Friday, November 4, 2011

Diari Seorang Blogger

Matahari dah tinggi menegak.Dan aku masih lagi dibaluti selimut.Entah kenapa sejak kebelakangan ini aku merasakan sangat malas untuk bangun.Tapi bila ada kuliah pagi,aku lah orang pertama yang bangun dan bersiap serta mengejut bangun budak serumah aku.pelik?tapi itulah aku.

“Oi bangun.Dah pukul berapa dah ni?Tak reti-reti ke nak bangun?”

“Alaaaaa ape lagi?awal lagi la.baru pukul 12 tengah hari.Alarm aku pon tak bunyi lagi ni.Jangan kacau aku la.Aku nak tidur ni.”

Azhar,housemate aku yang sangat bising mulutnya.Kalau tak ganggu aku sehari memang tak boleh.Ada saja benda yang dia nak cakap.mengalahkan mak cik Bedah yang kuat bergosip.tapi jangan salah faham.Perangai  je macam tu.Orangnya gagah perkasa.

“Pukul berapa alarm kau set?”

“Aku set pukul 6 petang lah.”

“WOI!!!gila?memang la tak berbunyi alarm kau.Set pukul 6 petang.Kau ni,benda dah lama berlaku.Dah 3 tahun berlalu.Lupakan jelah si Asmida tu.Banyak lagi bunga kat luar ni.Kau petik je jari,comfirm ramai bunga yang datang nak kat kau.”

Azhar memujuk aku supaya aku melupakan Asmida,cinta pandangan pertama aku.KONONnya lah.Tapi aku hanya diam dan dengan malasnya aku bangun.Aku melihat cermin.Melihat muka aku yang serabai dengan janggut dan rambut yang tah ape-ape.Azhar hanya mengelengkan kepala dan berlalu pergi.

Aku akui,sejak aku putus dengan Asmida tu,Azharlah satu-satunya kawan yang menahan kerenah dan sakit jiwa aku dulu.tanpa Azhar mungkin aku dah masuk tanjung rambutan,tempat orang sakit jiwa.

Tiga tahun telah berlalu.Bertapa cepatnya masa itu terbang meninggalkan aku.Tapi aku masih lagi merasakan baru semalam Asmida pergi tinggalkan aku.Entah kenapa dengan aku pon aku tak tahu.Setiap hari selepas Asmida tinggalkan aku,aku merasakan hidup aku ni tidak keruan.Makan entah ke mana,tidur entah tidak,mandi entah tak mandi.Seolah-olah roh aku telah terbang melayang.Menjadi boneka yang hanya makan untuk terus hidup.Oh loser nya aku.

“Sarapan kau aku da buatkan.Ada kat atas meja tu.” Azmil memberitahu setelah Nampak aku baru keluar dari bilik air.Aku hanya melihat dan masuk ke dalam bilik untuk pakai baju.

“Sarapan ape?Dah boleh minum petang dah aku rasa.” Azhar menambah.

“Jangan lah kau kacau dia Har.Kang dia pelengkung kau kejap lagi baru kau tahu” Azmil backup aku.

Aku keluar bilik dan duduk diatas kerusi untuk menikmati nasi goring yang dimasak oleh Azmil,lagi seorang housemate aku.Aku duduk bertiga je dalam rumah ini.Azmil merupakan seorang yang pandai memasak dan rajin.Aku sangat cemburu dengan Azmil sebab walaupun dia Nampak seperti budak nerd,tapi dia ada bakat yang dia boleh ketengahkan.Tak macam aku.Apa pon tak boleh.

“Sudah lah tu Zack.Sampai bila kau nak macam ni?Aku sedih melihat kau macam ni.Aku ni bukan apa,aku tengok kau dah macam mayat hidup dah.Kau Cuma bangun dari katil kau untuk pergi ke kelas dan makan minum je.Selain tu kau tidur.Kau lupakan jelah perempuan tu.Tolonglah Zack.”

Azhar memujuk lagi.Ya Azhar tak pernah mengenal erti putus asa.Aku sangat menghormati dia.Dari dulu sampai sekarang dia tak berputus asa menasihati dan memujuk aku.Cuma aku je yang degil tak nak dengar cakap dia.Azhar dah umpama rakan baik aku.Bukan.Tapi abang aku.

“Dah la aku nak keluar ambik angin sekejap kat taman.” Aku memberi alasan untuk melarikan diri lagi.Sampai dibawah,aku mengeluarkan sebatang rokok Winston Light.Aku sedut dan menghembus asap rokok itu semahu-mahunya.Aku bukanlah ketagih dengan rokok.Aku Cuma merokok bila aku merasakan sangat tertekan.Ye.Tertekan dengan soal hati.

Tiba-tiba sebuah Kereta Mazda berwarna putih berhenti di hadapan aku.Tempat aku duduk menghisap rokok.Aku tak pernah melihat kereta Mazda ni.Jiran baru kot?Aku hanya memerhati.Oh anak dia perempuan rupanya.Muka comel.Berpakaian kemeja kotak-kotak warna pink dan hitam.Rambut paras bahu.berseluar jeans dan berselipar.Hot jugak la aku tengok.

“Assalamualaikum,dik,boleh Tanya tak mana Blok A?”

“Walaikummussalam pakcik.Oh boleh je.Saya duduk kat Blok A.Marilah saya tunjukkan pakcik.” Aku membalas dan menyalam tangan pakcik.Anaknya hanya bermasam muka.Mungkin dia tak rasa seronok sebab pindah kawasan baru kot?Ah ape aku kisah.Tak ada kena mengena dengan aku pon.Aku Cuma tolong dengan ikhlas je.

“Dik,marilah kenal dengan anak pakcik.Dia ni pemalu orangnya.Dah kenal nanti macam-macam hal dia nak cakap.Biasalah,orang baru pindah sini.Ayu,mari sini kenal dengan abang ni.”

Aku hanya senyum melihat Ayu datang terkedek-kedek datang dengan muka masam dan bersalaman sambil mencium tangan aku.Aku dah,Oh shit.Tua sangat ke aku ni?Sampai kena cium tangan aku?

“Nur Idayu bt Shahrudin.Boleh panggil saya Ayu”

“Mohd Isha bin Ishak.Panggil Zack.Umur Ayu ni berapa?”

“Ayu umur 21.Abang umur berapa?”

