gosok pipinya. Panas terasa kesan cubitan tangan abangnya.

"Night umi. Night budak degil." Sekali kucupan mengena pipi uminya dan lambaian selamat malam pada adiknya yang masih duduk di atas katil bercadar putih merah jambunya.

_____________________________________________

"Abang Azam. Umi suruh turun breakfest. Cepatlah," panggil Ayuna Elaryna sambil mengetuk pintu bilik abangnya berkali-kali.

"Ya wait." Kedengaran sahutan dari dalam bilik Azami Ehsani.

"Sejak bila suara Abang Azam jadi garau?" getus Ayuna Elaryna sambil menggaru kepalanya membuatkan rambutnya yang tadi kemas terikat menjadi berterabur sedikit.

"Abang Azam?" panggil Ayuna Elaryna sambil mengetuk lagi pintu bilik itu.

Kedengaran perbualan dua orang dari dalam bilik Azami Ehsani membuatkan Ayuna Elaryna bertambah bingung.

"Yuna. Dah dipanggil Abang Azam kau tu ke belum?" tanya Puan Marisa sambil memandang anak perempuannya itu. Dia hanya berdiri di tangga.

"Umi. Kenapa Yuna dengar Abang Azam berbual-bual. Dia berbual dengan siapa?" Ayuna Elaryna mendekati uminya dan bercakap seakan berbisik. Riak wajahnya seakan ketakutan kerana Ayuna Elaryna memang penakut orangnya.

"Berbual?" Puan Marisa mengerutkan dahinya memandang anaknya.

"Adam boleh ke?" Kedengaran pertanyaan dari mulut Azami Ehsani ketika pintu biliknya terkuak.

Tumpuan Ayuna Elaryna dan Puan Marisa beralih kepada bilik Azami Ehsani.

"Ya. Slow sikit."

"Yuna. Umi. Kenapa tengok macam tu? Ada hantu ke?" tanya Azami Ehsani bertalu-talu sambil memandang kedua mereka. Seorang lelaki sama tinggi dengannya dipimpinnya di sisi.

Yuna menunjuk kepada lelaki di sisi Azami Ehsani dengan muka penuh tanda tanya.

"Uminya. Apa yang ditenung lama-lama tu? Lama lagi ke nak sarapan ni?" Kedenagran suara Encik Borhan dari tingkat bawah.

Puan Marisa menarik tangan Ayuna Elaryna untuk turun ke bawah sementara Azami Ehsani membantu lelaki tadi untuk turun ke bawah bersama.

"Adam duduk sini," suruh Azami Ehsani sambil membantu lelaki itu duduk di kerusi meja makan.

Ayuna Elaryna hanya memandang perlakuan abangnya itu.

"Abah. Umi. Sini kejap," pinta Azami Ehsani sambil menarik tangan mereka berdua untuk mengikutnya ke dapur.

"Kenapa Azam?" tanya Encik Borhan kebingungan.

"Orang yang abah bawa balik tu buta." Itulah yang terkeluar dari mulut Azami Ehsani sambil memandang wajah kedua orang tuanya itu silih berganti.

"What?" Suara Ayuna Elaryna yang sedikit menjerit itu mengejutkan mereka bertiga.

"Apa Yuna ni. Senyap sikitlah." Azami Ehsani menekup mulut adiknya itu. Dipeluknya adiknya yang hanya separas bawah bahunya itu dengan mulut dikatupkannya.

"Tak kisahlah tu. Jom kita makan sarapan dulu. Abah dah lapar dah ni," ajak Encik Borhan sambil menarik tangan kedua anaknya.

Puan Marisa hanya mengikut langkah mereka. Setelah menyendukkan makanan ke pinggan untuk keluarganya dan tetamu yang tidak mereka jangka itu, dia duduk di kerusinya.

"Uncle. Thanks," ucap Adam secara tiba-tiba membuatkan empat beranak itu mengangkat muka sebelum sempat suapan pertama jejak ke mulut mereka.

"Kenapa?" tanya Encik Borhan kembali sambil memandang wajah lelaki akhir 20-an itu.

"Sebab tolong saya semalam."

"Biasalah tu. Kita hidup kena tolong-menolong. Semalam uncle tolong kamu. Mungkin bila-bila kamu pula tolong uncle. Macam mana semalam kamu boleh pengsan dekat situ?" Encik Borhan mula dengan soal siasatnya.

"Saya... Saya ingat-ingat lupalah uncle. Tahu-tahu je pagi tadi saya bangun ada Azam ni. Azam yang beritahu saya yang abah dia yang bawa saya pergi sini."

Encik Borhan dan Puan Marisa mengangguk serentak dengan cerita Adam.

"Uncle. Boleh saya nak minta tolong?" tanya Adam lagi.

"Boleh. Cakap jelah."

"Boleh saya nak tumpang beberapa hari dekat sini?"

"Boleh. Lama pun tak apa. Tapi kalau hari sekolah, tak ada orang dekat rumah uncle ni. Siapa pula nak jaga kamu?" Berbesar hati sungguh Encik Borhan membantu orang yang tidak dia kenal latar belakangnya itu.

"I can take care by myself. The important thing is uncle benarkan," balas Adam dengan nada berharap.

Puan Marisa hanya berdiam diri. Begitu juga dengan dua anaknya.

"Kalau kamu boleh jaga diri oklah. Sebab biasanya, paling awal orang dalam rumah ni balik pun pukul 2."

Adam mengangguk mendengar bicara itu.

"Namanya siapa? Dah lama berbual baru nak tanya nama." Encik Borhan tertawa kecil menutup kealpaannya.

"Panggil Adam je uncle."

"Adam je ke namanya?" tanya Puan Marisa hendak mengetahui lebih lanjut. Dilihatnya wajah Adam seperti orang yang baik-baik.

"Adam Haqrazi, auntie."

"Macam pernah dengarlah nama tu." Azami Ehsani tiba-tiba mencelah.

"Mungkin sama nama je agaknya," seloroh Adam dengan senyuman di bibirnya kerana keluarga itu sudi menerimanya walaupun dia orang asing dalam keluarga itu.

Ayuna Elaryna hanya diam menyepi semenjak duduk di meja makan.

"Aduh. Abang Azam ni kenapa tendang kaki Yuna? Sakitlah," getus Ayuna Elaryna tiba-tiba memecah kebisuannya.

"Yang Yuna diam je tu kenapa? Tiba-tiba pagi ni boleh jadi bisu pula?" sakat Azami Ehsani dengan senyuman mengusiknya.

"Abah tengok Abang Azam ni. Pagi-pagi dah kacau Yuna. Sakit tau," adu Yuna sambil membuat muka masamnya.

"Ada orang lagi rupanya," tambah Adam Haqrazi dengan senyuman. Dia sangkakan keluarga itu mempunyai anak tunggal.

"Tu anak manja uncle. Entah kenapa pagi ni boleh senyap pula. Selalu dia je yang banyak mulut." Tiba masanya Enck Borhan pula menyakat Ayuna Elaryna.

"Abah ni sama je dengan Abang Azam. Umi tengoklah ni diorang dengki Yuna." Manja sungguh bunyi suaranya kala itu.

"Dah tersepit baru cari umi. Kalau tak abah. Abah tarus," sakat Puan Marisa dengan senyuman. Anak perempuannya itu memang manja dengan abahnya berbanding uminya. Sama macam abangnya.

"Alah... Kenapa semua orang sebelahkan Abang Azam. Merajuklah macam ni," sungut Ayuna Elaryna dengan menarik muncungnya sepanjang mungkin meminta simpati.

Adam Haqrazi sudah ketawa kecil mendengar sungutan yang umpama budak kecil itu.

"Yelah... Azam yang kamu usik adik kamu tu kenapa?" bela Encik Borhan sambil mengusap kepala anak bongsunya itu.

"Tendang sikit je pun. Manja," ejek Azami Ehsani sambil menjelirkan lidahnya seperti selalu yang Ayuna Elaryna lakukan.

"Abah." Sekali lagi Ayuna Elaryna bersungut. Kakinya sudah mencari kaki abangnya untuk ditendang juga. Membalas segala sakatan abangnya.

"Aduh. Kenapa kaki saya pula yang jadi mangsa?" Adam Haqrazi sudah menggosok kakinya yang ditendang. Bukannya perlahan. Kerana nak membalas dendam, ditendangnya sekuat mungkin. Mahu berguling kesakitan.

Mata bundar Ayuna Elaryna bertambah bulat kerana terperanjat.

"Sabarlah Adam. Yuna ni memang ganas. Nampak je manja." Ketawa Azami Ehsani sudah pecah memeriahkan suasana meja makan pagi itu.

Ayuna Elaryna sudah mencebik geram dengan abangnya itu.

____________________________________________

"Dah siap Yuna? Kasut dengan stokin umi dah letakkan dekat depan pintu tu." Puan Marisa hanya memerhati langkah anak gadisnya yang cantik memakai baju kemeja putih lengan panjang dan berskirt merah bata separas lutut. Tali leher berwarna merah bata juga turut terikat rapi di lehernya. Rambutnya yang panjang separas bawah dada dan beralun hujungnya itu sudah diikatnya di kiri dan kanan bahagian bawah. Dengan rambut depannya yang mencecah mata disorotnya ke kiri.

Ayuna Elaryna mengangguk dan mengambil tempat di kerusi meja makan. Wajah abangnya yang lengkap memakai baju kemeja lengan panjang berwarna putih dan seluar berwarna biru kehijauan dipandangnya dengan senyuman. Di leher itu turut kemas berikat tali leher berwarna yang sama dengan seluarnya.

"Apa pagi-pagi dah tersenyum-senyum?" tegur Azami Ehsani. Ada sahaja benda yang hendak dijadikan modal untuk menyakat adiknya itu.

Ayuna Elaryna mencebik. Sekilas sahaja dia memandang Adam Haqrazi yang menyarung baju t-shirt Azami Ehsani yang duduk di sebelah abangnya itu. Tubuh dua lelaki itu lebih kurang sama tegap dan tingginya.

"Dah makan cepat. Nanti lewat. Dahlah baru hari first masuk sekolah tu. Takkan nak lewat pula," tegur Encik Borhan memutuskan gurauan tidak bersuara kedua anaknya itu.

"Yuna kan suka kena denda lewat datang. Dulu sebab ada Faisal jaga pagar utama sekolah. Sekarang dah pindah tak adalah lagi Faisal lembut tu. Terpatah sana. Terpatah sini." Gelak Azami Ehsani mengusik sambil menunjuk gaya Faisal. Suka benar dia mengenakan adiknya itu dengan Faisal, penolong pengawas sekolah lama mereka.

"Ish Abang Azam ni. Gelilah Yuna dengan lelaki gedik tu. Jangan kaitkan Yuna dengan dia." Ayuna Elaryna sudah mula melenting.

"Kamu ni tak baik cakap dia macam tu. Nanti dapat laki macam tu baru tahu." Puan Marisa mula campur tangan menyakat anak gadisnya itu.

Ayuna Elaryna sudah mula membuat muka gelinya. Lebih-lebih lagi mengenangkan kegedikkan Faisal yang suka benar hendak mendekatinya. Dahlah lembut.

Setelah selesai sarapan, Azami Ehsani dan Ayuna Elaryna menyarung kasut mereka yang sudah disediakan umi mereka.

"Adam. Kamu boleh ke duduk sorang-sorang ni?" tanya Encik Borhan meminta kepastian.

"Boleh uncle. Slow-slow. Janganlah risau." Adam Haqrazi memberi keyakinan.