Alamak.Sebaya aku rupanya?Damn!kalau sebaya takkan la dia cium tangan aku waktu salam tadi?

“Umur saya 21 tahun.” Aku jawab sambil mengaru kepala aku yang tidak gatal.Ayu membulatkan matanya tanda tidak percaya.

“Biar betul abang ni  umur 21 tahun?Sebaya saya tapi kenapa abang ni macam da tua je?Umur dalam lingkungan 35 tahun?”

“Eh,yea ke?Takde lah.Umur baru 21 tahun lah”

Aku da panas dah.Ada ke muka aku yang macho macam ni dan awet muda ni kata umur 35 tahun?Memang umur pendek la budak perempuan ni.Baru kenal dah mengutuk aku.Cis memang sengaja nak buat aku berbulu dengan dia ni.

“Mungkin sebab berjanggut dan rambut panjang kot?Tu yang nampak tua tu.”

“Ayu!Jangan biadap dengan orang lain.”Shahrudin memarahi anaknya.

“Maaflah yea dik.Anak pakcik memang macam ni.Main lepas je dia cakap.Tak pandang kiri dan kanan.”

“Eh tak pe pakcik.Mungkin betul cakap ayu tu.Imej saya da macam orang tua sebab janggut dan rambut saya yang panjang ni.Kalau takde pape,saya minta izin dulu nak balik rumah saya”

“Hah yea sila-sila.Terima kasih sebab tunjukkan Blok A untuk kami.Dik duduk mana?”

“Saya duduk selang 3 rumah dari rumah pakcik.Saya minta diri dulu yea pakcik” Aku berlalu sambil senyum.

“Har,oh Har!!!sini kejap.Nak tanya sesuatu kat kau ni.”

“Yea tak perlu nak jerit lah.Bukan 20 batu pon.Sebelah bilik kau je pon.” Azhar mengomel.Aku hanya tersenyum malu.

“Apa benda kau nak tanya ni?Syaitan mana yang dah rasuk kau ni tiba-tiba panggil aku ni?Selalu tidur je kerja kau.” Azhar membeduk kepala aku dengan ayat dia.Terasa sakit kepala aku.

“Rileks ar.Aku nak tanya kau ni,tua sangat ke aku ni?”

Azhar dah gelak terkekek-kekek macam orang gila bila aku tanya dia soalan tu.Apa?pelik dan kelakar sangat ke soalan aku tu sampai gelak tak ingat dunia ni?

“Woi gila!!! Yang kau gelak macam orang sakit jiwa ni asal?lawak sangat ke soalan aku ni?”

“Mana tak lawaknya?Tak pernah-pernah kau hirau pasal imej kau,tiba-tiba kau tanya aku soalan macam tu.Mana aku tak gelak?Dah lah muka legend,tiba-tiba je risau pasal imej.Buang tebiat ke ape? Ingatkan Along datang kutip duit dari kau.Rupanya imej?”

Terus aku tolak kepala Azhar.

“Aku tanya kau memain kau gelakkan aku yea?Tak guna betul kau ni.” Marah aku yang agak panas bila orang lain tak menjawab soalan yang aku tanya soalan direct.

“Sorry lah Zack.Bukan selalu.Rileks lah.Memang kau nampak macam orang tua pon sebab janggut dan rambut kau tu hah.Dah macam orang mati bini aku tengok.”

‘Betul la tu kata Ayu tadi.Mungkin sebab janggut dan rambut aku yang panjang ini menampakkan aku seperti orang tua.ARGH!!Damn lah.Nak kena buat sesuatu ni.’ Getus hati aku.

Terus aku menghalau Azhar keluar dari bilik aku dan kunci bilik.Aku landing atas katil sambil membaluti badan aku dengan selimut.Azhar terpinga-pinga bila aku menghalau dia keluar dari bilik tanpa sebarang penjelasan tentang soalan aku tadi.

“Awal bangun.Nak pergi mana Zack?” Azmil menegur aku.

“Adalah.Aku ada hal nak kena settle.”

“Pukul berapa kau balik ni?Ke tak balik langsung?”

“Tak lama.kejap je.”

Dah macam mak aku je Azmil ni.Kat rumah aku kena soal siasat macam ni.Kat sini pon aku kena soal siasat.Bertuahnya aku ada orang sentiasa mengambil berat pasal aku.URGH rimas!!!

Jam menunjukkan sudah pukul 9 malam.Cakap dengan Azmil tadi sekejap je.Tapi dari pagi sampai sekarang tak balik-balik lagi.Jangan dia tak cam aku sudah lah.Risau jugak aku ni.Esok dah hari Isnin.Gementar jugak aku rasa.

“Assalamualaikum”

“Walaikummussalam.Yea cari siapa?”

“Tak perlulah kau nak perli aku Har.” Azhar pelik memandang aku.

“Eh sebelum kau kena hambat dengan penyapu ni baik kau bagitahu siapa kau!” Azhar menjerkah aku.

“Ni aku lah.Zack?Z.A.C.K.Zack.Housemate kau?Tak kenal?” Sengaja aku eja Zack tu biar Azhar dengar dengan jelas.

“Zack?Kau biar betul?Kau dapat hidayah ke?Alhamdulillah.Kawan aku dah dapat hidayah dariMu ya Allah.Syukur.Hah boleh buat kenduri kesyukuran kalau macam ni kan?”

“Hang teruk betul.Nak perli aku pon agak-agak le.Kang ade yang kena hambat dengan penyapu ni karang!!!” Aku pulang balik paku keras yang dia beri sebentar tadi.Ternyata Azhar,housemate aku pon tidak mengenali aku setelah aku berubah penampilan aku.

Berlainan sangat ke?Mungkin?Semenjak aku masuk ke ASWRA ni dari tahun pertama sampai tahun kedua,dah nak masuk tahun terakhir dah pon tak pernah mereka melihat aku berambut pendek.Wajarlah Azhar ni terperanjat dan tak kenal aku.Azmil pula sudah tidur.Kalau Azmil tengok,mesti dia punya reaksi pon macam Azhar.Entah kenapa aku boleh bertukar imej hanya dengan teguran Ayu.Apa benda yang merasuk aku pon aku tak tahu.