"Kamu nak air, roti, biskut ada auntie letakkan dekat atas meja tamu tu. Ada remote tv dekat situ kalau kamu nak buka tv. Auntie takut kamu bosan pula nanti." Puan Marisa memandang wajah lelaki itu. Gaya Adam Haqrazi seperti orang berada cuma sedikit tidak kemas dengan jambangnya.

"Thanks auntie." Lelaki itu mengukir senyuman di bibir nipisnya.

"Kami pergi dulu. Jaga diri tu," pesan Encik Borhan seakan Adam Haqrazi itu anaknya.

Adam Haqrazi mengangguk. Dia hanya duduk di sofa ruang tamu dan mendengar pintu ditutup.

"Uminya. Sekolah umi tu dekat dengan sekolah abah kan?" tanya Encik Borhan sambil mencuri pandang Puan Marisa yang cantik menyarung baju kurung dan bertudung sedondon.

"Yelah. Kan dua hari lepas kita dah pergi tengok abahnya. Lupalah tu." Wanita awal 40-an itu tersenyum mengusik.

"Umi kamu ni sekarang dah pandai mengusik abah. Ada je dia," balas Encik Borhan berkata kepada kedua anaknya yang duduk di belakang yang juga turut tersenyum dengan kata-kata umi mereka.

"Eleh abah dah malu. Umi pula yang kena," sakat Ayuna Elaryna kembali.

"Entah abahnya ni. Kan umi macam ni je dari dulu." Puan Marisa menambah.

"Yelah abah juga yang kena."

Kereta yang dipandu Encik Borhan berhenti di hadapan sebuah sekolah rendah dan Puan Marisa bersalam dengan suaminya dan juga anaknya sebelum turun.

Encik Borhan mengemudi lagi keretanya untuk ke sekolah menengah yang terletak tidak berapa jauh dari sekolah Puan Marisa. Cuma 5 minit perjalanan.

Kereta diletakkan di tempat letak kereta untuk guru.

Encik Borhan adalah guru sains sekolah menengah manakala Puan Marisa, isterinya, guru matematik sekolah rendah.

Setelah selesai menguruskan hal Azami Ehsani yang bertukar dari sekolah lamanya ke situ dan masih menduduki tingkatan 6 atas dalam kelas sains itu, Encik Borhan menguruskan pula perihal anak bongsunya, Ayuna Elaryna, untuk memasuki kelas tingkatan 5 sains.



Jauhlah pula cikgu ni bawa aku. Bebel Ayuna Elaryna dalam hati sambil mengekori langkah guru muda di hadapannya itu. Kata Pengetua, dia guru kelas tingkatan 5 Sains 1.

"El masuklah," ajak guru lelaki itu dengan senyuman setelah sampai kaki mereka di hadapan kelas.
Ayuna Elaryna mengangguk menerima arahan.

Seorang pelajar lelaki berbaju kemeja lengan panjang dan berseluar merah bata bangun dan diikuti pelajar lain dalam kelas itu.

"Selamat pagi cikgu," kata pelajar itu sebelum kata-kata itu disahut oleh 30 orang pelajar yang lain.

"Selamat pagi. Ok duduk. Hari ni ada pelajar baru masuk. Saya benarkan awak perkenalkan diri El," suruh cikgu itu setelah mengucap selamat untuk pelajarnya.

El menuding jari ke arahnya dengan membulatkan matanya.

"Yelah. Kenalkan diri," pinta guru itu sekali lagi dengan senyuman.

Mata semua pelajar tertumpu padanya yang berdiri di hadapan kelas itu.

"Panggil saya El. Saya dari Johor Bahru. Pindah sini sebab abah saya ditukarkan mengajar ke sini." Itu sahaja yang dikatakan mulutnya. Lancar dan sempurna.

"Nama?" tanya seorang budak lelaki yang duduk di bahagian belakang kelas.

Ayuna Elaryna melihat wajah guru lelaki yang masih berdiri di sisi meja guru.

"Berilah tahu. Saya pun nak tahu juga."

"Ayuna Elaryna binti Borhan."

Semua pelajar mengangguk mendengar nama itu.

"Ada apa-apa lagi nak tanya?" tanya guru lelaki itu lagi sambil tersenyum melihat wajah pelajar lelaki dalam kelasnya hari itu. Semuanya kelihatan bersinar-sinar. Biasalah tu tak boleh nampak perempuan comel sikit.

Semua pelajar lelaki mula berbincang dengan senyuman nakal mereka.

"Hal-hal peribadi dia awak tanya nanti." Seperti tahu sahaja apa yang ada dalam fikiran pelajarnya. Guru itu sudah memintas dahulu niat nakal mereka.

Jangan kata aku kena duduk sebelah budak lelaki. Siaplah budak tu aku buli. Cikgu bagi saya duduk sebelah budak perempuan. Jerit hati Ayuna Elaryna meminta-minta kerana dilihatnya semua duduk berpasangan dan berselang-seli. Mungkin untuk mengelakkan mereka berbual ketika sesi pembelajaran berlansung.

"El. Awak boleh duduk sebelah Ta..."

"Yes. Arahan diterima cikgu. Mana Tasya?" Spontan sahaja Ayuna Elaryna memintas kata-kata guru itu. Senyuman menguntum di bibir munggil itu kerana harapannya untuk duduk di sebelah pelajar perempuan terlaksana.

"Mana ada budak nama Tasya dalam kelas ni. Saya nak cakap awak duduk sebelah Taufiq Firus tu," jawab guru itu kembali dengan senyuman melihat kesungguhan Ayuna Elaryna. Jarinya menuding kepada seorang budak lelaki yang duduk di tepi tingkap sebelah kanan kelas dan meja sebelahnya kosong. Tiga dari barisan hadapan.

Ayuna Elaryna tersenyum paksa memandang wajah budak lelaki yang bakal duduk di sebelahnya itu. Kemudian wajah guru kelasnya dipandang penuh pengharapan.

"Pergilah duduk. Saya ada class lain ni. Kejap lagi cikgu kamu masuk," beritahu guru itu sambil mengambil barangnya untuk berlalu.

Ayuna Elaryna menghayun langkah lemahnya menuju ke meja barunya. Beg silangnya ditanggalkan dari tubuhnya dan diletakkan di atas meja. Dagunya ditongkat.

"El sana sikit," tegur pelajar lelaki yang duduk disebelahnya itu. Dia sudah bangun dari tempatnya.

Apa pula budak Tasya ni nak. Bebel Ayuna Elaryna geram. Dia memang tidak boleh orang lain menganggu ketenteramannya.

"Nak apa?" tanya Ayuna Elaryna dengan nada malas. Posisinya masih seperti tadi. Wajah Taufiq Firus lansung tidak dipandangnya.

"Saya nak keluarlah. Yang awak memenuhkan tempat laluan saya tu buat apa? Sana sikit," arah Taufiq Firus sambil memegang tempat penyandar kerusi Ayuna Elaryna. Suaranya masih lagi berlembut kerana rupa Ayuna Elaryna yang lembut dan comel itu.

Ayuna Elaryna menarik kerusinya sedikit ke depan supaya ada ruang untuk lelaki itu berlalu. Malas hendak mencari pasal pagi-pagi hari.

"Thanks." Taufiq Firus berlalu.

Sopan-santunlah pula. Whatever. Senang sikit kalau dah lemah-lembut. Kutuk Ayuna Elaryna dalam hati.

"Hai El. Saya Yu." Tiba-tiba pelajar lelaki yang duduk di hadapannya memperkenalkan diri tanpa dipinta.

"Yu? Ikan ke?" seloroh Ayuna Elaryna. Tapi wajahnya penuh sirius memandang wajah lelaki berkulit sawo matang itu.

"Eh taklah. Yusman nama saya. Yu tu nama pangilan." Ketawa kecil kedengaran dari pelajar itu tapi sedikit pun tidak menggeletek hati Ayuna Elaryna untuk tersenyum malahan dia tidak memberi sebarang ekspresi.

"Dia Yu, saya Ai." Tambah seorang pelajar lagi di sebelah kiri Ayuna Elaryna. Senyuman nakal menghiasi bibir itu.

Ayuna menoleh ke kiri, kanan, depan dan belakang. Dia dikelilingi lelaki rupanya. Keluhan berat darinya.

"Yu ada. Ai ada. Saya Me." Seorang lagi yang duduk di belakangnya menambah korum.

"Mee rebus ke mee goreng?" tanya Ayuna Elaryna tanpa menoleh.

"Hah?" tanya Me kembali seakan kebingungan dengan gurauan Ayuna Elaryna yang bermuka tiada riak itu.

Ketawa Yu dan Ai pecah seakan Ayuna Elaryna membuat lawak di situ.

"Yusman. Aizat. Yang awak ketawa macam nak pecah kelas ni kenapa?" tegur seorang guru membuatkan ketawa mereka berhenti serentak dan berpandangan.

Kemudian mereka memandang wajah kegarangan guru di hadapan kelas itu sebelum bangun mengikut yang lain untuk memberi salam.

"Duduk." Guru lelaki itu mengarah sambil menebarkan matanya ke seluruh pelusuk kelas itu.

"Awak. Pelajar baru ye?" tanya guru itu lagi sambil menuding jarinya kepada Ayuna Elaryna.

Ayuna Elaryna dengan pantas mengangguk. Wajahnya selamba sahaja dengan begnya yang masih lagi di atas meja.

"Siapa nama?"

"El." Wajahnya masih lagi tenang menatap wajah guru yang melahirkan seribu kegarangan itu.

"El. Mana Taufiq?"

Ayuna Elaryna menunjukkan wajah tidak bersalahnya dan menjungkit bahu. Bibirnya yang munggil dijuirkan.

"Hah Taufiq. Ke mana? Masuk dari pintu belakang. Pintu depan dah tak ada ke?" tanya guru itu dengan anak matanya tajam memerhati wajah selamba yang ditunjukkan Taufiq Firus.

"Toilet." Sepatah sahaja menjawabnya. Tapi penuh nada bersahaja membuatkan guru itu geram dengannya.

"Sekarang bawa beg awak duduk luar. El juga," arah guru itu sedikit tegas nadanya.

"Hah? Kenapa saya?" tanya Ayuna Elaryna pelik. Dahlah kelas pertama dia di sekolah itu.

"Dah dia suruh tu buat jelah." Suara Taufiq Firus sedikit berbisik sambil mengangkat begnya untuk berlalu.

"Sebab awak duduk sebelah dia tapi awak tak tahu ke mana dia pergi. Keluar. Berdiri dekat luar sampai habis masa saya," arah guru itu lagi sambil menuding jarinya kepada pintu kelas.

"Cikgu. Takkan saya nak tanya setiap gerak langkah dia. Kenal dia pun tak." Ayuna Elaryna mula membantah kerana bukan salahnya. Takkanlah dia nak menjaga tepi kain Taufiq Firus yang tak pakai kain tu. Nadanya masih lagi dikawal kerana dia sedang bercakap dengan seorang guru.

Semua pelajar dalam kelas itu sudah tercengang dengan kepetahan mulut Ayuna Elaryna berkata-kata membantah guru paling garang itu.

Taufiq Firus mengambil beg Ayuna Elaryna dan menarik tangan kecil itu sekali bersama langkahnya meninggalkan kelas itu.

"Buka buku teks muka surat 56." Guru itu mula mengajar tanpa menghiraukan lagi pelajar yang telah dihalaunya keluar itu.

"Apa pegang-pegang ni?" marah Ayuna Elaryna sambil menyentap tangannya yang dipimpin. Sekali penangannya kena pada pipi lelaki itu.

Kulit wajah yang putih bersih itu tiba-tiba menjadi merah menyala kerana tangan dan jari-jemari halus yang menghinggap.