Hari ini aku bangun awal.Hari isnin.Kuliah start petang.Aku membukak laptop aku.Dah lama benar aku tak sentuh blog aku.Semenjak Asmida tinggalkan aku,blog aku sudah tidak bernyawa lagi.Kalaulah blog itu seperti rumah,aku rasa kalah rumah papan kat kampong yang terbiar tu.Lama sangat terabainya.Kini aku kembali bergiat dalam berblogging.Entah kenapa hati aku terasa seperti hendak berblogging kembali.

Aku membuka blog dan melihat kembali coretan lepas semasa aku bersama dengan Asmida.Pedihnya luka di hati ni bila jadi begini.Kenapa dan apa salah aku sampai Asmida tinggalkan aku?URGH rimas betul aku fikir pasal ini.Dah lah,aku nak tutup blog kenangan ini,dan bukak blog baru sebagai buku baru dan meraikan penampilan baru aku.

“Zack!Oh Zack!Dah pukul berapa dah ni? Tak reti reti lagi ke nak bangun?” Azhar menjerit dari luar.Tapi aku abaikan sebab aku dah bangun dan dah siap dari tadi cuma tunggu masa je untuk pergi kuliah.

Pintu terkuak dan Azhar menjengah kepalanya masuk ke dalam.Azhar seperti terperanjat tengok.Adakah Zack betul betul berada dihadapannya? Azhar merenung sampai tidak terkedip matanya.Lalu Azhar tersenyum dan menutup kembali pintu bilikku.Aku hanya melihat tanpa bersuara apa-apa.Entah apalah yang si Azhar tu fikirkan.

“Baiklah pelajar-pelajar sekalian.Hari ini ada seorang pelajar transfer dari USM dalam kelas kita.Mari kita berkenalan.Masuk.” Arah Pengarah terkenal iaitu Ahmad Idham selaku pensyarah aku.

“Assalamualaikum.Nama saya Nur Idayu bt Shahrudin.Saya merupakan pelajar tahun akhir di USM tapi saya tukar ke sini atas sebab yang personal”

Aku yang dari tadi tak berminat nak tahu tiba-tiba aku mendongak kan kepala.Tak sangka si Ayu ni lah pelajar transfer yang hangat diperkatakan oleh pelajar ASWARA ini tentang bakatnya yang tersendiri dalam bidang pengarahan filem.Cuma dia kat USM ambik bidang lain tapi bergiat aktif dalam bidang seni ini.Tak silap aku dia ada buat short filem untuk peringkat antarabangsa dan menang tempat nombor 1.Memang bukan calang-calan orang dia ni.

“Baiklah ayu.Awak boleh duduk sebelah…hah?Ada pelajar baru lagi ke?yang duduk kat tempat Zack tu pelajar baru?”

Aku dah segan dan merah muka aku setelah Pengarah filem yang terkenal selaku lecturer aku pon tidak mengenali aku yang telah bertukar imej.tersangat malu.Ketika ini semua pelajar memandang ke arah aku seolah-olah baru perasan kehadiran aku yang baru bertukar wajah.segannya aku.Aduh!!!

“Errr tidak sir.Sayalah Zack.Cuma penampilan saya sudah bertukar itu je.” Aku cover dengan tergagap-gagap sekali.

“oh ingatkan pelajar baru jugak.Bagus.Saya suka penampilan baru awak Zack.Baru nampak kemas dan tak rimas bila tengok muka awak.”

Terkena aku dengan pensyarah filem aku.Cis.Aku dah agak dah.Comfirm kena punya sebab da bertukar imej.Tapi takpelah,terasa ringan juga kepala aku ni bila berambut pendek dan pacak ini.Ayu hanya gelak dari tadi.Entah sejak bila dia duduk sebelah aku pon aku tak tahu.

“Zack?Serius ke?Ini ke Zack yang saya jumpa semalam?Boleh tahan juga awak ni yea?” Ayu seolah-olah tidak percaya dengan imej baru aku.

“Betul la.Inilah Zack.Saya dah ubah penampilan wajah saya.Kenapa?Tergoda ke?” Entah dari mana aku dapat kekuatan untuk bergurau macam tu pon aku tak tahu.Buatnya dia betul-betul tergoda mampus aku.Ah takkan lah dia boleh tergoda dengan aku yang baru tak sampai 24 jam kenal?mustahil.

“Kalau saya tergoda dengan awak macam mana?” Ayu cuba untuk menduga reaksi aku.

“Takkanlah awak dah jatuh hati dengan saya  yang sampai 24 jam pon awak kenal?” balasku dengan gabra.

“Hye rileks la bro.Aku gurau jelah.Mana mungkin aku jatuh hati kat kau?Kenal pon tak sampai sehari kot?”

“Tahu tak pe” Aku balas tanpa memandang mukanya.

Aku kalau boleh tak nak ada sebarang hubungan lebih dari seorang sahabat.Yelah aku masih lagi mengenangkan si Asmida tu.Cinta pertama aku.Dan aku telah berjanji tiada yang lain melainkan salah satu pihak memungkiri janji yang terikat antara aku dan Asmida.Tapi,ternyata Asmida memungkiri janjinya terlebih dahulu tanpa memberi sebarang penjelasan yang konkrit.

“Zack,esok ni awak free tak?”

“Tak free lah.Esok ada kuliah pagi.Petang maybe nak pergi study kat library.”

“Ala,study tu malam-malam pon boleh.Esok petang temankan saya yea?Saya kan baru pindah sini.Nanti kalau kena culik kang macam mana?tak kesian ke kat saya?”

“Eh awak ni.Ada ke cakap macam tu.Kata-kata itu umpama doa tau.Kang jadi betul-betul macam mana?Tak pasal-pasal mak ayah awak cari saya sebab awak cuma kenal saya je kat sini buat masa ni.”

“Hah kalau macam tu,temankanlah saya jenjalan pusing taman perumahan ke tunjukkan kedai printing ke ape ke yang terdekat.Boleh kan?”

“Yealah.Tengoklah keadaan macam mana.”

Mata Ayu seolah olah bersinar seperti matahari bangkit dari tidurnya.Terasa tidak sanggup untuk aku menghampakan Ayu.Aduhai.Zack,Zack.Sifat belas kasihan aku terlalu tinggi.Susah untuk aku menolak permintaan orang lain.Mungkin sebab itulah si Asmida tinggalkan aku.Melayan orang lain lebih dari dia la kot?