"Saya pun tak naklah pegang awak." Sekali tamparan pula mengena wajah putih mulus Ayuna Elaryna membuatkan gadis kecil itu terkesima sebentar.

Tamparan Taufiq Firus dibalas kembali dengan tamparan. Puas hati dapat membalas kembali. Pipinya yang sedikit pijar itu tidak dihiraukan.

"Dah bergaduh pula. Nak saya bawa pergi jumpa Cikgu Rafi ke?" marah guru yang menghalau mereka tadi. Entah bila guru itu berada di hadapan pintu memerhati perlakuan mereka.

Taufiq Firus yang baru sahaja hendak membalas perbuatan Ayuna Elaryna, menjatuhkan tangannya. Begnya yang disilang ke tubuhnya dibetulkan kedudukannya.

Ayuna Elaryna menggosok hidungnya. Yang penting Taufiq Firus kena lebih. Dia kena sekali sahaja tamparan tidak seberapa lelaki itu. Taufiq Firus kena dua tamparan hebatnya. Sehingga merah kedua belah pipi lelaki itu.

"Taufiq. Awak pergi diri sana." Guru lelaki itu mula mengarah untuk memisahkan mereka dari terjadi pergaduhan lebih lanjut sepanjang 1 jam 20 minit masa kelasnya. Jari telunjuknya menghala kepada pintu belakang kelas.

Taufiq Firus hanya tenang menerima arahan dan berjalan mengikut suruhan.

"El. Awak diri sini. Sekali lagi awak ganggu kelas saya, saya bawa jumpa Cikgu Rafi. Faham?" tanya guru itu dengan riak garangnya.

Ayuna Elaryna hanya memandang wajah guru itu tanpa sebarang riak. Tidak takut lansung dia dengan guru itu.

"Cikgu Rafi tu siapa?" Selamba wajah Ayuna Elaryna bertanya.

"Awak nak saya bawa jumpa dia?" Anak mata hitam pekat guru itu sudah menikam seluruh pelusuk wajah penuh kelembutan Ayuna Elaryna. Wajah sahaja lembut. Kelakuan, tidak menunjukkan ciri kelembutan lansung.

"Boleh juga kalau cikgu ada masa."

Bertambah menyiraplah guru itu dibuat Ayuna Elaryna.

"Diri situ diam-diam. Sekali lagi awak bising, siap awak." Guru itu sudah malas hendak berdebat dengan Ayuna Elaryna. Lagi dilayan nanti kelasnya terabai. Selama lebih 20 tahun dia mengajar, tiada siapa pernah menentangnya. Tambahan lagi dengan rotan yang sentiasa berada dengannya. Tapi gadis kecil itu sempat bertentang mata lagi dengannya. Lansung tidak gerun.

"Saya dah siap cikgu." Sempat lagi mulut kecil itu menjawab sebelum guru itu melangkah masuk meninggalkannya.

Taufiq Firus sudah menggeleng melihat Ayuna Elaryna yang begitu kelakuannya.

Senyum puas terukir di bibir Ayuna Elaryna. Dari kena diri di luar, lebih baik dia menyakat sikit guru yang berwajah garang dengan misai tebalnya itu.

____________________________________________

Adam Haqrazi mendengar kereta yang dipandu Encik Borhan berlalu. Tangannya meraba meja tamu untuk mengambil alat kawalan jauh television untuk menghilangkan kesunyian rumah itu.

Apabila tangannya menjumpanya, dengan pantas jarinya menekan punat ‘on’. Bergema suara dari television itu menerbangkan kesunyian.



Adam Haqrazi meraba-raba meja lampu tidurnya untuk mencari telifon bimbitnya. Kepalanya pening dan melayang-layang.

Dapat sahaja telifon bimbitnya ke tangan, dia menekan butang 1. Lama sehingga menerbitkan bunyi pangilan.

"Hallo. Sayang. Boleh ambil saya dekat rumah? Saya rasa tak sedap badanlah. Saya ingat nak pergi klinik," adu Adam Haqrazi kepada orang di hujung talian setelah panggilannya disambut.

"Papa dengan mama you tak ada ke?" tanya wanita di hujung talian dengan nada kurang senang dengan permintaan Adam Haqrazi.

"Tak ada sayang. Diorang semua pergi party rumah Uncle Ghafa. Boleh ye tolong saya?" tanya Adam Haqrazi lagi meminta simpati. Jika matanya boleh melihat, pasti kereta Mazdanya sudah meluncur pergi menghantarnya.

"Pak Haris tak ada ke nak hantar you." Sekali lagi wanita itu memberi alasannya.

"Pak Haris hantar diorang sayang. Bolehlah. Bila lagi saya nak minta tolong tunang saya? Boleh ye sayang?" Adam Haqrazi masih lagi mengharap Wanda Alia, tunangnya itu bersimpati dengannya.

"Yelah. You siap. I sampai, I tahu you dah siap." Wanda Alia memberi arahannya sebelum memutuskan talian.

Adam Haqrazi tersenyum nipis kerana mulutnya tidak sempat menucapkan ‘thanks’ untuk wanita yang sentiasa menapak di setiap ruang hatinya itu. Walaupun matanya tidak dapat melihat lagi raut wajah ceria wanita itu, tapi dia tidak pernah lupa bagaimana rupa wanita itu. Lebih-lebih lagi tika baru bangun tidur kerana dia suka raut wajah itu tanpa bantuan alat solek yang tebal.

Kakinya melangkah sambil memapah-mapah untuk bersiap. Kepeningannya dilawan semahunya. Bukan selalu dia dapat berjumpa dengan Wanda Alia. Dia sememangnya rindu hendak menatap wajah wanita itu. Tapi, disebabkan kehilangan derianya yang satu itu, dia hanya mampu mengukir raut itu pada pandangan gelapnya. Bauan wanita itu sahaja yang dapat dihidunya jika berjumpa dan suara wanita itu sahaja manjadi peransang pendengarannya.

Lama dia mengambil masa untuk bersiap kerana pergerakannya yang lambat.

"Kenapa lambat sangat ni?" bebel seorang wanita yang menerpa masuk ke dalam bilik Adam Haqrazi setelah ketukannya tidak disahut.

Kedengaran bunyi air pancuran dari dalam bilik mandi.

"Tengah mandi?" gumam wanita awal 20-an itu dengan nada geram.

"Razi. You lama lagi ke?" Ketukan pintu bilik mandi membuatkan Adam Haqrazi menutup air pancuran.

"Kejap lagi sayang. Awak boleh carikan baju saya kejap?" Adam Haqrazi meminta.

"Ye. Cepat sikit. I banyak kerja lagi ni." Wanda Alia berlalu mendapatkan baju lelaki itu di dalam bilik pakaian.

Adam Haqrazi kembali menyambung perkerjaannya tadi. Beberapa minit kemudian baru dia keluar.

Wanda Alia mendekati Adam Haqrazi yang hanya bertuala itu dan dipimpinnya perjalanan lelaki itu.

Setelah bersiap, Wanda Alia membawanya ke kereta untuk dibawa ke klinik.

Siap pemeriksaan doktor, Adam Haqrazi membayar di kaunter dan mengambil ubat yang disuruh doktor. Kata doktor, dia terlampau tertekan dengan keadaannya sehingga kurang benda yang diperlu oleh badannya kerana kekurangan selera makan.

"Sayang. Boleh belikan saya coklat? Teringin pula nak makan coklat." Jari-jemari Wanda Alia disentuhnya lembut.

"Kenapa tadi sebelum naik kereta you tak nak minta? Sekarang dah jalan baru nak minta?" balas Wanda Alia dengan nada kurang senangnya.

"Please sayang. Sanggup ke awak tengok saya kempunan? Dah lama saya tak makan coklat tau." Manja Adam Haqrazi meminta.

"Razi. You ni boleh tak jangan nak mengada-gada macam ni? I pening dengan you ni tau." Kedengaran marah sahaja nada Wanda Alia menuturkan kata-katanya.

"Sampai hati awak cakap saya macam tu sayang? Awak tak pernah layan saya macam ni tau. Saya ni membebankan awak ke?" Nada Adam Haqrazi yang tadi sedikit manja berubah menjadi sirius. Tidak dia sangka Wanda Alia yang sudah dia kenal selama 4 tahun bolah berubah sehingga begitu setelah dia mengalami kecacatan penglihatan.

"Memang awak membebankan saya. Tak tahulah macam mana nanti kalau saya kahwin dengan awak. Dahlah. Tunggu sini," balas Wanda Alia sambil merentap tangannya yang disentuh Adam Haqrazi dan turun. Pintu dihempas tanda protesnya. Kaki dihayun ke 7-eleven yang berdekatan dengan tempat dia meletakkan kenderaannya.

Hati Adam Haqrazi bagai digarik. Luka dan berdarah. Tidak pernah wanita penuh kasih sayang dan ceria yang dikenalnya itu memperlakukannya seperti itu. Betulkah disebabkan kecacatan itu membuatkan dia beban buat wanita kesayangannya itu?

Persoalan demi persoalan menyerbu segenap rongga jiwanya yang kian didera itu membuatkan kakinya melangkah keluar dari kereta kepunyaan tunangnya itu. Ingat lagi dia tentang kereta pemberiannya itu kepada Wanda Alia.

Setelah jauh dia melangkah memapah kereta-kereta yang tersusun di sisi jalan membawa hati yang parah, kepeningan kembali menangkap di kepalanya. Dia sudah tidak mampu bertahan dengan kesakitan yang terus-terus menusuk itu sehinggakan dia melabuhkan punggungnya di sisi kereta yang dia sendiri tidak tahu pemiliknya sebelum matanya tertutup.

____________________________________________

"Yu. Pinjam nota sejarah awak." Ayuna Elaryna menarik kerusi lelaki kurus di hadapannya mengejutkan lelaki itu. Kuat juga tenaga gadis kecil itu.

"Hah?" Yu sedikit terkejut.

"Nota sejarah tadi. Saya nak pinjam kejap." Sekali lagi Ayuna Elaryna meminta sambil menadah tangannya.

"Oh. Nah. Tulisan tak berapa cantik. Faham-faham jelah. Kalau tak faham tanya," aku Yu dengan senyuman menutup malunya. Tidak pernah orang meminjam notanya.

"Sedar tak apa." Sempat mulut kecil itu menjawab setelah mendapat buku nota sejarah itu.

Yu hanya tersenyum nipis mendengar kutukan Ayuna Elaryna.

"Thanks. I will return it back after this. Bye." Ayuna Elaryna sempat melambai sebelum berjalan melepasi seorang pengawas.

"Keluar. Waktu rehat mana boleh duduk dalam kelas," arah pegawas tadi sambil memandang wajah Yu yang kelihatannya terkulat-kulat. Sempat dia melirik kepada Ayuna Elaryna yang berlalu meninggalkan kelas.

Berlagu riang gadis kecil itu mencari tempat untuk dia menyalin semua nota yang tertinggal kerana dihalau pagi tadi.

Bawah pokok tu best juga. Getus hati Ayuna Elaryna dengan senyuman. Kaki itu melangkah ke sebatang pokok yang merendang berdekatan dengan padang.

Punggungnya dilabuhkan diatas rumput yang menutup lantai tanah dan membuka buku Yu dan juga bukunya. Pennya dikeluarkan dari dalam bekas pensilnya.

"Rokok?" Hidung mancung itu terkembang-kembang menghidu sesuatu. Dia bangun kembali dan berjalan ke belakang pokok rendang berbatang besar itu.

"Tasya?" Wajah lelaki itu ditatapnya. Sebatang rokok yang masih lagi panjang dan menyala berada di celah jari lelaki itu.