Balik dari kuliah,aku membukak laptop.Seperti biasa aku membukak blog.aku mencoretkan sebuah entry yang berupa sajak.Entah macam mana aku dapatkan ilham untuk buat sajak pon aku tak tahu.

aku merinduimu,
rindukan wajah dirimu
wajah yang penuh dengan keayuan
senyuman yang memikat hati ini


walaupun kita jarang bertemu,
hati aku tetap ada padamu
dan di sebalik musibah ini
aku tahu ada hikmah disebaliknya


tuhan menguji aku dengan ujian
aku membalas dengan kesabaran
mengharungi dengan kasih cinta
sebesar tujuh lautan pasifik


hidupku umpama bulan yang sepi
tanpa bintang yang jadi peneman sejati
hadirnya dirimu bagai dalam kesamaran
kabus yang kian menebal di malam hari


aku terlalu rindu padamu
rindukan yang jauh di sebelah sana
tapi aku tahu ini semua hanya ujian
yang menguji kesabaranku


kanku selitkan sebuah puisi indah
untuk menemani diriku yang sepi
sehingga tiba masa yang ku tunggu
hadirnya dirimu kepada diriku


selesai mencoretkan sebuah sajak,aku terus publish dan aku promote entry baru aku ini dalam setiap group blogger yang aku dah lama tinggalkan.Terharu juga aku rasakan sebab walaupun dah sekian lama tidak menjengah kedalam group blogger,masih ada yang mengingati diri aku.Terasa seperti nak menangis je.Entah apa merasuk kepala aku pon aku tak tahu.Tiba-tiba je aku jadi hati tisu.Ah merepek lah kau ni Zack.

‘Nice entry bro.For your girlfriend?’ From Loneliness.

Aku terpinga-pinga.Siapa pula lah Loneliness ni?Laki ke perempuan budak ni?Kalau lelaki malas aku nak layan.Kang aku kena cop Gay tak pepasal.

‘Thanks.This is for my ex.BTW what gender are you?’ From JejakaHampa

Tak sampai 5 minit aku reply comment aku tengok dia reply lagi.

‘I see.You must love her very much don’t you?Im female’ From Loneliness

Sib baik perempuan.Kalau lelaki mau aku delete dan block terus.HAHA! Ape syaiton sangat perangai aku ni?

‘Yes you’re right.’ From JejakaHampa

Terus dia tak balas.Dah logout rasanya.Biarlah apa aku nak kisahkan sangat kalau ade orang comment entry aku pon.Bukan aku kenal dia pon.Malas aku nak fikir pasal benda yang remeh temeh macam ni.Aku pon logout sekali dan terus tidur.

Hari ini Ayu tak datang kuliah.Pelik aku.Baru sehari dah tak datang kuliah?Gila brutal minah ni.Dah pandai buat kepala.Aku yang dah senior ni pon takot nak buat kepala untuk tidak hadir kuliah dia da buat kepala.Brutal sungguh dia ni.Aku pon melangkah ke library untuk study.

“HOI!!!”

“Oh mak kau menari dengan senduk!”

Terkejut aku dibuatnya.Tiba-tiba je orang dok sergah kuat-kuat dalam library.GILA ke ape budak ni?Aku menoleh dan aku terkejut sebab Ayu yang sergah aku tadi.Cis betul budak ni.Suka-suka dia je nak sergah aku dalam library ni.

“Kau tak sergah aku tak boleh ke?” Aku melepaskan geram.

“Rileks ar Zack.Memain je.Aku suka tengok kau punya muka warna merah.Comel kot?Nak cubit pipi boleh?” Tanya Ayu sambil tangannya membuat isyarat nak cubit.

“Shhhhhhh.Dah ini library.Jangan buat kecoh.Kang tak pepasal kena halau.Kenapa tak datang kuliah tadi?”sambil jari aku letak kat mulut.

“Ops sorry.Aku bangun lambat lah pagi tadi.Im so sorry my dear.”Ayu memberitahu.

Tah ape kena la dengan Ayu ni.Ber Dear-dear plak dengan aku.Gila ke ape?

“Oh I see.Lain kali set alarm tu.”Cadangku.

“Baik boss.Eh jom laaahhh kata nak temankan aku pusing pusing taman semalam?” Ayu mengingatkan aku kembali.

“Eh yea ke?Ade ke aku janji?” Aku cuba berdolak-dalih.Ayu dah buat muka masam mencuka.

“Ala…dah janji dah kan semalam?”Rajuk Ayu.

“Yelah.Jom aku tunjukkan kau port-port yang best kat taman kita tu”Ujar aku memujuk.Serta merta mata Ayu bersinar kembali.Ceyh macam budak-budak yang kena pujuk dengan gula-gula je Ayu ni.

Aku pun tunjuklah dia disekitar kawasan taman.Kat mana kedai murah untuk printing,kat mana kedai runcit yang terdekat dan sebagainya.Dah macam adik dengan abang dah aku tengok.Si Ayu ni pon macam budak-budak.Ikut je mana aku pergi.Lepas tu ajak makan ice cream cornetto royale.Aku pon melayan je makan ice cream sekali sambil duduk dibuaian.

“Kenapa tukar Aswara?”Aku memulakan bicara sambil menjilat ice cream.

“Kenapa?” Ayu seperti terperanjat dengan soalan yang tidak diduga.

“Ya.Kenapa tukar Aswara?Kenapa tak teruskan USM?”

“Panjang ceritanya Zack.” Ayu mengeluh.

“Apa yang panjang?Tak nak cerita ke?”

“Mungkin belum tiba masanya untuk aku ceritakan pada kau Zack.Harap kau mengerti.” Pinta Ayu untuk aku mengerti keadaan dirinya.

“Yelah.Siapalah saya ni untuk mengetahui sejarah silam awak.Saya hanyalah seorang kawan yang tidak mempunyai hak untuk memaksa kawannya melakukan apa yang tidak diingini oleh kawannya.” Aku berjela.

“Zack! Bila dah tiba masanya nanti aku akan bagitahu kau juga Cuma sekarang ini aku merasakan belum tiba masanya untuk aku memberitahu.”