"El. Mana awak jumpa tempat saya ni?" Bersahaja wajah itu sambil mengeluarkan kepul-kepul asap dari mulut dan hidungnya.

Terbatuk-batuk Ayuna Elaryna dibuatnya. Tangannya dikibas-kibas di hadapan muka menghalang asap itu dari menghuni rongga hidungnya.

"Ish apalah isap rokok." Ayuna Elaryna kembali ke tempatnya dan duduk kembali di situ. Tangannya mula menyalin setiap patah yang berada dalam buku Yu yang dipinjamnya.

"Buat apa?" tanya Taufiq Firus sambil mengambil tempat di sisi Ayuna Elaryna.

"Jauh sikitlah. Busuklah bau rokok," sungut Ayuna Elaryna sambil menyinggul sedikit lengan lelaki itu.

Taufiq Firus mengalih sedikit punggungnya tapi tetap dekat. Rokok yang dihisapnya tadi sudah tiada di tangannya.

"Menyalin je?"

"Yelah. Sebab awaklah saya tak dapat salin nota. Duduk diam-diamlah. Nanti saya tak sempat salin. Dahlah kawan kelas awak tu semuanya peramah semacam." Tangannya masih lagi laju manyalin nota sejarah itu. Banyak pula sampai 3, 4 muka surat.

"Kenapa nak susah-susah salin notes Cikgu Taha tu?" Nada lelaki itu masih lagi bersahaja.

Ayuna Elaryna diam. Mulutnya mengikut setiap perkataan yang disalinnya. Baginya, salin, salin juga. Ingat, ingat juga.

"Setiap tahun saya tak lulus sejarah ni tak jadi apa-apa pun. Kenapa nak susah-susah?" Mulut Taufiq Firus masih lagi tak diam.

"Hallo Encik Tasya. I know that you ni anak Dato’. So, semuanya tak payah nak susah-susah kan? Everythings you can get dengan duit papa you. Anyway, don’t you think that semua harta tu tak menjamin masa depan you if you don’t have any knowlwgde. Just don’t bother whatever I want to do. Just mind your own bussines. Kacau tahu?" Ayuna Elaryna sudah mula membebel. Sebenarnya dia geram dengan lelaki itu sejak dari kena denda tadi lagi.

"Ya I know that darling. But, nowadays, money much more important than everythings. Don’t you think that? Even you want to use public toilet you know."

"Ya bie. Whatever you want to said, nothing can change my thought. Knowlage is more important than ‘money’." Sengaja ditekankan perkataan di hujung percakapannya.

"Fine. You like to salin. Kan darling? Could you please salinkan notes tu for me? Macam best je," seloroh Taufiq Firus sambil menatap perlakuan gadis itu.

"Can bie. Whatever you said I can do it for you. But, dalam mimpilah. Lainlah you want to read it." Turun naik nada Ayuna Elaryna membidas segala kata-kata Taufiq Firus. Wajah lelaki itu sedikit pun tak dipandangnya. Mata penanya masih rancak menari di atas bukunya.

Bibir Taufiq Firus mengukir senyuman mendengar kata-kata gadis itu. Pantas sahaja mulut itu menjawab.

"Ok. Kalau you salinkan untuk I. For sure I read it darling."

Ayuna Elaryna memandang wajah Taufiq Firus. Lepas itu tersenyum dengan lebarnya.

Taufiq Firus hanya menahan senyumannya dari dilihat gadis itu. Dia perlu sentiasa kawal tahap ketenangannya yang disandangnya selama 3 tahun lebih. Siapa tidak kenal dengan Taufiq Firus anak Dato’ Ghafa pelajar lelaki paling cool dalam sekolahnya.

"Don’t ever dream it bie. You nak pandai, you salin sendiri." Jeliran lidah menyusul sebaik sahaja habis bicaranya.

"Saya tak cakap yang saya nak pandai. Saya tak ada notes Cikgu Taha pun saya dapat A juga sejarah. Every year." Lelaki itu tersenyum bangga dengan dirinya.

"Pardon? Tadi awak cakap setiap tahun awak tak luluskan?" Dahi Ayuna Elaryna mula berkerut. Tapi wajah Taufiq Firus tetap tidak dipandangnya.

"Darling. I just cakap je. Saja nak tengok you melenting ke tidak." Selamba sahaja jawapannya. Dilihatnya kepantasan tangan Ayuna Elaryna menyalin nota. Tidak sampai setengah jam, notanya hampir habis disalin.

The last full stop. Just wait Mr. Tasya. Kau tak kenal siapa Ayuna Elaryna ye. Getus hati kecil Ayuna Elaryna dengan senyum sinisnya. Bukunya digulung rapi.

"Saja nak tengok saya melenting ye? Nah," balas Ayuna sambil memukul peha lelaki itu dengan buku yang digulungnya tadi.

"Darling. You pukul I?" Dengan pantas tangannya mencapai buku Yu dan digulungnya. Dengan muka selamba, sekali pukulan mengena kaki Ayuna Elaryna yang duduk bersimpuh di sebelahnya. Dia masih lagi kelihatan tenang.

"Bie. You too much. You can’t hit me like that. Give it back to me." Dengan kasar dia menarik kembali buku Yu dari tangan Taufiq Firus. Sekarang lelaki itu tanpa senjata.

Taufiq Firus masih lagi menahan senyumannya. Tidak pernah seorang gadis pun yang pernah menggeletek hatinya seperti itu. Tambahan pula dengan panggilan ‘bie’ yang digunakan Ayuna Elaryna membalas panggilan ‘darling’ yang digunakannya.

Loceng tamat waktu rehat berbunyi membuatkan Ayuna Elaryna mengemas alat tulisnya. Selesai mengemas, wajah Taufiq Firus ditatap sekali lagi dengan senyuman lebarnya.

Pap! Mengena sekali lagi peha Taufiq Firus pukulan mautnya. Punggungnya diangkat pantas. Puas hati. Lelaki itu mesti kena lebih dari dia.

"Bye bie. See you at class." Lambai Ayuna Elaryna dengan senyuman puas. Lelaki itu dilayannya bagai abangnya kerana lelaki itu melawan setiap tindakannya. Seperti pagi tadi, pipinya ditampar kerana tamparannya melekat di pipi lelaki itu.

Taufiq Firus hanya melihat sahaja gadis kecil molek itu berlalu.

__________________________________________

"Abah mana Yuna?" tanya Azami Ehsani sambil mengambil tempat di sisi Ayuna Elaryna yang duduk di kerusi batu seperti menunggu seseorang.

"Abah suruh tunggu sini. Dia tertinggal barang dekat atas." Wajah kemerahan abangnya dipandangnya sekilas. Tersenyum-senyum sahaja bibir itu.

"Macam mana hari ni?"

"Macam mana apa? Pagi-pagi lagi dah kena bala. Esok tak tahulah kalau kena lagi." Mulut kecil itu sudah mula membebel.

"Kenapa abang suka sangat ni?" tambah Yuna sambil membetulkan kedudukan rambut depannya. Peluh merembes di segenap dahinya.

"Adalah. Budak kecik tak boleh tahu. Tu abah." Jari Azami Ehsani menuding kepada abah mereka yang masih lagi kelihatan kemas berbaju kemeja lengan panjang.

"Eleh. Perempuanlah tu. Macamlah Yuna tak tahu abang tu." Bibir itu mula terjuir kerana mengejek abangnya yang pantang nampak perempuan lemah-lembut sikit. Yelah dapat adik perempuan pun ganas macam lelaki.

Mereka naik ke kereta setelah Encik Borhan naik.

"Yuna kenapa kena berdiri luar kelas pagi tadi?" tanya Encik Borhan setelah lama kereta dipandu.

"Cikgu tu cari pasal dengan Yuna." Wajah itu tenang sahaja menjawab.

"Cikgu cari pasal? Yuna ni biar betul? Selama abang sekolah, tak ada cikgu yang cari pasal dengan pelajar tau. Merepek," biadas Azami Ehsani sambil berpaling memandang wajah adiknya yang duduk di belakang.

"Whateverlah. The most important thing is Yuna anggap cikgu tu yang cari pasal dengan Yuna. Abah tak marah Yuna kan? Abah tengoklah dekat sekolah lama mana ada Yuna pernah kena diri dekat luar. Yuna yang comel lagi ayu ni mana ada cikgu yang nak denda Yuna. Cikgu tu jelous agaknya dengan Yuna ni abah," terang mulut Ayuna Elaryna panjang lebar sempat mengaitkan dia dahulu.

Dulu, di sekolah lama, Encik Borhan juga mengajar di sekolah yang dimasuki kedua anaknya itu. Jadi dia selalu juga tahu apa yang anaknya lakukan. Dan setahu dia, dari dulu memang kedua-dua anaknya itu tidak pernah memalukannya dengan kelakuan yang bukan-bukan.

"Apa yang bebel anak umi ni? Balik-balik sekolah dah memebebel." Puan Marisa menjejakkan kakinya ke dalam kereta.

"Macam mak nenek kan umi. Nasib baik mak nenek bukan nenek kebayan," sakat Azami Ehsani dengan senyumannya.

"Abang Azam ni suka kutuk orang. Geram betul." Muncung di bibirnya mula memanjang. Malas betul melayan kerenah abangnya itu.

Sepanjang jalan pulang ke rumah, ada sahaja idea Azami Ehsani menyakat adiknya.

"Eleh Yuna. Eleh-eleh. Merajuk ke?" Azami Ehsani masih lagi dengan aktiviti kegemarannya itu.

"Azam dah-dahlah tu. Menangis pula nanti adik kamu tu. Pergi naik atas salin baju," arah Puan Marisa. Kasihan pula melihat wajah anak perempuannya itu.

Ayuna Elaryna sudah naik ke biliknya. Lari dari menjadi bahan sakat abangnya.

"Adam." Kejut Encik Borhan sambil menyentuh lembut kaki Adam Haqrazi yang sudah berbaring tidur di sofa ruang tamu.

"Uncle. Dah balik?" Dengan pantas Adam Haqrazi terduduk. Sedikit terperanjat kerana tidak perasan dengan kepulangan keluarga itu.

Puan Marisa hanya tersenyum dan berlalu ke dapur.

"Tu uncle ada belikan lunch. Kami semua dah makan dekat sekolah." Punggungnya dilabuhkan di sisi Adam Haqrazi.

"Thanks uncle. Susah-susah je." Senyuman nipis diukirkannya.

"Apa susahnya pula Adam. Mari makan dulu," ajak Puan Marisa yang sudah pun siap meletakkan makanan untuk Adam di meja makan.

"Jom. Nanti masuk angin pula perut tu. Dahlah lambat makan ni," kata Encik Borhan sungguh-sungguh. Tangan Adam Haqrazi disentuhnya untuk membawa lelaki itu ke meja makan.



"Wah Razi. Girlfriend kau ke?" tanya Lufi sambil melirik memandang susuk tubuh yang cantik memakai tube gaun separas setengah peha yang berdiri di sisi Adam Haqrazi.

"Macam apa yang kau nampaklah. Kalau bukan aku punya takkan dia dengan aku," jawab Adam Haqrazi sedikit bangga kerana setiap mata yang memandang mereka berdua, pasti akan memuji.

"Wanda Alia. Just call me Wanda," kenal wanita yang mendampingi Adam Haqrazi sambil menghulurkan tangannya. Senyuman yang cukup menggoda diukir untuk lelaki itu.

"I’m Lufi. Ahmad Lufi. Razi’s bestfriend masa dekat overseas dulu." Tangan lembut itu tidak dilepaskan lagi.

"Enough." Adam Haqrazi meleraikan tautan tangan itu dengan senyuman.