Aku hanya mendiamkan diri dan membisu.Aku tahu hak dan batasan aku sebagai seorang kawan.Aku tak patut mengeluh dan memaksa Ayu untuk bercerita kenapa.Mungkin benar kata Ayu.Belum tiba masanya untuk aku tahu.Aku pasti Ayu mempunyai alasannya yang tersendiri.Mana tidaknya,USM bukan U yang senang dapat.Mustahil dia melepaskan dengan sewenang-wenangnya.Tanpa berfikir panjang aku pon mengajak si Ayu untuk pulang dan Ayu meminta untuk aku tidak mendesak dia untuk memberitahu alasannya.Dah macam pakwe makwe pula aku rasa.

Selesai mandi,aku membuka laptop.Aku dah jadi macam dulu.Berkepit dengan laptop.Bagi aku blog adalah sahabat sejati aku.Tanpa blog mungkin aku dah jadi orang sakit jiwa.Blog adalah tempat untuk aku melampiaskan segala isi hati aku.Boleh dikatakan blog adalah diari aku.Lantaklah apa yang orang lain nak cakap aku ni macam budak perempuan yang selalu tulis diari ke ape ke aku tak kisah.Janji aku bahagia.

Aku menarik nafas yang panjang sebelum aku memulakan mencoretkan hati tentang apa yang terjadi petang tadi.Rancak jari-jemari aku menari diatas papan kekunci sehingga aku tidak sedar dah panjang berjela aku coretkan entry kali ini.Aku publish dan seperti biasa aku promote entry aku untuk melihat respond dari blogger yang lain.

‘I think you should give her some times.’ From Loneliness

‘Yes you’re right.I should give her some times besides im only her friends’ from JejakaHampa

‘Good.I think she had her own reason why she didn’t want to tell you now’ From Loneliness

‘I bet,again,you’re right.Just like I used to say in my entry’ From JejakaHampa

Loneliness sudah tidak balas.Lagi sekali dia logout mungkin?Ah malas aku nak fikir.tak penting pon untuk aku.Banyak lagi perkara yang perlu aku fikirkan.

“Selamat pagi bro.”

“Selamat pagi Mil” balasku.

“Hensem nampak?”

“Jumpa awek la tu.Ape lagi” Azhar mencelah.Aku hanya diam membisu.Malas nak jawab.Kang macam-macam yang ditanya.

“Betul ke kau dah ade awek Zack?Asal aku tak tahu?”Azmil bertanya.

“Sejak bila plak ni?Dari mana kau tahu benda yang tak benar ni?”tanyaku kembali.

“Macam aku tak tahu pula.Kau tu housemate aku.Aku kenal kau.Kau pakai hensem-hensem dan smart-smart ni bila kau nak jumpa awek je.Lagi satu,apa yang kau post kat blog kau?Ingat aku tak baca?”Jawab Azhar.

Ish memandai je Azhar ni.Suka betul salah faham.Aku dressing smart-smart sebab aku dalam mood yang sangat baik.Takkan lah aku nak selekeh je memanjang?Tolong lah faham.Aku pon ade market jugak yang nak kena jaga.

“Hang da baca diari aku,senyap sudah lah.Jangan sampai aku beduk kau nanti Har.Tak pasal-pasal Mil da salah faham.Apa yang aku coretkan itu adalah isi hati aku dan aku masih belum bersedia lagi nak ada sebarang hubungan.”

“Zack?Sampai bila?Sampai bila kau nak hidup dalam bayangan kau tu?Sampai ke tua?Aku rasa kalau macam ni lah kau nak hidup,sampai ke tua pon kau takkan kahwin Zack.Aku ni sebagai kawan kau aku menasihati kau je.Terpulang kau nak terima atau tidak Zack.”Azhar balas panjang lebar.

“Betul tu Zack.Selama ini aku sebagai kawan kau,tak pernah aku cuba nak sibuk hal kau.Cuma kali ini dengarlah cakap Har tu.Ada benarnya Zack.Aku cuma nak tengok member aku ni gembira seperti dulu-dulu sebelum kau ditinggalkan oleh Asmida tu.Kesian aku tengok kau yang hidup macam terumbang ambing dilambung dek gelora bayangan kau sendiri.”Azmil menambah.

“Entah tengoklah macam mana.”Balas ku bersahaja.

Benar kata housemate aku tu.Sampai bila aku perlu bergini?aku perlu berubah.bukan dari segi penampilan sahaja tapi hati aku juga perlu berubah.Sampai bila aku nak duduk dalam bayangan sendiri?Even bayang pon tahu melepaskan diri bila waktu malam.Mungkin aku perlukan anjakkan paradigm yang besar.

Sejak hari itu,Hari demi hari berlalu.Dah empat bulan berlalu sejak Ayu pindah masuk sini.Dan aku merasakan diri aku pon completely berubah sepenuhnya.Aku dah pandai nak berpoya-poya dengan ramai perempuan yang dulunya aku buat tak tahu sahaja.Kini semua perempuan itu aku layan.Makin bertambah gediklah mereka apabila jejaka idaman mereka melayan mereka.

Cuma satu sahaja tak berubah.Iaitu tabiat aku berblogging.Tak pernah tinggal setiap hari.Makin lama aku semakin rapat dengan Loneliness.Seorang blogger yang misteri.Hanya comment entry aku.Pelik.Bila aku nak tengok blog dia,Private pula.Hampir semua rahsia aku dia tahu.Tapi tak mengapa asalkan dia mempunyai masa untuk aku.

“Awak…Bila awak free?”tanya Tasha.

“Bila saya free?Saya free bila awak free sayang.”Aku bermadah.

“Kalau free jom temankan saya shopping dengan kawan saya sayang?” Pinta Tasha.

“Okay boleh je.Jom.”

Ayu hanya memerhati dari jauh.Aku sedar Ayu sedang memerhatikan aku.Tapi apa yang boleh aku katakan?Aku hanya kawan.Aku tidak layak memaksa sesiapa sahaja untuk menuruti kemahuan aku.

“Zack.Boleh aku tanya sikit?” Ayu memulakan perbicaraan memecah kesunyian ketika aku berada didalam library.

“Tanyalah.Aku akan jawab selagi aku termampu” Aku membalas.

“Kenapa kau dah berubah?”

“Berubah?Siapa yang dah berubah?Aku ke engkau Ayu?”

“Kau dah berubah Zack.Kau dah tak macam dulu Zack.Kenapa?”

“Aku rasa aku hanya berubah dari segi pergaulan.Tapi tidak dari segi perinsip aku sendiri.”

“Prinsip?Prinsip ape yang kau perjuang kan?”

“prinsip aku sangat mudah.Aku tidak akan memaksa sesiapa pon untuk mengikut kehendak aku.Bagi aku setiap orang ada kebebasan yang tersendiri.”

“Apa kena mengena kau berubah menjadi seorang playboy dengan prinsip kau Zack?Aku tak nampak kaitannya.”

“Kalau orang dah tak nak bagitahu apa-apa,takkan aku nak paksa?Kalau aku paksa nanti dipanggil KONGKONG namanya.Aku tak nak dilabel sebagai pengongkong.” Suara aku meninggi sedikit daripada tadi.Entah mengapa aku terasa seperti mahu marah.

“Zack.Adakah kerana aku tidak mahu memberitahu kau kenapa aku pindah ke Aswara ini membuatkan kau berubah?Jika benar dan kau teringin sangat nak tahu,Minggu depan hari ahad petang jumpa aku kat taman.Tempat kita makan ice cream dulu.Aku tunggu kau kat sana.”

Ayu berlalu pergi dengan penuh hampa.Aku merasakan bahawa Ayu mungkin sedang bersedih dengan apa yang terjadi.Aku masih diam membisu.Ego seorang lelaki sangat tinggi.Dan disebabkan ego itulah aku masih berdiam diri dengan Ayu walaupun aku berselisih dan duduk disebelah semasa kuliah.Ah untuk apa aku runsing dengan ayu?Perlukah?Rasanya tidak perlu dan aku hanya perlu menunggu hingga hari ahad petang tiba.

Selepas kejadian itu,seperti biasa aku mencoretkan apa yang aku rasakan dalam entry blog aku.Aku melepaskan ketidakpuasan hati aku tentang apa yang berlaku.Aku juga meluahkan isi hati aku yang merasakan bersalah sangat dengan apa yang aku dah lakukan kepada si Ayu.Tetapi kali ini aku rasa pelik sebab Loneliness tidak langsung comment entry aku.Apa yang sudah berlaku?Aku berasa panik.Tak tido aku malam itu.

Selepas dua hari berlalu,Loneliness masih lagi menyepikan diri.Aku masih tertunggu-tunggu dimanakan Loneliness.Aku sudah tidak keruan menunggu kehadiran Loneliness yang memahami aku selain daripada Azhar dan Azmil.Tiba-tiba ada satu comment.

‘Kau tak patut buat dia macam tu.Kau tahu tak,kalau aku berada ditempat si Ayu itu,sudah pasti aku kecewa dengan kau.Takkan kau tak faham lagi?Si Ayu tu sukakan kau JejakaHampa?’ From Loneliness

Terkedu aku membaca.

‘Kalau betul dia sukakan aku,kenapa dia tak berterus terang dengan aku?Kenapa dia simpan rahsia dari aku?Itu ke yang dikatakan cintakan seseorang?Bila bercinta kau perlu sembunyikan rahsia?Setahu aku,bila bercinta,tiada rahsia antara dia dengan pasangannya.’ From JejakaHampa

‘Look brother.Perempuan itu sangat sensitif.Sekiranya dia mempunyai rahsia dan kenapa dia tak nak bagitahu kat kau mungkin dia takut apa pandangan orang yang dia suka terhadap dia.Kau perlu fikir semua itu.Bukan mudah untuk seorang perempuan membuka rahsia terhadap seorang lelaki.Lebih-lebih lagi jika dengan orang yang dia suka.Dia takut sekiranya dia memberitahu rahsia yang tak sepatutnya orang yang  dia suka akan berpaling tadah.Think wise and positive bro’ From Loneliness

‘If she really love me.Dia tak perlu takut untuk memberitahu rahsia dia.Im here to accept her just as she are.I didn’t bother about the past.Yang penting dia perlu berani untuk memberitahu aku sendiri.Ye.Dia perlu berani.Aku pon tidak pasti apa sebenarnya dia betul-betul cintakan aku.Jika ya dia perlu katakan.’ From JejakaHampa

‘Dude,come on.Wake up.Kau tu lelaki.Ayu tu perempuan.Dia tidak memiliki keberanian sepertimana kaum Adam miliki.Sekiranya kita tidak dikongkong oleh adat orang melayu yang sentiasa melekat dengan pepatah Timba Cari Perigi,aku rasa Ayu dah lama cakap kat kau yang dia sukakan kau. From Loneliness

‘Well yeah…that’s true.’ From JejakaHampa

Ternyata Loneliness lebih memahami keadaan itu sendiri daripada aku.Mungkin sebab aku ni hanya fikirkan diri aku,dan bukan diri orang lain.Apa yang Loneliness katakan itu ada betulnya.Aku perlu gugurkan ego aku.Sememangnya Loneliness adalah seorang sahabat yang sangat mengerti.Alangkah bagusnya jika si Ayu seperti Loneliness.

Aku tutup laptop dan merenung ke angkasa.Melihat bintang saling membalas kerdipan cahaya antara satu sama lain.Mungkin bintang juga berkomunikasi,cuma aku sebagai manusia tidak mengerti apa yang Maha Esa ciptakan.

Aku mengambil gitar aku.Aku mula memetik gitar yang sudah lama tidak aku mainkan semenjak Asmida tinggalkan aku.Semenjak Asmida tinggalkan aku,lagu Kekasih Yang Tak Dianggap nyanyian Band Kertas itu selalu menemani gitar aku dikala aku kebosanan.Entah mengapa tapi aku merasakan lagu ini memberikan aku satu erti yang tersendiri.

Kini bukanlah lagu itu yang aku mainkan.tapi lagu Ku Ingin Kamu nanyian Romance.Aku percaya setiap lagu mempunyai makna yang tersendiri dan juga luahan hati seorang penulis lirik.Aku merasakan penulis lirik Ku Ingin Kamu mengalami situasi seperti aku.Yea lagu ini untuk kau Ayu.Aku tidak mengerti mengapa lagu ini mengingatkan aku kepada Ayu.

Hari silih berganti dan tibanya hari ahad seperti yang dijanjikan,aku pergi ke taman.

“Kau memang nak tahu kenapa aku tukar ke Aswara?”Tanya Ayu dan aku hanya menganggukkan kepalaku tanda ya.

“Sebenarnya aku tukar ke Aswara,Akedemi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan sebab jiwa aku kearah seni.Bukan Doktor yang duduk dilab.Kau pon tahu aku ada buat filem pendek yang aku menang di peringkat antarabangsa tahun lepas kan?”