"She’s mine," tambah Adam Haqrazi lagi sambil memeluk erat Wanda Alia di sisinya.

"Sorry. Eh pergilah makan. Meja bufet dekat sana. Layan diri." Jari ditunjukkan kepada meja panjang yang bersusun atasnya makanan yang bermacam jenis.

"Hah. Ni. Wanda cakap benda yang aku bagi kau ni memang sesuai dengan kau yang kaki perempuan ni," seloroh Adam Haqrazi dengan senyuman sambil menghulurkan hadiah yang dibawa bersamanya tadi.

"Thanks. Orang cantik yang pilih. Mesti benda best ni kan?" tanya Lufi. Matanya dilirikkan pada Wanda Alia yang dari tadi memang senyuman tidak lekang dari bibir itu.

"Biasa je." Wanda Alia seakan malu-malu dengan pujian yang dilemparkan.

"Lebih-lebih nampak. Girlfriend orang lain kau nak cekut boleh but not mine, buddy," tegur Adam Haqrazi. Dia masih lagi dengan senyumannya. Dia sudah biasa dengan gurauan rakannya itu.

Perbualan mereka berterusan sehingga tidak menyedari masa telah meninggalkan mereka.

"Kawan awak tu memang kelakarlah sayang. Ada-ada je." Sementara hendak berjalan kereta yang dipandu Adam Haqrazi, sempat lagi dia melambai kepada Lufi yang masih berdiri berdekatan dengan kereta.

"Hai sayang. Dah tak nampak saya ke?" rajuk Adam Haqrazi dengan nadanya.

"Alah sayang ni. Kita puji orang sikit pun tak boleh ke?" pujuk Wanda Alia sambil memaut lengan Adam Haqrazi. Dagu lelaki itu dicubitnya manja.

"Saya nak merajuk. Asyik puji dia je. Dia good looking lah. Dia macholah. Bla-bla. Dia je. Habis saya?" Muncung ditarik sepanjang boleh.

"Alah-alah. You more than that sayang. Everyday saya puji awak dalam hati. Janganlah macam ni." Pipi lelaki itu dikucupnya tanda dia memujuk.

Adam Haqrazi hanya membiarkan Wanda Alia melakukan bergitu.

"Nak merajuk juga? Ni mesti kena hantar baliklah ni. Nampaknya malam ni tidur dengan Mr. Teddy jelah." Wanda Alia sudah duduk memeluk tubuh kerana Adam Haqrazi lansung tiada respon dengan pujukannya.

"Eh, siapa yang merajuk ni? Mana boleh. Ok. Saya dah tak merajuk." Jari-jemari Wanda Alia disentuhnya.



"Adam." Panggilan itu membuatkan lamunan masa lalunya terbang meninggalkannya.

"Ya."

"Ni umi suruh bagi air dekat Adam," beritahu Ayuna Elaryna sambil meletakkan secawan kopi di atas meja batu yang berada di hadapan Adam Haqrazi yang duduk di pondok batu depan rumah.

"Oh. Thanks," balas Adam Haqrazi sambil menyentuh cawan yang diletakkan.

Ayuna Elaryna hanya tersenyum dan mula hendak berlalu.

"Yuna." Teragak-agak suara Adam Haqrazi mengalunkan nama itu.

"Ye? Nak apa-apa ke?" Ayuna Elaryna hanya memandang Adam Haqrazi dari tempat dia berdiri.

Adam Haqrazi diam sebentar menyusun ayat untuk bertutur.

Ayuna Elaryna menunggu sahaja dengan penuh kesabaran.

"Tengah buat apa tadi?" tanya Adam Haqrazi.

"Buat homework. Why?"

"Banyak ke homework tu?"

"Taklah banyak sangat. Why?"

Adam Haqrazi mengangguk.

"Azam ke mana?"

"Abang Azam pergi keluar. Umi suruh beli barang dengan abah. Why?"

"Boleh temankan saya berbual? Bosanlah." Kepala yang tidak gatal digarunya.

"Cakaplah dari tadi. Straight to the point. Tak payah pakai bunga-bunga. Wait, Yuna nak ambil buku. Sambil-sambil," beritahu Ayuna Elaryna sambil berlalu meninggalkan lelaki itu.

"Senangnya?" Makin laju dia menggaru kepalanya.

"Kenapa asyik menggaru je? Kutu ke?" Suara Ayuna Elaryna membuatkan Adam Haqrazi sedikit terperanjat.

"Eh taklah." Panas pula terasa mukanya ditegur begitu.

Rancak mereka berbual dan kadang-kala tercuit hati mereka untuk ketawa.

____________________________________________

Ayuna Elaryna duduk di bawah pokok tempat selalu dan memandang kosong buku latihannya. Seketika, bibirnya tersenyum sendiri mengenangkan perbualan dia dengan Adam Haqrazi. Diam tak diam, sudah dua bulan lebih lelaki itu menetap di rumahnya. Hari-hari setiap malam, pasti dia menemani lelaki itu berbual sambil-sambil dia melakukan latihannya. Ada kalanya, sanggup dia habiskan latihannya di sekolah semata-mata hendak menemani lelaki itu berbual.

Tidak dia sangka lelaki itu bukannya dari kecil begitu. Tapi disebabkan kemalangan yang melibatkan diri itu, menjadikan dia hilang derianya yang satu itu.

"Hai darling. Kenapa dari tadi senyum-senyum sendiri?" tanya satu suara menyentak Ayuna Elaryna dari khayalannya dan membuatkan dia memanggung kepalanya menatap wajah yang sudah berdiri di hadapannya.

"Hai bie. Nothing. Pikir pasal diri sendiri. Salah ke?" tanya Ayuna Elaryna kembali pada lelaki itu. Sibuk sahaja mengganggu harinya yang indah itu.

Melekat panggilan ‘darling bie’ yang digunakan mereka berdua sehingga jika orang mendengarnya, ingatkan mereka sedang berkasih. Padahal mereka sengaja menggunakannya.

"Pikir pasal diri sendiri ke, pikir pasal boyfriend?" tanya Taufiq Firus sambil duduk melabuhkan punggungnya di sisi gadis itu.

Tidak pernah dia berkawan dengan gadis sehingga membawa dia serapat itu dengannya. Semenjak bersama dengan gadis itu, dia jarang merokok di sekolah. Waktu rehat dia melayan keletah mulut itu berbicara itu dan ini.

Selalunya jika ada gadis yang merapatinya, hanya kerana title dan apa yang dia ada sahaja. Tapi, lain pada gadis itu. Entah kenapa dia berperasaan begitu.

"Biarlah saya fikir pasal boyfriend pun. Kenapa? Jelouse ke?" tanya Ayuna Elaryna kembali sambil menyandarkan dirinya di batang pokok seperti yang dilakukan lelaki di sebelahnya itu.

Taufiq Firus terkedu sebentar mendengar pengucapan itu. Kemudian dia tersenyum menutup rasa hatinya dan menggeleng.

Paling dia tidak menyangka, gadis itulah yang pertama yang mampu membuat hatinya tercuit dan membuatkan bibirnya mengukir senyuman.

"Darling. Boleh saya nak tanya?" Kelihatan sirius sahaja wajah lelaki itu. Lancar sahaja mulutnya memanggil Ayuna Elaryna dengan panggilan itu.

"Ya can. About what?" Wajah lelaki di sebelahnya itu ditatapnya.

"Ni a bit personal." Dia menyusun katanya di dalam hati sebelum meluahkannya takut gadis itu terasa. Gadis itu nampak sahaja kelakuannya ganas pada matanya, tapi hatinya begitu lembut dan harus dijaga sebolehnya.

"I don’t mind. Just ask what you want to ask, bie. Macam tak biasa pula," kata Ayuna Elaryna sambil menyinggul lengan lelaki itu. Ketawa kecilnya keluar.

"What kind of man that you like?" tanya Taufiq Firus lancar sahaja sambil membalas tenungan gadis disebelahnya seketika. Disaat hatinya disentuh satu rasa, dia berpaling ke arah padang yang berada di hadapan mata mereka.

"Lah. Itu rupanya. Yang penting not like you bie," tawa Ayuna Elaryna sambil memukul lembut peha lelaki itu.

Sekali lagi pengucapan gadis itu membuat dia terkesima seketika.

"Why not like me, darling?" tanya Taufiq Firus dengan senyuman nipis yang sebolehnya diukirnya.

"Because of... Entah. But not like you lah. Sebab kalau bie nak tahu, abang saya macam bie. Cuma..." Ayuna Elaryna menggantung kata-katanya.

"Cuma apa?" tanya Taufiq Firus melonjak hatinya hendak mengetahui kenapa gadis itu tidak menyukai lelaki sepertinya sedangkan semua gadis menyukainya. Dia berada, dia kacak, dia mempunyai ciri-ciri yang disukai ramai gadis di sekolah itu. Tapi kenapa tidak gadis itu, gadis yang mula mendapat tempat jauh di lubuk hatinya. Yang paling dalam.

"Cuma bie ni baik sikitlah dari abang. Abang tu lagi teruk," tawa Ayuna Elaryna dan sekali lagi tangannya mendarat pada peha Taufiq Firus.

"Oh. Than, what kind of man that you like?" Sekali lagi dia bertanya.

"Yang matang," jawab Ayuna Elaryna sambil otaknya mengukir gambar Adam Haqrazi. Ye, lelaki itulah yang sudah mencuri hatinya. Meraih rasa dalam hatinya itu dengan ceritanya, dengan tawanya.

"Can I know his name?" tanya Taufiq Firus menduga kerana gadis itu kelihatannya sedang duduk dalam dunia khayalannya.

"Hah?" Ayuna Elaryna berpaling. Kenapa lelaki itu bertanya begitu?

"Just asking. Curious," jawab Taufiq Firus tersenyum.

"Adam Haqrazi. But, dia dah ada tunang. Maybe untuk suka je. Tak tahu," jawab Ayuna Elaryna sambil menggeleng dan tersenyum malu.

Taufiq Firus mengangguk.

"Where is he now?" tanya Taufiq Firus seakan berminat.

"At my house. Dia datang sebab abah jumpa dia dan dia minta tumpang. And until now, he still at my house." Lancar mulutnya bercerita dengan senyuman.

Sekali lagi Taufiq Firus mengangguk.

"How about you, bie?" tanya Ayuna Elaryna pula kerana dia hendak larikan perhatiannya dari memikirkan tentang itu. Dia tak mahu berfikir perkara itu kerana mungkin dia suka lelaki itu sekadar boleh dijadikan teman berbicara.

Taufiq Firus lama diam memandang anak mata berkaca gadis di sebelahnya itu. Loceng tamat waktu rehat memutuskan tautan mata mereka.

Taufiq Firus bangun dan menepuk perlahan punggungnya sebelum berjalan melangkah menjauhi gadis itu yang masih lagi duduk di bawah pokok.

"Bie. You not answer my question yet," sungut Ayuna Elaryna sambil bangun dan mengejar langkah lelaki itu.



"Adam. Here’s your coffee," beritahu Ayuna Elaryna sambil mengambil tempat di kerusi yang berhadapan dengan lelaki itu. Wajah itu ditatapnya. Disebabkan lelaki itu tidak dapat mengesan perbuatannya, dia sering melakukannya ketika berada dengan lelaki itu.

"Nanti kalau saya tak duduk sini lagi, mesti saya rindu coffee yang awak buat," kata Adam Haqrazi dengan senyumannya. Setiap malam gadis itu tidak jemu melayannya. Walaupun dia tidak dapat menatap wajah itu, tapi dia percaya betapa lembutnya rupa gadis itu kerana layanannya yang begitu baik. Cuma mungkin gelagatnya yang tidak matang itu sahaja membuatkan dia berkelakuan sedikit ganas.