Aku hanya diam membisu dan mengangguk.

“Satu sebab lagi yang sangat penting untuk kau tahu kenapa aku pindah ialah,aku sebenarnya telah dirogol oleh bekas kekasih aku sendiri.”

“Rogol?” Aku tergamam dan memandang ayu.

“Ye.Aku dah tahu.Kau mesti tak percaya.Dan mesti kau pandang aku ni jijik dan kotor kan?Aku tak mengharapkan kau mengerti keadaan aku sekarang.Itu sebab utama kenapa aku tukar ke Aswara.Melarikan diri daripada kehidupan aku yang gelap demi mencari sekelumit cahaya yang membantu aku untuk terus berdiri.”Ayu kelihatan sangat sayu dan ingin menangis

“Aku minta maaf.Aku tak sepatutnya degil dan mendesak kau untuk memberitahu aku tentang ini Ayu.Maafkan aku.”

Aku merasakan sangat bersalah kerana mendesak Ayu untuk menceritakan kisah silamnya.Apakah dosa yang telah aku lakukan terhadap Ayu?Ya Allah maafkan hambaMu ini ya Allah.

“Tidak mengapa Zack.Aku tidak salahkan kau.Memang kalau boleh aku tak nak bagitahu pada sesiapa pon.Biarlah keluarga aku sahaja yang tahu.Aku bernasib baik sebab tak mengandung Zack.”

“Aku minta maaf sekali lagi Ayu.Aku telah membuatkan kau mengingati sejarah hitam kau kembali.Aku minta maaf.”

“Sudah Zack.Itu sejarah hitam aku.Kau tidak buat salah.”

“Tapi macam mana kau mempunyai kekuatan untuk memberitahu aku semua ini,Ayu?”

“Aku mendapat kekuatan sebab aku sayangkan hubungan persahabatan kita Zack.Aku nak kau tahu yang aku sayangkan kau.Tapi aku rasa mesti kau sudah tidak sudi berkawan dengan aku lagi.Aku reda kalau kau tak nak kawan dengan orang yang jijik macam aku ni Zack.Aku mengerti pandangan masyarakat terhadap orang seperti aku.”

“Ayu,sudahlah.Lupakan sahaja peristiwa ini.Aku bukan seperti orang lain.Aku tak merasa jijik dengan kau hanya disebabkan kau dirogol Ayu.Aku bukan seperti masyarakat yang hanya tahu mencemuh dan menyalahkan orang lain.Aku terima kau dengan seadanya Ayu.”

“Terima kasih Zack.Aku harap perkara ini tidak menjadi penghalang untuk kita terus berkawan.”

“Jangan risau Ayu.Kau akan menjadi sahabat aku selama-lamanya”

Selepas apa yang Ayu beritahu kepada aku,secara jujurnya aku masih lagi dalam keadaan terkejut dengan cerita sebenarnya.Aku mengeluh sendirian.Kasihan dengan apa yang menimpa Ayu.Tabahnya diri kau dalam menongkah arus kehidupan ini Ayu.Jangan risau,aku kan ada dibelakangmu selalu.

Tiga minggu telah berlalu dan aku semakin rapat dengan Ayu.Semua perempuan yang aku layan suatu ketika dulu telah pon tidak aku hiraukan.Kini tumpuanku tertumpu pada seorang.Iaitu Ayu.

Hari ini aku mencoretkan sebuah entry dalam diari blog aku tentang apa yang terjadi.Aku memerlukan pandangan Loneliness dalam apa yang aku lakukan kerana bagi aku Loneliness merupakan pendengar dan penasihat yang sangat setia walaupun kadang-kadang dia tidak online.Namum itu bukan penghalang untuk aku terus bertanya.

‘Well done bro.Kau buat semuanya yang perlu kau lakukan.’ From Loneliness

‘Thanks.Sebagai kawan memang aku perlu berikan sokongan terhadap dia.Ini sahaja yang mampu untuk aku lakukan untuk dia sebagai kawan.Melindungi dan memberi sokongan terhadap Ayu agar dia tidak merasa kekok berhadapan dengan masyarakat’ From JejakaHampa

‘Im glad you did the right thing.Im proud to be your friends dear.’ From Loneliness

‘Thanks again for the compliment.Bila kita boleh berjumpa?Aku teringin nak jumpa dengan kau.’ From JejakaHampa

‘Kita mungkin takkan berjumpa.Salah.Kita memang takkan berjumpa.’ From Loneliness

‘Kenapa kau cakap begitu?Tak cuba kita tak tahu bukan?’ From JejakaHampa

‘Maaf kerana menghampakan kau.Tapi aku minta maaf aku memang tak boleh berjumpa dengan kau.’ From Loneliness

‘Kenapa?Kau tak sudi nak berjumpa dengan sahabat kau?’ From JejakaHampa

‘Bukan tak sudi.Maaf’ From Loneliness

‘Aku sebenarnya dah lama sukakan kau.Tolonglah berjumpa dengan aku walaupun sekali.Seandainya kau tidak mahu menerima cintaku ini,biarlah aku berjumpa untuk berterima kasih dengan kau untuk segalanya.’ From JejakaHampa

‘Nanti aku fikirkan.’ From Loneliness

Kini sudah hampir dua minggu berlalu.Perihal Loneliness telah pon aku ceritakan kepada Ayu dan Ayu hanya menyuruh aku untuk bersabar dan dia juga tak sabar nak berjumpa dengan Loneliness untuk berterima kasih juga atas apa yang telah Loneliness lakukan dalam mempertahankan hubungan persahabatan antara dia dan aku.


Sekali lagi aku buat entry dalam blog aku.Menyatakan hasrat aku untuk berjumpa dengan seorang blogger misteri yang mana merupakan sahajat sejati aku tetapi aku hampa kerana blogger misteri tersebut enggan berjumpa dengan aku.

Ramai blogger yang lain comment entry itu.Dan aku masih tidak nampak kelibat Loneliness.Ramai blogger suruh aku bersabar dan berfikir bahawa ada sebabnya kenapa dia tidak mahu berjumpa dengan aku.Tiba tiba Loneliness comment entry aku mengatakan dia sudi untuk berjumpa di padang perumahan aku sabtu depan.Dia juga memberi nombor telephone untuk aku hubungi.