"Kalau rindu, datanglah sini. Tak pun terus tinggal sini ke," seloroh Ayuna Elaryna dengan tawa kecilnya. Wajah lelaki itu tidak lepas dari pandangan matanya.

"Boleh je kalau saya nak tinggal sini. Sekarang ni saya rasa segan sebab dah lama juga saya duduk sini. Tapi kena kahwin dengan awak dululah baru saya tak segan duduk sini. Terus pun tak apa," kata Adam Haqrazi dengan tawanya juga membuatkan tawa Ayuna Elaryna termati dengan kata-kata lelaki itu.

"Yuna," panggil Harqazi sambil mematikan tawanya. Disangkanya Ayuna Elaryna sudah berlalu meninggalkannya kerana tiada bunyi yang dihasilkan gadis itu.

Ayuna Elaryna masih lagi terkeras. Hatinya dipalu rasa yang dia sendiri tidak tahu hendak tafsirkan bagaimana rasa itu.

"Are you still there, Yuna?" Adam Harqazi hendak mendapatkan kepastian kerana dia dengar esakkan kecil.

"Ya." Suaranya diceriakan dan titisan jernih yang menyapa wajahnya disekanya. Entah kenapa titisan itu mengalir.

"Kenapa diam? Awak nangis ke?" tanya Adam Haqrazi lagi.

"No. Malam-malam ni. Sejuk. Jadi meleleh je." Selamba dia menjawab sedangkan dia menipu lelaki itu.

Adam Haqrazi tersenyum dengan penjelasan itu.

"Tadi sekolah macam mana? Tasya jahat lagi ke?" tanya Adam Haqrazi memecah kesuyian sementara yang tercipta.

Selalu juga dia mendenar cerita gadis itu mengenai pelajar lelaki yang digelarnya Tasya itu. Siapa nama pelajar itu dia tidak tahu. Yang dia tahu, Tasya.

"Tak. Hari ni dia baik je. Boleh Yuna tanya?" kata Ayuna Elaryna berminat hendak mengetahui apa yang turut diperbualkan dengan Taufiq Firus pagi tadi di sekolah.

Adam Haqrazi mengangguk.

"What kind of girl that you like?" tanya Ayuna Elaryna terus sahaja.

"The girl like you. Ceria, suka ketawa, pandai buat kopi. The most important thing is, manja," jawab Adam Haqrazi dengan tawanya.

Ayuna Elaryna terdiam lagi sekali kerana pengakuan lelaki itu.

"The girl like you cause kalau saya dapat anak macam awak, memang saya rasa, meriah rumah saya," tambah Adam Haqrazi masih lagi dengan tawa kecilnya.

"Oh. Jadi Adam nak perangai anak Adam macam Yunalah?" tanya Ayuna Elaryna dengan tawanya yang dibuat-buat. Dia ingatkan Adam Haqrazi menjawab gadis sepertinya yang dia suka untuk dijadikan teman hidup. Dahinya ditepuk perlahan. Dia bertanya ‘the girl’, mungkin lelaki itu salah faham dengan soalannya.

"Ya. Actually Yuna, how old are you?" tanya Adam Haqrazi. Sudah dua bulan lebih dia duduk di situ tapi dia tidak mengetahui perkara sekecil itu.

"Adam rasa? Dalam Adam tak nampak ni kan, Adam rasa Yuna umur berapa?" tanya Ayuna Elaryna kembali bermain teka-teki dengan lelaki itu. Sebenarya hatinya sudah tidak ada rasa hendak berbual lagi.

"About eleven or more younger than that," teka Adam Haqrazi teragak-agak.

Ayuna Elaryna terkesima. Semuda itu perangainya? Tak mungkin. Patutlah Adam Haqrazi tahunya hendak menghiburkan hatinya sahaja. Membuat dia ketawa dan tidak lebih dari itu.

"Nope. Actually I’m 17," ucap Ayuna Elaryna. Tiada nada ceria di situ.

Tawa Adam Haqrazi pula terhenti. Patutlah ada kalanya gadis itu bercakap sesuatu yang dirasanya sedikit kematangan.

"Dahlah. Dah malamlah. Yuna nak naik tidur. Nanti esok lambat bangun, umi marah." Dia hendak lari sejauh mungkin dari lelaki itu kalau boleh.

Adam Haqrazi mengangguk.


Ayuna Elaryna termenung sendiri. Dia tidak tahu kenapa dia rasakan teringin hendak berbual dengan Adam Haqrazi. Lelaki itu meninggalkan rumah mengejut. Tidak sempat dia hendak mengucapkan apa-apa walaupun cuma sekadar selamat tinggl.



Muncung sahaja Ayuna Elaryna sepanjang perjalanan kerana disakat abangnya. Hari itu ada gotong-royong di sekolah dan dijalankan hanya melibatkan pelajar-pelajar. Jadi sudah balik itu baru abahnya datang mengambil.

"Abah tak tengok. Dia bukan buat kerja bah. Duduk dating bawah pokok tepi padang. Betulkan Yuna?" tanya Azami Ehsani tidak mengalah lagi dari hobinya itu.

"Tak bah. Itu kawan Yuna je. Abah jangan percaya cakap abang Azam tu. dia tipu bah," bidas Ayuna Elaryna lancar. Dia cuma hendak berehat sekejap waktu itu dan Taufiq Firus datang duduk di sisinya. Itu sahaja. Lagi pula, bukannya tidak biasa perkara itu dilakukannya semenjak dua bulan setengah yang lalu lagi seperti itu.

"Kawan takkan duduk berdua macam tu. Kan bah?" sakat Azami Ehsani sambil mencebik. Ada sahaja alasan adiknya itu hendak membidas katanya.

"Abah taklah. Dia bestfriend Yuna je. Abang jangan nak mengada-gada eh. Yuna cakap dengan umi abang couple dengan akak yang duduk sebelah abang tu. abang lagi teruk dari Yuna," ugut Ayuna Elaryna dengan muncungnya yang sudah panjang sedepa dikerjakan abangnya itu.

"Bagilah tahu. Umi dah tahu. Umi tak marah pun sebab abang exem skor." Azami Ehsani sudah menjelir lidahnya.

"Mana ada istilah bestfriend antara lelaki dengan perempuan. Kan bah," tambah Azami Ehsani masih lagi hendak berdebat kata dengan adiknya yang seorang itu.

"Bestfriend ke, boyfriend ke, abah nak, SPM sebulan lagi, Yuna dapat jawab. Jangan tak dapat jawab, abah sembelih nanti buat kekah. Jangan malukan abah. Semua satu sekolah cikgu tahu anak abah pandai-pandai," ulas Encik Borhan tentang pandangannya pula setelah lama menyepi di sisi membawa keretanya untuk pulang.

"Ah. Lupa abah nak cakap. Adam kirim salam dengan korang berdua sebab tak sempat jumpa. Tadi pagi mama dengan papa dia datang ambil dia. Katanya nak hantar pembedahan dekat overseas. Untung dia jadi orang kaya," beritahu Encik Borhan menghentikan muncung Ayuna Elaryna dan menghentikan tawa Azami Ehsani.

Terkebil-kebil Ayuna Elaryna seketika.

"Dia tak cakap pun semalam dia dah nak balik bah," kata Azami Ehsani perlahan kerana sudah dua bulan setengah lelaki itu berkongsi bilik dengannya. Terasa juga kehilangannya jika tiba-tiba begitu.

"Oh. Mama dengan papa dia datang mengejut tadi. Dia pun tak sangka macam mana papa dengan mama dia dapat tahu dia dekat rumah kita. Papa dengan mama dia cari dia dan akhirnya anak kawan dia beritahu Adam ada dekat rumah kita. Tu yang dia datang cari. Abah cuma dengar je diorang anak-beranak berbual. Tak pula abah tanya," jelas Encik Borhan lagi panjang lebar membuatkan Ayuna Elaryna semakin terpampan. Sakit dadanya tiba-tiba.



"Hai darling. Kenapa ni?" Kedengaran suara Taufiq Firus menegurnya membuatkan dia menyeka air matanya. Dia tidak tahu kenapa semakin kuat perasaan itu terhadap lelaki itu sedangkan dia tahu lelaki itu ada kehidupannya sendiri sebelum datang ke dalam hidupnya.

Ayuna Elaryna menggeleng pantas.

"Tak ada apa-apa, takkan menangis. Did I miss something?" duga Taufiq Firus. Semenjak dua tiga hari ni, mulut itu senyap sahaja tidak seperti selalu menggamatkan keadaan kelas dan menceriakan harinya dengan tawa dan ceritanya.

Ayuna Elaryna menggeleng lagi.

"Awak nak tempat bercerita, saya ada dekat sebelah awak. Nak cerita sesuatu pada saya?" Wajah kemerahan yang lansung tidak memandangnya itu ditatapnya.

"I miss him," ucap Ayuna Elaryna perlahan dan perkataan itu ditangkap pendengaran Taufiq Firus.

"Siapa?"

"Adam."

"Bukannya awak kata dia dekat rumah awak ke?"

Ayuna Elaryna menggeleng.

"Baru berapa hari lepas parents dia datang ambil dia. Saya tak sempat nak ucap apa-apa pada dia." Tiba-tiba titisan jernih yang tadi sudah diseka, kembali mengalir.

"You love him, right?" duga Taufiq Firus hendak dilihatnya reaksi gadis itu walaupun dengan perkataan mula-mula tadi sebenarnya dia sudah tangkap perasaan gadis itu terhadap lelaki yang digelarnya Adam itu.

Beberapa ketika Ayuna Elaryna diam. Mungkin berfikir tentang apa yang diperkatakan Taufiq Firus. Kemudian dia mengangguk perlahan dengan tangisan yang semakin hebat.

"Dahlah. Cinta tu datang and pergi. So, mungkin lepas ni datang cinta yang baru. Siapa tahu nak dapat yang lagi baik dari tu," pujuk Taufiq Firus sedikit berseloroh hendak menenangkan hati itu.

"Awak tak faham sebab awak tak ada perasaan tu," tangis Ayuna Elaryna dan bangun kemudian melangkah meninggalkan Taufiq Firus sendiri.

Perasaannya cuba dirawat kerana gadis itu bukan memilihnya, tapi nyata, luka itu berdarah kembali kerana melihat gadis itu menangis.

__________________________________________

Sehari lagi harinya kosong. Bibirnya lansung tidak tercalit senyuman ketika dia melangkah memasuki kelasnya.

"El. Ni. Taufiq bagi. Dia kata semalam dia lupa nak bagi kau," kata Yu tiba-tiba ketika Ayuna Elaryna melabuhkan punggungnya di kerusinya.

"Hah?" Ayuna Elaryna bingung seketika. Kenapa perlu bersurat-surat sedangkan dia duduk di sebelah lelaki itu di dalam kelas. Pelik pula kelakuannya.

"Kau tak tahu ke? Taufiq pindah overseas ikut keluarga dia," beritahu Yu sambil menyelitkan surat yang ditangannya tadi di bawah beg Ayuna Elaryna yang masih berada di atas meja.

"Dia tak beritahu aku pun," jawab Ayuna Elaryna kembali. Dia masih lagi kebingungan. Bukankah setiap hari dia dengan lelaki itu. Kenapa pergi lansung tidak beritahunya tentang itu. Kenapa semuanya tinggalkan dia tanpa sempat dia mengucapkan apa-apa. Hatinya yang baru sahaja hendak dirawat kerana pemergian Adam Haqrazi, kembali bergelodak kuat.

"Aku tak tahulah pula pasal tu. Yang penting semalam, masa aku hantar dia pergi air port, dia bagi ni. Suruh bagi dekat kau," balas Yu dengan senyuman nipisnya sambil menggaru lembut kepalanya.

"Thanks lah," ucap Ayuna Elaryna sambil mengambil kertas itu dan diselitkan dalam begnya. Balik nanti baru dia akan membukanya. Macam tidak penting sahaja.

Seharian dia mengelamun di dalam kelas. Lansung tidak menumpukan perhatiannya pada pembelajarnnya. Sehingga apa yang orang katakan padanya pun, dia tidak menjawab. Kenapa semua orang yang rapat dengannya pergi begitu sahaja. Hatinya dipalu hebat rasa sedih.

"Kenapa dengan Yuna hari ni Azam?" tanya Puan Marisa pelik dengan kelakuan anak gadisnya itu. Jalan terus sahaja naik ke bilik tanpa berbunyi suaranya seperti selalu.

"Penat agaknya tu," jawab Encik Borhan bersahaja sambil turut berlalu hendak menukar pakaiannya.

"Bulan purnama agaknya umi. Yunakan biasa gitu," jawab Azami Ehsani selambanya dan mendaki tangga satu persatu. Dia juga sebenarnya rasa pelik dengan adiknya itu. Didengkinya, tapi tidak menjawab macam selalu.

"Kamu ni Azam. Main-mainkan adik kamu tu," tegur Puan Marisa. Terasa benar rumah itu jika tiada gelak tawa manja Ayuna Elaryna semenjak kebelakangan itu.

Ayuna Elaryna di dalam bilik mengeluh berat. Setelah mencampakkan begnya ke tepi katil, tubuhnya dihumban ke katil dengan masih lagi berbaju uniformnya itu.

Dalam asyik dia berbaring, dia teringat kembali surat yang diterimanya itu. tangannya pantas menggapai beg silangnya dan dibongkar.

Dengan rakusnya dia membuka sampul surat itu kerana hendak mengetahui isinya. Buka sahaja, jatuh satu rantai yang bergantung loket berbentuk hati.

Dibeleknya rantai itu. Hatinya makin hebat bertanya dan dikeluarkan surat di dalamnya.



Ku sangkakan engkau yang terbaik,
Memberikan corak ceria pada wajahku,
Memberikan rasa hebat dalam jiwaku,
Tapi,
Aku silap kerana hatimu,
Bukan tercipta untuk melihat cintaku itu.

Ayuna Elaryna,

Awak dah tahu kan surat ni dari saya. Sorry sebab saya tak pernah nak beritahu awak yang saya nak pindah. Sebab setiap kali saya tengok awak, saya tak mampu nak ucapkan yang saya akan tinggalkan awak.

Sorry sebab tak jawab soalan awak hari tu pasal ‘what kind of girl that I like’. Actually, saya nak cakap awak. Perempuan yang macam awaklah yang saya nakkan jadi teman saya. Sorry. Sebab awak dah kata bukan saya jenis lelaki yang awak inginkan.

Mungkin semalam saya menyakitkan hati awak dengan perkataan saya. Saya minta maaf juga pasal yang tu. Saya tak nak awak sedih disebabkan hanya seorang lelaki. Saya nak awak kuat, ternyata saya silap dan dengan ucapan yang keluar dari mulut saya membuatkan awak menangis. Sorry.

Seorang yang ceria dan mampu menarik perhatian siapa sahaja dengan kepetahannya berbicara tiba-tiba berubah perangai hanya kerana sebuah cinta. Itulah awak. Saya harap awak dapat menjalani hari-hari awak tanpa kesakitan yang terus-terus terukir di hati awak. Sebab percayalah, cinta itu akan datang sekiranya kita merelakan pemergiannya.

Mungkin semalam kali terakhir kita berjumpa. Saya doakan awak bahagia.

Rantai yang saya sertakan tu tanda persahabatan kita. Pakailah selagi awak mengingati saya. Walaupun mengingati saya hanya sekadar kawan tempat awak ketawa. Itu sahaja dari saya. Sekian.

Your bestfriend,
Mr. Tasya.



Air matanya menghambur hebat menyapa wajah. Semakin sakit dia rasa disebabkan perkara yang dia tidak menyangka itu.

How could you? I hate you. Jerit hati Ayuna Elaryna sambil membaling kertas di tangannya setelah direnyukkan.

Dia sangkakan, setelah kehilangan Adam Haqrazi, dia masih lagi ada tempat mengadu di sisi Taufiq Firus. Tapi ternyata dia silap. Lelaki itu juga turut meninggalkannya.

___________________________________________

Actually I’m 17. Apa yang diucapkan Ayuna Elaryna 6 bulan lepas berlegar di segenap kotak fikirannya. Sebenarnya, ada rasa pelik pada perasaannya. Dia sendiri tidak tahu kenapa.

Semenjak dia mendapat mata barunya itu, wajah Wanda Alia tidak lagi menjadi hiasan dalam pandangannya. Entah kenapa rasa itu ada, dia sendiri tidak tahu.

Disebabkan dia terasa hati dengan perbuatan wanita itu, dia sendiri meminta mama dan papanya memutuskan tali pertunangan antara dia dan Wanda Alia.

Dilihatnya, mudah sahaja Wanda Alia mencari pengganti dirinya setelah mereka berpisah.

Semua perlakuannya dulu juga sudah berubah semenjak dia duduk di rumah Encik Borhan. Solatnya dijaga begitu juga dengan perlakuan dan batas pergaulannya.

Setiap kali dia duduk sendiri, gelak tawa Ayuna Elaryna mengetuk pintu hatinya. Mungkinkah dia merindui gadis itu? Persoalan itu tidak mampu dia jawab. Dia ingin melihat wajah gadis itu entah kenapa. Tapi dia lansung tiada masa untuk melakukannya. Banyak kerjanya yang melambak setiap kali dia bercadang hendak menjenguk keluarga itu.

Ketukan di pintu pejabat menggamit perhatiannya.

"Masuk," arah Adam Haqrazi tegas.

"Encik Adam, ni ada surat untuk Encik," beritahu Fairuz, setiausahanya sambil mendekati mejanya.

"Dari?" tanya Adam Haqrazi sedikit pelik.

"Saya tak pasti Encik Adam," jawab Fairuz dengan lembutnya sambil menyerahkan surat itu kepada Adam Haqrazi.

"Ok. Thanks. Pergilah sambung kerja awak," suruh Adam Haqrazi dengan senyuman dibuat-buat supaya setiausahanya itu tidak nampak kegusaran pada hatinya itu.

Fairuz mengangguk dan melangkah meninggalkan bilik itu.

Surat itu dibukanya perlahan. Hatinya bertanya dengan pelbagai soalan. Surat itu bukannya surat formal seperti biasa diterimanya. Sekadar surat biasa yang sedikit lama sampulnya.

Buka sahaja, bait ayat di dalamnya ditatap.



Abang Razi. Taufiq ni. Sorry sebab kejutkan abang dengan surat ni. Mama dengan papa ada beritahu abang pasal Taufiq ke? Sorry sekali lagi sebab Taufiq tak dapat nak jadi teman abang pergi main tennis dengan basket petang-petang lepas abang baik dari operation. Masa abang baca ni, mungkin Taufiq dah tak ada lagi dekat dunia ni. Sorry lagi. Banyak betul sorry Taufiq ni.

Abang. Taufiq cuma nak beritahu abang beberapa perkara.

First, pasal Taufiq. Sorry sebab Taufiq tak beritahu abang yang Taufiq sakit dan mama dengan papa cuba cari penawarnya tapi tak jumpa. Surat ni pun, Taufiq suruh mama postkan pada abang bila dah 6 bulan Taufiq pergi meninggalkan dunia ni. Sorry abang sebab kali terkahir kita jumpa waktu sebelum abang hilang penglihatan. Taufiq akan ingat perlawanan yang Taufiq menang lawan dengan abang time tu.

Second, pasal mana abang menghilang dua bulan tu. Mama dengan papa abang cari abang dan Taufiq yang beritahu dia abang dekat mana sebab rumah yang abang tumpang tu, rumah kawan Taufiq. Dia yang cerita pasal abang pada Taufiq. Sorry sebab pecahkan rahsia abang. Taufiq tak bermaksud pun.

Third, mata yang ada pada abang tu, sebenarnya mata Taufiq. Itu je yang Taufiq dapat tinggalkan untuk abang. Jaga betul-betul tau abang. Jangan tengok benda tak patut dengan mata Taufiq tu.

Forth, Taufiq harap, abang boleh cari orang yang tumpangkan abang tu. Sebab, kalau abang nak tahu, Ayuna Elaryna, dia cintakan abang. Dia yang beritahu Taufiq sebab Taufiq tempat dia bercerita bila abang keluar dari dunia dia macam tu je tanpa berita.

Mungkin terlalu melampau kalau Taufiq cakap yang Taufiq cintakan dia. Tapi, itulah sebenarnya abang. Tapi dia tak cintakan Taufiq. Dia cintakan abang. Mungkin sakit untuk Taufiq terima semua tu. Tapi, itulah takdir.

Taufiq harap, dengan mata yang Taufiq beri pada abang tu, dapat abang tengok cinta dia. Tolong abang. Pergi cari dia. Itu sahaja pesanan dari Taufiq untuk abang. Abang tolong jaga dia betul-betul sebab Taufiq akan sakit bila dia menangis. Tolong Taufiq abang. Sorry pasal semuanya.

Your little brother,
Taufiq Firus.



Adam Haqrazi terkesima sebentar. Patutlah adik angkatnya itu hilang begitu sahaja. Lama dia mencari. Apa yang dia tahu, keluarga Taufiq Firus berpindah ke luar negara.

Disebabkan dia tiada adik lelaki, Taufiq Firus, anak kepada kawan baik papanya dianggap sebagai adiknya. Banyak aktiviti dilakukan bersama dan banyak cerita dikongsikan bersama sehingga mereka menjadi terlalu rapat.

Dia bangun dan berdiri menghadap cermin. Matanya ditatap. Penderma matanya waktu itu dirahsiakan. Dia tidak menyangka adik angkatnya itu yang memberinya pancaindera yang dulunya hilang kerana kemalangan itu.
Kunci keretanya dicapai dan berlalu.

"Fairuz, apa-apa meeting hari ni cancle," pesan Adam Haqrazi sambil melangkah laju di hadapan meja setiausahanya itu.

Terkebil-kebil seketika Fairuz dibuatnya sebelum menjawab.

"Tapi Encik Adam..." Tidak sempat lagi dia memanjangkan bicaranya, majikannya itu hilang ditelan lif.

Pantas dia berjalan mendapatkan keretanya dan memecut laju pulang ke rumah. Hanya mama dan papanya sahaja tahu dimana dia berada sewaktu dia buta dahulu.

Macam-macam ditanyaanya tentang letaknya rumah Encik Borhan. Hatinya diketuk-ketuk dengan kata-kata yang dia juga menyimpan perasaan yang sama terhadap gadis itu.

Selesai bertanya dan mendapat maklumat, dia terus menuju ke rumah Encik Borhan. Sampai sahaja di hadapan rumah itu, kakinya membeku setelah turun dari kereta. Rumah yang dicarinya itu gamat dengan majlis yang sedang berlansung.

"Eh Adam," panggil satu suara yang dia seakan kenal pemiliknya tapi dia tidak kenal wajah itu.

"Adam kan?" tanya lelaki itu sekali lagi meminta kepastian.

Adam Haqrazi mengangguk dengan wajah bingungnya.

"Azam," kenal lelaki itu dengan senyuman. Akhirnya, Adam Haqrazi datang melawat rumah itu setelah lama menghilang.