Akhirnya,Loneliness mengizinkan aku untuk berjumpa dengan dirinya.Alangkah bahagianya aku ketika ini.Tak sabar rasanya untuk aku menunggu hari Sabtu untuk bersua muka dengan sahabat sejati aku.Aku juga merancang untuk melamar dirinya menjadi pasangan aku.Aku yakin dia adalah insan yang terpilih buat diriku ini.

Aku pon membuat persediaan dalam melamar dia.Selama seminggu aku membuat latihan dan persediaan untuk aku melamar Loneliness.Seperti yang dijanjikan hari sabtu telah tiba dan aku merasakan sangat gementar ketika ini.

Aku memberanikan diri aku untuk SMS Loneliness.

‘Where are you?’

‘Just wait.I will be arrive at any momment’

Huh terasa seperti nak meletup jantung aku ketika menunggu Loneliness sampai.Aku cuba membuat latihan untuk kali terakhir.Gementarnya tak usah dikata lah.Berpeluh aku dibuatnya.

“Awak,dah lama saya nantikan saat ini.Saya yakin saya tidak membuat sebarang keputusan yang bodoh dan saya juga tahu ini adalah tindakkan saya yang saya rasa paling bermakna dalam hidup saya.Awak,sudikah awak menjadi permaisuri hidup saya kepada anak kita yang bakal lahir nanti?”

“Ye saya setuju”

Aku terperanjat dan menoleh kebelakang.Ayu?

“Apa yang Ayu buat kat sini?”

“Saja turun.Tadi nampak Zack kat sini masa balik dari kedai.Saje lah datang sini nak lepak dengan Zack.Tapi nampaknya seperti Zack sedang nak melamar.Melamar sapa tu?” Tanya Ayu.

“Tak ada ape Ayu.Sejak kebelakangan ini aku sentiasa merasakan Loneliness ini adalah jodoh aku.Pernah aku cerita kat kau kan?”

“Oh yea ke?Boleh aku tanya sikit tak?”

“Tanyalah.”Balasku.

“Katakanlah Loneliness ini berada sama macam situasi aku.Kau nak terima dia tak?”

“Aku dah kata kat kau dan sekali lagi aku ulangi.Aku tak pernah kisah masa silam itu.Aku bukan seperti orang lain.Aku tak rasa jijik dan aku menerima dengan seadanya.”

“Yea ke?Baguslah kalau macam tu.” Ayu tersenyum.

“Apa lagi yang kau nak buat selepas melamar dia dan dia terima?”Sambung Ayu.

“Aku akan menyanyikan lagu Ku Ingin Kamu nyanyian Band Romance untuk dia.Aku juga ingin merakamkan detik detik saat terindah aku dengan dia.Ini adalah salah satu sebab kenapa aku masuk Aswara.Impian aku untuk merakamkan dan menfilemkan perasaan aku ketika ini.” Ujar aku sambil bersinar sinar mataku.

“Besarnya impian kau yea?Kalau dia tak terima kau macam mana pula?”

“Kalau dia tak nak terima aku,apa boleh aku buat?Kau sendiri faham perinsip aku kan?Aku tak suka nak paksa orang mengikuti apa yang aku mahukan.”

“Ye aku mengerti.Kejap aku nak SMS bakal suami aku.”

“Bakal suami?Sejak bila kau nak berkahwin ni?Tak pernah cerita kat aku pun?”

“Buat apa nak cerita?Tak penting pon”

Handphone aku bergetar tanda ada message masuk.Tertera nama Lonelines.

“Yes I Do.”

Aku merasa pelik.Mana dia?Ke dia salah bagi message kat aku?Terus aku dail nombor phone dia untuk bertanya dimana dia berada.Secara kebetulan Handphone Ayu berbunyi.Ayu pon angkat.

“hello?Loneliness?”

“Yes JejakaHampa?”

Baru aku perasan.Loneliness itu sebenarnya adalah Ayu.Rupa-rupanya selama ini aku berkongsi cerita dengan Ayu.Patutlah Loneliness bagaikan mengerti apa yang selalu aku coretkan dalam entry aku.Cis.Nak kena Ayu ni.Malu aku lah.

“Kenapa tak bagitahu Loneliness tu Ayu?”

“Sebab Ayu takut abang tak terima Ayu.Sebenarnya dari awal lagi Ayu dah sukakan abang.Tapi Ayu takde kekuatan untuk memberitahu abang sepertimana Ayu memberitahu kisah hitam Ayu kat abang.”

“Mana Ayu tahu blog abang?”Tanyaku.

“Google la.Apa lagi.” Terkekek Ayu gelak.Comelnya Ayu bila tengok Ayu gembira dan ketawa.Lalu seperti yang aku janjikan aku menyanyikan lagu Ku Ingin Kamu dengan petikkan alunan gitarku.

Sesungguhnya Allah itu Maha mengetahui apa yang terbaik untuk makhlukNya.Disaat kita berduka kerana kehilangan apa yang kita sayangi,bersabarlah kerana Allah sedang merancang dan memberikan sesuatu yang lebih baik tanpa kita sedari.Jangan pernah melihat pintu yang tertutup dihadapan kita terlalu lama kerana pintu yang lain sedang terbuka untuk kita tanpa kita sedari.

Kini blog aku dipenuhi dengan entry yang ceria dan penuh dengan gambar aku dan Ayu.Aku juga sudah berjaya mendapatkan Degree aku dengan jayanya.Begitu juga Azhar,Azmil dan Ayu.Setelah tamat terus aku bernikah dengan Ayu.Kini sudah tiga tahun perkahwinan aku dengan Ayu dan aku telah mendapat dua orang cahaya mata dengan Ayu.Alhamdulillah.Semoga hubungan yang terbina ini dirahmati olehNya sehingga kehujung nyawaku.

4 comments:

Miss Butterfly said...

ice cream cornetto royale... hiks!

tapi okela kan zack still terima ayu...

best gile kot cerita nii.. >.<

Ai-Sis said...

iye ke nii?

nooghulegha said...

happy ending. suka ^^,
tahniahh dik bjya tulis cerpen mcmnie. nnt buat lgi tau.

Fahmi Mahat said...

alahai. cam cerpen 5 tahun dulu, still malar segar, evengreeen jalan ceritanya ~ =)

nice!

yang suka entri ini,
FahmiMahat