"Oh Azam. Sorry. Dulu dengar suara je. Patutlah cara macam kenal," jawab Adam Haqrazi menutup rasanya waktu itu. dia tertanya-tanya. Majlis itu seakan majlis perkahwinan. Azam Ehsani ada di situ dan anak Encik Borhan hanya ada dua orang. Jadi yang kahwin itu, mungkinkan Ayuna Elaryna?

"Adam dah oklah sekarang? Alhamdulillah. Masuklah. Kebetulan datang. Abah dengan umi mesti seronok Adam datang. Majlis akad pun baru nak start," ajak Azami Ehsani dengan senyumannya.

"Ni majlis siapa?" tanya Adam Haqrazi hendak tahu.

"Yuna..." Belum lagi Azami Ehsani memanjangkan celotehnya kerana sudah lama tidak berjumpa lelaki itu, tiba-tiba Adam Haqrazi sudah berlari masuk ke dalam rumah.

Apabila sampai sahaja di hadapan pintu rumah, matanya tertacap pada wajah gadis yang duduk di atas bantal bersarung emas yang cantik memakai pakaian pengantin. Hatinya menangis. Sekilas sahaja dia memandang wajah lelaki yang duduk menghadap tok kadi.

"Yuna. Kenapa tak tunggu saya?" tanya Adam Haqrazi sambil melangkah lemah mendekati gadis itu. Cantik dan ayu gadis itu dengan baju pengantinnya. Kenapa diwaktu dia menyedari yang cinta itu hadir, gadis itu sudah hendak menjadi milik orang.

Percakapan Adam Haqrazi membuatkan semua orang yang berada di situ terkesima. Siapa pula yang membuat kecoh dimajlis orang ni?

"Adam. Bila masa kamu sampai?" tanya Encik Borhan sambil bangun mendekati Adam Haqrazi yang sudah duduk melutut di hadapan Yuna.

"Kenapa awak tak tunggu saya. Saya cintakan awak. Awak tahu tak?" tanya Adam Haqrazi sungguh-sungguh.

Yuna terpinga-pinga. Pengantin lelaki juga turut terkesima. Berkerut dahinya. Kenapa ni?

"Adam kenapa ni?" tanya Encik Borhan. Pelik-pelik pula lelaki itu. Datang mengejut, siap buat drama percuma lagi di majlis itu.

"Uncle. Saya cintakan Yuna. Kenapa uncle kahwinkan dia dengan orang lain?" tanya Adam Haqrazi macam orang hilang akal. Bisikan orang di sekeliling lansung tidak menjejaskan perbuatannya dan pengucapannya.

"Macam mana..."

"Tak nak lah umi. Bosanlah Yuna macam ni. Geli. Yuna tak suka pakai make up. Macam orang apa je." Kedengaran suara di tingkat atas yang tadi menghentikan pengucapan Encik Borhan. Kelihatan seorang gadis yang cantik dengan kebaya birunya dan rambut yang dileraikan dengan wajah yang disolek cantik.

"Kan majlis ni. Kena cantik-cantik. Nanti orang tengok macam apa je anak umi. Kalau macam ni baru cantik," balas Puan Marisa dengan senyuman sambil mengikut langkah anak gadisnya itu menuruni tangga. Tidak perasan pula mata tetamu memerhatikan mereka.

"Cantik apa ma..." kata-kata Ayuna Elaryna terhenti ketika memandang wajah lelaki yang duduk melutut di hadapan pengantin perempuan.

"Adam?" Terkeluar dari mulut berbibir munggil itu.

Adam rasa dunianya berputar. Pening. Gadis itu perangainya bagai dia kenal. Habis, yang dihadapan matanya itu?

"Tulah Adam. Azam belum habis cakap lagi dah meluru masuk. Kan dah salah orang." Kedengaran suara Azami Ehasani dengan tawa kecilnya. Kelakar pula dengan tayangan di hadapan mata mereka. Habis semua tetamu terpaku melihatnya.

"Apa ni Azam?" tanya Adam Haqrazi masih lagi bingung. Dia berdiri. Wajah Azami Ehsani dipandangnya meminta kepastian.

"Azam nak kata, yang kahwin ni Yuna Lara. Kakak sedara Azam. Kelakarlah Adam ni. Abang Hafi. Jangan takut. Kak Yuna tak ada kena mengena pun dengan lelaki ni," jelas Azami Ehsani dengan tawanya membuatkan semua orang menarik nafas lega.

Ayuna Elaryna terkebil-kebil seketika. Kenapa? Dia pula yang tidak faham dengan cerita itu.

"Jadi? Mana Yuna?" tanya Adam Haqrazi bertambah hairan. Sudah tiada istilah malu lagi kerana mengganggu majlis orang.

"Tu yang macam opera cina tu," sakat Azami Ehsani dengan senyuman sambil menunjuk pada adiknya itu. Cantik sebenarnya dalam hatinya. Yelah. sesekali dapat tengok adiknya bersolek seperti itu.

"Abang kau siap nanti," gumam Ayuna Elaryna dari tempat dia berdiri.

Azami Ehsani mencebik.

"Jadi betullah apa yang kamu cakap tadi, Adam?" tegur Encik Borhan yang sudah tersenyum-senyum kerana kesilapan diri itu, habis semua tembelang pecah.

"Hah?" Adam Haqrazi baru tersedar.

"Nampaknya, lepas ni pak long pula yang dapat menantu," seloroh Yuna yang duduk tersenyum simpul memecah kebingungan seisi rumah itu.

"Itulah yang pak long nak dengar. Betul ke Adam? Yuna nak ke dengan Adam?" tanya Encik Borhan selamba sahaja. Disebabkan sudah terjadi kejadian yang tidak disangka itu, membuatkan dia juga hanya menambah rasa sebelum majlis dimulakan.

"Yuna. I love you. Do you?" tanya Adam Haqrazi bertambah selamba. Semua tetamu sudah tersenyum-senyum dengan gelagat mereka. Gimik sahaja.

Ayuna Elaryna berpaling dan menekup mukanya di bahu uminya. Malu pula.

"Malu tu tandanya suka," sakat Azami Ehsani dengan tawa kecilnya. Bukan dia tak tahu adiknya yang satu itu. Malu-malu kerbau.

"Abang Azam, kau," marah Ayuna Elaryna sambil berpaling kembali memandang wajah abangnya.

Tiba-tiba, tawa tetamu pecah membuatkan Ayuna Elaryna bingung seketika.

"Awak. Bulu mata palsu pakai dekat mata. Bukannya pakai dekat pipi," tegur Adam Haqrazi dengan senyumannya.

Mata Ayuna Elaryna membulat. Merah serta-merta pipinya.

_____________________________________________

Kelihatan Adam Haqrazi baru sahaja pulang dari kerjanya. Tali leher yang melingkari lehernya ditanggalkan dan pergi mendekati sofa yang dilihatnya, asyik isterinya itu menonotn television.

"Sayang," panggil Adam Haqrazi sambil dia berdiri di belakang sofa dan satu kucupan menghinggap ke dahi isterinya itu.

"Abang," balas Ayuna Ealryna sambil memanggungkan kepalanya. Tersenyum bibirnya memandang wajah itu.

"Sayang buat air kejap," kata Ayuna Elaryna sambil bangun dan meninggalkan ruang tamu.

Adam Haqrazi hanya memandang langkah itu dan mengambil tempat di sofa.

"Apa yang abang tersenyum-senyum tu?" tegur Ayuna Elaryna sambil meletakkan cawan kopi yang dibawanya untuk suaminya itu yang baru pulang dari pejabat.

"Tak ada apa-apa. Teringat waktu majlis yang saya kacau tu. Bila fikir balik, kelakar pula," jawab Adam Haqrazi dengan senyuman sambil merangkul pinggang isterinya yang duduk di sebelahnya itu.

"Tak malu. Ada pergi sergah majlis orang macam tu. Nasib baik waktu tu abang belum jadi suami sayang lagi. Kalau tak, ish. Malu sayang, abang kerjakan." Manja dia berceloteh dengan senyumannya mengingatkan waktu itu.

"Cakap apa? Nak malu ye?" sakat Adam Haqrazi sambil memicit pipi gebu isterinya itu.

"Sakitlah abang. Abang ni," sungut Ayuna Elaryna sambil memegang pipinya.

"Abang pun malu tau bila bulu mata palsu sayang tanggal melekat dekat pipi tu. Macam apa je." Tiba waktunya mereka berbalas sakatan.

"Abang ni. Ambil ni. Hah. Padan muka. Kutuk lagi," balas Ayuna Elaryna sambil mendarat jari runcingnya memicit pipi Adam Haqrazi.

"Jangan ganas-ganaslah sayang. Kesian baby ni," tegur Adam Haqrazi sambil memegang tangan yang terus-terus mendarat pada pipinya tadi.

Disebabkan dia tersilap orang waktu itu dan ditambahkan dengan malunya, dia terus melamar Ayuna Elaryna di majlis itu. Kononnya saja nak buat gimik, padahal memang dah malu sangat waktu itu. Kemudian, beberapa bulan selepas itu, perkahwinan dia dan Ayuna Elaryna dilansungkan kerana gadis itu masih lagi mencintainya dan menantinya.

"Biarlah..."

"Papa dengan mama ni suka bergurau kan Razi." Kedengaran suara anak kecil membuatkan mulut Ayuna Elaryna tidak jadi bercakap dan tangannya terhenti dari memicit pipi Adam Haqrazi.

Mata Adam Haqrazi dan Ayuna Elaryna tertumpu pada dua anak kecil yang duduk di sofa bertentangan.

"Kan selalu papa dengan mama macam tu. Uncle Azam kata, kalau papa dengan mama macam tu, nanti kita dapat adik lagi," kata Razi dengan senyuman bangganya menjelaskan apa yang diingatinya tentang kata-kata Uncle Azamnya itu.

"Siapa ajar dia cakap macam tu?" getus Ayuna Elaryna dengan pipinya sudah bertukar warna menjadi kemerah-merahan.

"Kenapa? Sayang malu ke? Dengan anak sendiri pun nak malu ke sayang?" tanya Adam Haqrazi berbisik di telinga Ayuna Elaryna yang dari tadi mengeras dan matanya tertumpu pada dua anak kecilnya yang satu berumur 6 tahun, Arina Elaryna dan satu lagi 3 tahun, Syarif Haqrazi.

Petah betul anak kecilnya itu berkata-kata membuatkan dia sendiri kadang-kala malu dibuatnya.

"Bye papa, mama. Jom Razi. Uncle Azam kata, kalau mama dengan papa macam ni jangan kacau. Lebih baik kita pergi makan coco crunch dengan Bik Yati," ajak Arina sambil menarik tangan adik lelakinya itu untuk mengikutnya.

"Bye papa, mama," ucap Razi dengan senyuman dan mengikut langkah kakaknya setelah turun dari sofa.

"Abang Azam!" jerit Ayuna Elaryna geram. Tidak sudah-sudah abangnya yang beranak empat itu hendak menyakatnya. Geram betul. Dari dia kecil sampai sudah berkahwin, abangnya itu tetap dengan hobinya itu.

"Sayang pekak telinga abang," tegur Adam Haqrazi sambil menutup telinganya. Gembira hidupnya dengan keletah isteri dan anak-anaknya. Tambahan lagi mereka bakal menyambut orang baru tidak sampai dua bulan lagi.

2 comments:

Miss Butterfly said...

yuna lara. ayuna elaryna. mane dapat name nii? hiks! dah agak dah taufiq derma mate. baeknye tasya... jatuh cnta kat tasya! :p

Miss Butterfly said...

tapi kan, time uncle borhan jumpe, adam pengsan kan? knape dye pengsan?